PENGAJIAN AM STPM : MAHKAMAH SYARIAH

ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004
BAHAGIAN II – MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa
________________________________________

Seksyen 11. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah.

(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Sabah dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Walau apapun subseksyen (1), Ketua Hakim Syar’ie Negeri boleh bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu.

(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa yang memberi Mahkamah Tinggi Syariah bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan di dalamnya; dan

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan –

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri;

(ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);

(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) kanak-kanak;

(iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

(v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang si mati yang beragama Islam;

(vi) alang semasa hidup (hibbah), atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang oleh seseorang orang Islam;

(vii) wakaf atau nazr dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya;

(viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat atau Pelantikan Wasi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya;

(ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya;

(x) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya;

(xi) pendaftaran dan pengambilan anak angkat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya; dan

(xii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undan

ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004
BAHAGIAN II – MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa
________________________________________

Seksyen 12. Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

(1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Bahagian atau Daerah di mana ia ditubuhkan dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah-
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam di bawah Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa yang menetapkan hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen-Enakmen itu atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman Yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

(3) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Ketua Hakim Syar’ie Negeri, dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

Advertisements

PENGAJIAN AM STPM : SISTEM MAHKAMAH

MAHKAMAH-MAHKAMAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA DAN KONSEP PELAKSANAAN KEADILAN
A. MAHKAMAH- MAHKAMAH
(a) Mahkamah Rendah
Akta Mahkamah Rendah 1948
Hakim Mahkamah Sesyen
– Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Hakim Besar (seksyen 59 AMR).
– Kelayakan: Anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan.
Majistret
(a) Majistret Kelas Pertama ex officio
– Orang-orang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat AMR. Ini termasuklah:
Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penolong-Penolongnya.
Ketua Pendaftar, Timbalannya, Penolong Kanan Pendaftar,
Penolong Pendaftar dan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan
Persekutuan.
Pegawai-Pegawai Daerah dan Penolongnya.
dll.
(Seksyen 77 AMR)
(b) Majistret Kelas Pertama
– orang-orang dari Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang dilantik, oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Hakim Besar (bagi Wilayah Persekutuan), dan oleh Pihak Berkuasa Negeri, atas syor Hakim Besar (bagi Negeri-Negeri).
(Seksyen 78 dan 78A AMR)
(c) Majistret Kelas Kedua
– Bagi Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai.
– Bagi Negeri-Negeri, Pihak Berkuasa Negeri boleh lantik mana-mana orang yang layak dan sesuai
(Seksyen 79 AMR)
(b) Mahkamah Tinggi
A. KEANGGOTAAN
• Mahkamah Persekutuan
– Perkara 122 Perlembagaan
Ketua Hakim Negara
Presiden Mahkamah Rayuan
Dua Hakim Besar (Hakim Besar Malaya, dan
Hakim Besar Sabah & Sarawak)
Tujuh Hakim lain
Beberapa Hakim (dari Mahkamah Rayuan)
• Mahkamah Rayuan
– Perkara 122A Perlembagaan
Presiden Mahkamah Rayuan
Sepuluh Hakim (kecuali diperintahkan selainnya oleh
Yang di-Pertuan Agong)
• Mahkamah Tinggi
– Perkara 122AA Perlembagaan
Semenanjung Sabah & Sarawak

