PENGAJIAN AM STPM : PERPADUAN NASIONAL

Sunday, 26 August 2007 08:06am
©Mingguan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)

SEWAKTU berucap hampir sejam pada Kongres Patriotisme Remaja di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menekankan betapa semangat patriotisme di kalangan rakyat perlu terus diperkukuhkan bagi membolehkan negara mengisi kemerdekaan dengan mencipta lebih banyak kemajuan dan kejayaan pada masa akan datang.

Beliau berkata, tunjang ke arah pencapaian tersebut hanya boleh direalisasikan menerusi kerjasama erat pelbagai kaum di negara ini. Maknanya, perpaduan menjadi ‘alat’ terpenting.

Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) merangkap Pengarah Institut Kajian Oksidental Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin ketika diminta pandangan berkaitan perkara ini berkata, bagi merealisasikan hasrat tersebut, telah sampai masanya kerajaan harus menubuhkan Majlis Sains Sosial dan Kemanusiaan Kebangsaan (MSSKK).

Penubuhan MSSKK penting bagi negara kerana katanya, ia akan membawa pemahaman lebih mendalam tentang makna perpaduan itu sendiri.

“Kerangka kita berbincang tentang perpaduan sebenarnya masih belum jelas. Ini dapat meletakkan satu kedudukan ilmu sains sosial itu dalam konteks sebenar,’’ katanya kepada wartawan SITI MARIAM MD. ZAIN dan jurugambar HAYAT SUEET ketika ditemui di Universiti Kebangsaan Malaysia, Rabu lalu.

Menurut Dr. Shamsul, dalam memperkatakan tentang perpaduan, masyarakat perlu melihatnya secara menyeluruh, bukan hanya selapis.

Secara dasar, wujud lima konsep perpaduan dan integrasi di negara ini iaitu apa yang dinamakan sebagai segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi.

Mengulas perkara sama, beliau berkata, kesedaran tentang betapa semua pihak perlu memelihara perpaduan, turut mendorong UKM menubuhkan Institut Kajian Etnik (IKE).

“Penubuhannya dijangka tidak lama lagi. Ia telah diluluskan oleh kementerian cuma perlu melalui proses-proses terakhir,’’ kata beliau lagi.

IKE jelasnya, akan bertanggungjawab menangani dua cabaran terbesar berkaitan dengan soal memupuk semangat perpaduan iaitu mengurangkan konsep segregasi dan meningkatkan empat konsep yang lain.

MINGGUAN: Apa yang Prof. dapat simpulkan tentang kebimbangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) menyentuh soal patriotisme dan perpaduan rakyat?

PROF. SHAMSUL: Apa yang dicakapkan oleh Pak Lah penting untuk kita mengambil perhatian serius kerana ini bukan sahaja harapan beliau tetapi juga harapan negara. Cuma cabarannya ialah bagaimana untuk kita mengatasi hambatan-hambatan yang ada. Hambatan-hambatan ini bukan hanya bersifat peribadi atau individu tetapi juga struktural dan tersulam dalam sejarah menyebabkan keadaan ini wujud sejak pembentukan Malaysia lagi.

Apakah hambatan-hambatan yang dimaksudkan itu?

PROF. SHAMSUL: Pertamanya, kalau kita lihat Perlembagaan, banyak kontradiksi di dalamnya. Di satu peringkat, kita hendak mempertahankan sistem pendidikan berbilang kaum, di satu lagi peringkat, kita mahu mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ini terkandung dalam Perlembagaan. Maknanya, ada akta pendidikan yang mengizinkan ini berlaku tetapi pada peringkat lain, kita juga inginkan perpaduan. Satu lagi hambatan yang besar dalam masyarakat kita ialah kerana kita berbilang kaum. Kaum-kaum ini pula sentiasa melihat apa sahaja perkembangan yang tidak menguntungkan atau menjejaskan kepentingan mereka, dianggap merugikan – zero sum game – itu set minda kita. Dan hakikatnya, kewujudan parti-parti politik yang mewakili kaum itu menambahkan kesukaran ini. Lihat sahaja baru-baru ini apabila MCA membangkitkan soal tender. Reaksi kita ialah kita akan kehilangan peluang (hak). Memang begitu persepsinya kalau kita melihat dari sudut zero sum game tetapi kalau dari sudut ‘situasi menang-menang’ persepsinya lain. Katakanlah satu kontrak untuk membina bangunan bernilai RM10 juta. Kita tahu kemungkinan orang Melayu untuk membinanya bukan mudah. Mungkin hak tender yang bernilai RM2 juta dapat kepada orang Melayu tetapi RM8 juta lagi siapa yang dapat? Mereka yang mampu membina. Siapa mereka ini? Jadi kerjasama memang sudah ada. Tetapi yang difokuskan ialah RM2 juta sahaja, yang RM8 juta projek kepada kaum lain kita tidak bincang. Bagi saya memang kerjasama ada, malah tidak dapat dielakkan, justeru terpaksa diadakan oleh setiap kaum.

Maksudnya asas perpaduan kita belum jelas?

