PENGAJIAN AM STPM : DASAR DADAH NEGARA

Mewujudkan Negara Malaysia Yang Bebas Dari Ancaman Gejala Dadah Menjelang Tahun 2015 Bagi Menjamin Kesejahteraan Hidup Masyarakat Dan Mengekalkan Kestabilan Dan Ketahanan Nasional.

OBJEKTIF
Menghapuskan Bekalan Dadah Dan Menghapuskan Permintaan Kepada Dadah Sehingga Mewujudkan :
• Keluarga Bebas Dadah
• Sekolah Bebas Dadah
• Tempat Kerja Bebas Dadah
• Kawasan Bebas Dadah

STRATEGI
Strategi :
• Pendidikan Pencegahan Dan Publisiti
• Rawatan Dan Pemulihan
• Penguatkuasaan Undang – Undang
• Kerjasama Antarabangsa

Advertisements

PENGAJIAN AM STPM: DASAR WANITA NEGARA

Objektif-objektif Dasar Wanita Negara ialah:
(i) untuk menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan; dan

(ii) untuk mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf serta memastikan negara berada dalam keadaan aman dan makmur.

PENGAJIAN AM STPM: DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA

Objektif
Matlamat peningkatan daya pengeluaran negara bolehlah dikategorikan kepada berikut:-
a) Untuk meninggikan kadar pertumbuhan ekonomi dan menyusun semula
struktur dan ketidakseimbangan ekonomi dalam negara.
(b) Untuk mempastikan penggunaan sumber-sumber negara dengan optima
dan mengelakkan pembaziran yang merugikan.
(c) Untuk memperkukuhkan asas perindustrian supaya ianya dapat
bersaing di pasaran bebas antarabangsa dengan berkesan.

Strategi Pelaksanaan
Secara kasar pendekatan untuk meningkatkan daya pengeluaran negara dilaku melalui beberapa cara-cara berikut:-
(a) Pembaikan kepada Sistem dan Organisasi
Cara ini melibatkan pembaikan keseluruhan terhadap sesuatu organisasi dari segi objektif, strategi dan tatacara kerja, sistem maklumat, sistem fail dan lain-lain. Pendekatan ini didapati perlu untuk menghapuskan kelambatan kerja (bottleneck), pembaziran masa, peranan yang bertindih (overlapping), penyelarasan yang kurang memuaskan, kekurangan perancangan dan sebagainya. Latihan di peringkat pengurusan dan kakitangan rendah di bidang-bidang tertentu juga diadakan di dalam pelaksanaan strategi ini.

(b) Penggunaan teknologi yang sesuai
Dalam menggalakkan penggunaan teknologi yang sesuai, penekanan dibuat kepada pemindahan teknologi dengan berkesan supaya negara kurang bergantung kepada sumber-sumber teknologi dari luar negeri. Teknologi yang dimaksudkan ini bukanlah terhad kepada jentera dan kemahiran sahaja tetapi juga pengurusan organisasi yang termoden.

(c) Penerapan nilai baru
Strategi ini melibatkan penyemaian di kalangan pemimpin-pemimpin, pengurus-pengurus, pekerja-pekerja dan rakyat terhadap nilai-nilai dan etika kerja yang menitikberatkan kerja bersungguh-sungguh, kesetiaan kepada perusahaan, dedikasi dan sikap berdikari. Antara lain strategi ini mengutarakan slogan Kepimpinan melalui teladan, Bersih, Cekap dan Amanah dan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam.

