PENGAJIAN AM STPM : PERUBATAN TRADISIONAL (KOMPLIMENTARI)

PERUBATAN TRADISIONAL
Perubatan cara trdisional adalah warisan turun temurun . Ia telah bermula
pada nenek moyang kita lagi dan banyak pengorbanan , keadaan atau cara telah dilakukan dalam usaha mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesanan .Dalam masyarakat Malaysia kaedah rawatan tradisional biasanya diamalkan oleh jampi serapah di samping ubat-ubatan asli yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga.
Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu perubatan yang penting kerana ia memberi pelbagai sumbangan ke arah meningkatkan taraf kesihatan negara ini.Perubatan tradisional masih diperlukan biarpun dunia perubatan semakin canggih.Malahan dalam beberapa jenis penyakit, sistem perubatan tradisional ternyata lebih berkesan daripada perubatan moden.
Perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat hariini kerana beberapa faktor .Antaranya ialah warisan amalan hidup tradisional masih mengekang nilai hidup sebahagian besar masyarakat khususnya orang melayu di kawasan dan pedalamaan .Sejak sekian lama orang Melayu amat terpengaruh kepada kepercayaan animisme dan saki baki kepercayaan ini masih lagi wujud walaupun angin perubahan dan kemodenan begitu kencang bertiup.
Kepercayaan animisme mengajar masyarakat bahawa setiap penyakit bermula daripada lebihan kecairan ,racun dan pengaruh makhluk halus.Kalau hendak menyembuhkan penyakit yang sebegitu rupa ,amalan perubatan tradisional diperlukan .Selain itu, perubatan moden masih gagal mngubati penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib ,misalnya santau ,histeria atau rasukan hantu.
Iblis dan syaitan boleh menyebabkan pesakit menjadi gila atau hilang akal seketika waktu,muntah darah atau menjerit-jerit .Penyakit –penyakit ganjil juga boleh disembuh melalui perubatan tradisional dan memang sukar disembuhkan dengan perubatan moden.Kaedah perubatan tradisional memang berkesan untuk mengubati penyakit seperti ini.Oleh sebab itulah golongan seperti ini masih memerlukan perubatan tradisional dan menolak pengubatan seperti ini.
Perubatan tradional masih lagi diperlukan kerana berupaya dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit yang berbahaya .Penyakit -penyakit seperti darah tinggi,lelah ,lumpuh ,patah tulang dan penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf kebiasanya lebih serasi dengan perubatan tradisional jika dibandingkan dengan perubatan moden.
Sesetengah rawatan perubatan tradisional mendatangkan kesan yang baik ,khasnya dalam mengubati tulang yang patah .Ada bomoh patah atau bomoh tulang yang dapat menyembuh sakit ini menurut kepakarannya tanpa melalui proses pembalutan seperti kaedah rawatan perubatan moden.Selain itu pengamal perubatan tradisional mendakwa bahawa perubatan moden telah gagal menangani penyakit-penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin .
Rawatan tradisional lebih terhasil dan benar-benar menyakinkan masyarakat .Manakala di kalangan masyarakat Cina, akupunktur dan ubat-an sinseh terkenal sejak zaman berzaman lagi.Kedua-dua jenis perubatan ini mujarab bagi beberapa penyakit seperti darah tinggi ,sakit lelah dan lumpuh .Tambahan pula rawatan akupunktur boleh menggantikan ubat bius dalam proses pembedahan.
Justeru itu masyarakat kini lebih mempercayai kaedah rawatan tradisional .Lebih-lebih lagi untuk mengubati penyakit-penyakit ayng berbahaya .Dan perubatan tradisional semakin mendapat sambutan memandangkan kejayaan rawatan dan penemuan khasiat ubatan tradisional yang mujarab .Sistem rawatan secara tradisional juga dikatakan amat berkesan untuk menyembuhkan penyakit yang kronik seperti jangkitan HIV atau AIDS ,penagihan dadah ,kencing manis dan penyakit mental.Penyakit tersebut sememangnya tidak dapat disembuhkan melalui rawatan perubatan moden.Untuk penyakit hilang akal atau gila umpamanya ,terdapat bomoh atau pengamal perubatan tradisional yang mampu untuk menyembuhkannya.
Begitu juga dengan buta, bisu, pekak dan sebagainya yang dapat disembuhkan oleh rawatan tradisional ,bukannya melalui pembedahan seperti yang digunakan di dalam perubatan moden.Dalam penagihan dadah pula,terdapat pusat rawatan tradisional yang telah memulihkan para penagih banyak menggunakan sistem rawatan tradisional .Semua ini membuktikan bahawa perubatan tradisional masih diperlukan .
Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana rata-rata masyarakat masih lagi belum mampu hendak membiayai belanja dan kos perubatan moden.Bayaran perubatan tradisional lebih mudah berbanding dengan perubatan moden.Maksudnya kian canggih dan moden alatan yang digunakan dalam perubatan moden ,kian tingggi pula kos yang terpaksa ditanggungkan oleh orang ramai.Contohnya kos sebanyak RM20,000 yang diperlukan untuk merawat sakit lemah jantung dengan menggunakan laser.
Memang kesan perubatan begini dapat memberi impak yang cepat dan tepat ,tetapi dengan kos yang tinggi itu,berapa orangkah yang mampu membiayainya ?Bagi rawatan tradisional ,bayarannya murah kerana perkhidmatan ini berlandaskan niat ingin menolong dan bukan semata-mata mengaut keuntungan .Maka ,bayaran biasanya mengikut keikhlasan dan kemampuan pesakit .Dari segi rawatan pula ,perubatan tradisional tidak diperlukan alat-alat yang mungkin berharga beribu-ribu ringgit ,tetapi perbelanjaan perubatan lebih murah dengan menggunakan ramuan tertentu sahaja.
Kadar bayarannya yang rendah juga berpunca daripada harga ubat-ubatan tradisional yang murah.bayaran yang murah dalam perubatan tradisional, boleh mengurangkan tanggungjawab golongan miskin dan setengahnya mengalihkan perhatian orang ramai kepada perubatan tradisional. Dengan sebab itu sistem perubatan tradisional masih diperlukan lagi.
Sistem perubatan tradisional bukanlah asing kepada para penduduk Di negara ini.Perubatan cara ini bukan sahaja digunakan oleh masyarakat melayu sahaja, malahan oleh masyarakat lain seperti India dan Cina.Semua kaum mempunyai sistem rawatan tradisional masing-masing.
Malahan sering kita dapati orang Cina mendapatkan rawatan daripada Bomoh atau dukun Melayu, sedangkan orang Melayu pula mendapatkan rawatan daripada sinseh dan bomeh Cina .Ini membuktikan bahawa sistem rawatan tradional ini digunakan secara menyeluruh oleh masyarakat dan tidak terhad kepada sesuatu kaum sahaja.Hakikat bahawa amalan ini ada
pada semua kaum menunjukkan sistem rawatan lama ini juga berkesan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Selain itu sistem rawatan tradisional ini masih diperlukan di negara ini masih diperlukan di negara ini kerana bagi masyarakat luar bandar sistem perubatan seperti itu sudah sebahagian daripada kepercayaan mereka. Bagi masyarakat yang tinggal di pedalaman dan masih tertinggal dalam arus pembangunan moden,sistem perubatan tradisional adalah warisan nenek moyang sejak zaman-berzaman lagi.
Dalam semua jenis penyakit,mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada bomoh atau dukun untuk menyembuhkannya.Kepercayaan ini telah dibuktikan benar melalui pengalaman sehari-harian mereka .Mereka berpegang kepada amalan dalam agama Islam bahawa tidak boleh disembuhkan.
Kesimpulannya,kemajuan ilmu dan materialistik yang kita capai, Kita tidak seharusnya menyebabkan kita melupkan sistem perubatan Tradisional.Jelaslah bahawa perubatan tradisional.Jelaslah bahawa perubatan tradisional memberi manfaat yang besar untuk kesejahteraan dan kehidupan manusia.Pendek kata perubatan tradisional semakin penting dalam dunia perubatan sekarang .Ia seharusnya diterima sebagai satu cabang perubatan dan digabungkan dengan teknologi perubatan moden demi meninggikan
mutu perubatan di negara ini.
Rujukan
Introductiun . traditional medicine John L.Vancat 1970, Pretice Hall
Introduction to Plant, Nicholas Polunin, Longman 1980
//www.yahoo.medicine.com//
traditional medicine
Faizah Din.Cara untuk mengekalkan perubatan Traditional, Penerbitan Dewan bahasa Pustaka, 1980
http://www bologist.com.JCS?108/03?JC3319P//

