Dunia boleh terbalik jika percaya cakap DAP

KUCHING 21 Mei – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud

meminta rakyat negeri itu supaya tidak mengambil serius tuduhan DAP kononnya Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang mengamalkan rasuah kerana apa yang dikatakan oleh parti pembangkang itu adalah pembohongan semata-mata.

“You percaya cakap DAP, dunia boleh tungkup (terbalik),” katanya kepada

pemberita di sini hari ini.

Taib berkata, di bawah kepimpinan BN, demokrasi akan terus berjalan dengan baik di negara ini.

Katanya, beliau mahu melihat rakyat terus kekal bersatu sekali gus menjadikan Sarawak sebagai negeri contoh kepada kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini. – Bernama

PAS DULU-DULU VS PAS SEKARANG

“Membangun Bersama Islam” hanyalah sebuah retorik kosong. Hakikatnya selama 20 tahun Pas memerintah Kelantan hanya 1 sahaja masjid didirikan iaitu di Rantau Panjang berbanding berpuluh-puluh bangunan markas parti mereka yang tersergam indah.

  1. PAS dulu-dulu tidak mengiktiraf Perlembagaan Negara serta undang-undang yang bersumberkannya. Kata PAS Perlembagaan Malaysia tinggalan orang kafir, jadi sesiapa yang menggunapakai juga kafir. Hari ini PAS kata Perlembagaan Negara yang ada masa kini akan dipakai jika mereka mendapat kuasa. Apa ertinya PAS bercakap berputar-putar sebegitu? Jawapannya mudah, PAS nak kuasa nak jawatan tertinggi negara. Prinsip boleh tolak ke tepi.
  2. PAS dulu-dulu memburukkan UMNO kerana menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam melalui pakatan Barisan Nasional. Tetapi PAS kini, lebih teruk dengan memberi laluan kepada DAP yang suatu ketika dulu menghina Islam.
  3. PAS menuduh UMNO mengamalkan kronisme, tetapi PAS sendiri pun mengamalkan kronisme dan memperkayakan anak beranak.
  4. Di Kelantan, PAS pernah mengharamkan permainan snooker. Tahun 2009 PAS setuju mengeluarkan lesen snooker kepada rakyatnya. Kenapa PAS berubah. Jawapannya, DEMI KUASA , soal prinsip tolak tepi.

Kepada para pelajar Tingkatan 6, sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih? Jika belum, berbuatlah segera. Undi anda penentu masa depan negara.

PRK P.94 : HULU SELANGOR, TAHNIAH BN

P. kamalanathan (BN) – 24997

Zaid Ibrahim (PKR)    – 23272

Majoriti : 1725

Akhirnya sebuah kejujuran dan kesabaran akan menemui kemenangan. Begitulah janji Allah kepada umat Islam. Sepanjang kempen pilihanraya, pelbagai fitnah dan pembohongan dilemparkan oleh individu yang menggelarkan diri sendiri Tok Guru dan Ulama tanpa memikirkan batasan halal haram di sisi Islam. UMNO walaupun majoriti kawasan itu adalah Melayu, tetapi atas dasar kesetiakawanan tetap meletakkan calon daripada MIC. Begitulah sebuah kejujuran dalam persahabatan. PKR, seolah-olah tiada calon lain dalam barisan kepimpinan akhirnya mengimport calon dari Kelantan untuk dipertandingkan di Selangor. PAS dalam terpaksa, sebenarnya turut tidak menyukai Zaid sebagai calon, turut sama berkempen dengan tidak seikhlasnya. DAP tak taulah pergi ke mana.

Tahniah BN, Tahniah MIC, Tahniah MCA dan komponen BN

Hidup UMNO. Hanya UMNO yang mampu membela dan menjaga kesucian dan kedaulatan agama dan negara

PAS PARTI TINGGALAN PENJAJAH INGGERIS

PAS terbentuk daripada rasa kecewa pemimpin yang kalah bertanding dalam pemilihan Presiden UMNO. PAS ditubuhkan semasa penjajahan Inggeris. Inggeris amat senang hati dan dengan segera meluluskan pendaftaran Parti Islam Semalaysia (PAS).  Jadi PAS sebenarnya adalah warisan tinggalan penjajah Inggeris untuk orang Melayu selain UMNO. Inggeris tahu, PAS adalah satu-satunya parti yang mampu memecah-belahkan kesatuan Islam yang kukuh pada masa itu dan masa kini.

