PENGAJIAN AM STPM : PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
Latar Belakang
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah Negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama iaitu Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1-6 September 1961.
Pergerakan ini diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian), Presiden Nasser (Egypt) dan Perdana Menteri Nehru (India) dan disokong sepenuhnya oleh Presiden Indonesia iaitu Soekarno dan Presiden Ghana iaitu Nkrumah.
Dalam pada masa yang sama, Pergerakan ini terbentuk hasil daripada Perang Dingin (Cold War) yang berlaku pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun 1990-an.
Tujuan penubuhan NAM setelah diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979 ialah untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan di\ominasi terhadap kuasa serta kumpulan politik.
NAM diasaskan di Bandung, Indonesia pada tahun 1955 walaupun istilah ‘berkecuali’ datangnya dari idea Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru dalam ucapannya di Colombo, Ceylon (Sri Lanka).
Di Colombo, Nehru memperkenalkan 5 tonggak asas dalam menjalin hubungan antarabangsa di mana ia turut dikenali sebagai ‘Panchseel’ iaitu:
1. Hormati integri kawasan;
2. Saling tidak menceroboh antara Negara;
3. Saling tidak mencampuri urusan hubungan tempatan;
4. Mewujudkan saling kesamaan dan menguntungkan;
5. Mewujudkan keamanan.
Pada bulan April tahun berikutnya, satu persidangan telah diadakan di Bandung dan dinamakan Persidangan Bandung. Prinsipal ‘Panchseel’ telah mula diperkembangkan dan disinilah bermulanya pembentukan konsep pengecualian. Konsep ini menyarankan negara-negara anggota tidak terlibat dalam Konfrontasi Ideologi Timur-Barat semasa Perang Dingin. Secara tidak langsung negara-negara anggota akan berusaha untuk mencapai kemerdekaan, pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan.
Tujuan Penubuhan Nam
• Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.
• Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.
• Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
• Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang membangun.
• Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.
• Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM melalui rundingan.
• Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.
Negara-Negara Anggota
• Afghanistan
• Algeria
• Angola
• Bahamas
• Bahrain
• Bangladesh
• Barbados
• Belarus
• Belize
• Benin
• Bhutan
• Bolivia
• Botswana
• Brunei Darussalam
• Burkina Faso
• Burundi
• Cambodia
• Cameroon
• Cape Verde
• Central African republic
• Chad
• Chile
• Colombia
• Comoros
• Congo
• Cote d’
• Cuba
• Democratic People’s Republic of Korea
• Democratic Republic of Congo
• Djibouti
• Dominican Republic
• Ecuador
• Egypt
• Equatorial Guinea
• Eritrea
• Ethiopia
• Gabon
• Gambia
• Ghana
• Grenada
• Guatemala
• Guinea
• Guinea – Bissau
• Guyana
• Honduras
• India
• Indonesia
• Iran
• Iraq
• Jamaica
• Jordan
• Kenya
• Libyan Arab Jamahiriya
• Madagascar
• Malawi
• Malaysia
• Maldives
• Mali
• Mauritius
• Mauritania
• Mongolia
• Morocco
• Mozambique
• Myanmar
• Namibia
• Nepal
• Nicaragua
• Niger
• Nigeria
• Oman
• Pakistan
• Palestine
• Panama
• Papua New Guinea
• Peru
• Philippines
• Qatar
• Rwanda
• St Lucia
• St Vincent and the Grenadines
• Sao Tome and Principe
• Saudi Arabia
• Senegal
• Seychelles
• Sierra Leone
• Singapore
• Somalia
• South Africa
• Sri Lanka
• Sudan
• Suriname
• Swaziland
• Syrian Arab Republic
• Thailand
• Timor Leste
• Togo
• Trinidad and Tobago
• Tunisia
• Turkmenistan
• Uganda
• United Arab Emirates
• Kuwait
• Lao Peoples’ Democratic Republic
• Lebanon
• Lesotho
• Liberia
• United Republic of Tanzania
• Uzbekistan
• Vanuatu
• Venezuela
• Vietnam
• Yemen
• Zambia
• Zimbabwe
Organisasi Dan Struktur NAM
Negara-negara Berkecuali mendapati akan berlaku kemusnahan terhadap Pergerakan ini sekiranya mereka membina atau menstruktur semula Pergerakan secara formal seperti pindaan Perlembagaan atau Piagam dan Sekretariat dalaman.
Perkara ini pernah dibentangkan berkenaan penglibatan dua atau lebih pihak yang dibuat oleh Negara-negara anggota. Namun ia sukar dicapai kerana wujudnya perbezaan ideologi dan matlamat yang dianggap tidak boleh membentuk satu struktur pentadbiran yang rasional bagi melaksanakan polisi negara agar diterima umum.
Sidang Kemuncak Nam
• Persidangan Pertama – Belgrade, 1-6 September 1961
• Persidangan Kedua – Cairo, 5-10 Oktober 1964
• Persidangan ke–tiga – Lusaka, 8-10 September 1970
• Persidangan ke-empat – Algiers, 5-9 September 1973
• Persidangan ke-lima – Colombo, 16-19 Ogos 1976
• Persidangan ke-enam – Havana, 3-9 September 1979
• Persidangan ke-tujuh – New Delhi, 7-12 Mac 1983
• Persidangan ke-lapan – Harare, 1-6 September 1986
• Persidangan ke-sembilan – Belgrade, 4-7 September 1989
• Persidangan ke-sepuluh – Jakarta, 1-7 September 1992
• Persidangan ke-sebelas – Cartagena de Indias, 18-20 Oktober 1995
• Persidangan ke-dua belas – Durban, 29 Ogos – 3 September 1998
• Persidangan ke-tiga belas – Kuala Lumpur, 20-25 Februari 2003