Advertisements

PENGAJIAN AM STPM : SUSU IBU

SUSU IBU KHASIATNYA TIDAK TERNILAI

Kelahiran bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.
Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.
Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja “maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu.”
Susu ibu menyelamatkan nyawa
Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.
Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.
Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.
Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.
Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.
Mengapa tidak menyusu?
Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.
Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.
Khasiat dan kebaikan susu ibu
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.
Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.
Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.
Susu ibu menguntungkan wanita
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.
Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.
Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

WANITA, MEI 1996, BIL:322,M/S 122-124

PENGAJIAN AM STPM : KERAJAAN ELEKTRONIK

PENGLIBATAN AWAM DALAM KERAJAAN ELEKTRONIK
Oleh Ismail Hashim
WALAUPUN rancangan penubuhan Kerajaan Elektronik telah dihebahkan di media cetak dan elektronik, tetapi sejauh manakah penglibatan orang awam di dalamnya? Kefahaman mengenai Kerajaan Elektronik yang diterangkan hanya sekadar kecanggihan teknologinya yang disediakan di jabatan-jabatan kerajaan dan capaiannya sehingga ke rumah untuk kemudahan orang awam berserta dengan peralatan seperti ‘electronic purse’ dan kad pintar dan “pasport pintar”.
Meskipun keadaan ini menampakkan bentuk komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat, tetapi gambaran yang diberikan berbentuk pasif.
Orang awam hanya sekadar pengguna dan penerima teknologi canggih, seharusnya kefahaman mengenai Kerajaan Elektronik jauh menjangkaui skop teknologi canggih yang disediakan.
Individu dan masyarakat tempatan harus menggerakkan inisiatif sosial melalui teknologi maklumat. Apa yang dimaksudkan dengan penglibatan masyarakat di sini ialah hak dan tanggungjawab yang bukan sahaja melibatkan persoalan-persoalan teknikal tetapi penglibatan dalam proses membuat keputusan dan suatu dasar awam yang membentuk masa depan masyarakat dalam penubuhan Kerajaan Elektronik.
Tidak keterlaluan untak dikatakan Kerajaan Elektronik adalah tonggak kepada pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC). Oleh itu pembangunan Kerajaan Elektronik harus diutamakan.
Mungkin sukar untuk diberikan gambaran sebenarnya bagaimana seharusnya penglibatan orang awam memandangkan proses penubuhannya masih di peringkat awal, tetapi sekurang-kuranguya harus terdapat satu garis panduan dan pandangan awal mengenai wawasan masyarakat Malaysia terhadap Kerajaan Elektronik dan MSC itu sendiri.
Pada peringkat awal, jenis maklumat yang perlu dikumpul dan diketahui masyarakat sebagai asas kefahaman untuk membuka peluang kepada penglibatan proaktif mereka dalam Kerajaan Elektronik dan MSC ialah di sekitar:
1. Tahap penembusan atau penyerapan—memeriksa atau mengakur kehadiran teknologi maklumat di rumah, di tempat kerja, tempat awam seperti bangunan kerajaan, sekolah atau mana-mana lokasi budaya termasuk perpustakaan. Apakah peratusan capaian terhadap tempat-tempat ini kepada lebuh raya maklumat? Bagaimana keadaan tersebut mempengaruhi golongan berpendapatan rendah dan perbezaannya dengan mereka yang berada, penduduk bandar dengan penduduk luar bandar?
2. Tahap kedapatan peralatan —siapa yang memiliki apa jenis peralatan? Jika mereka tidak memilikinya, adakah mereka masih mempunyei capaian kepada perpustakaan awam sekolah, tempat kerja atau pusat komuniti atau tempat-tempat awam seperti balai raya umpamanya?
3. Tahap latihan dan tahap kemahiran—siapa yang mempunyai kepakaran dan mengetahui apa yang perlu dilakukan? Bagaimana mereka diajar menggunakan peralatannya? Adakah mereka belajar sendiri, belajar di sekolah, daripada rakan atau belajar semasa di tempat kerja atau dengan cara yang lain?
4. Tahap penggunaan—siapa yang menggunakannya? Apakah kegunnan utama lebuh raya maklumat: komunikasi persendirian, berhubung dengan kerja, penglibatan masyarakat, kegiatan keagamaan, hiburan, seni kreatif, membeli belah, peningkatan diri, tindakan politik atau sesuatu yang lain? Bagaimana kegunaan memanfaatkan orang ramai yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris?
5. Nilai segera—bagaimana pengguna menilai sistem tersebut? Apakah aspek yang menjadikannya mudah digunakan atau sukar digunakan? Adakah pengguna mampu menggunakannya dengan cepat untuk pencapaian matlamat segera?
6. Kesan menyeluruh—dengan lebuh raya maklumat ini bagaimana Kerajaan Elektronik dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat? Adakah ia mengemukakan sebarang kesan kepada kehidupan individu, komuniti, penglibatan dalam kehidupan sosiai dan politik dan kesedaran budaya dan sebagainya lagi?
Selanjutnya kita juga harus mengetahui perkara-perkara yang perlu difikirkan mengenai peranan aktif masyarakat bagi meningkatkan kualiti hidup . dalam Kerajaan Elektronik.
Bagaimana dapat kita lindungi kebebasan individu dan sivil dalam kerajaan elektronik yang semakin telus?
Adakah hak pengguna dilindungi dengan penubuhan Kerajaan Elektronik?
Memandangkan penglibatan masyarakat dalam teknologi maklumat semakin meluas, bagaimanakah dapat kita lakukan untuk memaksimumkan peluang dan menjadikannya lebih bermakna dan memuaskan?
Adakah Kerajaan Elektronik dan MSC membawa kita bersama ke arah pembentukan komuniti baru atau membawa perpecahan berdasarkan pasaran?
Dapatkah kita menggunakan Kerajaan Elektronik untuk mengembangkan arus pembangunan ekonomi yang akan membawa kepada pengagihan kekayaan secara wajar dan tidak dikuasai oleh segelintir?
• Bagaimana Keraiaan Elektronik dapat digunakan untuk menggalakkan “demokrasi elektronik” atau hanya menjadi bahan manipulasi media?
• Bagaimana dapat kita maksimumkan ekuiti dalam konteks pasaran dan mengelakkan kemunculan golongan yang kaya dan miskin maklumat atau kemunculan bentuk yang dikenali sebagai “information apartheid”?
• Bagaimana dapat kita galakkan kebebasan bersuara dan mengukuhkan demokrasi di bawah Kerajaan Elektronik?
• Bagaimana dapat lindungi kebersendirian individu dan mempertingkatkan kebebasan sivil dalam sistem elektronik yang telus?
• Bagaimana dapat kita gunakan Kerajaan Elektronik untuk memulihara masyarakat kita (dan atau mewujudkan yang baru), memperkayakan atau mempelbagaikan dan merangsangkan penghidupan kita?
Cara kita berhubung, menyelesaikan dan mencorakkan persoalan-persoalan ini akan mengemukakan kesan penting kepada kemanfaatan keseluruhan dalam ciri kerja dan pembangunan ekonomi tempatan.
Selain daripada menggalakkan penglibatan rakyat, ruang siber juga diunjurkan sebagai panakea atau penyelesaian kepada kebanyakan masalah politik yang dialami kini. Tidaklah dipastikan adakah perkara yang sama akan berlaku di negara ini. Perkara ini begitu diyakini di Amerika.
Apabila majoriti rakyat mempunyai komputer dan capaian kepada Internet dan mula mengundi dalam semua isu, kita diberitahu kesemua masalah perwakilan dalam sistem demokrasi akan dapat diatasi. Ia boleh menggalakkan penglibatan rakyat dalam sistem politik kita dan mengekalkan kedaulatan kerajaan.
Dalam masyarakat siber rakyat bukan sahaja akan lebih dimaklumi tetapi juga berupaya meminggirkan kumpulan pendesak atau kumpulan kepentingan awam untuk terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan.
Tetapi masalahnya, berdasarkan kepada keyakinan tersebut, ia sebenarnya tidak merubah sistem yang merupakan masalah itu sendiri—ia hanya meletakkan keyakinan dalam teknologi maklumat untuk menjadikan sistem berjalan dengan lancar.
Perkara yang berkaitan dengan pengundian secara elektronik juga menimbulkan masalah lain yang dikatakan menjejaskan dialog awam, ketiadaan penglibatan secara bersemuka. Dengan ketiadaan pembuktian fizikal dalam pengundian oleh rakyat, bagaimana kita mengetahui pengiraannya betul? Pengundian secara elektronik bukanlah demokrasi elektronik.
Persoalannya adakah demokrasi elektronik menjadikan ahli politik lebih bermoral, mempunyai kesedaran atau bertanggungjawab?
Kerajaan Elektronik tidak boleh berdiri sendiri tanpa penglibatan proaktif rakyat. Kita mungkin memerlukan prinsip kepentingan awam yang dapat dikembangkan sehingga menjadi garis panduan am terutamanya berkaitan dengan tujuh aplikasi yang disasarkan kerajaan. Antara prinsip tersebut:
• Rancang dan ukur keberkesanan Kerajaan Elektronik dan kejayaan ekonomi MSC dengan menggunakan petunjuk yang memperlihatkan impaknya dalam masyarakat dan dunia secara keseluruhannya selain daripada hanya mementingkan keuntungan daripada peluang pelabur MSC dan pembekal perkhidmatan.
• Racangkan dan nilai kesan sosial Kerajaan Elektronik dan MSC dengan mengenda- likan penilai berkala untuk memastiKan la berkhidmat untuk kepentingan awam.
• Gunakan kemudahan yang diberikan Kerajaan Elektronik dan MSC dan teknologi baru yang lain untuk meningkatkan kualiti kerja dan menggalakkan persamaan di tempat kerja.
• Galakkan pembangunan aktif dan menyihatkan di sektor awam dengan memperuntukkan sumber, latihan dan bantuan untuk ruang awam dalam Kerajaan Elektronik di mana rakyat boleh meneruskan kegiatan bukan komersialnya.
• Galakkan kepelbagaian dan persaingan dalam kandungan untuk dimasukkan ke dalam Kerajaan Elektronik dan MSC sementara melindungi kebebasan dan hak rakyat untuk kebersendirian.
• Gunakan Kerajann Elektronik dan MSC dengan memperuntukkan perkembangan capaian kepada perkhidmatan kerajaan dan maklumat; kita harus mempertingkatkan demokrasi dengan menggalakkan. penglibatan popular terutamanya dengan membenarkan perbincangan demokratik dan membuat keputusan dalam semua fasa pembangunan MSC.
• Popularkan suatu bentuk pendekatan yang membanyakkan penglibatan atau penyertaan masyarakat untuk merealitikan Kerajaan Elektronik yang bermula dengan andaian sistem berfungsi baik apabila rakyat menggunakannya atau menerima kesan daripadanya yang dalam proses pembangunan ujian dan pembinaan semula yang bersifat prototaip.
Penglibatan awam merupakan perkongsian antara diri kita sebagai rakyat dengan kerajaan. Ia merupakan penerimaan cabaran untuk bertanggungjawab dan penglibatan yang mengatasi kepentingan diri—mungkin mengkehendaki perubahan tingkah laku, kebiasaan dan sikap dalam membina prasarana sosial baru.
Untuk memahami sepenuhnya peranan rakyat dan penglibatannya dalam kerajaan elektronik, terutamanya berhadapan dengan cabaran dunia yang semakin hebat yang mengemukakan masalah baru mengkehendaki perubahan yang bersesuaian dengan faktor selain daripada yang bersifat teknlogi. Untuk memainkan peranan berkesan di peringkat nasional, penubuhan kumpulan kepentingan awam baru yang akan memperjuangkan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kepentingan awam diperlukan. Adalah menjadi tugas kita untuk memastikan lebuh raya maklumat tidak meminggirkan apa yang kita nilai dalam masyarakat atau membawa kita Ke tempat yang tidak kita suka.

