PENGAJIAN AM STPM : VANDALISME

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme
i. Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

ii. Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

iii. Pengaruh Media Massa
Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat
Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Langkah-langkah
i. Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.
Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.

iv. Peranan Media Massa
Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.
Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.

Advertisements

PENGAJIAN AM STPM : JENAYAH KOLAR PUTIH

28 Oktober, 2008 21:54 PM
Jenayah Kolar Putih Bawa Akibat Lebih Besar Berbanding Jenayah Konvensional – Timbalan KPN
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Jenayah kolar putih mempunyai kesan lebih menggerunkan berbanding jenayah konvensional kerana ia berpotensi menjejaskan prestasi kewangan organisasi komersial di negara ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Berdasarkan hakikat itu, beliau berkata kerajaan amat memandang berat terhadap isu berkaitan jenayah kewangan, penipuan dan rasuah.

Beliau berkata jenayah kolar putih atau jenayah ekonomi, berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk rasuah, jenayah siber, penyelewengan aset, penipuan cek dan kad kredit, kecurian kad pengenalan, penipuan insurans, pengubahan wang haram dan pengeluaran wang palsu.

“Kesalahan utama lain ialah pecah amanah, penipuan, penghasilan wang palsu dan ceti haram,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Mengenai Perakaunan Forensik dan Jenayah Kewangan di Suruhanjaya Sekuriti di sini.

Beliau berkata dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (JSJP) menganggarkan jenayah ekonomi telah mengakibatkan kerugian berjumlah RM546,114,099.

Jumlah kerugian pada tahun lepas ialah RM1,988,959,883, manakala pada tahun sebelumnya, kerugian akibat perbuatan itu dilaporkan berjumlah RM833,453,263.

Beliau berkata Kaji Selidik Jenayah Ekonomi Global Pricewaterhouse Coopers 2007 menunjukkan 48 peratus syarikat Malaysia terdedah kepada jenayah ekonomi sejak dua tahun lepas.

“Malah, jumlah ini meningkat sekali ganda berbanding hasil kaji selidik pada 2005 dan menurut kaji selidik yang sama, penipuan terus mejadi isu paling memeningkan kepala syarikat di seluruh dunia, tidak kira di mana sesebuah syarikat itu beroperasi, dalam industri apa ia terlibat dan sebesar mana saiznya,” kata beliau.

Beliau berkata beberapa tahun lepas, pakar kapitalis, eksekutif korporat dan pakar jenayah berkata sesebuah negara perlu lebih memberi fokus terhadap jenayah konvensional, terutama jenayah ganas, berbanding jenayah kolar putih.

Bagaimanapun, Ismail berkata berikutan peredaran masa, rakyat Malaysia khususnya, kini semakin menyedari tentang keseriusan jenayah ekonomi.

“Mereka yang terlibat dengan transaksi kewangan juga menghadapi risiko menjadi mangsa penipuan perbankan, insurans dan kad kredit, di samping kecurian pengenalan diri, yang umumnya menjadi perintis jalan bagi kes penipuan yang disebutkan tadi.

“Hari ini, permintaan terhadap kepakaran dalam bidang perakaunan forensik semakin tinggi kerana kini terdapat tanda-tanda bahawa jenayah ekonomi turut menjejaskan sektor ekonomi lain seperti pembuatan, pelancongan dan hartanah,” katanya.

Beliau berkata gandingan antara kumpulan swasta dan awam serta pendekatan antarabangsa kini diperlukan dalam usaha memerangi jenayah kewangan dan ekonomi.

— BERNAMA
Rabu Jun 17, 2009
Jenayah kolar putih boleh jejas ekonomi negara – KPN
KUALA LUMPUR: Jenayah kolar putih lebih menggerunkan berbanding jenayah konvensional kerana ia boleh menjejaskan prestasi kewangan sesebuah organisasi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Beliau berkata jenayah kolar putih atau jenayah ekonomi bukan hanya membabitkan individu terbabit, tetapi ia telah menjejaskan kedudukan kewangan negara.
Oleh itu kerajaan begitu prihatin dengan isu berhubung jenayah kewangan, penipuan dan rasuah, katanya.
“Sekiranya dibiar, jenayah kolar putih boleh membawa kesan negatif terhadap integriti institusi kewangan dan perniagaan negara dan keupayaan agensi penguat kuasa dalam mengurus dan menyiasat kes penyelewengan kewangan.
“Akhirnya ia boleh menghakis keyakinan ahli perniagaan tempatan dan asing untuk melabur di dalam negara,” katanya semasa merasmikan Seminar Perakaunan Forensik dan Kriminologi Kewangan di sini semalam.
Ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Koh Hong Sun.
Musa berkata krisis kewangan global sekarang memerlukan penyelesaian untuk meminimum dan mengurangkan jenayah kolar putih yang dijangka meningkat berikutan situasi ekonomi semasa.
“Sama ada kolar biru atau putih, penjenayah mencari sasaran mudah. Selalunya tindakan penjenayah adalah berdasarkan peluang yang dihidangkan oleh mangsa.
“Bagi jenayah kolar putih, pemantauan dan pelaksanaan sistem kawalan dalaman dan prosedur kewangan yang lemah serta ketidakcekapan transaksi kewangan, merupakan faktor utama kepada peningkatan jenayah kolar putih,” katanya.
Beliau berkata jenayah kolar putih meningkat 70.3 peratus tahun lalu atau 7,151 kes berbanding 10,160 kes pada tahun sebelumnya. BERNAMA