PENGAJIAN AM STPM : PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Pengenalan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.
Sejarah
Istilah “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” (“United Nations”) dicetuskan oleh Franklin D. Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1 Januari 1942 dalam “Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”. Pengisytiharan ini bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa Paksi. Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan-pengisytiharan yang ditandatangani dalam persidangan-persidangan Pihak Berikat di Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu masih berperang pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripada Perancis, Republik China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan rancangan-rancangan di Estet Dumbarton Oaks, Washington, D.C.. Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta pengurusan untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. Cadangan-cadangan ini telah dibincangkan dan diperdebatkan oleh kerajaan-kerajaan dan rakyat-rakyat sejagat.
Pada 25 April 1945, “Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa” bermula di San Francisco. Selain kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, termasuknya Kelab Lions Antarabangsa, telah dijemput untuk membantu menggubal piagam. 50 negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani “Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu tempat telah diuntukkan kepadanya, dan ia kemudian menandatangani piagam itu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakan daripada 46 penandatangan yang lain.
Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah menyertai pertubuhan ini.
Piagam PBB
Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:
KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM
• untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan
• untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan
• untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan
• untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas, dan untuk tujuan ini
• akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan
• akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan
• akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak
• akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan
• akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia,
Struktur Organisasi
Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:
• Perhimpunan Agung
• Majlis Keselamatan
• Majlis Ekonomi dan Sosial
• Majlis Peramanahan
• Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
• Sekretariat

Perhimpunan Agung
Perhimpunan Agung PBB (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan bertemu setiap tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-wakilnya.
Sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini bertindak sebagai forum untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan undang-undang antarabangsa serta membuat keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini.
Majlis Keselamatan

Majlis Keselamatan UN merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Ia bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara. Sedangkan alat-alat PBB yang lain hanya membuat cadangan kepada kerajaan ahli-ahli, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa di bawah Piagam PBB untuk memutuskan mana satu kerajaan ahlinya harus melaksanakan keputusannya.
Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan digelarkan “Ketetapan Majlis Keselamatan PBB”. Ahli-ahli Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap bulan.