UTUSAN PENGGUNA, JULAI 1998, JIL 22 BIL 7, M/S 12

PENGAJIAN AM STPM : PERTANIAN HIROPONIK

HIDROPONIK
(sumbangan : Jabatan Pertanian Sabah)
APAKAH HIDROPONIK?
Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.
KELEBIHAN HIDROPONIK
Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:
• Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
• Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;
• Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
• Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
• Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
• Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.
KAEDAH HIDROPONIK
Sistem Pengaliran Nutrien
Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:
i) Pam air untuk aknarium.
ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal). iii) Tangki untuk larutan nutrien. iv) Tenaga elektrik. v) Pasu plastik kecil (jika perlu).

Rajah 1 : Sistem Pengaliran Nutrien

Sistem Takung
Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:i) Takung tanaman.
ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik). iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).

Rajah 2 : Sistem Takung

KAEDAH PENANAMAN
Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:-
Cara Mengubah:
• Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus
• Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)
• Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)
• Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok
• Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh
Cara Semaian terus
• Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu
• Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air
• Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah
• Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air
*Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman.
Larutan Nutrien
Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan sendiri adalah seperti berikut :-
BAJA BERAT (g) UNSUR KEPEKATAN (bsj)
Ammonium nitrat 75 N 300
Kalium fosfat 40 P 80
Kalium nitrat 32 K 230
Kalsium klorida 55 Ca 200
Magnesium sulfat 18 Mg 36
Besi/Ferum (Fe-EDTA) 3.29 Fe 5
Boron 0.56 B 1.0
Manganous chloride 0.18 Mn 0.5
Kuprum sulfat 0.04 Cu 0.1
Zingkam sulfat 0.05 Zn 0.1
Ammonium molybate trace Mo trace
Baja komersil (Gred)
Pertanian atau industri
• Gred teknikal
BERITA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN PERIKANAN, JANUARI-JUN 1998, M/S 21-22

