PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF GARIS KOMPAUN/SEGARIS

Graf Garis Kompaun/Segaris
Berdasarkan petikan di bawah, sediakan satu graf garis tentang trend syarat perdagangan dan kadar pertukaran negara bagi tahun 1987 hingga 1997.

“…Dalam tempoh tahun 1987 hingga tahun 1995, pendapatan hasil eksport Malaysia telah meningkat dengan pesat pada kadar purata 20.2 peratus setiap tahun. Walau bagaimanapun, semenjak tahun 1996 kadar pertumbuhan pendapatan hasil eksport telah menurun kepada 6.3 peratus pada tahun 1996 dan 2.7 peratus pada tahun 1997.
Begitu juga semenjak tahun 1987 hingga tahun 1995, keseluruhan indeks harga eksport telah meningkat secara berterusan sebelum merosot pada tahun 1997. Daripada indeks asas 100.0 mata pada tahun 1987, harga eksport meningkat sebanyak 9.3 mata pada tahun berikutnya dan kepada 114.7 mata pada tahun 1989, kemudian meningkat lagi sebanyak 6.5 mata pada tahun 1991 tetapi telah merosot sebanyak 1.9 mata pada tahun 1992, dan pada tahun 1993 indeks harga eksport mencatat kenaikan sebanyak 8.1 mata berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun 1995 indeks harga eksport ialah 149.0 mata dan bertambah sebanyak 0.5 mata pada tahun berikutnya, tetapi turun sebanyak 3.2 mata pada tahun 1997.
Dalam tempoh 1987 hingga tahun 1995, kadar pertukaran ringgit telah menurun secara berterusan, iaitu daripada indeks kadar pertukaran 100.0 mata pada tahun 1987 kepada 79.1 mata pada tahun 1995. Indeks tersebut telah merosot kepada 90.6 mata pada tahun 1988, turun lagi sebanyak 5.2 mata pada tahun 1989, dan kepada paras 83.9 mata pada tahun 1991. Tetapi pada tahun 1992 kadar pertukaran telah meningkat kepada 87.2 mata sebelum merosot semula kepada 83.8 mata pada tahun 1993. Kadar ini telah meningkat sebanyak 3.4 mata pada tahun 1996 dan terus meningkat menjadi 85.9 mata pada tahun 1997.
Dalam tempoh yang sama, purata harga import pula adalah secara relatifnya stabil sebagaimana yang terdapat pada indeks harga import pengeluar. Indeks tersebut terus menerus meningkat daripada 100.0 mata pada tahun 1987 kepada 110.9 mata pada tahun 1991 dan meningkat lagi menjadi 115.0 mata pada tahun 1997. Sebenarnya kadar peningkatan indeks harga import ini tidaklah begitu besar – sekadar 15 peratus daripada jumlah terkumpulbagi tempoh itu. Pada tahun 1989 harga import bertambah sebanyak 4.3 mata daripada 104.3 mata pada tahun 1988. Pada tahun 1992 pula ia jatuh sedikit, iaitu sebanyak 0.1 mata, dan meningkat semula pada tahun 1993 sebanyak 1.7 mata. Pada tahun 1995 dan 1996 indeks harga import terus meningkat, masing-masing kepada 113.6 mata dan 113.7 mata. Harga import yang secara relatifnya stabil mencerminkan kadar inflasi yang rendah di kalangan rakan kongsi utama perdagangan negara.
Disebabkan oleh indeks harga eksport yang secara relatifnya lebih teguh antara tahun 1987 hingga tahun 1995 berbanding dengan indeks harga import, kecuali pada tahun 1992, maka syarat perdagangan luar telah menyebelahi Malaysia. Indeks syarat perdagangan telah meningkat secara berterusan dalam tempoh tersebut, iaitu daripada 100.0 mata pada tahun 1987 kepada 104.8 mata pada tahun 1988 dan seterusnya bertambah sebanyak 0.9 mata pada tahun 1989. Walaupun syarat perdagangan terus meningkat pada tahun 1991, iaitu kepada 109.3 mata, tetapi ia telah jatuh sebanyak 1.6 mata pada tahun 1992 dan kemudian meningkat semula pada tahun 1993 menjadi 113.2 mata. Pada tahun 1996, syarat perdagangan luar Malaysia hanya meningkat sebanyak 0.4 mata daripada 131.1 mata pada tahun 1995. Pada tahun 1997 pula, syarat perdagangan itu telah menurun sebanyak 4.2 mata apabila harga eksport jatuh sementara indeks harga import pula meningkat. Ini merupakan kali pertama sejak tahun 1992 Malaysia mencatatkan kemerosotan dalam syarat perdagangannya…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian Kewangan, 1997.
Economic Report, 1997/98, Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Bhd)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: