PENDERAAN KANAK-KANAK

Sikap tak peduli kita dorong kes dera kanak-kanak berleluasa
Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed

2010/03/20

BELUM lagi reda isu penderaan dan kematian adik Syafiah Humairah Sahari yang berusia 3 tahun dan K Haresyarren berusia 18 bulan, kita dikejutkan pula dengan berita perkahwinan membabitkan kanak-kanak.

Siti Nur Zubaidah Hussin yang baru saja berusia 11 tahun dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki dewasa dan lebih malang lagi perkahwinan ini diwalikan oleh bapa kandungnya sendiri. Sebagai manusia yang waras, kita boleh bayangkan apalah nasib masa depan kanak-kanak ini dan pada usia yang begitu muda, sejauh manakah dia mengerti makna sebuah perkahwinan.

Kita juga pasti budak ini masih mentah dan belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Apa yang jelas perkahwinan ini menyalahi undang-undang syariah negara kita kerana pernikahan itu dilakukan tanpa kebenaran secara bertulis mahkamah syariah dan lebih jelas lagi, mengikut Seksyen 8, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002, pasangan wanita berumur bawah 16 tahun perlu mendapat kebenaran bertulis daripada mahkamah syariah. Walaupun aspek undang-undangnya sangat jelas, kita masih hairan kenapa perkara sebegini masih terus membelenggu dan menghantui masyarakat kita? Kenapa kita begitu mudah taksub dan terpedaya dengan individu yang sering kali menyalahgunakan pegangan agama atau imej warak?

Belum cukupkah dengan pelbagai pendedahan mengenai ajaran sesat dan salah laku yang dibuat oleh individu mahupun kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai nabi. Isu begini juga terus mencemarkan institusi agama serta nama baik ulama di negara kita.

Kejadian yang menimpa kanak-kanak di negara kita dewasa ini sangat merisaukan semua pihak. Kita khuatir jika insiden sebegini tidak dibendung segera, suatu hari nanti bilangan kanak-kanak di negara kita akan semakin pupus.

Sikap tidak peduli dan tidak endah dengan apa yang berlaku di sekeliling kita dilihat sebagai antara punca utama kejadian sebegini terus berleluasa. Kita masih dengan budaya selagi tidak kena batang hidung sendiri maka tiada apa dan tidak peduli dengan apa yang berlaku.
Budaya tidak peduli, lepas tangan dan tidak mengapa ini jelas mula menular menjadi wabak yang serius dalam masyarakat kita. Virus ini jika tidak diubati atau dibendung segera, kita khuatir pelbagai lagi insiden lebih dahsyat dan menggerunkan boleh berlaku dalam masyarakat kita.

Kita perlu mengubah pemikiran dan gaya hidup supaya menjadi masyarakat yang lebih prihatin dan responsif dengan apa yang berlaku di sekitar kita. Tidak salahnya dalam hal begini kita menyibuk dan mengambil tahu tepi kain orang lain asalkan ia demi kesejahteraan bersama.

Hukuman berat dari segi undang-undang ternyata masih belum mampu membendung kes sebegini daripada terus berulang. Maka alternatif yang kita ada hanyalah perubahan sikap dan tingkah laku masyarakat kita yang perlu dilaksanakan segera.

Justeru, di samping kita begitu asyik dalam menegakkan undang-undang yang ada, kita juga wajar memberi perhatian kepada usaha untuk mendidik masyarakat kita menjadi masyarakat penyayang dan lebih responsif kepada masalah sosial yang melanda negara kita.

Pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu melihat perubahan sikap sebagai suatu aspek penting dengan langkah untuk memupuk budaya masyarakat penyayang perlu dilipat gandakan.

Masyarakat kita perlu disedarkan segera kesan yang bakal menimpa generasi masa depan jika masalah sosial ini tidak dibendung secepat mungkin. Semoga beberapa insiden yang berlaku ini dapat menyedarkan kita seterusnya mengubah kita menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab.