Majlis Ekonomi dan Sosial

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun. Walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong ahli-ahli daripada negara “Dunia Pertama”.
Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang merupakan kuasa kecil ataupun tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk sidang selama empat minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah mesyuarat pada setiap April untuk bertemu dengan menteri-menteri kewangan yang mengetuai jawatankuasa utama dalam Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain, termasuklah mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat cadangan. Tambahan pula, ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk memberikan polisi kepaduan dan menyelaraskan fungsi-fungi badan-badan subsidiari PBB yang bertindih; dimana dalam peranan ini bahawa ia amat giat.

Majlis Peramanahan

Majlis Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini — kebanyakannya merupakan mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambil daripada negara-negara yang ditewaskan pada akhir Perang Dunia II — telah memperoleh kerajaan sendiri ataupun kemerdekaan, baik sebagai negara tersendiri, mahupun melalui penggabungan dengan negara jiran yang merdeka. Palau merupakan wilayah yang terakhir, dan telah menjadi ahli PBB pada Disember 1994.
Selepas misinya telah siap, Majlis Peramanahan menggantungkan operasinya pada 1 November 1994, dan walaupun ia masih wujud pada kertas, penghapusannya yang rasmi memerlukan penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005, Setiausaha Agung Kofi Annan mencadangkan reformasi yang meluas, termasuknya penghapusan Majlis Peramanahan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai “Mahkamah Dunia” atau ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia ditempatkan di Peace Palace, Hague, Belanda.
Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Belgium) yang juga mempunyai kuasa “sejagat”. Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis merupakan bahasa rasminya.
Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa. Bilangan keputusan yang dibuat oleh ICJ masih tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupan yang lebih besar untuk menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an, khususnya di kalangan negara-negara membangun. Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menarik diri daripada bidang kuasa wajib pada tahun 1986, dan kini hanya menerima keputusan mahkamah mengikut budi bicaranya.

Sekretariat

Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih daripada kawasan-kawasan yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja bertanggungjawab memilih kakitangan.
Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu oleh badan-badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan, Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB yang lain. Tugas-tugas Setiausaha Agung termasuk membantu menyelesaikan pertikaian antarabangsa, mentadbirkan operasi penjagaan keamanan, mengatur persidangan antarabangsa, mengumpul maklumat tentang pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis Keselamatan serta berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya terhadap pelbagai langkah yang dimulakan oleh PBB.
Akiviti-Aktiviti PBB

Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:
• Persidangan antarabangsa
• Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan
• Kawalan dan pelucutan senjata
• Penjagaan keamanan
• Hak asasi manusia
• Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa
• Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.
Persidangan antarabangsa

Ahli-ahli untuk PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang diadakan sepanjang tahun. Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak, Perhimpunan Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Contoh-contoh terkini termasuk:
“Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan” yang diadakan pada Oktober 1994 di Columbus, Ohio: Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi matlumat moden untuk memperkembangkan perdagangan antarabangsa;

“Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial” yang diadakan di Copenhagen, Denmark pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab negara terhadap pembangunan boleh kekal serta pelaburan dalam rancangan-rancangan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang ekonomi untuk kesemua orang.

“Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita” yang diadakan di Beijing, China, pada September 1995;

“Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia” (Habitat II), yang diadakan di Istanbul, Turki pada Jun 1996.
Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan

Rencana utama: Tahun-tahun Antarabangsa PBB
PBB mengisytiharkan dan menyelaraskan “Tahun Antarabangsa untuk …” supaya dapat menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB, logo yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk menyelaraskan peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor mangkin untuk memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.