PENGAJIAN AM STPM : PENDERAAN KANAK-KANAK

Penderaan Kanak-kanak

Pengenalan
Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup sihat dan bebas dari keganasan. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak adalah masalah global yang besar. Ia memberi impak serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak, kehidupan dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka, dengan itu ia menjadi masalah masyarakat secara amnya.

Mitos dan Realiti Penderaan Kanak-kanak

Apakah Penderaan Kanak-kanak?
Penderaan Kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi dan komersial,
• Merangkumi semua jenis penderaan fizikal dan/atau emosi, penderaan seksual, pengabaian atau kelalaian atau eksploitasi komersial atau lain-lain eksploitasi, yang boleh atau telah menyebabkan kerosakan, kepada kesihatan kanak-kanak, dari segi kehidupan, perkembangan atau harga diri. Ini adalah dalam konteks di mana pendera ada perhubungan tanggungjawab atau kuasa atas kanak-kanak berkenaan atau pendera ialah seseorang yang dipercayai oleh kanak-kanak itu – WHO pasukan pencegah kecederaan keganasan,1999.
• Penderaan Kanak-kanak secara amnya dibahagikan kepada empat jenis penderaan termasuk :
o Penderaan fizikal
o Penderaan Seksual
o Penderaan Emosi
o Pengabaian
[Atas]

Jenis-jenis Penderaan Kanak-kanak
A) Penderaan fizikal
• Kecederaan fizikal (dari kecederaan ringan sehingga kecederaan teruk seperti patah atau kematian)
o Disebabkan oleh tumbukan, tamparan, sepakan, gigitan, goncangan, campakkan, tikaman, tercekik, pukulan (menggunakan tangan, kayu, atau sebarang objek) ,atau apa-apa yang mencederakan kanak-kanak.
o Dikenal pasti sebagai penderaan tidak kira sama ada penjaga berniat untuk mencederakan kanak-kanak atau tidak.

• Tiada selalunya ada niat untuk menyakitkan atau menyebabkan kecederaan
o Ia mungkin disebabkan dari tujuan untuk mendisiplinkan yang berlebihan atau hukuman fizikal
o Gangguan dari tangisan bayi dan ketidakbolehan untuk mengendalikannya

• Buli, dan “shaken baby syndrome” termasuk dalam penderaan fizikal

B) Penderaan Seksual
• Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau perkembangan yang sepatutnya bertanggungjawab dan dipercayai. Ini termasuk:
o Mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang bertentangan dengan undang-undang.
o Ini termasuk eksploitasi komersial melalui pelacuran atau penghasilan gambar lucah
• Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang dewasa yang dapat menyayangi dan menyokong mereka untuk membesar

C) Penderaan emosi
• Biasanya sukar untuk dibuktikan
• Biasanya berlaku bersama lain jenis penderaan dikenal pasti
o Memperkecilkan (termasuk kaki buli di sekolah)
o Kerap mengenakan orang lain
o Memperkecil dan memalukan
o Menolak perawatan
o Mengurung kanak-kanak seperti dalam almari gelap

D) Pengabaian
• Pengabaian berlaku apabila kanak-kanak tidak mendapat keperluan asas yang diperlukan dari orang dewasa
o Fizikal – (contohnya kegagalan untuk menyediakan keperluan seperti makanan, tempat perlindungan, atau kekurangan pengawasan untuk keselamatan yang sepatutnya)
o Perubatan – (contohnya untuk menyediakan perubatan atau perawatan kesihatan mental)
o Pendidikan dan penyeliaan – (contohnya kegagalan untuk memberi pendidikan atau memenuhi keperluan khas yang lain)
o Emosi
 Tidak memberi perhatian kepada keperluan emosi kanak-kanak
 Kegagalan untuk menyediakan penjagaan psikologi
 Membenarkan kanak-kanak untuk menggunakan alkohol atau dadah lain
o Diambil kira nilai budaya, piawaian penjagaan dan faktor kemiskinan sebelum kes dilaporkan sebagai kes pengabaian.