Seorang Hakim Besar Seorang Hakim Besar
Empat Puluh Tujuh Hakim Sepuluh Hakim

(kecuali selainnya diperintahkan oleh
Yang di-Pertuan Agong
B. PERLANTIKAN
– Perkara 122B Perlembagaan
Perdana Menteri (selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja) nasihatkan Yang di-Pertuan Agong, dan Yang di-Pertuan Agong lantik.
Ketua Hakim Negara
Presiden Mahkamah Rayuan
Hakim-Hakim lain
Bagi hakim-hakim selain Ketua Hakim Negara, Perdana Menteri perlu minta fikiran Ketua Hakim Negara.
Bagi lantikan Hakim Besar, Perdana Menteri juga perlu dapat pandangan kedua-dua Hakim Besar (dan bagi Sabah atau Sarawak, pandangan Ketua Menteri juga perlu diminta).
Bagi perlantikan hakim Mahkamah Persekutuan, Perdana Menteri perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara
Bagi perlantikan Hakim Mahkamah Rayuan, Perdana Menteri perlu berunding dengan Presiden Mahkamah Rayuan.
C. KELAYAKAN HAKIM
– Perkara 123 Perlembagaan
Warganegara Malaysia
Pengalaman kerja sepuluh tahun sebagai peguam atau dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan/Negeri.
D. TEMPOH MEMEGANG JAWATAN
– Perkara 125 Perlembagaan
Sehingga umur 65 tahun (atau disambung oleh Yang di-Pertuan Agong)
Boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong (atas rayuan Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri) atas perlanggaran Kod Etika, tidak upaya (lemah tubuh/fikiran/lain-lain sebab).
Pemecatan hakim oleh Yang di-Pertuan Agong ialah melalui syor Tribunal yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
B. PELAKSANAAN KEADILAN
Rujukan:
• Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (AMK)
(Bagi Mahkamah-Mahkamah Tinggi
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Persekutuan)
• Akta Mahkamah Rendah 1948 (AMR)
(Bagi Mahkamah-Mahkamah Sesyen
Mahkamah-Mahkamah Majistret
Mahkamah-Mahkamah Penghulu)
• Perlembagaan Persekutuan
• Akta Mahkamah Juvana
• Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955
Keahlian Untuk Perbicaraan Bidang Kuasa
(Sidang) (a) Sivil (b) Jenayah
MAHKAMAH TINGGI
Hakim seorang
(Seksyen 18 AMK)
Bidangkuasa operasi di dalam sesebuah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan) (Seksyen 23 & 24 AMK)
• Semua hal sivil termasuk:
– undang-undang keluarga
– perkapalan
– kebangkrapan dan syarikat
– penjagaan kanak-kanak dan
hartanya
– penjagaan orang tak sempurna
akal dsb. dan hartanya
– probet dan pentadbiran pusaka
– hal-hal tanah
• Bidangkuasa rayuan sivil (s.27 & 28 AMK) (Seksyen 22 AMK)
• Semua kesalahan yang di- lakukan:
(i) dalam Negeri (Wilayah itu)
(ii) di laut lepas bagi kesalahan atas kapal/ kapalterbang berdaftar di Malaysia
(iii) oleh seseorang warga- negara/pemastautin di mana-mana kapal/
kapalterbang
(iv) oleh lanun
(v) kesalahan-kesalahan terhadap Negara (Bab VI Kanun Kesiksaan)
• Menjatuhkan apa-apa hukuman dibenarkan undang-undang
• Bidangkuasa rayuan
jenayah (S.26 AMK)
MAHKAMAH RAYUAN
(Seksyen 38 AMK)
Tiga hakim (atau lebih dengan bilangan ganjil) dengan ada seorang menjadi Ketua (biasanya Presiden Mahkamah Rayuan) (Seksyen 67 – 73 AMK)
• Semua rayuan kecuali:
– amaun/nilai perkara kurang
RM250,000 (kecuali
mahkamah benarkan)
– atas penghakiman dengan
persetujuan
– berkaitan penghakiman kos
– jika penghakiman/perintah
Mahkamah Tinggi itu dianggap
muktamad oleh mana-mana
undang-undang bertulis
(misalnya S.22(3) Akta
Timbangtara 1972) (Seksyen 50 – 63 AMK)
• Semua rayuan jenayah dari
Keputusan Mahkamah
Tinggi mengenai:
– persoalan fakta
– persoalan undang-undang
Keahlian Untuk Perbicaraan Bidang Kuasa
(Sidang) (a) Sivil (b) Jenayah
MAHKAMAH PERSEKUTUAN
• Semua bidang kuasa asal di bawah Perkara 128 Perlembagaan (& s.81 – 85 AMK), iaitu:
– memutuskan persoalan sama ada undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sah atau tidak
– memutuskan pertikaian antara Negeri-negeri atau antara Negeri dengan Persekutuan
– mentafsir peruntukan Perlembagaan
• Bidang kuasa Nasihat mengenai peruntukan Perlembagaan kepada Yang di-Pertuan Agong (Perkara 130 Perlembagaan)
• Semua rayuan daripada keputusan Mahkamah Rayuan (seksyen 96-102 AMK untuk sivil, dan seksyen 86-95 AMK untuk jenayah)
MAHKAMAH SESYEN
Hakim Mahkamah Sesyen
Seorang • Bidangkuasa tidak terhad semua tindakan/guaman kemalangan kenderaan, tuan-rumah dan penyewa, dan distres.
• Semua tindakan/guaman sivil yang amaun pertikaian tidak lebih RM250,000 (atau lebih jika kedua-dua pihak bersetuju secara bertulis)
(Seksyen 65 AMR)
kecuali dalam hal-hal berikut:
– berhubung harta tak alih
(kecuali untuk dapat balek &
hakmilik)
– dengan persetujuan
(Seksyen 70 & 71 AMR)
– pelaksanaan spesifik/
pembatalan kontrak
– injunksi
– pembatalan/pembetulan surat-
cara
– dekri penetapan
– pemberian/pembatalan pem-
berian perwakilan harta
pusaka/pentadbiran • Semua kesalahan yang lain daripada kesalahan yang boleh dihukum mati.
(Seksyen 63 AMR)
• Menghukum semua jenis hukuman kecuali hukuman mati.
Keahlian Untuk Perbicaraan Bidang Kuasa
(Sidang) (a) Sivil (b) Jenayah
– persoalan kesahtarafan
– persoalan penjagaan kanak-
kanak (kecuali ada undang-
undang lain benarkan)
– pengesahan/pembubaran per-
kahwinan (kecuali ada
undang-undang lain benarkan)
MAHKAMAH MAJISTRET
Majistret Kelas Pertama
Seorang Majistret • Apa-apa tindakan/guaman di mana amaun pertikaian/nilai hal itu tidak lebih RM25,000.
Rayuan dari Mahkamah Penghulu. • Semua kesalahan yang tempoh penjara maksimum yang dinyatakan dalam undang-undang, tidak lebih 10 tahun penjara atau dengan denda.
• Kesalahan-kesalahan di
bawah seksyen 392 dan 457 Kanun Kesiksaan (rompakan dan pecah-
rumah malam).
• Mendengar rayuan
keputusan Mahkamah
Penghulu.
• Boleh menghukum tidak lebih:
– 5 tahun penjara
– denda RM10,000
– sebat 12 kali
(atau gabungan hukuman-hukuman itu)
– apa-apa hukuman yang
undang-undang lain
benarkan)
Keahlian Untuk Perbicaraan Bidang Kuasa
(Sidang) (a) Sivil (b) Jenayah
Majistret Kelas Kedua
• Boleh mendengar kes-kes guaman/tindakan menuntut hutang tidak lebih RM3,000 (dengan atau tanpa bunga). • Membicarakan kesalahan- kesalahan di mana tempoh penjara tidak lebih 12 bulan atau denda.
• Boleh menghukum tidak lebih:
– 6 bulan penjara
– denda tidak lebih RM1,000
– sebat 12 kali
(atau gabungan hukuman-hukuman itu)
MAHKAMAH PENGHULU (Semenanjung)
(untuk orang terlibat berbangsa Asia)
Seorang Majistret • Boleh mendengar kes tuntutan hutang tidak lebih RM55,000 (dengan/tanpa bunga). • Bagi kesalahan-kesalahan kecil dalam senarai kuasanya, dan denda sehingga RM25.