(d) Dasar-dasar baru
Pada masa ini Kerajaan telah menggubalkan dasar baru yang boleh membantu pencapaian matlamat peningkatan daya pengeluaran. Di antara dasar-dasar yang penting ialah:-
(i) Dasar Memandang ke Timur
Usaha untuk mengubah sikap pekerja dan majikan ke arah pencapaian yang baik serta kepentingan golongan yang mana akan meningkatkan daya pengeluaran di dalam masyarakat Malaysia.
(ii) Dasar Perindustrian Berat
Menggalakkan serta menggunakan kemajuan teknologi yang sesuai dan mengandungi cara-cara yang baik dan moden yang cekap dan berkesan.
(iii) Dasar Penswastaan
Mengswastakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak awam bagi menggalakkan persaingan dan menambahkan daya pengeluaran agensi berkenaan.
(iv) Dasar Persyarikatan Malaysia
Mewujudkan suasana kerja yang harmoni di antara sektor awam dan sektor swasta.
(v) Dasar Sogoshosha
Untuk mendapatkan ‘synergy’ dalam aktiviti perdagangan luar.
(vi) Dasar Pertanian Negara
Untuk menggubal strategi dan halacara baru dalam mencapai pembangunan pertanian dan luar bandar.

PENGAJIAN AM STPM : DASAR SOGOSHOSA

DASAR DADAH NEGARA

Mewujudkan Negara Malaysia Yang Bebas Dari Ancaman Gejala Dadah Menjelang Tahun 2015 Bagi Menjamin Kesejahteraan Hidup Masyarakat Dan Mengekalkan Kestabilan Dan Ketahanan Nasional.

OBJEKTIF

Menghapuskan Bekalan Dadah Dan Menghapuskan Permintaan Kepada Dadah Sehingga Mewujudkan :

*
Keluarga Bebas Dadah
*
Sekolah Bebas Dadah
*
Tempat Kerja Bebas Dadah
*
Kawasan Bebas Dadah

STRATEGI

Strategi :

*
Pendidikan Pencegahan Dan Publisiti
*
Rawatan Dan Pemulihan
*
Penguatkuasaan Undang – Undang
*
Kerjasama Antarabangsa

PENGAJIAN AM STPM : DEKLARASI RIO DE JENARIO

Prinsip Am
Piagam Bumi menggesa tanggunjawab terhadap alam sekitar, kewujudan bersama keamanan, hormat kepada kehidupan, demokrasi dan keadilan. Ia disusun menjadi 16 tajuk utama, yang merangkumi prinsip am, seperti berikut:
1. Menghormati Bumi dan kehidupan dalam semua kepelbagaiannya.
2. Prihatin akan komuniti kehidupan dengan pemahaman, kasih dan sayang.
3. Membina masyarakat demokrasi yang adil, penyertaan, mapan dan aman.
4. Menjaga hasil dan keindahan Bumi bagi generasi kini dan akan datang.
5. Memelihara dan memulihara keutuhan sistem ekologi Bumi, dengan keprihatinan yang khusus kepada kepelbagaian biologi dan proses alam yang mengekalkan kehidupan
6. Mencegah kerosakan sebagai cara terbaik bagi perlindungan alam sekitar dan, apabila ilmu pengetahuan terbatas, gunakan pendekatan berjaga-jaga.
7. Mengambil corak penghasilan, penggunaan dan penghasilan semula yang menjaga kapasiti penghasilan semula Bumi, hak asasi manusia dan masyarakat.
8. Melanjutkan kajian tentang kemapanan ekologi dan menggalakkan pertukaran terbuka dan penggunaan meluas tantang ilmu itu.
9. Membasmi kemiskinan sebagai tindakan yang penting bagi etika, sosial dan alam sekitar.
10. Memastikan aktiviti dan institusi ekonomi pada semua peringkat menggalakkan pembangunan manusia dalam keadaan yang mapan dan saksama.
11. Mengesahkan persamaan dan keadilan jantina seperti yang diwajibkan untuk pembangunan mapan dan memastikan kemudahan yang sejagat bagi pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang ekonomi.
12. Mendukung hak semua, tanpa diskriminasi, kepada sokongan sosial dan alam bagi maruah manusia, sihat jasmani dan elok rohani, dengan perhatian yang khusus kepada hak penduduk asli dan minoriti.