Apakah ukuran permasalahan ini di Malaysia?
• Penderaan kanak-kanak berlaku di mana-mana termasuk di Malaysia, bagaimanapun ianya masih kurang dilaporkan sama seperti mana-mana bahagian lain di dunia. Kes yang dilaporkan ini juga hanyalah sebahagian kecil berbanding dengan kes-kes penderaan yang tidak dilaporkan.

PENGAJIAN AM STPM : JENAYAH JUVANA (KANAK-KANAK)

04 April, 2009 15:14 PM
Masyarakat Perlu Bantu Kurangkan Kes Juvana – Lee
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Peningkatan kes jenayah juvana di kalangan pelajar bukanlah isu yang boleh dipandang remeh memandangkan saban tahun bilangan jenayah juvana semakin meningkat dan perkembangan itu amat membimbangkan.

Sebagai usaha awal pencegahan, masyarakat perlu membantu sekolah dan polis mengurangkan masalah jenayah juvana di kalangan pelajar sekolah.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata buat permulaan masyarakat boleh bantu memantau kafe siber dan pusat karaoke di tempat mereka.

“Kedua-dua tempat itu adalah tempat permulaan kebanyakan kes jenayah dengan pelajar terdedah kepada perjudian siber, gambar lucah dan kadang kala tempat-tempat itu menjadi tempat mengedar dadah.

“Justeru itu, pusat-pusat yang mampu mendatangkan kesan yang negatif kepada pelajar ini perlu diwartakan jauh dari kawasan sekolah,” kata Lee kepada pemberita di sini hari ini.

Statistik Polis menunjukkan dari Januari-Febuari 2008, seramai 233 pelajar yang berumur antara 13 dan 18 tahun terlibat dengan jenayah.

Kes kecurian motosikal merupakan jenayah paling ‘popular’, iaitu 91 orang pelajar terlibat dan ini diikuti dengan kes mencuri (65 orang), pecah rumah (40 orang) dan rogol (37 orang).

“Saya rasa kes kecurian motosikal paling banyak dilakukan kerana mereka mahu guna wang hasil jualan motosikal curi untuk berseronok, pergi ke kafe siber, pusat karaoke dan membeli rokok,” katanya

Wujudnya 3,764 Kelab Cegah Jenayah di sekolah-sekolah di seluruh negara sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan jenayah di kalangan pelajar sekolah, kata Lee.

— BERNAMA

PENGAJIAN AM STPM : SUMBANG MAHRAM

FAKTOR SUMBANG MAHRAM

Antara faktor lain yang boleh berlakunya gejala sumbang mahram ini ialah:

PENGARUH PERSEKITARAN:-

Persekitaran mempengaruhi akhlak individu dalam masyarakat dalam erti kata ia menggalakkan perkembangan aspek yang tertentu dan menghindarkan perkembanagn aspek lain.aspek lain.Persekitaran yang mengamalkan pengasingan nilai kerohanian daripada urusan keduniaan dan persekitaran social budaya yang bersifat secular liberal dan meterialistik. Disini persekitaran berunsur negatif dibahagikan kepada beberapa kedaan:-

1. PERKEMBANGAN PUSAT-PUSAT PELANCONGAN ALA BARAT.

Kelonggaran kewujudan pusat-pusat peranginan untuk menarik pelancong² asing tidak mengikut atau berlawanan dengan budaya melayu atau berlawanan dengan budaya melayu dan Keislaman. Percampura bebas, bercumbuan dan pendedahan aurat yang keterlaluan ditempat-tempat rekreasi peranginan dan perkelahan oleh pelancong-pelancong asing mudah mempengaruhi remaja menconthi dan beraksi.

2. PUSAT-PUSAT KAROAKE, PUB DAN BUDAYA PERJUDIAN.

Budaya hiburan dan ungkapan born to be free, “Mudah hanya sekali”, sering menghantui remaja kita. Persekitaran dibandar-bandar pada waktu malam hidup hingga kelarut malam dengan beroperasinya pusat-pusat hiburan yang berlesen dan tanpa lesen. Sebagai contoh disekitar Petaling Jaya, Damansara Utama, seksyen 21 dan ss2 mempunyai banyak pusat hiburan . Menurut Mohamed Nor Bador, kajian mereka mendapati terdapat 68 pusat video game berlesen, 34 snuker, 104 buah pub dan karaoke dan 4 buah disko di Petaling Jaya. Menurutnya lagi, statistik percambahan pusat hiburan ini terlalu tinggi dam mereka banyak menerima runguan daripada masyarajat sekeliling.