PENGAJIAN AM STPM : PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI

Diperingkat sekunder sistem pemerintahan di Malaysia, kerajaan negeri memainkan peranan yang penting bagi melaksanakan jentera pentadbiran yang cekap dan berkesan. Terdapat sedikit perbezaan pada struktur dan jentera kerajaan negeri di Sabah dan Sarawak berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan Borneo Semua kes melibatkan hukuman mati dan yang melebihi kuasa mahkamah-mahkamah yang lebih rendah
Mahkamah Sesyen Semua kes yang tidak melibatkan hukuman mati (kes awam) atau denda diantara RM25000 hingga RM100000
Mahkamah Majistret Semua kes yang tidak melebihi hukuman lima tahun penjara atau denda RM10000 (kes awam RM 25000)
Mahkamah Juvenil Kes-kes yang melibatkan pesalah remaja yang berumur 18 tahun
Mahkamah Penghulu Kes-kes sivil yang nilainya tidak melebihi RM 50 dan kes-kes jenayah yang dendanya tidak melebihi RM 25
Mahkamah Adat Negeri Kes-kes daripada kesalahan melanggar undang-undang adat
Mahkamah Syariah Membicarakan kes-kes yang nelibatkan orang Islam seperti penceraian, penjagaan anak, hak, waris, derma, zakat dan fitrah

Bidang Kuasa Mahkamah-Mahkamah di Malaysia
Dalam jentera pentadbiran negeri, Raja/Sultan atau Yang di Pertuan Negeri merupakan institusi yang penting dan boleh bertindak mengikut budibicara baginda dalam menjalankan tugas yang diantaranya adalah :
i) melantik seorang Menteri Besar
ii) tidak mempersetujui permintaan membubarkan Dewan Negeri
iii) melaksanakan tugas sebagai Ketua Agama Islam dan adat istiadat orang-orang Melayu
iv) meminta diadakan satu mesyuarat Majlis Raja-Raja tentang keistimewaan atau tentang hal ehwal agama Islam
v) melantik waris Permaisuri, Pemangku Raja atau jemaah Pemangku Raja
vi) melantik penerima pingat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran
vii) membuat peraturan mengenai balai-balai diraja dan istana
Tindakan Raja/Sultan atau Yang di Pertua negeri adalah diatas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri atau diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri. Walaupun kuasa esekutif terletak pada Raja atau YDP Negeri tetapi kuasa eksekutif pelaksanaan terletak pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). DI Sarawak, badan EXCO dipanggil Majlis Tertinggi dan di Sabah di panggil Kabinet.
Bidang kuasa pemerintahan kerajaan negeri adalah tertakluk pada Perkara 73 Perlembagaan dimana kerajaan negeri mempunyai kuasa-kuasa meliputi adat isitiadat, hal ehwal agama, tanah pertanian, kerajaan tempatan, kerja-kerja air, jentera pentadbiran, Kerajaan Negeri, kelepasan ama negeri dan sebagainya.
Dewan Undangan Negeri juga mempunyai kuasa bersama denagn Parlimen dalam membuat undang-undang termasuk Senarai Bersama, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan, segala kuasa yang disebut dalam Senarai I dan II Jadual Kesembilan dipanggil kuasa baki perundangan di mana terserah kepada Dewan-Dewan Undangan Negeri dan bukan Parlimen.
Senarai Bidang Kuasa Persekutuan Senarai Bidang Kuasa Negeri
Hal Ehwal Luar Negeri
Pertahanan
Keselamatan Dalam Negeri
Undang-Undang Sivil dan Jenayah
Pentadbiran keadilan
Kewarganegaraan
Jentera Kerajaan
Kewangan
Perdagangan dan Perusahaan
Perkapalan dan Pengangkutan
Kuasa dan Tenaga
Pelajaran
Perubatan dan Kesihatan
Buruh dan Keselamatan Sosial
Kebajikan Orang Asli
Pekerjaan Profesional
Hari kelepasan
Pertubuhan Tidak di perbadankan
Kawalan musuh tanaman
Suratkhabar
Penapisan
Perumahan dan Kerajaan Persekutuan
Syarikat kerjasama
Kebakaran Hukum syarak
Tanah
Pertanian
Perhutanan
Kerajaan tempatan
Kerja Negeri dan Air
Kerajaan Negeri
Hari kelepasan negeri
Tanggungan rugi
Penyu
Menangkap Ikan
Senarai Bersama
Kebajikan Masyarakat
Biasiswa
Binatang-Binatang
Ternakan
Kesihatan Awam
Pengairan dan Pemaritan
Tanah Lombong
Kutu rayau
Kerajaan Tempatan
System kerajaan tempatan ni diambil dari British. Pada asalnya perkembangan system ini bermula di Negeri-Negeri selat dan berkembang ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Unit-Unit Kerajaan Tempatan ini dipertanggungjawabkan dengan tugas mengawas keselamatan awam, mengutip hasil dan melakukan kerja-kerja kejuruteraan dan hanya berkuasa dikawasan Bandar sahaja. Proses ini kemudiannya berkembang dikawasan luar Bandar.
Pada tahun 1973, penyusunan semula kerajaan tempatan telah dijalankan menerusi Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan Bersama). Akta ini diganti oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang mengurangkan kuasa Penguasa Tempatan kepada 2 jenis sahaja iaitu
i) Majlis Perbandaran atau
ii) Majlis Daerah
Kerajaan negeri mempunyai hak eksekutif ke atas Kerajaan Tempatan dimana kuasa-kuasa negeri termasuklah :-
i) melantik ahli majlis, Datuk Bandar atau Yang Di Pertua Penguasa Tempatan
ii) meluluskan belanjawan penguasa tempatan
iii) mengesahan undang-undang kecil
iv) menerima atau tidak segala akta kerajaan tempatan yang digubal oleh Parlimen samada secara penuh atau sebahagian
v) mengawal peubahan sempadan, kemasukan kawasan baru dan pengiktirafan status perbandaran
vi) meluluskan perjawatan penguasa tempatan
vii) mempunyai budibicara untuk memecat ketua jabatan sesebuah penguasa tempatan atau timbalannya
viii) melambatkan kelulusan untuk membuat penilaian semula perkadaran bagi penguasa tempatan
Artikel 95A Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penubuhan satu badan perundangan yang panggil Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan yang fungsinya menggubal dasar-dasar negara dalam kerajaan tempatan. Badan ini akan bertindak bersama secara rundingan dengan kerajaan negeri dan kerajaan pusat dalam menentukan dasar-dasar tersebut
Undang-Undang Di Peringkat Penguasa Tempatan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Akta Perancang Bandar dan Desa 1976
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1975
Undang-Undang Kecil Jalan Persendirian
Undang-Undang Kecil Parit , Kebersihan dan Sanitary Plumbing
Undang-Undang Kecil Kerja Tanah
Penguasa Tempatan juga berupaya menggubal undang-undang kecil melalui majlisnya bagi menjalankan fungsinya. Di Malaysia terdapat dua jenis majlis iaitu :
i) Majlis Penasihat
ii) Majlis berwibawa penuh dengan kuasa-kuasanya
Majlis biasanya bermesyuarat sebulan sekali dan dianggotai oleh
i) ahli-ahli majlis yang dilanik diantara lapan hingga 24 orang
ii) Yang Di Pertua
iii) Setiausaha
Bidangkuasa dan Fungsi Penguasa Tempatan
Akya Kerajaan Tempatan 1976 menggariskan beberapa aktiviti yang boleh dijalankan oleh penguasa tempatan. Fungsi mandatory adalah seperti mengangkut sampah dan menguruskan lampu jalan serta aktiviti yang berkaitan dengan keselamatan awam. Fungsi berbentuk budibicara termasuklah kemudahan riadah, perumahan dan aktiviti penggalakkan perniagaan. Di Malaysia . terdapat empat jenis fungsi yang biasa dijalankan iaitu :-
i) Perundangan – kawalan keatas kesihatan, keselamatan dan perancangan
ii) Alam Sekitar – memwujudkan system ekologi yangs eimbang seperti perancangan tanah yang optimum dan lanskap
iii) Rekreasi – mengadakan kemudahan sosial yang sesuai
iv) Perdagangan – akvtiviti yang mendatangkan hasil kepada penguasa tempatan srta memesatkan ekonomi setempat
v) Pelancongan – mengadakan lebih banyak kawasan pelancongan
WILAYAH PERSEKUTUAN
Wilayah Persekutuan adalah sebuah kawasan atau wilayah yang memerlukan kehadiran kerajaan Persekutuan diman wilayah berkenaan ditadbirkan dibawah Kerajaan Persekutuan seperti Kuala Lumpur (1974) dan Labuan (1984) serta Putrajaya ( ). Wilayah-wilayah ini diletakkan dibawah Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menetri dibawah menteri yang sama. Wilayah Persekutuan mendapat penyelenggaraan Kerajaan Pusat bagi mempercepatkan proses pembangunan dan intergrasi nasional. Ia juga mendapat jaminan kerajaan pusat bagi mengawal keselamatan negara serta penyelenggaraan perdagangan, kewangan, perindustrian dan perniagaan tukar barang.