PENGAJIAN AM STPM : KAD KREDIT

Kad Kredit Menggalakkan Budaya Berhutang

Kad kredit atau kad caj, jika tidak diurus atau dirancang penggunaan dengan rapi akan menjadi perangkap yang akan menjerumus pemiliknya ke dalam krisis kewangan.
Kira-kira 15 tahun yang lalu kad kredit atau kad caj dipandang sebagai lambang status. Hanya mereka yang berpendapatan tinggi sahaja yang akan dipertimbangkan untuk mendapat kad kredit atau kad caj. Walau bagaimanapun senario itu sudah berbeza. Kad kredit bukan lagi sesuatu yang ekslusif atau simbol kemewahan tetapi ia sudah menjadi perkhidmatan perlu bagi sesiapa sahaja. Namun begitu, kad caj masih mengekalkan statusnya sebagai simbol kekuatan kredit dan kewangan penggunanya.
Masalah yang timbul sekarang adalah berkaitan dengan budaya kad kredit atau wang plastik yang merosakkan cara hidup penggunanya. Kini, kerani, guru, pegawai kerajaan, eksekutif, para profesional, usahawan, malah pemandu teksi dan peniaga pasar malam juga memiliki kad kredit.
Untuk mendapat kad kredit pada masa sekarang adalah begitu mudah dan syaratnya tidak serumit 15 tahun yang lalu. Pada ketika itu syarikat pengeluar kad kredit dan kad caj mensyaratkan pemohon mesti mempunyai sekurang-kurangnya RM24,000 setahun atau RM200o sebulan serta mempunyai rekod kredit yang baik.
Kad Kredit Dan Budaya Hutang Bentuk Baru