3. KONSERT-KONSERT ROCK DAN HEAVY–METAL.
Pemujaan kepada artis-artis Barat dan ratu-ratu rock Malaysia telah sampai ketahap yang membimbangkan, Keonsert-konsert rock bergerak berbenruk heavy-metal, dangdut dan seumpamanya seolah-olah telah menjadi lumrah bagi muda-mudi mencari ketenangan jiwa. Sebagai contoh pada 11 september 1996 malam, satu konsert heavy-metal besar-besaran telah diadakan distadium Merdeka yang memaparkan kehebatan penyanyi-penyayi import seperyi Scorpion dan konsert scorpions, salem cool planet Music QuakeDianggarkan 35,000 orang penonton membanjiri konsert tersebut dengan pelbagai gelagat yang memalukan. Kajian yang dijalankan oleh penulis lebih 70% penonton hadir adalah terdiri daripada belia melayu.
Malahan ada dikalangan penganjur melunakkan konsep konsert dengan berselindung disebalik knsert amal, konsert membantu penghidap AIDS, mengisi tabung bantuan Bosnia, malam anak-anak yatim /cacat dan seumpamanya. Kononnya disamping meraih keuntunan besar, mereka dapat beramal dengan menderkmakan sebahagian hasil kepada tabung amal/kurang bernasib baik.
4. KEMUDAHAN MENDAPAT ARAK DAN ALAT PENCEGAHAN KEHAMILAN

Selain lesen perjudian dan lesen pusat hiburan. Lesen arak juga diberikan begitu mudah kepada pengusaha-pengusaha. Contohnya, dari pengamatan penulis dan temubual secara tidak fomal di 2 buah kedai conveinient Store (dibuka 24 jam) yang terletak di kawasan perumahan majoritinya melayu, terdapat tidak kurang dari 12 jenis arak yang dijual disini dalam tin-tin sejajar dengan minuman lain. Selain itu khidmat penjualan kondom juga diadakan. Temu bual yang dibuat secara informaldengan jurujual dikedai tersebut mendapati lebih kurang tujuh pelanggan remaja yang membeli arak setiap hari .Oleh itu tidak hairanlah masyarkat pada hari ini mudah telibat dalam kacah maksiat dan sumbang mahram kerana kemudahan yang terbentang luas (easily acceassible to) ; untukmereka hanya tinggal :tepuk dada tanya iman”

5. KEKURANGAN ROLE MODEL DALAM MASYARAKAT.
Masyarkat kini boleh dikatakan ketandusan role model yang boleh di jadikan contoh iukutan yang baik (Qudwah Hasanah) sama ada peringkat individu mahupun dipeinkat pemimpin. Kita tidak dapat menafikan ramai yang pandai bercakapmengenai kelebihan dan kebaikan cara hidup Islam as comprehensive way of live tetapi berapa ramaikah yang benar-benar beramal dengan dengannya? Anak-anak mudah terkeliru dan tercari-cari mankah role model yang perlu mereka ikuti?
Contoh yang mudah dan sentiasa ditemui ialah artis-artis dalam dan luar negara kerana kejayaan kerier mereka mendapat liputan meluas dalam media-media massa. Oleh itu tidak hairanlah kita apabila artis-artis mendapat tempat dalam masyarakat manakala peranan orang yang beragama/ulama’ dipingirkan dan dipandang serong.

6. PENGARUH MEDIA MASSA KEPADA MASYARAKAT
Memang tidak dinafikan bahawa peranan media massa banyak memberikan perkembangan atau banyak maklumat kepada masyarakat terutamanya berkaitan dengan hal ehwal semasa, berita dalam negeri hinggalah kepada berita-berita luar negara.Tetapi kalau kita lihat pada hari ini banyak media massa pada hari ini telah disalahgunakan hingga meyebabkan berlakunya banyak perakara-perkara yang tidak baik didalam masyarakat.seperti Internet, televisyen, dan majalah-majalah hiburan.