PENGAJIAN AM STPM : PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

PARLIMEN
Parlimen terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Sebagai satu badan perundangan, Parlimen terdiri dari Yang Di Pertuan Agong, Dewan Rakyat (dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih melalui pilihanraya), dan Dewan Negara (dianggotai oleh ahli-ahli Dewan Negeri dan ahli-ahli yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong)
Tempoh Parlimen hanya kekal selama lima tahun dan dipanggil, ditangguh dan dibubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong
Parlimen Malaysia terdiri daripada dua buah dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Tugas utama Dewan Rakyat adalah untuk meluluskan undang-undang, menetukan belanjawan negara dan mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan.
DEWAN NEGARA
Tugas utama ialah membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Menurut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenankan, contohnya Rang Undang-Undang Kewangan. Tempoh penangguhan oleh Dewan Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain tempohnya ialah setahun.
Menurut Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara mempunyai 69 orang anggota yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong daripada kalangan rakyat yang berjaya di dalam ikhtisas dan juga wakil kaum minoriti seperti wakil orang asli.
Dalam perlantikan tersebut Yang Di Pertuan Agong akan mengikut nasihat Perdana Menteri. Manakala 29 orang anggota yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri daripada 13 buah negeri, 2 orang daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang wakil daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Seseorang yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara hendaklah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan tempoh perkhidmatan mereka ialah selama 3 tahun.
STRUKTUR ORGANISASI
Sistem dan struktur organisasi Kerajaan Malaysia mengandungi tiga (3) komponen utama iaitu :-
a) Badan Perundangan (Legislative)
b) Badan Pemerintah (Executive)
c) Badan Kehakiman (Judicirial)

Yang Di Pertuan Agong

Badan Eksekutif Badan Perundangan Badan Kehakiman
(memberi dan melaksana arahan) [menggubal undang-undang] [mengawal keadilan]
Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Utama negara mengetuai tiga badan kerajaan. Pemerintahan kuasa kerajaan kepada tiga badan utama dilakukan supaya pemumpuan kausa tidak berlaku kepada mana-mana pihak. nilah yang dimaksudkan “Doktrin Pemisahan Kuasa” . idea ini dicetuskan oleh Motesquieu,ahli falsafah politik dan undang-undang Perancis dalam abad 18. Doktrin Pemisahan Kuasa ini berujuan supaya kuasa negara tidak dimiliki secara mutlak oleh sesuatu pihak dan mudah pula diselewengkan.