Kawalan senjata dan pelucutan senjata

PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk “Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung” dan “Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB”. Perkara-perkara dalam agendanya merangkumi pertimbangan kebaikan dan keburukannya terhadap pengharaman ujian nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk mengharamkan senjata kimia, pelucutan senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan keselamatan antarabangsa.
Penjagaan keamanan

Pengaman-pengaman PBB dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru-baru sahaja tamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat persetujuan keamanan serta untuk tidak menggalakkan askar-askar daripada memulakan pertempuran, umpamanya di Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.
Pasukan pengaman PBB menerima “Hadiah Keamanan Nobel” pada tahun 1988. Pada tahun 2001, PBB dan Setiausaha Agung Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel “kerana usaha-usaha mereka untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman.”
PBB mengekalkan siri Pingat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tentera yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingat Perkhidmatan PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang Korea. Pingat NATO direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingat antarabangsa dan bukannya pingat tentera.
Hak asasi manusia

Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB. Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa akan datang.
Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan “rasa hormat sejagat ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia” serta mengambil “tindakan bersama dan berasingan” untuk mencapainya. Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawah ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia, khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Contoh yang baik ialah sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistem demokrasi. Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasi manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekali amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.
PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka.

Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa

Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.
Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara), Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek penjagaan keamanan di 24 buah negara. PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat Pembangunan Milenium. Program Pembangunan PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalam dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin. Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.
PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai banyak sejarah demokrasi, termasuknya pada masa kebelakangan ini, Afghanistan dan Timor Timur. Ia juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuknya Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkamah Khas untuk Sierra Leone, dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.
Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Agung PBB Kofi Annan melancarkan Tabung Pusat Gerak Balas Kecemasan (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.[1]

Persetiaan dan undang-undang antarabangsa

PBB merundingkan persetiaan seperti Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut untuk mengelakkan kemungkinan pertikaian antarabangsa. Pertikaian mengenai penggunaan lautan dihakimi oleh mahkamah khas.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang merupakan mahkamah PBB yang utama bertujuan untuk menghakimi pertikaian-pertikaian di antara negara-negara. Kes-kes terutama yang dihakiminya termasuk:
Congo lawan Perancis: Republik Demokratik Congo menuduh Perancis kerana menyalahi undang-undang disebabkan penahanan bekas ketua-ketua negaranya yang telah dituduh untuk jenayah-jenayah perang;
Nicaragua lawan Amerika Syarikat: Nicagarua menuduh Amerika Syarikat kerana mempersenjatai Contra secara haram (kes ini menyebabkan peristiwa Iran-Contra).
Senarai Badan PBB
Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam piagamnya ialah :
• Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
• Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan
• Persatuan Pembangunan Antarabangsa)
• Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
• Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
• Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)
• Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
• Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
• Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
• Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
• Kesatuan Pos Sedunia (UPU)
• Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)
• Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).
Agensi-agensi sementara termasuk:
• Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA)
• Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian diambil alih oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi
• PBB untuk Pelarian) (UNHCR)
• Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)

PENGAJIAN AM STPM : RANCANGAN KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA

RANCANGAN KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA
Latarbelakang
Kabinet telah bersetuju pada 25hb. Julai 1979 untuk mewujudkan rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). Rancangan ini ialah merupakan suatu manifestasi Malaysia dalam konteks kerjasama di antara negara Selatan-Selatan (South-South) dan lain-lain negara yang sedang membangun. Rancangan kerjasama ini diwujudkan di atas andaian bahawa negara-negara yang sedang membangun boleh mempelajari pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan negara daripada negara-negara yang sedang membangun sendiri. Di dalam rancangan ini, negara-negara ASEAN, negara-negara Anggota Persidangan Islam dan juga negara-negara Kepulauan Pasifik, Asia serta negara-negara yang mundur di Asia dan Afrika diberi keutamaan dalam menerima bantuan. Untuk mengendalikan rancangan ini, suatu Jawantankuasa Utama yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan. Ahli-ahli lain termasuk Y.B. Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi. Dalam perkara ini, Unit Perancang Ekonomi menjadi urusetia.