Setipa pemegang kad kredit seharusnya panadi mengimbangi antara perbelanjaan dengan pendapatannya supaya ia tidak menjadi satu bebanan pada masa akan datang.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rais Yatim, kes-kes muflis yang melibatkan golongan muda termasuk pegawai kerajaan kini berada pada tahap yang mencemaskan akibat daripada penggunaan kad kredit secara tidak terkawal. Laporan Tahunan Keseluruhan Kebankrapan Jabatan Pemeganag Harta cawangan Pulau Pinang menunjukkan sehingga bulan Jun ini, 30% daripada 4,598 kes muflis adalah membabitkan pemegang kad kredit. Pendedahan itu menjadi testimoni penting betapa kad kredit telah membentuk suatu cara hidup yang boleh menjurus kepada pemborosan, dan pembaziran serta menjadikan si pemiliknya papa kedana.
Kelonggaran dan galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan serta institusi perbankan telah membolehkan semakin ramai rakyat negara ini memilik kad kredit. Mengikut peraturan yang dikuatkuasakan pada 28 Julai 1999, seseorang yang berpendapatan RM1,500 sebulan layak untuk memiliki kad kredit. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pertubuhan sektor kredit yang terjejas teruk ekoran daripada kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997. Di samping itu, Bank Negara juga telah menurunkan kadar caj minimum kad kredit daripada 2% kepada 1.5% sebulan menjadikannya tidaklebih 18% setahun. Caj bayaran lewat pula ditetapkan tidak lebih daripada 1% dikira atas jumlah yang tertunggak.
Peraturan yang diperkenalkan itu telah menyebabkan pengeluaran kad kredit meningkat secara mendadak. Sehingga suku pertama tahun 2000, jumlah pemilikan kad kredit di Malaysia telah meningkat 500% berbanding tahun 1998. Dengan kad kredit yang dimiliki, seseorang boleh berbelanja tanpa mengeluarkan wang daripada sakunya. Para pemeganag kad kredit hanya perlu menurunkan tandatangan di atas slip barangan ataupun perkhidmatan yang dibeli. Pihak bank ataupun syarikat kewangan akan membayar bagi pihak pemilik kad kredit. Apabila tiba penghujung bulan, pemegang kad kredit perlu menjelaskan segala bayaran kepada pihak-pihak yang berkenaan. Sekiranya pemilik kad kredit gagal berbuat demikian maka hutang yang tertunggak itu akan dikenakan kadar faedah.
Jadi, para pemegang kad kredit tidak sepatutnya merasa bangga dengan “wang” plastik yang dimiliki. Terdapat kecenderungan di kalangan orang ramai untuk memiliki kad kredit sebagai tanda status sosial dan bukannya untuk keperluan perniagaan ataupun kemudahan mudah tunai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kad kredit mempunyai banyak kebaikan tapi perlu diingatkan bahawa keterlanjuran menggunakan kad tersebut boleh menjebak si pemilik ke dalam kancah hutang yang berpanjangan dan tidak berkesudahan.
Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara, jumlah hutang tertunggak kad kredit pada sukau pertama tahun 1998 ialah RM696 juta. Tetapi pada suku pertama tahun 2000, hutang tertunggak kad kredit di negara kita telah meningkat kepada RM5 bilion. Peningkatan itu juga dapat dilihat pada jumlah belian menggunakan kad kredit ialah daripada RM 1710 juta kepada RM2.8 bilion dalam tempoh yang sama.
Berdasarkan kepada statistik, perbelanjaan menggunakan kad kredit didapati telah meningkat dengan begitu ketara. Sekali gus membuktikan bahawa langkah kerajaan untuk menggalakkan orang ramai berbelanja menggunakan kad kredit bagi merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara telah berjaya. Namun begitu daripada segi yang lain, ia telah mewujudkan bentuk budaya hidup yang kurang sihat di kalangan rakyat iaitu sindrom suka berhutang. Walaupun kadar perbelanjaan menggunakan kad kredit mempunyai had tertentu tetapi penggunaan kad kredit secara berleluasa sering mendorong seseorang berbelanja secara berlebihan tidak setimpal dengan gaji dan pendapatannya. Berbelanja menggunakan kad kredit sememangnya menyeronokkan sehingga kadang kala membuat seseorang terlupa kemampuan kewangannya.