INTERNET
Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia diseluruh dunia. Termasuk
yang sedang diubah adalah pemikiran umat islam.Mungkin berbanding dengan umat lain. Pengguna internet di dikalangan umat Islam masih rendah. Akan tetapi golongan kecil orang Islam yang menggunakan internet sudah tentu tidak terlepas daripada pengaruh internet.Apa yang menyebabkan internet begitu berpengaruh berbanding dengan media yang lain adalah sifatya yang dapat menerobos sempadan negara . Ia sukar disekat , ditapis dan dihalang. Tidak seperti media lain.
Maka dengan itu, bahan-bahan lucah dengan begitu mudah memasuki negara yang selama ini dapat menghalang kemasukannaya.Begirtu juga dengan bahan-bahan subversif termsuklah tulisan yang bersifat menentang agama.Ini sangat berbahaya kepada masyarakat terutamanya umat Islam. Setakat ini tidak ada negara yang dapat menghalang kemasukan bahan-bahan ini. Begitu juga Malaysia Selama ini kerajaan dapat memendung kamsukan bahan-bahan yang bersifat subversif tetapi melalui internet, kebebasan bersuara hampir mencapai tahap mutlak.
Selain internet pengaruh media massa seperti televisyen juga merupakan salah satu penyebab berlakunya gejala-gejala sosial.Banyak rancangan-rancangan yang disisiarkan di televisyen yang memaparkan adengan-adengan ganas, tahyul dan seks.Ini boleh mendorong masyarkat kearah berlakunya gejala-gejala yang tidak diingini dan kelakuan yang tidak baik.
Tidak dapat disangkal bahawa media massa dan keterbukaan dalam globalisasi dunia hari ini merupakan antara faktor-faktor penring berlakunya jenayah salah laku remaja secara meluas. Selain daripada media cetak , media elektronik memainkan peranan yang tidak kuran hebatnya dalam mempengaruhi tingkah laku dan sikap anak-anak remaja.
Melalui siaran-siaran radio TV dan tayangan video, para pelajar terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti unsure-unsur ganas dan luar, budaya barat,budaya dadah,budak disko rock tahyul dan seks.Dengan wujudnya suasana sekeliling yang semakin rosak dan iman yang tipis, para remaja mudah terdorong untuk mencuba aksi-aksi ganas dan adegan-adegan yang berahi yan telah mereka tonton melalui TV atau video lucah yang berleluasa dipasaran.Akibatnya mereka terjerumus dengan perhubungan seks bebas,pelacur murahan,home seks,lesbian hingga kepada terjadinya sumbang mahram.
Diantara contoh-contoh rancangan TV yang pada pengamatan saya boleh mempengaruhi akhlak masyarkat kita pada hari ini:-
a. Drama-drama melayu yang memaparkan artis-artis muda genit dengan memegang watak penting yang memaparkan adegan cinta serta aksi yang memberahikan tidak patut ditayangkan.
b. Adegan seks dan ganas yang dipaparkan dalan drama bersiri Baywatch.Filem ini boleh mengajar remaja dan masyarkat berpakain seksi serta bergaul tanpa batasan.
c. Adegan ganas serta kejam seperti kebanyakan filem yang disiarkan dalam Saturday showtime.Filem-filem ini boleh mempengaruhi remaja dan masyarakat bertindak ganas dan kejam.

Selain itu majalah-majalah berbentuk hiburan juga banyak memberi kesan negatif keatas kelakuan masyarakat pada hari ini.Banyak majalah yang berada dipasaran hari ini yang memaparkan gambar artis-artis barat dan memaparkan kelakuan-kelakuan dan gaya mereka.Pengaruh budaya barat ini begitu mudah menyelinap masuk kedalam masyarakat kita.Kebanyakan masyarakat dalam negara kita terutamanya orang melayu mudah terpengaruh dengan budaya ini.

7. UNDANG-UNDANG YANG TIDAK SETIMPAL
Dalam memperkatakan tentang punca-punca keutuhan moral dan akhlak masyarakat, kita tidak boleh lari dari membicarakan saham yang diberikan oleh undang-undang kerana ia merupakan unsur yang penting dalam membendung sebaranang kemungkaran dalam masyarakat. Contohnya, baru-baru ini seorang penyanyi telah didedahkan dalam surat khabar dan televisyen ,mengakubersalah melakukan persetubuhan haram tetapi hukuman yang dikenakan hanyalah denda RM1000 dan dikenakan penjara 6 bulan. Bagaimana pula dengankesalahan-kesalahan lain seperti bagi orang Islam meminum minuman keras, berjudi, berkhalwat dan lain;-lain??
Apa yang jelas kepada kita pembalasan yang tidak setimpal dengan kerosakan dan jenayah yang dilakukan tidak memberi apa-apa kesan kepada si pelakunya malahan meggalakkan lagi pengulangan kes serta tidak menimbulkan rasa gerun kepada individu lain dalam masyarakat daripada melakukannya.

Rujukan
1. Dr Umar Sulaiman al-Asyqar, Al-Qiamah al-Sughra, Dar al-Nafais, cet. ketujuh 1997
2. Majalah Tamadun