Rasional
Dalam meningkatkan moral dan maruah Malaysia di kalangan antarabangsa, Malaysia haruslah memperlihatkan satu sikap yang positif untuk membantu dan bekerjasama dengan negara membangun yang lain untuk menyediakan dan menawarkan satu asas pengalaman dan kepakaran dalam negeri kepada negara membangun yang lain. Rancangan kerjasama teknikal Malaysia ini haruslah juga dilihat dari faedah sampingan yang diperolehi seperti mempereratkan perhubungan Malaysia antara negara-negara lain serta mempertingkatkan hubungan perdagangan dua hala Malaysia dengan negara yang berkenaan.
Objektif
Tujuan Malaysia mengadakan rancangan ini adalah seperti berikut:-
(i) untuk mengeratkan lagi perhubungan Malaysia dengan negara-negara yang sedang membangun;

(ii) mempertingkatkan lagi perhubungan perdagangan di antara Malaysia dengan negara-negara yang sedang membangun, seperti perdagangan langsung dan pasaran untuk barangan Malaysia sendiri;

(iii) memberi peluang kepada pihak swasta Malaysia untuk menceburkan diri dalam pelaburan di negara-negara tersebut; dan

(iv) untuk membantu negara-negara yang mundur dan yang sedang membangun, diatas dasar perikemanusiaan tanpa mendapat apa-apa balasan.

Adalah diharapkan bahawa pada masa-masa yang akan datang, negara-negara yang menerima bantuan akan menyokong Malaysia didalam forum-forum antarabangsa. Di samping itu, persefahaman serta kerjasama di antara negara-negara yang sedang membangun diharap dapat dipertingkatkan.

Strategi Pelaksanaan
Sehingga sekarang, Malaysia telah melaksanakan rancangan ini melalui 4 cara yang berikut:-
(i) Malaysia menanggung semua kos bantuan tersebut;

(ii) Malaysia dan negara penerima bersama-sama menanggung kos bantuan tersebut;

(iii) Malaysia menyediakan segala kemudahan dan negara penerima akan menanggung kos bantuan tersebut;

(iv) Malaysia menyediakan semua kemudahan dan pihak-pihak tertentu seperti UNDP, CETC dan lain-lain lagi membiayai kos penyertaannya.

Di bawah rancangan ini, bantuan dan kemudahan yang diadakan adalah seperti berikut:-
(i) Biasiswa dan hadiah latihan untuk peserta-peserta yang mengikuti
berbagai kursus di universiti-universiti dan institusi-institusi latihan di Malaysia;

(ii) Kemudahan-kemudahan lain untuk berlatih di berbagai institusi
latihan di Malaysia;

(iii) Lawatan sambil belajar serta penempatan di agensi-agensi
kerajaan. (Dalam program diatas, peserta-peserta dibayar elaun sara hidup, lojing, tiket kapalterbang pergi-balik. Mereka juga diberi kemudahan kesihatan dan pergigian dan tidak dikenakan yuran pengajian semasa menjalani latihan atau berkursus).

(iv) Kepakaran serta khidmat nasihat dalam bidang-bidang yang
Malaysia mempunyai kepakaran tertentu.
Selain daripada itu, rancangan kerjasama ini juga boleh dipertimbangkan dalam bentuk kebendaan dan peralatan-peralatan tertentu kepada negara-negara yang dikenalpasti memerlukannya.
Rumusan
Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia ialah satu rancangan yang praktikal di mana pengalaman-pengalaman dan idea dalam pembangunan negara dapat dikongsi bersama oleh negara-negara yang sedang membangun. Dengan ini juga diharap negara-negara berkenaan dapat meringankan beban dan masalah dalam pembangunan negara masing-masing. Adalah juga diharapkan negara-negara sedang membangun yang lain juga akan menurut jejak langkah Malaysia dalam memberi bantuan di dalam bidang-bidang yang mereka mempunyai pengalaman dan kepakaran. Dengan ini kerjasama di antara negara-negara sedang membangun akan lebih erat lagi.

