PENGAJIAN AM STPM : FORMULA PENYELESAIAN MASALAH

ANTARA FORMULA PENGIRAAN SOALAN PENYELESAIAN MASALAH

1. Peratus

Jumlah kecil (sektor)
_________________ X 100
Jumlah Keseluruhan

2. Peratus perubahan (guna bila ada pernyataan mengatakan “peningkatan peratus”, kemerosotan peratusan”

Jumlah Tahun Baru – Jumlah Tahun Lama
_________________________________ X 100
Jumlah Tahun Lama

3. Faedah

Faedah = Pokok x Kadar Pinjaman x Tempoh/Tahun
___________________________________
100

4. Purata

Purata = Jumlah Keseluruhan
_______________
Bilangan

Advertisements

PAS HILANG PRINSIP PERJUANGAN

Sebagaimana yang selalu yang diuar-uarkan PAS mendakwa partinya adalah parti yang memperjuangkan Islam tulen. Pemimpin-pemimpin PAS semuanya ulama (biarpun ada di kalangan mereka bukan berkelulusan bidang agama). Bahkan ada juga pemimpin PAS yang berkelulusan bidang ekonomi turut mengeluarkan fatwa-fatwa mereka sendiri. Hari ini (3/8/2009), Allah menguji ketegasan PAS terhadap kebenaran perjuangan mereka terhadap isu penjualan arak secara terbuka kepada orang Melayu (orang Islam). Datuk Dr. Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) mengecam keras ADUN DAP Ronnie Liu kerana beliau dikatakan menggalakkan penjualan arak ini. Dr. Hassan mendakwa Ronnie mengarahkan pihak berkuasa mengembalikan semula arak yang dirampas semasa operasi pemutihan. Dr. Hassan seterusnya meminta Datuk Seri Khalid Ibrahim memecat Ronnie Liu. Walau bagaimanapun, Datuk Khalid dalam sidang medianya mengarahkan semua Exco (termasuk Dr. Hassan) supaya menutup mulut. Ini bermakna PAS juga yang lantang berprinsip Islam juga kena tutup mulut. Datuk Seri Haji Hadi tutup mulut, Tok Guru Nik Aziz juga tutup mulut. Tak berani nak tegur takut wakil-wakil rakyat PAS ditendang keluar dari barisan kepimpinan negeri. PAS demi kuasa sanggup mengenepikan soal Islam, sedangkan Islam mengarahkan umatnya menjauhi arak dan zina. Kalau betul Islam tulen PAS, maka prinsip perjuangan hendaklah selamanya ditegakkan. Hitam kata hitam, putih kata putih. Soal Islam jangan ada dolak dalik ikut situasi. Islam ada hukum hakamnya. Dahulu UMNO buat PAS kritik, tetapi apabila diberi kuasa kenapa tidak laksanakan. Haramkanlah penjualan arak di Selangor, pusat karaoke, kelab-kelab malam dan lain-lain jika benar ingin menegakkan Islam.

Sedih dan kecewa bila PAS ketepikan prinsip perjuagan Islam.