Yang Di Pertuan Agong Parlimen
Perundangan
Speaker

Eksekutif Kabinet

Perdana Menteri
Badan Perundangan (Legislative) hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada sesiapa pun dan tidak boleh mempunyai kuasa yang lain. Badan ini dikenali sebagai Parlimen Malaysia dan mengandungi tiga elemen utama iaitu Yang Di Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Segala undang-undang yang dibawa ke Parlimen hendaklah dan mestilah diluluskan oleh ketiga-tiga elemen tersebut. Dal hal ini, Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil, memberhentikan ataupun membubarkan Parlimen diatas nasihat Jemaah Menteri. Namun begitu, Yang Di Pertuan Agong tidak perlu menghadiri sidang Parlimen kecuali bertitah semasa pembukaan rasmi penggal Parlimen.
Perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan khas yang bertanggungjwab dari segi perlembagaan. Fungsi utama perundangan adalah untuk menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang. Kuasa perundangan ini telah ditetapkan oleh Perelmbagaan Persekutuan Malaysia. Penggubalan undang-undang alam bentuk perundangan dijalankan oleh Parlimen Malaysia bagi peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. Badan perundangan Persekutuan dan Negeri adalah tidak tertinggi, mereka hanya menggubal undang-undang dalam sempadan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, yang membuat undang-undang adalah Parlimen Malaysia. Undang-undang sebelum Hari Kemerdekaan terus berkuatkuasa di negara ini sehingga pindaan atau pembatalan terhadanya dibuat oleh badan-badan berkuasa tertentu. Sehingga kini sudah banyak pindaan dan pembatalan telah dibuat
Dewan Negara adalah Majlis tertinggi atau dikenali dengan nama “Senate”. Dewan Negara akan membahaskan suatu rang undang-undang dengan lebih terperinci berbanding dengan Dewan Rakyat dan untuk membincangkan mengenai perkara-perkara kepentingan umum, Dewan Negara mempunyai 69 ahli dimana 40 adalah dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dan 26 lagi dari ahli Dewan Undangan Negeri. 40 orang yang dilantik adalah dari kalangan orang yang membuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam dan atau mencapai kepujian dalam lapangan profesion perdagangan, perusahaan, pertanian, kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil kaum asli. Sementera 26 orang daripada ahli Dewan Undangan Negeri terdiri dari dua orang wakil bagi setiap negeri, dua dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang dari Wilayah Persekutuan Labuan yang dilantik Yang Di Pertuan Agong. Tempoh jawatan ahli Dewan Negara adalah 3 tahun dan jawatan tidak terhenti sekiranya berlaku pembubaran Parlimen. Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat daripada dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenakan. Dewan Negara tidak berkuasa membuat pindaan jika pindaan itu tidak diterima oleh Dewan Rakyat.
Dewan Rakyat merupakan satu Majlis untuk membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan mendapatkan pembelaan melalui Wakil Rakyat mereka. Kesemua ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihanraya yang mewakili kawasan pilihanraya di seluruh Malaysia. Seseorang ahli hanya mewakili sebuah kawasan pilihanraya tetapi ada juga beberapa orang mewakili dua kawasan pilihanraya iaitu kawasan pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen telah dibubarkan. Ahli Dewan Rakyat boleh berhenti menjadi ahli Dewan dengan menulis surat kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Dia juga dianggap berhenti jika :- a) hilang kelayakan mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan b) tidak hadir dala mesyuarat Dewan selama enam bulan berterusan tanpa mendapat izin Dewan (Perkara 52 Perlembagaan Persekutuan) atau c) jika tidak menghadiri mesyuarat dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh Dewan mula bersidang selepas pilihanraya
Tiap-tiap ahli Dewan Rakyat akan mengangkat sumpah setia kepada Malaysia dan Perlembagaan sebelum mengambil tempatnya. Yang Di Pertua Dewan boleh dipilih daripada ahli Dewan ataupun orang lain yang difikirkan layak untuk dipilih. Jika orang lain yang dipilih maka dia dianggap sebagai ahli Dewan tambahan. beliau tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri, Menteri, Timbalan menteri atau Setiausaha Parlimen dan tidak boleh mengundi dalam sebarang perbahasan. Seorang Yang i Pertua juga dipilih dan mestilah dipilih daripada ahli Dewan Rakyat. Dewan Rakyat juga mempunyai seorang Setiausaha yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong.
Badan Kehakiman (Judicirial) adalah badan yang menjalankan kuasa kehakiman di negara ini. Mengiktu Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman bagi Persekutuan adalah terletak di Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Borneo dan juga mana-mana Mahkamah bawahan yang telag diperuntukkan undang-undang Persekutuan. Kuasa-kuasa kehakiman dinegara ini terleatk di Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan, Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan mahkamah-Mahkamah Bawahan. Bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Hakim, ianya mestilah tidak terpengaruh atau menyebelahi mana-mana pihak, kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas hendaklah terjamin.Pihak kehakiman memstilah mempunyai kebebasan untuk bertindak sebagai sebuah institusi. (Lihat rajah hirarki di negeri.)
Kehakiman merupakan satu abdan hakim-hakim (body of judges) dalam satu sistem perlembagaan. Dari segi kuasa dan peranan terdapat kehakiman berbeza-beza antara satu negara dan negara lain. Para Hakim diberi kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa atau otoriti yang diberikan kepada mereka. Kuasa ini termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Dalam sistem demokrasi liberal yang diamalkan dinegara ini, kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan memainkan proses pengimbangn kuasa. Perlembagaan Persekutuan menyediakan peruntukan untuk mewujudkan sistem mahkamah supaya tugas-tugas kehakiman dapat dilaksanakan, Mahkamah mempunyai kuasa yang ebsar terhadap badan perundangan dan kuasa eksekutif kerana :
a) mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara
b) mentafsir undang-undang
c) mengisytiharkan sesuatu undang-undang bertulis persekutuan atau negeri
d) mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah disegi undang-undang
Badan perundangan bertugas membuat/menggubal undang-undang dan pihak mahkamah pula melaksanakan undang-undang itu, jika ianya betul. Pihak mahkamah pula mentafsirkan bahagian-bahagian tertentu undang-undang (akta, enakmen atau ordinan) sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan bidang kuasanya. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang ini disebabkan bidang kuasa pemindaan adalah hak badan perundangan atau parlimen sahaja.