Kalau sebelum ini, kad kredit hanya digunakan oleh mereka yang kaya dan berada tetapi kini sesiapapun boleh memilikinya hatta pekerja kilang sekalipun. Malahan ada sesetengah orang mempunyai beberapa keping kad kredit pada satu-satu masa. Sebenarnya tidak menjadi kesalahan kepada sesiapapun untuk memiliki ataupun berbelanja menggunakan kad kredit.
Sebaliknya dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin berkembang, kad kredit dijangka akan menggantikan penggunaan wang tunai pada sedikit masa lagi. Kemudahan yang terdapat pada kad kredit bukan sahaja memudahkan sesuatu urusan tetapi juga mampu memberikan perlindungan keselamatan kepada si pemegangnya. Dengan adanya kad kredit, seseorang tidak perlu membawa wang tunai yang banyak yang boleh menyebabkannya terdedah kepada bahaya rompakan dan risiko yang lain.
Tetapi penggunaan kad kredit juga boleh menyebabkan seseorang berbelanja mengikut kehendak nafsunya. Jadi, setiap pemegang kad kredit seharusnya pandai mengimbangi antara perbelanjaan dengan pendapatannya supaya ia tidak menjadi suatu bebanan pada masa yang akan datang. Mereka sepatutnya menggunakan kad kredit hanya pada waktu kecemasan sahaja. Jika boleh, berbelanjalah mengikut cara yang konvensional iaitu menggunakan wang tunai yang ada di dalam tangan supaya perbelanjaan itu dapat dikawal dan diawasi selalu. Kad kredit bukan digunakan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi bagi perbelanjaan yang tidak perlu. Asas penggunaan dan kad kredit ini perlu difahami. Kegagalan untuk memahami akan menyebabkan seseorang menyalahgunakan kad kredit sehingga menimbulkan kesengsaraan kepada diri serta ahli keluarganya.
Oleh itu, langkah-langkah segera perlu diambil untuk memastikan supaya penyelewengan terhadap kad kredit tidak berlaku dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Antaranya ialah memperketatkan pengeluaran dan pemilikan kad kredit dengan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja dan mempunyai pendapatan yang tinggi boleh memilikinya.
Had minimum kelayakan perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM3500 ke atas. Kelayakan yang ditetapkan sekarang ini terlalu rendah dan tidak sejajar dengan peningkatan kos hidup rakyat negara ini. Membenarkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana memilik kad kredit hanya akan mendedahkan mereka kepada beban hutang yang melampau. Kegagalan mereka membayar balik hutang tertunggak akan mengakibatkan mereka diisytiharkan muflis dan ini sudah tentu akan menjejaskan kedudukan dana institusi kewangan yang memberikan “pinjaman” itu melalui kad kredit. Di samping itu usaha juga perlu diambil untuk mengelakkan para pemegang kad kredit daripada berbelanja secara keterlaluan.
Kerajaan boleh menggalakkan orang ramai berbelanja tetapi bukan dengan cara berhutang menggunakan kad kredit. Hal ini dapat dilakukan dengan menaikkan caj bayaran balik dan kadar faedah hutang tertunggak. Langkah ini mungkin akan mendapat tentangan daripada para pemegang kad kredit dan juga pihak institusi kewangan.
Bagi para pemilik kad kredit, langkah itu akan disifatkan sebagai tidak adil. Pihak bank pula akan melihat langakah ini akan menyebabkan keuntungan dan pulangan yang bekal diperolehnya mungkin berkurang. Tetapi seyogia diingatkan bahawa langkah ini akan memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak kerana ia mengurangkan tanggungan pemilik kad kredit dan menurunkan risiko kerugian di pihak bank.
Pihak bank mempunyai tanggungan untuk mengawal-selia perbelanjaan para pemegang kad kredit yang menjadi pelanggannya. Mereka tidak sepatutnya menyembunyikan realiti dan keburukan mengenai kad kredit sekiranya si pemiliknya tidak berhati-hati menggunakannya. Meskipun pihak kerajaan dan bank boleh membuat serta mengenakan berbagai-bagai peraturan tetapi penggunalah yang akan menentukan nasib, kedudukan, dan masa depan kewangan mereka. Mereka perlu bijak menggunakan kad kredit. Jika tidak, mereka pula yang akan dikuasai oleh kad kredit dan sejumlah hutang yang perlu dilangsaikan dalam kehidupan sepanjang hayat mereka.
Dewan Masyarakat Dis 2001, ms 19-20