PROF. SHAMSUL: Apakah maksud perpaduan sebenarnya, itu yang kita mesti jelas. Kalau bahasa menjadi asasnya, maka kita menukar daripada bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia. Tetapi setakat manakah ini sebenarnya menjadi landasan untuk kita melihat perpaduan dan pengamalannya? Dalam hal ini, tidakkah penggunaan bahasa Inggeris untuk subjek Sains dan Matematik itu juga satu langkah yang boleh dianggap satu lagi hambatan ke arah menggunakan bahasa sebagai perpaduan? Walaupun kita tahu bahasa Inggeris itu penting dari segi global, di Jepun, begitu juga di Belanda memang mereka mementingkan bahasa Inggeris tetapi mereka tidak melihat ia bertentangan dengan kepentingan bahasa kebangsaan masing-masing. Maknanya, keperluan bahasa Inggeris untuk memenuhi tuntutan global itu ada, tetapi menjaga bahasa kebangsaan sebagai alat bukan sahaja untuk mendapatkan ilmu dan memenuhi kepentingan ekonomi tetapi juga berfungsi sebagai alat perpaduan, itu juga mereka kekalkan. Di manakah kita seharusnya berkompromi? Ini yang tidak jelas.

Dalam hal ini, pada pandangan Prof, di mana kita seharusnya berkompromi?

PROF. SHAMSUL: Kepada saya, kompromi antara kepentingan bersifat utilitarian iaitu untuk meletakkan bahasa Inggeris bagi kepentingan globalisasi itu satu kehendak, tetapi ada satu lagi kehendak iaitu untuk menegakkan satu bangsa. Persoalannya di mana kita hendak mencari jalan tengah? Ini yang tidak berapa jelas. Kita harus membuat keputusan bagaimana kedua-dua ini boleh berjalan serentak. Dan kita harus belajar daripada orang yang telah melaluinya seperti Jepun dan Belanda. Belanda sebuah negara kecil tetapi rakyatnya boleh berwacana dalam bahasa Belanda, mengeluarkan ratusan buku dalam bahasa kebangsaan mereka. Tetapi bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua yang sangat penting bagi mereka. Mengapa kita tidak melihat Belanda untuk belajar? Begitu juga Jepun? Tidak bolehkah kita melihat pengalaman-pengalaman ini untuk mencari jalan keluar kepada keadaan kita?

Bukankah kerajaan melakukan pelbagai cara untuk menyatupadukan rakyat, banyak program disusun atur semata-mata ke arah perpaduan?

PROF. SHAMSUL: Bagi saya, ini belum dilakukan secara serius dan berkesan. Memandang, melihat, memberi pendapat satu hal, tetapi pernahkah kita, misalnya, membuat lawatan atau memanggil pakar dari Belanda untuk menghuraikan hal ini?

Adakah kita perlu mengubah sistem sedia ada untuk mencapai matlamat?

PROF. SHAMSUL: Saya merasakan ada perkara- perkara dalam Perlembagaan yang telah dipersetujui sebagai satu kontrak sosial, salah satunya penggunaan bahasa. Kalau di Eropah, antara tujuan negara bangsa ialah untuk menghomogenkan bangsa dari segi bahasa dan budaya. Mungkin kita tidak dapat mencapai 100 peratus matlamat ini kerana sifat negara kita yang berbilang kaum. Belanda dan Jepun lebih mudah. Tetapi di sinilah kita memerlukan kreativiti dan inovasi. Kalau kita mengaku kita menjadi negara contoh, boleh atau tidak kita mengambil satu langkah lagi untuk melihatkan contoh cara menyelesaikan masalah yang wujud ini? Bagi saya, kita kena buat perubahan-perubahan itu. Kalau ia perlu meminda akta, meminda Perlembagaan, saya menganggap itu satu kemestian tetapi sebarang tindakan, mesti melalui perundingan.

Tidakkah tindakan ini akan menggugat kontrak sosial yang telah dipersetujui? Secara tidak langsung juga akan memberi ruang kepada pihak lain terus mendesak melakukan perubahan?

PROF. SHAMSUL: Perlembagaan adalah satu dokumen yang hidup. Ia telah melalui beratus kali pindaan di macam-macam bahagian. Pindaan bukan satu perkara baru. Meminda untuk menyesuaikannya dengan keperluan, bukan sengaja suka-suka. Kalau keperluan kita mewujudkan perpaduan nasional melalui usaha-usaha dan langkah seperti itu, mengapa tidak dilakukan? Tetapi jangan dilakukan tanpa berunding kerana kekuatan Malaysia ialah melalui perundingan. Kita perlu berunding sesama sendiri. Mungkin akan ada orang yang menentang berasaskan hujah masing-masing, itu sebabnya saya katakan dalam konteks bahasa, ia adalah sebagai wahana untuk perpaduan nasional.

Apa alasan Prof. mengatakan begini?

PROF. SHAMSUL: Dua fungsi bahasa ialah pertama sebagai utiliti, kegunaan, fungsi, ekonomi dan sebagainya. Satu lagi fungsi ialah untuk perpaduan kerana ia memberi satu landasan bersama untuk semua murid bertutur, memahami dan sebagainya. Ini boleh dilaksanakan dan tidak bertentangan. Masalahnya orang melihat kedua-dua fungsi ini sebagai bertentangan. Kita heboh dengan konsep ‘situasi menangmenang’, macam-macam istilah kita gunakan. Mengapa tidak memikirkan kepentingan itu tadi? Mengapa harus kita berfikiran zero sum game, yang ini menang dan itu kalah? Saya rasa, set minda itu yang perlu diubah dahulu untuk membentuk ruang ke arah perpaduan nasional.

Pak Lah dalam ucapannya juga mengingatkan rakyat tentang pentingnya kita memperkukuhkan semangat patriotisme. Bagaimana Prof. melihat nilai patriotisme di kalangan rakyat?