Badan Pemerintah (Eksekutif)
Badan pemerintah atau eksekutif diketuai oleh seorang perdana menteri yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong. Perdana Menteri pula mengetuai kerajaan atau kabinet dan juga parti yang memenang majoriti di Parlimen.
JEMAAH MENTERI (KABINET)
Jemaah Menteri diketuai oleh YAB Perdana Menteri dan dianggotai oleh Menteri-Menteri
Kabinet dibentuk oleh parti yang mendapat majoriti (bilangan undi/kerusi) dalam Parlimen
Yang Di Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri, melantik Menteri-Menteri Kabinet dari kalangan ahli-ahli kedua-dua Majlis Parlimen
Semua Menteri dalam kabinet sama-sama bertanggungjawab (kolektif) kepada Parlimen, bagi semua keputusan yang dibuat oleh Kabinet
Kabinet menentukan semua dasar-dasar negara selaras dengan kedudukannya sebagai badan eksekutif yang tertinggi di Malaysia
Kabinet menjalankan tugas-tugas pemerintahan (kuasa eksekutif) atas nama Yang Di Pertuan Agong
Beberapa Jawatankuasa Kabinet dibentuk untuk membantu menjalankan tugas-tugas tertentu iaitu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kewarganegaraan, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan
Setiausaha Kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara merangkap Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Setiausaha Kabinet menjalankan tugas berikut seperti menyediakan agenda mesyuarat kabinet, menyediakan minit-minit mesyuarat Kabinet, menyimpan bahan-bahan rekod, rekod rahsia dan terhad yang dibincangkan, menyelaraskan jentera pentadbiran di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan
STRUKTUR JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Jentera Pentadbiran Pentadbiran Kerajaan Persekutuan terdiri daripada organisasi-organisasi yang ditubuhkan dibawah Perlembagaan Persekutuan dan organisasi-organisasi yang ditubuhkan dibawah kuasa pihak berkuasa
Susunan Jentera Pentadbiran Persekutuan merangkumi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian, Jabatan, Suruhanjaya, Perbadanan Awam, Agensi-Agensi Pusat dan Badan-Badan Penyelaras
Jabatan Perdana Menteri
Badan induk yang berfungsi menyelaraskan dasar-dasar kerajaan persekutuan dan menentukan corak kepimpinan negara atau menentukan pelaksanaan dasar-dsar kerajaan secara cekap dan berkesan menerusi kementerian-kementerian, diketuai oleh Perdana Menteri, dan dibantu oleh Menteri-Menteri Kabinet. Perdana Menteri dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas dasar beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
Organisasi-organisasi yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan untuk berfungsi secara langsung dibawah Jabatan Perdana Menteri termasuklah Majlis Pembangunan Negara, Majlis Perancangan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perangkaan Negara, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, Badan Pencegah Rasuah, Jabatan Perpaduan Negara, Agensi-Agensi Pusat
Kementerian
Agensi pentadbiran tertinggi dalam system pentadbiran Kerajaan Persekutuan, berfungsi menggubal dasar, merancang program pembangunan negara dan melaksanakan program dibawah pengawasan Menteri berkenaan. Di ketuai Menteri dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Ketua Setiausaha menjadi penasihat pentadbiran kepada Menteri. Dibahagi menurut fungsi iaitu di Peringkat Persekutuan (seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kewangan) dan berfungsi di peringkat Persekutuan dan Negeri (seperti Kementerian Kebajikan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia)
Jabatan
Agensi kerajaan yang terletak dibawah sesebuah kementerian yang terbahagi kepada tiga iaitu Jabatan Persekutuan, Jabatan Negeri dan Jabatan Cawangan Persekutuan. Lazimnya Jabatan Persekutuan di ketuai oleh seorang Ketua Pengarah (contohnya Ketua Audit Negara bagi Jabatan Audit Negara, Akauntan Negara bagi Jabatan Akauntan Negara atau Peguam Negara bagi Jabatan Peguam Negara)
Perkhidmatan Awam Persekutuan
Perkhidmatan Awam Persekutuan meliputi Pasukan Polis, Angkatan Tentera, Perkhidmatan Pendidikan, Perkhidmatan Am Bersama, Perkhidmatan Awam Setiap Negeri, Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Perkhidmatan Awam Tidak Meliputi Jawatan Anggota Pentadbiran
Suruhanjaya
Malaysia mempunyai tiga jenis Suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan (Tetap bagi memastikan pengambilan, perkhidmatan dan disiplin kakitangan kerajaan dikendalikan dengan saksama antaranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang), Suruhanjaya Pilihanraya (bagi memastikan sesuatu pilihanraya dijalankan dengan saksama tanpa memihak kepada mana-mana parti politik atau kawasan pengundi) dan Suruhanjaya Khas (Sementara bagi mengatasi masalah yang timbul ekoran sesuatu isu yang sensitive seperti Suruhanjaya Gaji Aziz, Suruhanjaya Gaji Harun, Suruhanjaya Di Raja 1968, Suruhanjaya Di Raja 1973).
Suruhanjaya Perkhidmatan
Terdapat lima suruhanjaya perkhidmatan peringkat Kerajaan Persekutuan yang diantaranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis dan Majlis Angkatan Tentera)
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Ditubuh dibawah Perkara 139, Perlembagaan Persekutuan. Anggota dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dengan rundingan Majlis Raja-Raja dan nasihat Perdana Menteri. Terbahagi kepada tiga iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan dianggotai oleh Seorang Pengerusi, seorang Naib Pengerusi dan empat hingga tiga puluh orang ahli. Pengerusi dan Naib Pengerusi adalah daripada bekas pegawai perkhidmatan awam yang telah bersara tidak lebih dari lima tahun. Suruhanjaya berfungsi untuk perlantikan dalam perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam negeri tertentu dan kakitangan perkhidmatan keretapi, pengesahan jawatan dalam perkhidmatan awam, meletakkan kakitangan dalam status pencen bagi mereka yang berpencen, menukarkan kakitangan dalam satu skim atau jawatan yang lain, kenaikan pangkat kakitangan dalam perkhidmatan keretapi dan perkhidmatan awam, mengambil tindakan disiplin bagi kakitangan perkhidmatan awam dalam kumpulan A, B dan C
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Dianggotai oleh seorang Pengerusi, seorang Naib Pengerusi dan Empat hingga lapan orang ahli. Ahli-ahli Suruhanjaya Pendidikan dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong (atas nasihat Perdana Menteri dan setelah di runding dengan Majlis Raja-Raja. Peranan Suruhanjaya Pendidikan ialah membuat pelantikan dalam perkhidmatan perguruan dan menempatkan guru-guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan kedalam kategori tertentu.