Penulis ialah Penolong Pendaftar Kanan Pusat Kesihatan Universiti di UPM

IKLAN HARAM

Iklan haram yang bersepah di sepanjang tiang jejambat Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Kepong dan Selayang memburukkan pemandangan di kawasan terbabit.

Jika sebelum ini iklan haram ditampal di tembok, pondok telefon dan tiang elektrik di tepi jalan, kini lokasi iklan itu lebih luas dipercayai bertujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan sekitar.
Walaupun terdapat tanda-tanda iklan haram lama sudah dibuang, ia tidak menghalang mereka yang masih berdegil daripada menampal iklan haram baru di tempat sama.
Beberapa penduduk sekitar ketika ditemui berkata, iklan haram yang ditampal di situ pernah beberapa kali dibersihkan pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
“Namun, ia seolah-olah tidak memberi kesan untuk iklan haram baru ditampal keesokan harinya,” kata pekerja kilang, Radhi, 20-an, ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Radhi, kebanyakan iklan haram itu mengandungi pelbagai tawaran perkhidmatan seperti tuisyen, kerja kosong, pemasangan perkakas teknikal dan pinjaman wang haram yang dipercayai along.

Eksekutif pemasaran, Fatihah Yahya, 27, berkata dia pernah melihat beberapa pekerja dipercayai warga asing sedang menampal iklan haram itu di sekitar Kepong pada lewat petang dan malam.
“Mereka akan berpecah dan berjalan dari satu lokasi ke lokasi berlainan dipercayai untuk menampal iklan terbabit,” katanya.
Tinjauan Metroplus mendapati, hampir setiap tiang di jejambat MRR2 menghala ke semua arah mempunyai iklan haram yang ditampal secara berselerak.
Tidak seperti iklan lain yang berlesen dan mengikut spesifikasi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kelihatan lebih kemas, iklan haram bersepah mengundang pandangan buruk orang awam.
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam MPS, Helda Shima Abu Talab, ketika dihubungi berkata MPS kini sedang berusaha membanteras iklan haram sama ada ditampal atau digantung secara berperingkat.
“Masalahnya, MPS tidak mempunyai kuasa untuk menangkap pihak terbabit yang menjalankan aktiviti menampal dan menaikkan iklan haram,” katanya.

MASYARAKAT DIMINTA PEKA HAK MEREKA

SHAH ALAM: Kira-kira 42 peratus pengguna yang dikaji selidik didapati masih tidak menyedari hak sebagai pengguna termasuk hak menuntut ganti rugi melalui Tribunal Tuntutan Pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata maklumat itu diperoleh melalui kajian ke atas 5,000 responden tahun lalu. “Berdasarkan kajian itu, ramai tidak peka dan tidak tahu hak mereka sekiranya berlaku penindasan. Malah, ada yang tidak tahu mereka mempunyai saluran untuk mengadu bagi menuntut hak mereka sebagai pengguna apabila dinafikan pihak tertentu,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Beliau berkata demikian pada majlis menyampaikan geran bantuan bernilai RM500 setiap satu kepada Kelab Pengguna Sekolah dari 117 sekolah menengah di Selangor.
Ismail Sabri berkata, terdapat juga responden yang tidak mengetahui bayaran serendah RM5 dikenakan bagi membuka sesuatu kes di tribunal tanpa perlu melantik peguam. Sehingga ini, katanya, terdapat 23 tribunal pengguna di seluruh negara dengan tujuh lagi bakal ditubuh menjelang hujung tahun ini. Beliau berkata, pengguna perlu bijak dan sedar hak mereka yang apabila merasakan ditindas perlu tampil ke tribunal untuk melaporkan kes. Berhubung soal penyelesaian kes, katanya, 6,491 kes dicatat di tribunal di seluruh negara sepanjang 2009 dengan 97.17 peratus kes sudah diselesaikan. — Bernama