Ramalan pihak Inggeris sememangnya benar. Dari dulu hingga kini, PAS banyak mengelirukan dan memecah-belahkan persaudaraan umat Islam di negara ini. Sebaik kerajaan mewujudkan hasrat murni gagasan 1Malaysia, ia ditentang hebat oleh PAS, DAP dan PKR. Kenapa? Kenapa Pakatan Pembangkang begitu degil dan keras kepala menentang idea murni ini? Biasalah…. syaitan mana suka umat Islam kuat, agama Islam kuat. 1Malaysia dikaitkan dengan 1Israel. Kalau betul ianya mampu menyatukan umat Islam, maka salahkan kita meniru idea yang baik ini.. Orang Yahudi terlebih dahulu bersunat. Orang Islam pun bersunat. Kenapa tidak dibuat demostrasi? PAS juga meniru idea Israel… PAS for All lahir dari idea Israel For All…

Esok Hulu Selangor Mengundi….kepada pengundi undilah calon BN.

Pucuk Pauh Delima Batu

Anak Tenggiri di Tapak Tangan

Pilihanraya Hulu Selangor Sudah Tentu

Pastikan BN mencapai kemenangan

Anwar Ibrahim kaki liwat

Zaid Ibrahim kaki botol

Anwar Ibrahim pandai mengayat

Sampai bontot Saiful boleh disondol

Najib hadir dengan gagasan

Memacu puncak ketamadunan

Agama Islam mendapat jaminan

Ke arah kesejahteraan zaman berzaman

Tiang seri tegak berdiri

Berdiri tegak di tengah serambi

Hari esok kita mengundi

Jadikan BN sentiasa di hati

Hujan emas negeri orang

Hujan batu di negeri sendiri

Zaid Ibrahim UMNO telah buang

Kenapa orang Hulu Selangor nak pilih lagi

Sayang isteri ditinggal-tinggalkan

Sayang anak ditatang-tatang

Sayang menantu diberi jawatan

Mata yang ada ditutup buat tak pandang

PERCAYAKAH ANDA PADA TENGKU RAZALEIGH

Sebenarnya Tg. Razaleigh bukannya orang lain dengan saya, kaum kerabat juga. Bondanya orang kebanyakan, saudara moyang saya. Tapi itu bukan yang ingin saya utarakan dalam ruangan ini.

Hari ini Tg. Razaleigh menafikan bahawa beliau tidak “dibeli” oleh Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan kerajaan pada 16 September 2008 lalu. Betul ke beliau tidak pernah berunding dengan Anwar? Rakan rapatnya Tg. Azlan mengiakan bahawa baginda pernah minum kopi di Bangsar dan berborak pasal rampasan kuasa 16 September lalu.

Kita kenal siapa Tg. Razaleigh. Ingin saya tegas dan ingatkan pembaca, Tg. Razaleighlah bapa pemecah perpaduan Melayu. Beliaulah yang membawa UMNO ke mahkamah dan akhirnya UMNO diharamkan pada tahun 1989. Beliau sengaja membawa parti ke mahkamah agar UMNO diharamkan dan kerajaan Melayu Islam ditumbangkan di Malaysia ini. Ini sejarah dan jangan kita lupa. Sebelum ini, walaupun Dato Onn, Tunku Ab. Rahman dan Tun Hussin Onn dikeluarkan dari UMNO, namun ketiga-tiga pemimpin tadi tidak bertindak untuk mengharamkan UMNO kerana mereka sedar UMNO ialah parti tunjang orang Melayu. Parti yang diberi kepercayaan untuk menjaga agama Islam, parti yang menjaga keamanan negara. Namun tidak begitu dengan Ku Li. Ku Li bukan kuli UMNO tetapi Ku Li nak jadi raja UMNO. Ku Li pengkhianat parti hingga memaksa Tun Dr. Mahathir mengumpul semula saf pemimpin UMNO terutama dari kalangan Ahli Parlimen seterusnya mendaftar semula UNMO dengan nama UMNO Baru. Ku Li menjadi raja bagi Parti Semangat 46. Tengku Razaleigh menjadi raja dalam parti S46 tak lama, mungkin beliau fikir partinya tak boleh hidup lama, jadi parti S46 dibubarkan dan beliau akhirnya masuk UMNO semula.