PROF. SHAMSUL: Apa yang kita harapkan melalui patriotisme itu ialah kasih sayang kepada negara. Sama ada mereka sayang kepada negara atau tidak, itu satu perkara yang sukar dan tidak ada negara dalam dunia dapat mengukur nilai ini. Apa yang dapat kita lihat cuma penjelmaan kasih sayang ini. Penjelmaan menggunakan bahasa kebangsaan, menerima sistem yang boleh menyatupadukan, menggalakkan perbincangan lebih terbuka mengenai hal- hal ini, bukan hanya mengutamakan kepentingan masing-masing dan memikirkan tentang masa depan. Malangnya kebanyakan kita tidak memikirkan masa depan, tetapi lebih memikirkan kepentingan sekarang.

Negara telah 50 tahun merdeka. Hubungan antara kaum dikatakan masih rapuh dan membimbangkan pemimpin negara.

PROF. SHAMSUL: Itu yang dikatakan hambatan struktural-sejarah tadi. Struktur-struktur sejarah yang wujud oleh kerana lahirnya Malaysia mengikut keadaan itu. Seperti juga bayi yang lahir dengan kecacatan dan kekurangan. Kita yang perlu mencari jalan untuk mengatasinya. Pada saya, perpaduan itu harus dihalusi lagi ertinya. Hakikatnya, perpaduan itu ada berbentuk asimilasi, akomodasi, amalgamasi, akulturasi dan segregasi. Dan unsur-unsur perpaduan memang sudah ada. Kita tidak harus melihat perpaduan dalam konteks selapis, tetapi ada pelbagai lapisan tahap dan kandungan-kandungannya.

Di mana tahap perpaduan kita sebenarnya?

PROF. SHAMSUL: Sifat asimilasi dalam perpaduan itu memang telah ada. Contohnya, sesiapa yang hendak berkahwin dengan orang Melayu kena memeluk agama Islam. Mahukah orang Melayu menerima budaya Cina dan orang Cina menerima budaya Melayu? Lihat dari segi pemakanan, pakaian, kita melihat wujud perpaduan itu. Cuma cara kita mendefinisikan perpaduan sahaja yang tidak jelas. Jadi kalau bercakap tentang perkara ini, ia ada lapisan-lapisannya. Dan spektrum kepada perpaduan itu ada lima sifatnya. Kalau kita bercakap tentang komponen-komponen dalam perpaduan ini, kita tidak akan kecewa. Pada pandangan peribadi saya, kita belum lagi sofistikated untuk memahami makna perpaduan. Cara kita melihat perpaduan itu ialah kita selalu hendak mengharapkan semuanya mesti bersama. Saya selalu menghujahkan unity is not uniformity. Seolah-olah perpaduan yang kita idam-idamkan itu didorong dan dimotivasikan oleh satu harapan unity is uniformity. Bagi saya, terlalu sukar untuk kita mewujudkan keadaan ini.

Bagaimana perpaduan kita dari kaca mata Prof.?

PROF. SHAMSUL: Kalau melalui empat konsep iaitu akomodasi yang makna ringkasnya, menerima perbezaan dan bersetuju bahawa kebudayaan itu hak masing-masing. Apa dia akomodasi yang jelas? Kita menerima semua perayaan. Dari segi itu kita bersedia dan memang pun sudah ada perpaduan. Perpaduan bersifat asimilasi. Kalau kita tengok, baba dan nyonya itu adalah antara contohnya. Orang bukan Islam berkahwin dengan Melayu, perlu memeluk Islam, timbul juga cakap-cakap masuk Melayu. Sebenarnya mereka boleh menolak tetapi ini terjadi kerana mereka bersedia menerimanya. Dari segi akulturasi iaitu penerimaan unsur budaya dari satu budaya lain. Dari segi pakaian, makanan dan sebagainya. Kemudian lihat konsep amalgamasi. Ia satu proses yang terjadi apabila sesuatu budaya atau kaum bercampur untuk membentuk budaya baru. Bagi saya, kerisauan tentang tiadanya perpaduan ini tiada asas kuat.

Mengapa persepsi tentang isu ini berterusan?

PROF. SHAMSUL: Ini berlaku kerana pemahaman kita tentang perpaduan itu yang terlalu cetek. Kebanyakan orang melihat perpaduan sebagai satu hala – memperjuangkan kepentingan masing-masing. Konsep segregasi merupakan cabaran paling besar dalam keempat-empat konsep perpaduan tadi. Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan kumpulan etnik dengan etnik lain dalam sesebuah negara sama ada disebabkan oleh kawasan kediaman, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Mudahnya, kita ada empat komponen mendukung perpaduan dan satu cabaran perpaduan. Cabaran itu ialah segregasi. Bila MCA minta tender lebih, timbul keadaan segregasi atau keterpisahan yang dipisahkan oleh parti politik.

Orang Melayu melihat desakan yang dibuat oleh MCA sebagai penghakis hak mereka?

PROF. SHAMSUL: Saya menganggap permintaan yang kita anggap hakis-menghakis ini adalah perundingan yang berterusan. Saya selalu mengatakan, rakyat Malaysia sekarang semacam sudah mengambil keputusan dan bersetuju bahawa ‘‘bertikam lidah lebih baik daripada menghayun parang.’’ Kita telah memilih untuk terus-menerus berdebat. Dan bagi saya lebih baik kita berdebat daripada ‘bersebat-sebat.’ Saya tidak pernah gundah dengan keadaan ini. Bercakaplah dan terus bercakap, tetapi jangan lebih dari itu. Cara ini adalah jalan keluar yang sangat penting. Saya melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang prihatin terhadap perasaan orang lain kerana negara kita ini majmuk. Keprihatinan itu telah sampai ke satu peringkat kematangan sehingga kita boleh berbincang walaupun ada kalanya menimbulkan kerisauan, kita tidak mencari jalan negatif atau melibatkan fizikal. Kerana kita tahu apa pun alasan, ‘menang jadi arang, kalah jadi abu.’ Kita memegang konsep ini sejak sekian lama dan inilah kelebihan kita.