Aplikasi MyID Dalam Sektor Awam

Aplikasi MyID Dalam Sektor Awam

model4

Satu Nombor Semua Urusan

1. MyID merupakan inisiatif yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal untuk warganegara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensi kerajaan. MyID juga adalah  manifestasi sistem penyampaian yang berkesan dan memudahkan warganegara Malaysia berurusan dengan agensi kerajaan.
2. MyID sangat penting kerana dengan hanya menggunakan satu nombor membolehkan seseorang warganegara berurusan secara individu dengan pelbagai agensi kerajaan . Nombor MyKad adalah dokumen pengenalan diri bagi seseorang warganegara Malaysia. Hanya nombor MyKad digunakan apabila berurusan.
3. MyKad  mengandungi maklumat asas seperti nombor kad pengenalan, nama, alamat, lesen memandu dan kewarganegaraan.  Ia juga boleh digunakan sebagai prasaran kekunci awam, merekod maklumat kesihatan serta sebagai e-tunai.
4. Semua agensi kerajaan dikehendaki melaksanakan MyID sebagai nombor rujukan tunggal dalam sistem penyampaian perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, agensi kerajaan perlu mengambil tindakan segera melaksanakan inisiatif MyID bagi semua perkhidmatan.
5. Pelaksanaan MyID adalah khusus untuk individu warganegara Malaysia sahaja. Walau bagaimanapun jika membabitkan warga asing sebagai individu, maka agensi boleh menggunakan nombor pengenalan diri individu  terbabit sebagai nombor rujukan seperti nombor pasport.

6. Bagi  pelaksanaan MylD berjaya dilaksanakan, agensi-agensi Kerajaan perlu melaksanakan perkara-perkara berikut bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan warganegara sebagai individu :
a.  Memastikan kakitangan agensi meminta hanya nombor MyKad sebagai nombor rujukan apabila Warganegara Malaysia berurusan di kaunter atau melalui telefon;
b. Memastikan hanya nombor MyKad yang perlu diisi oleh Warganegara Malaysia dan bukan nombor rujukan lain dalam borang yang disediakan agensi;
c. Menjadikan nombor MyKad sebagai nombor rujukan apabila Warganegara Malaysia akses atau menjalankan carian dalam perkhidmatan online agensi;
d. Memastikan dokumen yang dikeluarkan untuk individu mempunyai nombor MyKad sebagai nombor rujukan; dan
e. Mengkaji dan memastikan proses kerja dan sistem ICT agensi secara menyeluruh menyokong pelaksanaan MylD.
7. Kerajaan perlu memastikan soal keselamatan data dan kerahsiaan peribadi yang terkandung di dalam cip elektronik itu benar-benar dilindungi kerana maklumat peribadi seseorang di kategorikan sulit.
8. Kerajaan perlu mewujudkan mekanisme semakan peringkat kedua bagi pengesahan  identiti pengguna sebelum sesuatu semakan/permohonan mengakses maklumat sulit dibenarkan. Dengan cara ini ia mampu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap sistem MyID. Sekiranya terdapat daripada maklumat terbabit mungkin memerlukan bentuk tapisan dan sebagainya, agensi berkenaan boleh mengenakan peraturan-peraturan tambahan.
9. Cip pada MyKad boleh membantu kerajaan mengenal pasti sama ada rakyat layak atau sebaliknya terutama dalam pemberian subsidi. Contohnya, apabila pengguna membeli minyak petrol, dengan hanya mengakses MyKad  di stesen minyak dan harga yang perlu dibayar akan dipamerkan termasuk jumlah subsidi yang diterima.
10. Pendedahan kepada front-liners perlu diberikan terutama yang bertugas di kaunter dan yang bertanggungjawab menjawab panggilan telefon dengan memberitahu kepada pemanggil/pelawat mengenai inisiatif MyID.
11. Kerajaan berharap inisiatif MyID ini merupakan satu transformasi peningkatan prestasi penyampaian perkhidmatan kerajaan secara menyeluruh.
12. Sekiranya terdapat perubahan atau penambahbaikan perkhidmatan yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan sila maklumkan perkara ini kepada MAMPU. Keterangan perkhidmatan perlu jelas dan mudah difahami oleh warganegara.
13. Pelaksanaan nombor MyKad sebagai MyID akan dipantau secara berterusan dan khidmat nasihat akan diberi oleh MAMPU kepada agensi kerajaan yang memerlukan.