PENGAJIAN AM STPM : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

Latar Belakang
Ciri Negara Berbentuk Persekutuan Seperti Malaysia
penyatuan beberapa buah negeri
mempunyai sebuah kerajaan persekutuan
terdapat beberapa buah kerajaan negeri
menjalankan tugas mengikut kuasa peruntukan perlembagaan
Bidang kuasa persekutuan adalah pertahanan, keselamatan, kerakyatan, pilihanraya, kewangan, perniagaan, perdagangan dan perusahaan, pelajaran, kesihatan dan pengangkutan
Bidang kuasa negeri adalah undang-undang islam, tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan, kerajaan negeri, cuti dan undang-undang negeri
Bidang kuasa bersama adalah biasiswa, Taman Negara, perancangan bandar dan wilayah, penjagaan haiwan, kesihatan dan kebersihan awam, parit dan tali air, hiburan awam dan perhubungan
merupakan kaedah penyatuan dan menyatupadukan wilayah yang wujud berasingan
hubungan kerajaan pusat dan negeri harusnya terpelihara
mewujudkan kestabilan dan mengurangkan perbalahan etnik
Bagaimana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Menjalankan Pentadbiran Masing-Masing
Kerajaan Persekutuan
diperuntukkan kuasa yang luas melalui perlembagaan pentadbiran meliputi perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan
kuasa eksekutif terletak diatas Yang Di Pertuan Agong
kabinet menjalankan kuasa eksekutif yang di pegang Yang Di Pertuan Agong
kabinet diketuai oleh Perdana Menteri
Kerajaan Negeri
diperuntukkan kuasa eksekutif oleh perlembagaan
kuasa eksekutif terletak diatas Raja atau yang Di Pertuan Agong
Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang Di Pertuan Negeri daripada ahli Dewan Undangan Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Majlis Tertinggi Sarawak dan Kabinet Sabah menjalankan dasar pentadbiran negara pada peringkat negeri
tiga orang pegawai (ex-officio) terlibat dalam pentadbiran negeri ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri
Kerajaan Negeri
Pemilihan Ketua-Ketua Negeri Beraja
Negeri Sembilan Darul Khusus
Yang Di Pertuan Besar dipilih oleh lima orang pembesar negeri iaitu Undang Sungai Ujung, Undang Jelebu, Undang Johol, Undang Rembau dan Tuanku Besar Tampin
Perak Darul Ridzuan
Sultan dipilih secara bergilir-gilir antara ketua tiga buah keluarga iaitu keluarga baginda Sultan, keluarga Raja Muda dan keluarga Raja Di Hilir
Negeri-Negeri Lain
Kebiasaanya Sultan/Raja yang mangkat digantikan oleh anak sulung lelaki baginda seperti Raja Muda/Tengku Mahkota dan pewarisan juga bergantung kepada Lembaga Kesultanan Negeri seperti Majlis Kerajaan Kelantan, Dewan Negara Perak, Jemaah Pangkuan negeri Trengganu dan Jemaah di Raja Johor
Raja/Sultan/Yang Di Pertuan Besar
jawatan yang dipegang oleh Raja/Sultan.YDP, berkuasa untuk memerintah mengikut nasihat Menteri Besar/ Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan mengikut perlembagaan negeri
dipilih mengikut perlembagaan negeri atau berdasarkan warisan kerajaan
saraan baginda di tanggung oleh Kumpulan Wang yang disatukan diperingkat negeri
menjalankan tugas dengan budi bicara dalam hal menolak , membenarkan atau menangguh pembubaran DUN
meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja
melantik pewaris , Permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Raja
menganugerahkan bintang-bintang
Tugas Raja/Sultan/Yang Di Pertuan Besar
melantik Menteri Besar berbangsa Melayu, beragama Islam mengikut nasihat pemimpin parti yang menguasai majoriti Dewan Undangan Negeri
bertindak diatas nasihat Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
menjalankan tugas Ketua Agama Negeri mengikut nasihat Majlis Agama Negeri
merasmikan sidang pertama setiap penggal Dewan Undangan Negeri dengan memberi titah ucapan di Raja
memanggil dan menangguh dewan persidangan Dewan Undangan Negeri
memperkenan rang undang-undang/pindaan perlembagaan negeri yang diluluskan dalam masa 30 hari dengan syarat jika tidak diperkenankan pindaan tetap dianggap lulus selepas 30 hari
pindaan memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong jika raja negeri itu menjadi Yang Di Pertuan Agong
apabila ditawarkan sebagai Warta Kerajaan barulah undang-undang berkenaan berkuat kuasa
melantik Majistret mengikut nasihat Hakim Besar Malaya
melantik Mufti dan Penghulu mengikut nasihat Kerajaan Negeri
mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri dan mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan kesalahan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Awam dinegeri baginda
berkuasa untuk mengampun anak raja dan permaisuri negeri lain
Sekatan Terhadap Kuasa Raja/Sultan/Yang Di Pertuan Besar
tidak boleh mengampuni diri sendiri, anak-anak sendiri dan permaisuri sendiri
boleh didakwa di Mahkamah Khas Raja-Raja atas sifat peribadi dalam kes jenayah sivil
untuk kes jenayah, apabila dibuat dakwaan oleh Jabatan Peguam Negeri, baginda perlu turun takhta kerajaan kita perbicaraan berlangsung
sekiranya dipenjara sehari atau lebih baginda perlu turun takhta
apabila disabitkan kesalahan jenayah, baginda hanya boleh diampuni oleh Majlis Raja-Raja
tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang berpendapatan
tidak boleh mengambil bahagian secara aktif didalam perniagaan dan politik
Yang Di Pertua Negeri
dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong mengikut nasihat Perdana Menteri
cadangan calon dikemukakan kepada Perdana Menteri oleh Kerajaan Negeri
tempoh penggal berkhidmat adalah 4 tahun dan boleh disambung lantikan
saraan ditanggung Kumpulan Wang yang Disatukan (RM135,000 setahun)
Tugas Yang Di Pertua Negeri
melantik Ketua Menteri berbangsa Melayu, beragama Islam mengikut nasihat pemimpin parti yang menguasai majoriti Dewan Undangan Negeri
bertindak diatas nasihat Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
merasmikan sidang pertama setiap penggal Dewan Undangan Negeri dengan memberi titah ucapan di Raja
memanggil dan menangguh dewan persidangan Dewan Undangan Negeri
memperkenan rang undang-undang/pindaan perlembagaan negeri yang diluluskan dalam masa 30 hari dengan syarat jika tidak diperkenankan pindaan tetap dianggap lulus selepas 30 hari
pindaan memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong jika raja negeri itu menjadi Yang Di Pertuan Agong
apabila ditawarkan sebagai Warta Kerajaan barulah undang-undang berkenaan berkuat kuasa
melantik Majistret mengikut nasihat Hakim Besar Malaya / Sabah dan Sarawak
melantik Penghulu mengikut nasihat Kerajaan Negeri
mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri dan mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan kesalahan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Awam dinegeri
menganugerah darjah bintang-bintang
Sekatan Terhadap Kuasa Yang Di Pertua Negeri
tidak boleh mengundi dalam Majlis Raja-Raja
boleh didakwa di Mahkamah Awam atas sifat peribadi dan rasmi
tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang berpendapatan
tidak boleh mengambil bahagian secara aktif didalam perniagaan dan politik
seorang warganegara melalui kuatkuasa undang-undang
boleh dipecat oleh Yang di Pertuan Agong setelah satu resolusi pemecatannya diluluskan dengan majorit 2/3 Dewan Undangan
Komponen Dewan Undangan Negeri
terdapat 13 DUN di Malaysia kecuali WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
terdiri dari dua komponen iaitu Sultan/Raja/YDPB/YDPN dan DUN
DUN mempunyai keistimewaan tersendiri seperti apa-apa prosiding tidak boleh dipersoalkan dimahkamah, ahli DUN tidak boleh didakwa atas apa-apa yang dikatakan dan pengundian yang dibuat didalam DUN dan sesorang tidak boleh didakwa jika menyiarkan persidangan DUN
Kelayakan Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri
berumur 21 tahun atau lebih
bermastautin dinegeri berkenaan
sempurna akal
bukan seorang muflis
tidak memegang jawatan berpendapatan
menang dalam pilihanraya kawasan DUN
Ahli DUN hanya berhak menyentuh perkara di bawah Senarai Negeri dan Senarai Bersama dalam Perlembagaan Persekutuan
Seseorang ahli DUN boleh meneruskan profesion asal beliau tetapi tidak boleh jika dilantik menjadi Speaker DUN atau ahli EXCO negeri
Pelucutan Jawatan ADUN
apabila sesorang ADUN mengosongkan kerusinya , beliau dilarang bertanding dikawasan berkenaan selama 5 tahun
boleh dilucutkan jawatan atas sebab-sebab gagal menghantar penyata-penyata akaun perbelanjaan kempen pilihanraya kepada SPR dalam masa 31 hari keputusan pilihanraya di wartakan
dihukum penjara di Malaysia melibihi 1 tahun atau didenda melebihi RM 2,000 oleh mahkamah di Malaysia dan tidak diampuni
memperolehi kewarganegaraan asing (mempunyai hak mengundi di negara asing)
Ketua Menteri/Menteri Besar
ketua eksekutif Kerajaan Negeri
melaksanakan kuasa ketua eksekutif negeri mesti menang dalam pilihanraya Undangan Negeri
mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri dan dilantik oleh Yang Di Pertua Negeri/Raja/Sultan
mengetuai Majlis Mesyuarat Negeri
mengetuai Jentera Pentadbiran Negeri
mengiringi Raja/Sultan/YDP ke mesyuarat Majlis Raja-Raja
memaklumkan kepada Raja/Sultan/YDP tentang dasar dan hal ehwal dalam negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan
menyerupai kabinet kerajaan Persekutuan, dipanggil kabinet di Sabah, Majlis Tertinggi di Sarawak
mengandungi 4 hinga 12 EXCO di Sabah dan Sarawak dipanggil Menteri
pembentuk dasar negeri yang tertinggi dan badan pemerintah
ahli majlis tidak boleh menjalankan pekerjaan/profesion asal mereka
mengandungi 3 ahli pegawai kerajaan (ex-officio) SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang
ketiga-tiga pegawai boleh mengambil prosiding didalam DUN tetapi tidak berhak untuk mengundi
di Sabah dan Sarawak , ketiga-tiga pegawai tidak berhak menghadiri sidang DUN
Tugas-tugas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
bertanggungjawab kepada DUN
membuat dasar-dasar kerajaan negeri
mentadbir kerajaan negeri
menggubal undang-undang
menguruskan hal rizab orang Melayu, permit dan lesen perlombongan
pindah milik tanah
harta karun yang dijumpai
mengeluarkan lesen membalak dan konsesi balak
bertanggungjawab kepada perkhdimatan pasar, lesen hiburan, melaksanakan projek perumahan,menyediakan tanah perkuburan,menyediakan kemudahan jalan, menyediakan bekalan air,mengeluarkan lesen menangkap ikan di sungai, menjalankan pentadbiran perbandaran