PENGAJIAN AM STPM : SKIM PERINTIS BELIA NASIONAL

Skim Perintis Belia Nasional
Skim Perantis Belia Nasional (PBN) adalah satu skim latihan berbentuk kerjasama antara sektor swasta dengan Kerajaan. Melalui skim ini pihak majikan akan menaja perantis dan seterusnya mengadakan Latihan Sambil Bekerja, manakala pihak Kerajaan akan memberikan khidmat nasihat latihan dan insentif.
Objektif Penubuhan
• Membolehkan remaja mendapat kemahiran teknikal di tahap separa mahir, mahir atau teknologi tinggi
• Menjamin peluang pekerjaan di syarikat mereka dilatih atau industri lain yang memerlukan pekerja mahir
• Melahirkan remaja berkemahiran dan mampu berdikari dengan menjalani perniagaan sendiri

PENGAJIAN AM STPM : SISTEM FERTIGASI

Sistem Fertigasi
Sistem Fertigasi
Pada masa kini teknologi pertanian terus berubah. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan kos buruh dapat dikurangkan. Sistem fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan, tanpa pembaziran dan pencemaran alam sekitar.
Sistem fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili, sayur, strawberi dan pokok hiasan. Umumnya, tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi di pasaran. Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.
Sistem Fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yangdiperlukan oleh pokok secara berkesan tanpa pencemaran alam sekitar dan pembaziran.
Antara kelebihan Sistem Fertigasi ialah pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan jaring kalis serangga. Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah. Beberapa cara digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat dan sekam padi.
Kerajaan telah menguar-uarkan tentang aspek memperkasakan pertanian baru. Ia bukan sahaja merangkumi aspek pertanian komersial dan bioteknologi, malah turut menekankan aspek pertanian sebagai satu perniagaan. Transformasi ini memerlukan pembudayaan keusahawanan dalam pertanian supaya dapat melahirkan satu generasi usahawan bagi menerajui usaha merevolusikan bidang pengeluaran makanan dalam sektor pertanian.
Kerajaan sentiasa berusaha mencari inisiatif baru dalam membangunkan sektor pertanian dan industri berasaskan tani demi memastikan pembangunan bidang terbabit seiring arus transformasinya. Justeru, pembangunan infrastruktur pertanian juga diberi keutamaan bagi memastikan pengusaha dapat memaksimumkan hasil yang diperoleh dan bergerak ke arah menjadi usahawan tani yang berjaya dan profesional.
Banyak program dan aktiviti dianjurkan bertujuan melahirkan Usahawan Tani supaya mereka menerajui perancangan untuk mengkomersialkan pengeluaran makanan di dalam sektor pertanian bagi menambah produktiviti dan daya saing dalam dunia perniagaan yang kian kompetitif dan global.
Kerajaan mahu supaya golongan petani membuat anjakan paradigma dan menanam dalam minda masing-masing bahawa sektor pertanian harus diuruskan sebagai satu entiti perniagaan. Sesungguhnya, masih belum terlambat untuk anda menceburkan diri dalam bidang yang dianggap satu kaedah menjana pendapatan lumayan. Jadi, apa tunggu lagi. Rebutlah peluang keemasan ini!

PENGAJIAN AM STPM : KEPENTINGAN SUKAN

Sukan merupakan salah satu bentuk aktiviti fizikal yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.
Adakah anda tahu kepentingan sukan dalam diri kita? Adakah anda mengetahui bahawa sukan juga bagus untuk kesihatan? Terdapat beberapa kepentingan bersukan untuk kesihatan:
• Saluran darah yang lancar
• Mental dan fizikal yang cergas
• Otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa.
• Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan.
Kepentingan Sukan dan Amalan Gaya Hidup Sihat
• Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara
• Memupuk semangat patriotisme
• Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing
• Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat
• Salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan kaum yang berkesan untuk membina semangat patriotik dan cintakan Negara
• Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal yang seterusnya memanfaatkan diri, organisasi dan Negara
• Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi kerja lebih produktif.
• Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi serta berfikiran positif.
• Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama.