Sumber: www.mampu.gov.my

GRAF GABUNGAN (STPM 2008)

GRAF GABUNGAN (STPM 2008)

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pengeluaran dan maklumat perolehan eksport barangan utama terpilih bagi tahun 2002 hingga tahun 2005.

Sektor pertanian dan perlombongan terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan eksport negara di samping membekalkan bahan mentah kepada industri tertentu di Malaysia.

Pengeluaran minyak sawit Malaysia dianggar mencatat peningkatan yang berterusan dari tahun 2002 hingga tahun 2005 berikutan dengan peningkatan hasil sehektar dan harga minyak sawit yang tinggi. Pada tahun 2002, minyak sawit mencatat pengeluaran sebanyak 11 909 ribu tan metrik, iaitu pengurangan sebanyak 1446 ribu tan metrik berbanding dengan tahun 2003. Pengeluaran minyak sawit terus meningkat kepada 13 976 ribu tan metrik pada tahun 2004 dan dianggar meningkat lagi sebanyak 1324 ribu tan metrik setahun kemudiannya. Walau bagaimanapun, peningkatan pengeluaran ini tidak menjamin peningkatan yang berterusan bagi jumlah perolehan eksport minyak sawit Malaysia kerana pada tahun 2004, perolehan eksport minyak sawit telah menurun sebanyak RM364 juta berbanding dengan RM20 411 juta pada tahun 2003. Pada tahun 2002, perolehan eksport minyak sawit Malaysia ialah RM14 838 juta dan dianggar mencapai RM20 550 juta pada tahun 2005.

Pengeluaran getah pula mencatat peningkatan yang berterusan hingga tahun 2004, tetapi dianggar merosot pada tahun 2005 kerana keluasan kawasan tanaman getah yang semakin berkurang. Pada tahun 2002, pengeluaran getah adalah sebanyak 890 000 tan metrik dan terus meningkat sebanyak 96 000 tan metrik pada tahun 2003. Pada tahun 2004, pengeluaran getah meningkat lagi sebanyak 182 000 tan metrik berbanding dengan tahun sebelumnya, tetapi diramalkan merosot sebanyak 23 000 tan metrik pada tahun 2005. Perolehan eksport getah negara mengalami situasi yang sama apabila mengalami penurunan pada tahun 2005 setelah mencatat peningkatan dari tahun 2002 hingga tahun 2004. Pada tahun 2003, perolehan eksport getah adalah sebanyak RM3582 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM1090 juta berbanding dengan tahun 2002. Pada tahun 2004, perolehan eksport getah adalah sebanyak RM5197 juta, tetapi dianggar berkurang sebanyak RM197 juta pada tahun 2005.

Gas asli cecair pula menunjukkan pengeluaran yang tinggi selaras dengan pertambahan medan gas asli cecair yang baru beroperasi. Pada tahun 2002 sahaja, pengeluarannya adalah sebanyak 15 007 ribu tan metrik dan meningkat kepada 20 729 ribu tan metrik pada tahun 2004, iaitu peningkatan sebanyak 3418 ribu tan metrik berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2003. Pengeluaran ini dijangka meningkat lagi kepada 20 936 ribu tan metrik pada tahun 2005, manakala perolehan eksport gas asli cecair pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak RM3470 juta berbanding dengan tahun 2002 yang mencatat perolehan sebanyak RM9888 juta. Jumlah perolehan ini meningkat kepada RM17 079 juta pada tahun 2004 dan dijangka meningkat lagi sebanyak RM1596 juta pada tahun 2005 berbanding dengan tahun 2004.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian Kewangan Malaysia Laporan Ekonomi 2005/2006, Kuala Lumpur