Ku Li adalah pengkhianat UMNO di Kelantan. Pada pilihanraya 1990 buktinya di mana Kerajaan UMNO ditumbangkan oleh PAS dan S46. Maka sejak itu hingga kini PAS memerintah Kelantan ini. Hari ini istana Kelantan bergolak berkaitan takhta dan kuasa. Tengku Anis meluahkan rasa bencinya terhadap PAS yang tidak menziarahi Sultan Ismail yang gering. Fikir-fikir kepada jadi begini? Inilah akibatnya PAS memerintah Kelantan. Rakyat pun sudah tidak hormat pada Sultan malahan rakyat lebih hormat pada Nik Aziz. Daripada tinjauan dan pemantauan, rakyat Kelantan tidak marah pada Nik Aziz yang tidak menziarahi Sultan. Jadi jelas rakyat lebih sayangkan Nik Aziz daripada Sultan Ismail. Kaji balik..ini lah bahana yang dibawa oleh Ku Li kepada rakyat Kelantan dan Istana.

Ku Li pernah mengatakan di Parlimen bahawa tiada sebuah negeri pun di Malaysia ini layak menerima royalti minyak. Terengganu tak layak, maka semestinya Kelantan tak layak. Semua kata-kata ini ada hitam putihnya dan bukan wasiat lisan macam nenek moyang kita buat dulu-dulu. Hari ini dan sehingga kini beliau berdiri di pentas yang kononnya NGO tetapi kita tahu ianya pentas pembangkang, beliau berceramah dan berbohong. Soalnya adakah wajar seorang ahli parti mengutuk parti sendiri. Wajarkah seorang isteri bercerita tentang hal keburukan rumahtangga kepada khalayak awam atau rakan? Haram begitu. Adalah haram bagi parti atau individu meruntuhkan sebuah kerajaan Islam yang pemimpinnya Islam. Tindakan ini dibuat oleh Ku Li. Ku Li cuba memusnahkan kerajaan UMNO/BN sekali lagi.

Sebagai rakyat, kita kena fikir. Ku Li akan buat apa sahaja bagi mencapai puncak kuasa. Beliau pernah berjuang di dalam UMNO, gagal. Berjuang di dalam UMNO dan sekali lagi menawarkan diri bertanding Presiden UMNO menentang Pak Lah, gagal lagi.

Jika Anwar berjaya memujuk 30 Ahli Parlimen, saya rasa mungkin Ku Li orang pertama masuk PKR, tetapi Anwar tak berjaya. Hanya Ahli Parlimen dari Sabah yang termakan pujukan Anwar.

Masihkah Ku Li nak nafikan tidak diumpan Anwar? Tolonglah…jangan berbohong dan jangan jadi biawak lidah bercabang. Jangan pula bersikap telunjuk lurus kelingking berkait. Jangan juga jadi seperti gunting dalam lipatan. Ku Li tak usahlah berangan nak jadi Perdana Menteri lagi, sudah tidak sesuai dengan usia. Gunakanlah kebijaksanaan untuk sama-sama menyatupadukan rakyat dan memajukan negara ini.

JANGANLAH BERBOHONG…

ZAHRAIN BEDAL TEMBELANG ANWAR

KUALA LUMPUR 17 Mac – Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) hari ini menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila ‘memecahkan tembelang’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat ’16 September.’

Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar ‘panas punggung’ sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang lain yang turut ‘panas telinga’ dengan pendedahan tersebut mengekori Anwar meninggalkan sidang itu.

Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.

Anwar kata Zahrain, turut ‘menjaja’ nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.

”Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut,” tegasnya.

Pada ketika itu, Anwar dilihat bangun sambil berjalan keluar meninggalkan dewan.

Tindakannya itu diikuti ramai wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tian Chua (PKR-Batu) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) pula kelihatan bangun mengherdik Zahrain tanpa mempedulikan nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang meminta mereka bertenang.

Dewan menjadi riuh rendah apabila beberapa penyokong kerajaan antaranya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan); Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjerit ‘pengecut,’ ‘penakut’ dan ‘kalau berani tunggu’ ke arah Anwar bagi mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak keluar Dewan.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada ketika itu pula meminta supaya Yang Dipertua Dewan mengarahkan Gobalakrishnan keluar dari dewan kerana terus bangun dan menjerit.

Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain meneruskan perbahasannya dan dengan selamba menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian.

”Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi tidak percaya (terhadap) kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Gobalakrishnan yang dilihat masih tidak berpuas hati akhirnya diberi peluang oleh Zahrain untuk mencelah.

Gobalakrishnan yang pada mulanya gagal menyampaikan soalan dengan baik dan ditertawakan beberapa wakil rakyat BN menggunakan ruang itu dengan mendakwa Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek mengurus dan menyelenggara sebuah padang golf.

Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya.

Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai “raksaksa pelbagai wajah” ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama ‘terompah’ iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.

Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu ‘memperhambakan diri’ dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP.

Perbahasan Zahrain disambung esok.

Sementara itu, beliau yang ditemui selepas itu memberitahu hanya menggunakan kesempatan berbahas bagi menjelaskan punca meninggalkan PKR serta janji-janji yang pernah dibuat oleh Anwar sebelum ini.

Mengenai tindakan Anwar yang keluar dewan selepas beberapa minit beliau berucap berkata: ”Saya tidak tahu, saya tidak perasan pun tetapi apa yang penting ia tidak membawa apa-apa makna (kepada saya) dan saya hanya menyampaikan cerita sebelah saya.”

1 MALAYSIA MENJUNJUNG TINGGI PERLEMBAGAAN NEGARA

iddle Malaysia tidak ikhlas bantu rakyat – PM

Najib Tun Razak berbual dengan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar sambil diperhatikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui (kanan) pada Sidang Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Mac – Gagasan 1Malaysia adalah konsep yang berpaksikan Perlembagaan berbeza daripada Middle Malaysia yang diperkenalkan oleh DAP iaitu penjenamaan semula Malaysian Malaysia yang ditolak oleh rakyat.

Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis berkata, gagasan DAP itu tidak ikhlas untuk membantu rakyat tetapi sebaliknya ia muncul secara tiba-tiba setelah 1Malaysia semakin popular dan diterima rakyat.

“Middle Malaysia adalah penjenamaan semula Malaysian Malaysia tetapi apa yang pasti kedua-duanya tidak pernah berpaksi kepada Perlembagaan dan sejarah negara.

REFLEKSI KELANTAN DI BAWAH PEMERINTAHAN NIK AZIZ

Selama 20 tahun Nik Aziz  menjadi Menteri Besar Kelantan terjadinya:-

1. Pembinaan 2 patung Budha terbesar di Malaysia bahkan lebih besar dari negara Budha di Thailand. Tinggi patung itu melebihi ketinggian kubah masjid

2. Penguasaan ekuiti kaum Melayu dalam syarikat pembinaan tidak menentu, kebanyakan dikuasai oleh kaum bukan Melayu

3. Persekitaran kotor

4. Bencana alam seperti banjir yang biasanya 2 minggu paling lama bertahan kini sampai sebulan (Daerah Tumpat). Kemarau berpanjangan. Nik Aziz kata sebab rakyat buat dosa kepada Allah. Memang betul. Soalnya siapa yang buat dosa besar? Tumpat banjir, ini kawasan Parlimen PAS sejak 1990 lagi. Siapa buat dosa kalau bukan PAS? Dosa fitnah itu kan dosa besar, jadi Allah murka. Masihkah Nik Aziz tidak sedar kemurkaan Allah kepada PAS?