PENGAJIAN AM STPM : SPEAKER/YANG DIPERTUA DEWAN

Speaker adalah Pengawal dan Pentadbir perjalanan Dewan Undangan Negeri semasa bersidang termasuk menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat dan masa bersidang. Mengikut kelaziman Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Tuan Speaker tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan hendaklah bersikap adil semasa mengendalikan mesyuarat atau perbahasan.
Speaker hendaklah dilantik oleh Dewan pada hari mula-mula diadakan Persidangan iaitu selepas Pilihanraya Negeri atau pada bila-bila masa jawatan Speaker itu kosong atas sebab-sebab tertentu. Seseorang yang dipilih menjadi Speaker mestilah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Mana-mana orang yang dipilih menjadi Speaker tetapi bukan Ahli Dewan Undangan Negeri hendaklah dilantik sebagai ADUN tambahan terlebih dahulu dan menandatangani serta mengangkat sumpah di hadapan Dewan.

PENGAJIAN AM STPM : MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI

Kuasa Eksekutif Negeri diketuai oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan dilaksanakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Selepas sesuatu Pilihanraya Umum, Dulu Yang Maha Mulia Sultan akan melantik salah seorang dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah memenangi Pilihanraya Umum sebagai Dato’ Menteri Besar untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Baginda, atas nasihat Dato’ Menteri Besar akan melantik tidak lebih dari sepuluh (10) dan tidak kurang dari empat (4) orang ahli lain daripada kalangan ADUN untuk menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Undangan Negeri. Setiap Ahli MMKN mempengerusikan beberapa Jawatankuasa Tetap yang berkaitan denga tugas-tugas tertentu. Melalui Jawatankuasa inilah Jabatan Jabatan di negeri ini ditadbir. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengadakan mesyuarat secara tertutup seberapa kerap yang diperlukan bagi menentukan polisi dan program kerajaan.