PENGAJIAN AM STPM: KEFAHAMAN

“Kastam Diraja Malaysia (KDRM), kini berupaya mematahkan sistem penghantaran barangan seludup atau ikrar tidak sah termasuk di lebuh raya dengan menggunakan mesin pengimbas mudah alih terbaharu yang berteknologi tinggi. Mesin pengimbas mudah alih yang ditempatkan di atas treler, boleh bergerak ke mana-mana lokasi dengan kelajuan 60 km/j. Ia boleh mengimbas semua jenis kenderaan di mana sahaja asalkan mempunyai tempat sesuai untuk meletakkan mesin berkenaan”

a)      Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan penyeludupan barang?

b)      Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, sejauh manakah anda setuju mesin pengimbas mudah alih dapat mengurangkan penyeludupan barang.

PENGAJIAN AM STPM: SOALAN KARANGAN

1. Kadar celik huruf merupakan salah satu indikator pembangunan sesebuah negara. Bincangkan apakah indikator-indikator lain yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat tersebut.

Idea:
i. Tahap perkembangan ekonomi
– Pembangunan ekonomi dalam sektor perindustrian, perkhidmatan dan perkilangan (huraian boleh dikaitkan dengan pendapatan per kapita)
ii. Teknologi
– Teknologi ICT –Perkembangan ICT
iii. Kualiti hidup
– Tahap kualiti hidup yang semakin meningkat
iv. Kesihatan
– Tahap kesihatan yang semakin baik
v. Sosial Masyarakat
– Hubungan masyarakat yang lebih bersifat terbuka
vi. Infrastruktur Perhubungan
– Infrastruktur perhubungan moden
vii. Pengurusan
Tahap pengurusan dan pentadbiran Negara yang cekap dan moden

2. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Huraikan penyataan di atas.

Idea Jawapan:
1. P&P berkesan
– Guru memberi fokus kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
2. Penyeliaan kerja secara konsisten
– Guru perlu menyelia kerja pelajar secara konsisten
3. Kelas Bimbingan
Kelas bimbingan secara konsisten bagi membimbing pelajar cemerlang dan pelajar lemah
4. Motivasi
– Guru perlu memberi motivasi kepada murid
5. Sokongan Ibu bapa
PIBG dan Program Temu Murni
6. Disiplin diri pelajar
– Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang kondusif
7. Persekitaran sekolah/bilik darjah
Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang kondusif
8. Sokongan kewangan
– Khususnya bagi pelajar-pelajar yang miskin

PENGAJIAN AM STPM: SOALAN KARANGAN

1. Kadar celik huruf merupakan salah satu indikator pembangunan sesebuah negara. Bincangkan apakah indikator-indikator lain yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat tersebut.

Idea:
i. Tahap perkembangan ekonomi
– Pembangunan ekonomi dalam sektor perindustrian, perkhidmatan dan perkilangan (huraian boleh dikaitkan dengan pendapatan per kapita)
ii. Teknologi
– Teknologi ICT –Perkembangan ICT
iii. Kualiti hidup
– Tahap kualiti hidup yang semakin meningkat
iv. Kesihatan
– Tahap kesihatan yang semakin baik
v. Sosial Masyarakat
– Hubungan masyarakat yang lebih bersifat terbuka
vi. Infrastruktur Perhubungan
– Infrastruktur perhubungan moden
vii. Pengurusan
Tahap pengurusan dan pentadbiran Negara yang cekap dan moden

2. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Huraikan penyataan di atas.

Idea Jawapan:
1. P&P berkesan
– Guru memberi fokus kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
2. Penyeliaan kerja secara konsisten
– Guru perlu menyelia kerja pelajar secara konsisten
3. Kelas Bimbingan
Kelas bimbingan secara konsisten bagi membimbing pelajar cemerlang dan pelajar lemah
4. Motivasi
– Guru perlu memberi motivasi kepada murid
5. Sokongan Ibu bapa
PIBG dan Program Temu Murni
6. Disiplin diri pelajar
– Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang kondusif
7. Persekitaran sekolah/bilik darjah
Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang kondusif
8. Sokongan kewangan
– Khususnya bagi pelajar-pelajar yang miskin

PENGAJIAN AM STPM : KARANGAN

1. Menurut kajian kegiatan gengsterisme yang semakin menjadi-jadi dewasa ini dirangsang oleh factor sosioekonomi sesebuah negara. Jelaskan.