Apa yang perlu untuk menangani cabaran segregasi ini?

PROF. SHAMSUL: Hendak menanganinya satu hal tetapi ini juga tidak menidakkan konsep-konsep lain. Jadi kita jangan berputus asa. Kita perlu bekerja lebih kuat untuk mengurangkan segregasi. Tetapi dari segi sejarah dan Perlembagaan, segregasi itu ada. Yang paling jelas soal pendidikan. Ada lima aliran sekolah pada peringkat awal sistem pendidikan kita.

Apa langkah terbaik yang perlu diambil?

PROF. SHAMSUL: Telah sampai masa, kita mengambil langkah-langkah praktikal dengan menubuhkan Majlis Sains Sosial dan Kemanusiaan Kebangsaan (MSSKK) selain meletakkan satu kedudukan ilmu sains sosial itu dalam konteks yang sebenar. Buat masa ini, kita mungkin telah mempunyai wadah (wacana) tetapi wahananya masih tiada. Tidak dinafikan banyak perkara yang telah kerajaan lakukan. Yang terakhir ialah mengadakan kursus hubungan etnik di institusi pengajian tinggi (IPT). Persoalannya ialah, sanggupkah kita melabur lebih banyak wang dalam perkara ini? Contohnya, untuk kemajuan ekonomi kita menggunakan sains dan teknologi, kita melabur dalam bidang ini. Kita bermegah kerana kestabilan politik. Tetapi apa pelaburan kita dalam hal ini? Apa kajian dan penyelidikan yang telah kita jalankan? Kalau kemajuan ekonomi, berasaskan sains dan teknologi, kestabilan politik itu asas ilmunya apa? Ilmu sains sosial dan kemanusiaan. Ini yang kita takut untuk membuat pelaburan kerana perspektif kita ialah mereka yang berada di dalam bidang ini sukar mendapat pekerjaan, mata pelajaran ini tidak penting. Sebenarnya, ia adalah ‘tiang seri’ kepada perpaduan rakyat. Kita belajar bagaimana untuk menjambatani antara kaum melalui proses-proses yang disebutkan tadi. Kita ada Majlis Sains Kebangsaan sedangkan kita tiada MSSKK. Macam mana kita hendak membincangkan soal perpaduan kalau tidak membuat pelaburan? Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran mesti bekerjasama dalam hal ini supaya dapat merealisasikan hasrat secara menyeluruh.

PENGAJIAN AM STPM : HAK-HAK PENGGUNA

HAK-HAK PENGGUNA
Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:

Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

PENGAJIAN AM STPM : HAK-HAK PENGGU

HAK-HAK PENGGUNA
Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:

Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF BAR KOMPONEN

Graf Bar Komponen
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kenderaan bermotor yang berdaftar dan juga data setiap jenis kenderaan bermotor di Malaysia bagi tempoh yang dilaporkan.

Bilangan kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia sentiasa bertambah tahun demi tahun. Pertambahan ini jika tidak diseimbangkan dengan perkembangan rangkaian dan sistem jalan raya pasti akan menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh, pada tahun 1996 terdapat sejumlah 7 686 684 unit pelbagai jenis kenderaan, dan bilangannya meningkat sebanyak 863 785 unit pada tahun berikutnya. Bilangan ini terus meningkat kira-kira hampir 600 000 unit pada tahun 1998.
Kenderaan bermotor yang paling banyak didaftarkan sepanjang tempoh tersebut ialah motosikal. Pada tahun 1996, sebanyak 3 951 931 unit motosikal didaftarkan, dan bilangan ini meningkat kepada 4 328 997 unit pada tahun 1997. Bilangan motosikal yang didaftarkan terus meningkat sebanyak 363 186 unit pada tahun berikutnya. Seterusnya, motokar merupakan kenderaan kedua popular di Malaysia selepas motosikal. Pada tahun 1996, sebanyak 2 886 536 unit motokar telah didaftarkan, dan bilangan ini terus bertambah untuk dua tahun berturut-turut, iaitu masing-masing sebanyak 384 768 dan 181 584 unit berbanding bilangan motokar pada tahun sebelumnya.
Selain itu, pendaftaran kereta sewa atau teksi dan bas juga turut bertambah. Walaupun tidak sebanyak bilangan motosikal dan motokar, perkembangan ini menggambarkan kemajuan yang baik dalam bidang pengangkutan awam di Malaysia. Pada tahun 1996, sebanyak 59 456 unit kereta sewa atau teksi dan 38 965 unit bas telah didaftarkan. Bilangan kereta sewa atau teksi terus bertambah menjadi 62 119 unit manakala bilangan bas bertambah menjadi 43 444 unit pada tahun 1997. Seterusnya pada tahun 1998, bilangan kereta sewa atau teksi yang didaftarkan bertambah kepada 64 632 unit. Begitu juga dengan bilangan bas yang didaftarkan bertambah kepada 45 643 unit pada tahun 1998.
Perkembangan pendaftaran kenderaan barang di Malaysia dalam tempoh ini menunjukkan ciri yang agak menarik kerana bilangannya sentiasa melebihi 500 000 unit. Pada tahun 1997, sebanyak 574 622 unit kenderaan barang telah didaftarkan dan bilangan ini melebihi sebanyak 62 457 unit berbanding tahun sebelumnya, tetapi kurang sebanyak 24 527 unit berbanding bilangan pada tahun 1998.
Malahan, pada tahun 1998 juga terdapat sejumlah 286 898 unit kenderaan-kenderaan lain seperti kereta kerajaan, treler, dan kenderaan sekolah memandu yang didaftarkan. Bilangan ini merupakan jumlah terbanyak berbanding tahun-tahun sebelumnya, iaitu 237 631 unit pada tahun 1996 dan 269 983 unit pada tahun 1997.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Statistics Handbook 1999)

PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF BAR KOMPAUN

Graf Bar Kompaun
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di pelbagai sektor di Malaysia.

Pada tahun 2001, semua sektor ekonomi dijangka mengalami pertumbuhan positif dengan sektor perkilangan terus mencatatkan pertumbuhan, iaitu pada kadar 12% berbanding dengan kadar pertumbuhan pada tahun 2000, iaitu sebanyak 17%. Meskipun terdapat kebimbangan bahawa pertumbuhan industri berorientasikan eksport mungkin berkurang berikutan ekonomi Amerika Syarikat yang mengalami kemelesetan dan penjualan komputer peribadi yang berkurangan, pengeluaran industri berorientasikan eksport Malaysia dijangka masih mampu berkembang pada kadar 12.3%. Di samping itu, sebahagian daripada pelaburan baru dan pengembangan kapasiti di sektor elektronik yang dijangka mula beroperasi pada tahun ini akan merangsang pengeluaran industri berorientasikan dalam negeri dengan peningkatan sebanyak 11.7%.
Sektor pembinaan dijangka berkembang dengan lebih kukuh pada kadar 5.5% berbanding dengan 3.1% pada tahun 2000. Perkembangan sektor ini adalah berdasarkan pelaburan sektor swasta dalam projek penswastaan dan peruntukan belanjawan untuk kemudahan social yang lebih tinggi. Pertumbuhan yang mapan dan pendapatan yang meningkat dijangka terus menggalakkan permintaan dan pertumbuhan aktiviti pembinaan. Sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar adalah besar, bagaimanapun dianggarkan kekal pada kadar 3.4%.
Satu lagi sektor ekonomi yang diramal berkembang dengan perlahan ialah sektor perlombongan yang dijangka mencatat pertumbuhan 1.7%. Pada tahun 2000, sektor ini berkembang pada kadar 0.6% sahaja. Permintaan terhadap gas asli yang meningkat menyebabkan pengeluaran gas asli bertambah kepada 4384 juta kaki padu standard sehari (jkps/h) berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2000, iaitu 3882 jkps/h. Pengeluaran minyak mentah dijangka berkurang berdasarkan sasaran pengeluaran yang ditetapkan. Begitu juga dengan pengeluran timah.
Sektor pertanian, penternakan, perhutanan, dan perikanan diramalkan berkembang sebanyak 1.8% pada tahun ini berbanding dengan kadar pertumbuhan pada tahun 2000, iaitu 0.5%. Pengeluaran sektor ini dijangka meningkat kepada RM18 493 juta berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2000 yang bernilai RM18 166 juta.
Memandangkan kegiatan ekonomi yang lebih tinggi, nilai ditambah sektor perkhidmatan yang diterajui oleh sektor kecil pengangkutan, penyimpanan, dan perhubungan serta sektor kecil kewangan, insurans, hartanah, dan perkhidmatan perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan mapan sebanyak 5.2% berbanding dengan tahun 2000, iaitu hanya 4.9%.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2000-2001)

PENGAJIAN AM STPM : SOALAN CARTA PAI BERBANDING

Carta Pai Perbandingan
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan peruntukan perbelanjaan sektor ekonomi Kerajaan Persekutuan antara Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malaysia Ketujuh.

“… 42.68% peruntukan bagi sektor ekonomi untuk tempoh tahun 1991 hingga tahun 1995 adalah ditumpukan kepada aktiviti pengangkutan, dan nilai peruntukan sebenar bagi bidang ini telah meningkat sebanyak RM3013 juta dalam peruntukan yang dibuat bagi tempoh tahun 1996 hingga tahun 2000. Peruntukan berkenaan adalah antara lainnya bagi tujuan pembinaan beberapa buah lebuh raya, dan juga untuk memperbaiki jalan persekutuan, dan pembesaran pelabuhan serta beberapa buah lapangan terbang.
Daripada sejumlah RM29 875 juta belanjawan yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Keenam, sebanyak RM6685 juta adalah bagi tujuan pertanian, iaitu meliputi aktiviti penanaman padi, subsidi baja dan harga padi, penanaman sayur-sayuran serta kegiatan penternakan haiwan dan ikan air tawar. Peruntukan ini bagaimanapun berkurangan sebanyak 18.33%bagi tempoh perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketujuh itu.
Sementara itu, sektor perdagangan dan perindustrian disediakan sebanyak 16.85% daripada keseluruhan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Keenam, dan angka berkenaan bertambah sebanyak 16.5% bagi tempoh rancangan pembangunan berikutnya.
Peruntukan yang keempat penting dalam kedua-dua tempoh rancangan pembangunan itu ialah bagi tujuan sumber air, iaitu masing-masing 12.19% daripada jumlah peruntukan perbelanjaan Rancangan Malaysia Keenam, dan 11.96% daripada jumlah peruntukan perbelanjaan sebanyak RM33 706 juta bagi Rancangan Malaysia Ketujuh. Walau bagaimanapun, peruntukan bagi pembangunan sumber mineral dalam Rancangan Malaysia Ketujuh nampaknya mengalami kemerosotan sebanyak 14.55%daripada RM55 juta yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Keenam. Demikian juga, bidang komunikasi diperuntukkan sebanyak RM58 juta bagi tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh. Peruntukan ini berkurangan sebanyak 31.03% daripada yang diperuntukkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam.
Sektor yang semakin mendapat perhatian dan disediakan peruntukan yang lebih banyak ialah kajian kemungkinan, iaitu meningkat sebanyak 71.54%daripada peruntukan dalam Rancangan Malaysia Keenam yang bernilai RM130 juta. Sektor Penyelidikan dan Pembangunan diperuntukkan sejumlah RM2261 juta bagi tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh. Ini memperlihatkan pertambahan sebanyak 66.56% daripada peruntukan bagi sektor penyelidikan pembangunan dalam rancangan sebelumnya…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000)

PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF GARIS KOMPAUN/SEGARIS

Graf Garis Kompaun/Segaris
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan permodalan pasaran syarikat-syarikat yang dipilih dalam Pasaran Saham Kuala Lumpur.

“… Salah satu faedah yang diperoleh oleh sesebuah syarikat yang telah menjalani proses penswastaan ialah pertumbuhan dan pembesaran nilai modal pasarannya. Sungguhpun demikian, masih ada pasang-surutnya. Misalnya, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berkembang daripada modal saham bernilai RM2450 juta pada tahun 1991 telah meningkat sebanyak RM1260 juta untuk tahun berikutnya, dan mencapai paras RM5460 juta setahun kemudiannya tetapi merosot sebanyak RM105 juta pada tahun berikutnya sebelum meningkat semula sebanyak RM420 juta pada tahun laporan terakhir, iaitu tahun 1995.
Dalam tempoh 1991-95 itu, badan korporat yang mengalami penurunan yang ketara modal pasarannya ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB). Nilai modal saham asal TNB yang mula dicatatkan pada tahun 1992 ialah sebanyak RM29 850 juta. Nilai tersebut meningkat ke paras RM58 195 juta pada tahun berikutnya tetapi dalam tahun ketiga telah merosot sebanyak RM27 494 juta dan hanya kembali bertambah sekadar RM49 juta pada tahun berikutnya.
Syarikat Telekom Malaysia Berhad juga mengalami nasib yang serupa. Nilai modal saham pada tahun 1991 ialah sebanyak RM19 212 juta dan meningkat dalam dua tahun berturut-turut sebanyak RM9489 juta dan RM15 184 juta. Tetapi modalnya merosot pada tahun keempat sebanyak RM9469 juta dan kembali naik ke paras RM39 440 juta pada tahun kelima perkiraan akaunnya.
Kedudukan kewangan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC) juga mengalami kemerosotan nilai saham modalnya sebanyak RM322 juta pada tahun 1992 daripada sejumlah RM5366 juta pada tahun 1991. Walau bagaimanapun, nilai berkenaan meningkat sebanyak RM551 juta pada tahun ketiga dan seterusnya mencapai paras RM6705 juta pada tahun 1994 tetapi merosot sebanyak RM125 juta pada tahun berikutnya.
Edaran Otomobil Nasional (EON) mencapai nilai pasaran tertingginya pada tahun 1994, iaitu RM4302 juta berbanding dengan nilai asalnya sebanyak RM1223 juta pada tahun 1991. Nilai berkenaan hanya bertambah sebanyak RM617 juta pada tahun berikutnya, sementara pada tahun ketiga operasinya telah meningkat sebanyak RM1893 juta tetapi merosot semula sebanyak RM3 juta untuk tahun perkiraan yang terakhir.
Selain itu, dua buah syarikat lain, iaitu Syarikat PERNAS Hotel dan Hartanah dan Syarikat Simen Malaysia mencapai nilai modal tertinggi pada tahun 1993, iaitu masing-masing di paras RM1019 juta dan RM1319 juta. Nilai asal modal Syarikat Pernas Hotel dan Hartanah pada tahun 1991 ialah sebanyak RM491 juta dan meningkat setahun kemudian sebanyak RM103 juta. Nilai tersebut merosot dalam dua tahun berikutnya, iaitu masing-masing sebanyak RM55 juta dan RM229 juta.
Nilai modal pasaran Syarikat Simen Malaysia pula ialah sebanyak RM583 juta pada tahun 1991 tetapi merosot pada tahun berikutnya sebanyak RM31 juta. Pada tahun 1994, nilainya merosot sebanyak RM270 juta daripada paras nilai tertingginya dan hanya meningkat sebanyak RM53 juta untuk tahun terakhir perkiraan nilai syarikat berkenaan…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000)

PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF GARIS KOMPAUN/SEGARIS

Graf Garis Kompaun/Segaris
Berdasarkan petikan di bawah, sediakan satu graf garis tentang trend syarat perdagangan dan kadar pertukaran negara bagi tahun 1987 hingga 1997.