PENGAJIAN AM STPM : DASAR WARGA TUA/DASAR WARGA EMAS

TAKRIFAN
Warga tua ditakritkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Aging in 1982” Vienna.
OBJEKTIF
• Meningkatkan kehormatan dan martabat diri warga tua dalam keluarga, masyarakat dan negara.
• Memajukan potensi warga tua agar mereka terus aktif dan produktif dalam pembangunan negara, serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka terus hidup berdikari.
• Menggalakkan pewujudan dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang tertentu demi untuk menjamin penjagaan dan perlindungan warga tua ke arah kesejahteraan hidup mereka.
STRATEGI
– KEHORMATAN DAN MARTABAT DIRI
• Membolehkan warga tua hidup dengan penuh kehormatan dan martabat diri serta selamat dan bebas daripada penindasan dan penganiayaan;
• Menentukan warga tua mendapat layanan yang adil dan saksama tanpa mengira umur , jantina, keturunan etnik, agama, kecacatan atau lain-lain keadaan dengan tidak mengambil kira keupayaan sumbangan mereka;
• Membolehkan warga tua menikmati peluang untuk merealisasikan potensi optimum mereka;
• Memudahkan warga tua mendapatkan akses kepada sumber pendidikan, kebudayaan, rohaniah dan rekreasi yang ada dalam masyarakat.

– KEUPAYAAN BERDIKARI
• Mempastikan warga tua dapat memenuhi keperluan asas melalui sumber pendapatan, sokongan keluarga dan masyarakat serta usaha sendiri;
• Memudahkan warga tua mendapat peluang untuk terns berkhidmat dan memberi sumbangan kepada kepada negara;
• Mempastikan warga tua dapat menikmati persekitaran yang selamat dan mudah diubahsuaikan selari dengan keupayaan yang berubah;
• Membolehkan warga tua terus tinggal bersama dengan keluarga dan masyarakat selama mungkin;
• Memberi persediaan awal kepada warga tua untuk menentukan perancangan sumbangan berasas kepada kepakaran dan keupayaan yang dimiliki secara berterusan ke arah pembangunan negara.

– PENYERTAAN
• Membolehkan warta tua memainkan peranan dalam masyarakat dan melibatkan diri secara aktif dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan kesejahteraan mereka serta menurunkan pengetahuan dan kemahiran kepada generasi muda;
• Memberi peluang kepada warga tua untuk menyumbang kepada masyarakat secara sukarela sesuai dengan keupayaan dan minat mereka;
• Menggalakkan warga tua menubuhkan Persatuan atau Pertubuhan bagi menjalankan aktiviti untuk kesejahteraan mereka.
– PENJAGAAN DAN PERLINDUNGAN
• Mewujudkan kemudahan bagi jagaan dan perlindungan di dalam keluarga dan masyarakat sesuai dengan sistem dan nilai-nilai masyarakat negara ini
• Memudahkan warga tua mendapat jagaan kesihatan untuk membantu mereka mengekal atau memulihkan tahap kesihatan fisikal, mental dan emosi ke peringkat optimum serta mencegah daripada jangkitan penyakit ;
• Membolehkan warga tua memanfaatkan perkhidrnatan institusi yang menyediakan jagaan, perlindungan dan stimulasi sosial serta mental dalam suasana yang selamat dan selesa ;
• Memudahkan warga tua mendapat perkhidmatan sosial dan perundangan bagi memajukan hak autonomi individu, perlindungan dan jagaan mereka ;
• Menjamin warga tua menikmati hak asasi individu semasa dalam jagaan dan rawatan dengan mengambilkira kehormatan diri, kepercayaan dan keperluan yang sesuai bagi mereka ;
• Mewujudkan Sistem Keselamatan Sosial yang komprehensif bagi menjamin pendapatan dan kebajikan yang stabil dikalangan warga tua.

– PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
• Menggalakkan pelaksanaan kajian-kajian mengenai warga tua bagi tujuan pengumpulan maklumat untuk kegunaan perancangan program pembangunan warga tua ;
• Mewujudkan satu Badan Penasihat Dan Perundingan Warga Tua Kebangsaan membantu menyelaraskan dan mengenalpasti keperluan-keperluan membuat, mengenai aktiviti bagi warga tua.
PELAN TINDAKAN
• Pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan warga tua oleh setiap individu dan kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat tempatan, agensi Kerajaan dan pihak swasta berpandukan kepada Dasar Warga Tua Negara.
• Bagi menjayakan perlaksanaan Dasar Warga Tua Negara maka usaha-usaha bersepadu dan menyeluruh perlu diambil oleh Agensi-agensi yang berkenaan, antaranya :-
PENDIDIKAN
– Kemudahan-kemudahan pendidikan dan latihan perlu disediakan untuk membolehkan warga tua untuk mengikuti kursus dan melanjutkan pelajaran bagi membolehkan mereka mengembangkan potensi ketahap optimum. Kurikulum sekolah perlu mengambilkira pendidikan kekeluargaan agar generasi muda dapat menghayati dan memahami warga tua.
PEKERJAAN
– Warga tua digalakkan untuk terus menyumbangkan kepada pembangunan negara melalui penyertaan dalam pekerjaan berasaskan kepada pengalaman dan kemahiran masing-masing. Dengan secara ini mereka boleh hidup berdikari dari segi pendapatan dan kesejahteraan hidup.
PENYERTAAN DALAM MASYARAKAT
– Warga tua digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kekeluargaan dan pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan, untuk membolehkan mereka memainkan peranan dalam keluarga dan masyarakat disamping dapat berinteraksi di antara mereka.
RIADAH
– Kemudahan-kemudahan yang sesuai perlu disediakan bagi warga tua menjalankan aktiviti riadah di kawasan-kawasan perumahan, taman rekreasi dan pusat-pusat sukan.
PENGANGKUTAN
– Sistem pengangkutan awam perlu menyediakan kemudahan yang sesuai untuk membolehkan warga tua bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan selesa.
PERUMAHAN
– Rumah-rumah yang sedia ada dan akan dibina perlu mengambilkira kemudahan-kemudahan yang sesuai untuk warga tua, supaya membolehkan mereka dapat hidup dengan lebih selesa.
SISTEM SOKONGAN BAGI KELUARGA
– Untuk menentukan warga tua dapat hidup terus bersama keluarga maka sistem sokongan bagi keluarga perlu diwujudkan di kawasan-kawasan perumahan untuk membantu keluarga dalam penjagaan warga tua. Insentif-insentif yang tertentu perlu diperkenalkan bagi menyokong ahli-ahli keluarga yang menjaga warga tua meneruskan peranan mereka.
KESlHATAN
– Kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang sesuai dan khusus untuk warga tua perlu disediakan bagi menentukan mereka boleh hidup dengan penjagaan kesihatan yang sempurna.
KESELAMATAN SOSIAL
– Satu skim keselamatan sosial yang komprehensif untuk menjamin masa depan warga tua perlu disediakan.
MEDIA
– Untuk meningkatkan kesederan berkaitan dengan warga tua dikalangan masyarakat, maka media cetak dan elektronik perlu memainkan peranan yang lebih aktif.
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
– Kajian-kajian perlu dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat agar perancangan yang lebih teratur dapat dilaksanakan untuk kesejahteraan warga tua.
– Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dikenalpasti sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam penyelarasan pelaksanaan pelan tindakan.

PENGAJIAN AM STPM : KHAZANAH NASIONAL

Khazanah Nasional
Khazanah Nasional merupakan syarikat pemegangan pelaburan milik Kerajaan yang diberi kuasa sebagai pelabur strategik kerajaan di dalam industri dan pasaran baru. Sebagai pemegang amanah aset komersil negara, matlamat utama Khazanah adalah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan menjalankan pelaburan strategik bagi pihak kerajaan yang kemudiannya akan menyumbang kepada pembangunan negara.
Khazanah Nasional dipertanggungjawab membangunkan industri strategik terpilih di Malaysia serta menyokong perkembangannya dengan objektif memajukan kepentingan ekonomi jangka panjang negara.
Khazanah Nasional memiliki pelaburan dalam lebih 50 syarikat besar daripada pelbagai industri, baik di Malaysia mahu pun di luar negara.
Khazanah juga diamanahkan untuk menerajui pembentukan nilai pemegang saham, pemerolehan keefisienan dan mempertingkatkan penguasaan korporat bagi syarikat kawalan kerajaan yang juga dikenali sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan, atau GLC