Skema
A. Faktor sosial
1. Ajaran agama/moral
2. Rakan sebaya
3. Media massa
4. Tekanan emosi

B. Faktor ekonomi
1. Pengangguran
2. kemiskinan
3. Jurang ekonomi

Nota : 2A + 2B

2. Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah disebabkan oleh kelemahan mereka sendiri. Bincangkan penyataan ini.

Skema
Faktor kelemahan siswazah sendiri
1. Sikap memilih pekerjaan
2. Kesilapan memilih bidang pengajian
3. Kurang keupayaan fizikal
4. Kekurangan penguasaan dan kemahiran bahasa Inggeris
5. Tidak yakin dengan budaya usahawan

Nota: Pilih 4 idea di atas

3. Tragedi 11 September sentiasa menjadi ingatan yang mengerikan penduduk di Amerika Syarikat bahkan seluruh penduduk dunia. Sehubungan dengan trgedi ini, ada pendapat yang melaporkan bahawa puncanya disebabkan oleh agenda tersembunyi.

Skema
A. Mengerikan
1. Kehilangan nyawa
2. Kerosakan harta benda
3. Kecacatan/kecederaan
4. Tekanan mental kanak-kanak

B. Agenda tersembunyi
1. Ketegangan agama / kaum
2. Penjajahan / keganasan terancang
3. Meraih sokongan politik
Nota : 2A + 2B

4. Rutin pemakanan dalam kalangan masyarakat pada hari ini merangsang pelbagai penyakit berbahaya. Huraikan

Skema
1. Pemakanan tidak seimbang
2. Kebersihan makanan
3. Penggunaan bahan kimia dalam makanan
4. Masa makan tidak menentu
5. Pemilihan makanan

Nota : Pilih 4 mana-mana idea di atas.

5. Penerokaan angkasa lepas telah meningkatkan pengetahuan manusia mengenai ruang angkasa. Jelaskan penyataan ini.

Skema
1. P&P
2. Pengetahuan perubahan cuaca
3. Mengembangkan teknologi satelit
4. Perkembangan bidang perubatan semasa
5. Teknologi kejuruteraan angkasa lepas

Nota: Pilih mana-mana 4 idea di atas

6. Mengikut laporan UNESCO sejak tahun 1970-an, bekalan air besih dunia didapati semakin berkurangan. Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada kehidupan sejagat. Bincangkan.

Skema
A. Punca
1. Pencemaran
2. Kekurangan sumber air semulajadi
3. Kepupusan hutan/bekalan air

B. Kesan
1. Jangkitan penyakit
2. Kepupusan flora & fauna
3. Ancaman habitat akutik

Nota: 2A + 2B

Bahagian C
“Penyakit mental adalah merupakan suatu penyakit yang boleh mempengaruhi keupayaan otak untuk mentafsir informasi yang diterima secara logik. Namun begitu, pengertian sebenar penyakit mental boleh disebut sebagai keadaan yang melibatkan pemikiran seseorang menjadi celaru dan menghadapi kesukaran untuk mentafsirkan mengenai sesuatu sama ada benar atau tidak”
(Dipetik daripada rencana “Penyakit Mental Kedua Tertinggi Menjelang 2020
Oleh Zarina Zainan Abidin & Azilawati Md Ghani
dalam Dewan K osmik, Mei 2009)

i. Apakah yang difahami dengan penyakit mental?
– Penyakit mental merupakan penyakit yang boleh mengganggu keupayaan otak untuk menjelaskan maklumat yang diperoleh dengan tepat

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan terangkan mengapakah penyakit mental boleh berlaku dalam kalangan masyarakat?