PENGAJIAN AM STPM : PENYAKIT TIBI

Penyakit TIBI
TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.
Bagaimana TIBI Merebak ?
Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.
Tanda-Tanda TIBI
• Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
• Kahak yang mungkin mengandungi darah
• Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
• Susut berat badan dan hlang selera makan
• Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
• Mudah menjadi letih
Cara Mengesan Penyakit TIBI
Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-
a. mendapatkan pemeriksaan doktor
b. melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
c. menjalani pemeriksaan x-ray dada
Rawatan
Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.
• 2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
• 4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu
Pencegahan
• Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
• Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
• Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan
• KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT
• Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
• Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.
• Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.
• Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.
• Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?
• Terlalu banyak lemak dan kolesterol
• Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.
• Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.
• Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.
• Terlalu banyak gula
• Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.
• Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.
• Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
• Terlalu banyak garam
• Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.
• Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
• Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
• Terlalu sedikit serat
• Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 – 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.
• Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.
• Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.
• Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.
• UTUSAN PENGGUNA, MAC 1997, M/S 19

PENGAJIAN AM STPM : TEKANAN MENTAL

Tekanan Mental Dan Pekerjaan
TEKANAN KERJA
Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.
Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.
PUNCA-PUNCA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA
Jenis Pekerjaan
Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.
Peranan dan Fungsi Pekerjaan
Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya
Perhubungan
Konflik sesama rakan sekerja dan majikan
Kerjaya
Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.
Perubahan Dalam Organisasi
Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja
________________________________________
7 LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL
Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
• Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
• Bersikap positif semasa melakukan anda
• Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
• Merasa seronok bekerja
Rancang Kerja Anda
• Kendali masa anda dengan bijak
• Beri keutamaan pada kerja yang penting
• Jangan bertangguh
• Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
• Mengagihkan kerja dengan baik
Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
• Lihat masalah dengan rasional dan raancang penyelesaian secara sistematik
• Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
• Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
• Ambil tindakan secara wajar
Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja
• Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
• Rancang perubahan secara teratur
Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
• Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
• Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
• Hormati pandangan rakan sekerja anda
Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
• Wujudkan ikatan persahabatan sesama takan sekerja
• Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah
• Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
• Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah
Amalkan cara Hidup Sihat
• Luangkan masa untuk beribadah
• Dapatkan tidur yang mencukupi
• Bersenam selalu
• Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
• Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah
• Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama
________________________________________
ANDA MANGSA TEKANAN MENTAL ?
Tanda-tanda tekanan mental
• Bersikap ganas (Panas Baran)
• Gelisah
• Gangguan selera makan
• Gangguan tidur
• Hilang – tumpuan, motivasi
• Kemurungan
• Kerisauan yang berlebihan
• Kelesuan
• Mabuk arak
• Mudah meradang
• Perasaan bersalah

Kementerian Kesihatan Malaysia, Amalakan Kesihatan Mental Yang Baik