“…Dalam tempoh tahun 1987 hingga tahun 1995, pendapatan hasil eksport Malaysia telah meningkat dengan pesat pada kadar purata 20.2 peratus setiap tahun. Walau bagaimanapun, semenjak tahun 1996 kadar pertumbuhan pendapatan hasil eksport telah menurun kepada 6.3 peratus pada tahun 1996 dan 2.7 peratus pada tahun 1997.
Begitu juga semenjak tahun 1987 hingga tahun 1995, keseluruhan indeks harga eksport telah meningkat secara berterusan sebelum merosot pada tahun 1997. Daripada indeks asas 100.0 mata pada tahun 1987, harga eksport meningkat sebanyak 9.3 mata pada tahun berikutnya dan kepada 114.7 mata pada tahun 1989, kemudian meningkat lagi sebanyak 6.5 mata pada tahun 1991 tetapi telah merosot sebanyak 1.9 mata pada tahun 1992, dan pada tahun 1993 indeks harga eksport mencatat kenaikan sebanyak 8.1 mata berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun 1995 indeks harga eksport ialah 149.0 mata dan bertambah sebanyak 0.5 mata pada tahun berikutnya, tetapi turun sebanyak 3.2 mata pada tahun 1997.
Dalam tempoh 1987 hingga tahun 1995, kadar pertukaran ringgit telah menurun secara berterusan, iaitu daripada indeks kadar pertukaran 100.0 mata pada tahun 1987 kepada 79.1 mata pada tahun 1995. Indeks tersebut telah merosot kepada 90.6 mata pada tahun 1988, turun lagi sebanyak 5.2 mata pada tahun 1989, dan kepada paras 83.9 mata pada tahun 1991. Tetapi pada tahun 1992 kadar pertukaran telah meningkat kepada 87.2 mata sebelum merosot semula kepada 83.8 mata pada tahun 1993. Kadar ini telah meningkat sebanyak 3.4 mata pada tahun 1996 dan terus meningkat menjadi 85.9 mata pada tahun 1997.
Dalam tempoh yang sama, purata harga import pula adalah secara relatifnya stabil sebagaimana yang terdapat pada indeks harga import pengeluar. Indeks tersebut terus menerus meningkat daripada 100.0 mata pada tahun 1987 kepada 110.9 mata pada tahun 1991 dan meningkat lagi menjadi 115.0 mata pada tahun 1997. Sebenarnya kadar peningkatan indeks harga import ini tidaklah begitu besar – sekadar 15 peratus daripada jumlah terkumpulbagi tempoh itu. Pada tahun 1989 harga import bertambah sebanyak 4.3 mata daripada 104.3 mata pada tahun 1988. Pada tahun 1992 pula ia jatuh sedikit, iaitu sebanyak 0.1 mata, dan meningkat semula pada tahun 1993 sebanyak 1.7 mata. Pada tahun 1995 dan 1996 indeks harga import terus meningkat, masing-masing kepada 113.6 mata dan 113.7 mata. Harga import yang secara relatifnya stabil mencerminkan kadar inflasi yang rendah di kalangan rakan kongsi utama perdagangan negara.
Disebabkan oleh indeks harga eksport yang secara relatifnya lebih teguh antara tahun 1987 hingga tahun 1995 berbanding dengan indeks harga import, kecuali pada tahun 1992, maka syarat perdagangan luar telah menyebelahi Malaysia. Indeks syarat perdagangan telah meningkat secara berterusan dalam tempoh tersebut, iaitu daripada 100.0 mata pada tahun 1987 kepada 104.8 mata pada tahun 1988 dan seterusnya bertambah sebanyak 0.9 mata pada tahun 1989. Walaupun syarat perdagangan terus meningkat pada tahun 1991, iaitu kepada 109.3 mata, tetapi ia telah jatuh sebanyak 1.6 mata pada tahun 1992 dan kemudian meningkat semula pada tahun 1993 menjadi 113.2 mata. Pada tahun 1996, syarat perdagangan luar Malaysia hanya meningkat sebanyak 0.4 mata daripada 131.1 mata pada tahun 1995. Pada tahun 1997 pula, syarat perdagangan itu telah menurun sebanyak 4.2 mata apabila harga eksport jatuh sementara indeks harga import pula meningkat. Ini merupakan kali pertama sejak tahun 1992 Malaysia mencatatkan kemerosotan dalam syarat perdagangannya…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian Kewangan, 1997.
Economic Report, 1997/98, Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Bhd)

PENGAJIAN AM STPM : SOALAN CARTA PAI BERBANDING

Carta Pai Perbandingan
Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang menunjukkan perbandingan kuantiti keluaran komoditi pertanian yang dipilih di Malaysia antara tahun 1990 dengan anggaran bagi tahun 2000.