– tekanan hidup
– gangguan persekitaran
– penyakit
– penderaan emosi dan fizikal
– keturunan/baka

PENGAJIAN AM STPM: KARANGAN

NO.22. ORANG KURANG UPAYA (OKU)
SOALAN
Kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) masa kini mula diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan. Namun usaha ini masih jauh untuk mencapai objektif yang dicita-citakan. Jelaskan penyataan ini.
SKEMA
(2A+2B)
A Sebab-sebab
1 Aset tenaga kerja produktif
2 Menjamin kebajikan OKU
3 Membendung amalan diskriminasi
4 Merialisasikan konsep satu Malaysia
B Sebab gagal
1 Sikap OKU/keluarga
2 Sikap majikan /masyarakat
3 Kemudahan pendidikan
4 Kekurangan prasarana OKU

NO.23. SUKAN
SOALAN
Peruntukan dana kerajaan yang terancang dapat memartabatkan mutu sukan negara. Selain dana, kerajaan juga telah mengenalpasti pelbagai aspek yang berkaitan dengan kejayaan bidang ini. Jelaskan.
SKEMA
(1A +3B)
A (Idea wajib) Peruntukan kewangan
B Cara-cara lain
1 Ganjaran kepada ahli sukan

2 Bakat baru perlu dicungkil ketika kecil

3 Bilangan kepakaran jurulatih di tambah

4 Prasarana

5 Pendedahan kepada pertandingan peringkat antarabangsa

6 Pendekatan sains sukan

NO.24. KEPENGGUNAAN/PENGGUNA
SOALAN
Kebajikan pengguna secara umumnya bergantung kepada hala tuju perjuangan mereka. Walau bagaimanapun, tidak dapat disangkal bahawa nasib mereka juga bergantung kepada kepekaan pihak kerajaan yang sememangnya mengutamakan kesejahteraan semua golongan. Bincangkan.
SKEMA JAWAPAN
(2A + 2B)
A Peranan pengguna
1 Rancang perbelanjaan secara berhemah

2 Pengguna bijak/ tahu hala mereka

3 Muafakat pengguna

B Peranan pihak berkuasa
1 Kuatkuasa undang-undang

2 Pelbagaikan kempen pendidikan pengguna

3 Menggalakkan penghasilan sendiri makanan

4 Dasar cukai yng mesra pengguna

BAHAGIAN B

NO.7. PERNIAGAAN MAYA

SOALAN

Perniagaan maya merialisasikan urusan perniagaan ke peringkat global. Meskipun begitu perkembangan perniagaan ini tetap menghadapi pelbagai kesulitan. Bincangkan.

SKEMA
(2A +2B)

A. Kebaikan

1. Memudahkan urusan perniagaan
2. Melahirkan tenaga manusia yang mampu mencipta perisian perniagaan
3. Meningkatkan P & P
4. Merangsang perkembangan teknologi moden dalam sektor industri

B. Masalah

1. Kemahiran terhad
2. Prasarana terhad/terganggu
3. Penyalahgunaan teknologi moden

NO.8. GAYA HIDUP DIGITAL

SOALAN

Semua aspek rutin kehidupan seharian masyarakat pada zaman ledakan teknologi kini dipengaruhi oleh teknologi digital. Jelaskan penyataan ini.

SKEMA
(4A)

Teknologi digital dalam:

1. Perniagaan/kewangan
2. Telekomunikasi
3. Perubatan
4. Pendidikan
5. Keselamatan/jenayah
6. Rekacipta/ P & P

NO.9. AGROTEKNOLOGI

SOALAN

Perkembangan positif bidang agroteknologi merangsang peningkatan bekalan sumber makanan kepada manusia sejagat. Selain itu, Perkembangan ini juga mendatangkan banyak manfaat kepada kehidupan manusia.
Huraikan penyataan di atas.

SKEMA
(1A + 3B)

A. Menyediakan bekalan sumber makanan (Idea wajib)

B. Manfaat lain

1. Meningkatkan P & P
2. Mesra alam
3. Atasi kepupusan sumber
4. Perkembangan teknologi pertanian moden