5. Perlombongan pasir terbesar kini berlaku di Kelantan hingga menyebabkan sungai menjadi tercemar. Sebagai contoh di pusat beli belah Tesco dan Bandar Tanah Merah 2.

6. Dua pusat pengajian pondok terbakar. Apakah maksud dan mesej yang Allah berikan?

7. Pembinaan sarang burung layang-layang atau burung walit di tengah-tengah bandar di Kelantan. Bangunan diubahsuai atau bangunan baru didirikan di kawasan perumahan telah menimbulkan ketidakselesaan rakyat dengan bunyi bising perakam.

8. Kadar parking kereta antara yang termahal di Malaysia serta ketinggalan zaman apabila masih menggunakan duit syiling untuk dimasukkan ke dalam meter bacaan. Perlu ingat, duit syiling bukanlah suatu perkara mudah untuk dapatkannya. Apakah ini satu strategi kerajaan PAS mengutip hasil melalui saman parking

9. Masalah sosial meningkat, dengan pertambahan remaja mengambil pil kuda dan dadah yang semakin serius

10. Pernikahan kanak-kanak berusia 1o dan 11 tahun yang hanya berlaku pada awal abad 20 kini berlaku semula di Kelantan. Walaupun pernikahan itu sah, tetapi fikirkan untuk 20 tahun akan datang. Apa akan jadi kepada kanak-kanak itu? Semuanya di bawah Nik Aziz sebagai Menteri Besar.

DEMI KEPENTINGAN AGAMA, NEGARA DAN BANGSA, HANYA UMNO DAN BARISAN NASIONAL WAJIB DIBERI AMANAH MENERAJUI KELANTAN DAN MALAYSIA.

Guan Eng tak layak jadi Ketua Menteri: Wakil PKR

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Nibong Tebal mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng, mendakwa Lim Guan Eng sudah tidak layak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tan berkata, sudah tiba masanya untuk rakyat Pulau Pinang menentukan kedudukan Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang. “Ramai wakil rakyat PKR dan Ketua Bahagian PKR di Pulau Pinang kecewa dengan pentadbiran Guan Eng,” katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Kes liwat Anwar: Pendakwa akan buktikan kesan air mani kepunyaan tertuduh

Oleh Ahmad Johari Ali dan Norhashimah Mohd Radzali

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan disahkan oleh pihak Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan pembukaan pendakwaan yang dibacakan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, dalam perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi, pihak pendakwa akan membuktikan kesalahan tertuduh melampaui keraguan munasabah melalui keterangan langsung dari Mohd Saiful dan keterangan forensik dari doktor serta ahli kimia, selain keterangan mengikut keadaan serta keterangan dokumentari.

Mohd Yusof berkata, pihak pendakwaan akan membawa keterangan bahawa pada 26 Jun 2008, lebih kurang jam 10.30 pagi ketika di pejabat Anwar, tertuduh meminta Mohd Saiful, yang juga pembantu khas tertuduh ketika itu, untuk pergi ke Kondominium Desa Damansara (tempat kejadian) pada jam 2.30 petang pada hari sama.

“Pada jam 1.45 petang hari berkenaan, Mohd Saiful keluar dari pejabat tertuduh menuju ke Kondominium Desa Damansara dan tiba di situ pada kira-kira jam 3 petang.

“Di Kondominium Desa Damansara itu, Mohd Saiful kemudian ke unit 11-5-1 di Tingkat 5 dan apabila beliau masuk ke situ, beliau lihat tertuduh sedang duduk di meja makan seorang diri.

“Di unit ini, Mohd Saiful diliwat oleh tertuduh dan beliau meninggalkan unit berkenaan kira-kira jam 4 petang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, pihak pendakwaan seterusnya akan membawa keterangan pada 28 Jun 2008, Mohd Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Travers berhubung kejadian liwat yang berlaku pada 26 Jun 2008 (dua hari sebelum itu) di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara berkenaan.

“Pada hari sama, Mohd Saiful juga membuat pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur berhubung kejadian liwat itu. Sampel tisu termasuk dari bahagian luar dan dalam dubur Mohd Saiful diambil oleh doktor yang memeriksanya untuk ujian DNA.

“Pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful disahkan Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh,” katanya.