“…Sungguhpun perkembangan sektor industri berkembang pesat di negara ini sejak kira-kira dua dekad yang lalu, namun sektor pertanian masih juga diberikan perhatian yang sewajarnya. Ada di antara jenis tanaman itu yang hasilnya mengalami penurunan dan ada yang meningkat. Umpamanya, keluaran getah tahunan dijangka akan merosot sebanyak 277 ribu tan menjelang tahun 2000 daripada 1291 ribu tan pada tahun 1990.
Daripada sejumlah 14 277.5 ribu tan keluaran bagi lapan komoditi pertanian yang dipilih bagi tahun 1990, sebanyak 42.69 peratus adalah minyak kelapa sawit mentah dan dianggarkan masih merupakan keluaran komoditi pertanian yang utama pada tahun 2000 kelak. Sementara isirung kelapa sawit pula ialah sebanyak 1844.7 ribu tan, dan dijangka pada tahun 2000 kelak, hasil isirung akan meningkat ke paras 2800 ribu tan atau 13.92 peratus daripada jumlah keluaran pertanian yang dipilih dewasa itu, iaitu sebanyak 20 119.6 ribu tan.
Keluaran padi dijangka merosot, iaitu daripada 2016.3 ribu tan pada tahun 1990 kepada 1940 ribu tan. Bagaimanapun keluaran buah-buahan dijangka meningkat, iaitu daripada 10.72 peratus daripada jumlah keluaran pertanian pada tahun 1990 ke paras 16.42 peratus pada tahun 2000. Begitu juga keluaran sektor perikanan, baik daripada laut ataupun ternakan ikan air tawar, dijangka meningkat, iaitu daripada 1043.4 ribu tan kepada 1556 ribu tan.
Kedua-dua hasil keluaran tanaman koko dan nanas dijangka akan mengalami kemerosotan, iaitu daripada 415.3 ribu tan kepada 347 ribu tan. Dalam pada itu, keluaran lada sulah dan tembakau dianggarkan akan mengalami kemerosotan sebanyak 12.6 ribu tan dengan hanya mencapai jumlah 28.6 ribu tan pada tahun 2000 kelak.
Beberapa hasil tanaman yang lain tidak diberikan perkiraan setaraf dalam kiraan ribu tan. Misalnya bunga-bungaan yang semakin popular sekarang dihitung keluarannya berdasarkan jumlah kuntumnya. Juga tidak dimasuk kira ialah kuantiti ternakan, misalnya daging lembu dan ternakan ayam dan itik serta keluaran telur dan susu. Keluaran susu dihitung dalam kiraan juta liter, sementara telur pula dikelaskan dalam tiga gred tertentu dan dihitung dari segi jutaan unitnya…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia
Ketujuh, 1996-2000, halaman 245)

PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF GARIS KOMPAUN/SEGARIS

Graf Garis Kompaun/Segaris
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang menunjukkan keadaan turun naik petunjuk-petunjuk penting di Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur bagi tempoh tahun 1990 hingga tahun 1995.

“… Keadaan pasang surut pasaran di Bursa Saham Kuala Lumpur digambarkan pada beberapa indeks harga atau petunjuk utamanya, dan bagi tempoh tahun 1990 hingga tahun 1995 yang lalu, gambaran prestasi itu adalah sebagaimana yang diperihalkan di bawah ini.
Petunjuk yang paling popular dikenali sebagai Indeks Komposit. Secara purata, Indeks Komposit berada di paras 506 mata pada tahun 1990, meningkat sebanyak 50 mata pada tahun berikutnya; 644 mata pada tahun 1992, dan meningkat kira-kira sekali ganda, iaitu kepada 1275 mata pada tahun 1993, tetapi merosot sebanyak 304 mata pada tahun berikutnya, dan meningkat semula sebanyak 24 mata pada tahun 1995.
Indeks Emas menunjukkan pertambahan yang sederhana, iaitu daripada paras purata 131 mata pada tahun 1990 ke paras 141 mata pada tahun 1991, dan bertambah sebanyak 21 mata lagi pada tahun berikutnya. Indeks Emas pada tahun 1993 pula bertambah sebanyak 222 mata berbanding tahun sebelumnya, tetapi jatuh sebanyak 100 mata pada tahun berikutnya. Indeks Emas pada tahun 1995 adalah hampir sama dengan tahun 1994, iaitu pada paras 279 mata.
Indeks Perindustrian pada tahun 1991 telah meningkat sebanyak 46 mata daripada 1016 mata yang dicatatkan pada tahun 1990, dan bertambah sebanyak 26 mata pada tahun berikutnya. Peningkatan hampir sekali ganda dicatatkan pada tahun 1993, iaitu ke paras 2030 mata tetapi telah merosot sebanyak 315 mata pada tahun 1994, dan hanya bertambah sebanyak 108 mata pada tahun 1995. Sementara Indeks Kewangan pula bertambah sebanyak 60 mata pada tahun 1991 daripada paras 2127 pada tahun 1990; dan telah meningkat ke paras 2703 mata pada tahun 1992. Pada tahun 1993, Indeks Kewangan bertambah secara luar biasa sebanyak 6057 mata, kemudian merosot pada tahun berikutnya ke paras 6806 mata, dan kembali meningkat sebanyak 856 mata pada tahun 1995.
Rekod pada Indeks Harta juga telah mencapai puncaknya setakat ini pada tahun 1993, iaitu di paras 3370 mata sungguhpun dalam tiga tahun sebelumnya, masing-masing di paras 1158, 1238, dan 1140 mata. Pada tahun 1994, Indeks Harta berada di paras 2560 mata tetapi merosot sebanyak 456 mata pada tahun 1995.
Sementara itu, Indeks Perladangan mencatatkan nilai purata di paras 3573 pada tahun 1993 sungguhpun pada tahun-tahun sebelumnya adalah lebih rendah, iaitu masing-masing di paras 1073, 1061, dan 1118 mata. Pada tahun 1994 pula, nilai Indeks Perladangan ialah di paras 2758 mata dan kemudian merosot sebanyak 311 mata pada tahun 1995. Demikian juga, Indeks Perlombongan, telah mencatatkan paras tertingginya pada tahun 1993, iaitu sebanyak 858 mata berbanding dengan 176 mata pada tahun 1990, 204 mata pada tahun 1991, dan 179 mata pada tahun 1992. Indeks ini merosot sebanyak 302 mata pada tahun 1994, dan terus merosot ke paras 386 mata pada tahun 1995 …”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000)