PENGAJIAN AM STPM : PELAN INDUK PEMBANGUNAN PELAJARAN

TERAS 1 :MEMBINA NEGARA BANGSA
TERAS 2 :MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
TERAS 3 :MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
TERAS 4 :MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
TERAS 5 :MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN
TERAS 6 :MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN

Advertisements

PENGAJIAN AM STPM : NAM

Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa.
Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah NAM
NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul negara negara yang tidak memihak kepada mana mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan NAM, hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat China. Walaupun penubuhan NAM diharap dapat merapatkan negara anggota sebagai satu pakatan seperti NATO atau Pakatan Warsaw, ia tidak pernah bersatu dan negara anggota sering kali ditarik atau tertarik untuk menyertai kuasa besar seperti NATO dan Pakatan Warsaw.
Mesyuarat pertama NAM diadakan di Belgrade pada September 1961 dan menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme.
Mesyuarat berikutnya diadakan di Kaherah pada 1964. Perhimpunan ini disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baru datang dari negara negara Afrika yang baru merdeka. Mesyuarat ketika itu lebih banyak membincangkan konflik Arab-Israel dan Perang India-Pakistan.
Mesyuarat ketiga diadakan di Lusaka ialah antara perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM kerana pada tahun ini pergerakan ini menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik. Kenneth Kaunda, presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.
Pada 1973, mesyuarat diadakan di Algiers menyaksikan pergerakan ini berhadapan dengan realiti ekonomi terkini. Kejutan Minyak (Oil Shock) menyebabkan sesetengah ahli anggota lebih kaya daripada yang lain.
Sekretariat
Ketika jawatan sekretariat NAM dipegang oleh Malaysia, pembaharuan yang dilakukan oleh Malaysia ialah penubuhan Majlis Perniagaan NAM. Majlis ini ditubuhkan dengan tujuan mengukuhkan kerjasama selatan-selatan dan membantu perdagangan dan pelaburan antara negara anggota. Majlis diketuai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai penasihat dan Azman Hashim sebagai presiden.
Ketika ini (2006), jawatan sekretariat NAM dipegang oleh Cuba.
Penjawat sekretariat yang dahulu adalah seperti berikut:
• Yugoslavia (1961-1963)
• Mesir (1964-1967)
• Indonesia (
• Algeria (1973-1975)
• Sri Lanka (1976-1978)
• Brazil (1979-1982)
• India (1983-1985)
• Yugoslavia (1989-1992)
• Indonesia (1992-1995)
• Afrika Selatan (1998-2002)
• Malaysia (2003-2006)
• Cuba (2006-2009)

PENGAJIAN AM STPM : OIC (DEKLARASI PUTRAJAYA)

Pelan tindakan 12 perkara Deklarasi Putrajaya yang digariskan bagi menjayakan matlamat OIC ialah:-
1. Menganalisis pendirian yang diambil oleh OIC berhubung isu-isu antarabangsa dan merangka strategi untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan negara anggota.
2. Meningkatkan dialog antara umat, khususnya di kalangan cendekiawan, intelek dan pembuat dasar seterusnya mempraktikkan institusi Islam sedia ada seperti Akademi Fekah Islam.
3. Mewujudkan dialog antara budaya dan tamadun termasuk Barat dan organisasi antarabangsa serta serantau untuk meningkatkan kesedaran tentang kesederhanaan, persefahaman dan penerimaan Islam adalah agama yang menyeru keamanan dan harmoni.
4. Melengkapkan kajian menyeluruh mengenai penstrukturan semula Sekretariat OIC oleh syarikat perunding dengan menyediakan struktur, metodologi untuk meningkatkan kewangan dan sumber manusia.
5. Mewujudkan kumpulan penyelidik untuk mengemukakan pendidikan dalam menyumbang ke arah keamanan, persefahaman, pembangunan ekonomi dan modenisasi termasuk peningkatan peranan wanita dalam pembangunan ekonomi.
6. Mengambil kira koordinasi interaksi yang lebih fokus dan bertukar-tukar pandangan dan idea di antara cendekiawan Islam, usahawan, ahli perniagaan dan penggubal dasar dalam isu penting berhubung umat Islam.
7. Mendokong pembangunan sains dan teknologi antara negara anggota melalui persidangan saintis Islam, jurutera, pencipta dan ahli teknologi dengan tujuan bertukar-tukar pendapat, kajian dan pengalaman sesama mereka.
8. Mengambil pendekatan yang efektif dalam menyelesaikan isu ekologi yang penting untuk survival kemanusiaan.
9. Mewujudkan program kerjasama di antara negara anggota dalam bidang pembangunan ICT melalui perkongsian bijak di antara kerajaan dan swasta.
10. Memperbaiki mekanisme sedia ada untuk membantu negara anggota bagi mengelakkan konflik.
11. Mengambil langkah praktikal untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan melalui perkongsian pangkalan data dan rangkaian perkhidmatan kewangan, perkapalan dan udara.
12. Mempertimbangkan cadangan Aturan Pembayaran Perdagangan Berasaskan Emas (GTPA) di antara negara-negara anggota sebagai mekanisme alternatif dalam perdagangan antarabangsa dalam usaha mempertingkatkan perdagangan dan ekonomi

PENGAJIAN AM STPM : AFTA

AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.
Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam buah negara anggota iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Vietnam bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pada 1999. AFTA sekarang terdiri dari sepuluh buah negara ASEAN. Keempat-empat buah negara-negara anggota baru tersebut diwajibkan menandatangani perjanjian AFTA untuk menyertai ASEAN. Namun begitu, kelonggaran waktu telah diberi untuk memenuhi kewajiban pengurangan tarif AFTA.
Tujuan
Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN. Selain itu, dengan wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN. Pada masa yang sama, pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN. Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran.
Perlaksanaan
Menurut Deklarasi Singapura 1992 (28 Januari 1992), Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ditubuhkan menggunakan Skim CEPT sebagai mekanisme utama mulai 1 Januari 1993 dengan tarif istimewa asas dari 0% hingga 5% dalam linkungan masa 15 tahun. Satu Majlis yang bertaraf kabinet juga ditubuhkan untuk mengawasi, menyelaras, dan meninjau perlaksanaan Perjanjian Skim CEPT untuk AFTA.
Pada 31 Januari 2003, perjanjian AFTA dan CEPT dipinda dalam perkara yang berkaitan dengan penghapusan duti-duti import. Antara perkara-perkara yang disentuh adalah:
• Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapura, dan Thailand akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2010.
• Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Kemboja, Laos, Myanmar, dan Vietnam akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2015. Namun, penghapusan duti import bagi produk-produk sensitif dibenarkan tidak lewat daripada 1 Januari 2018.

PENGAJIAN AM STPM : ISU ANTARTIKA

• Pendirian Malaysia – Benua Antartika penting dari segi pengaruhnya terhadap ekologi, alam sekitar dan cuaca dunia
• Konsep Antartika sebagai warisan bersama

PENGAJIAN AM STPM : ASEAN (ZOPFAN)

ASEAN :KAWASAN AMAN, BEBAS DAN BERKECUALI (ZOPFAN)
• Objektif – Asia tenggara sebagai kawasan aman, bebas dan berkecuali dari pergolakan dan pertelingkahan kuasa-kuasa dunia

PENGAJIAN AM STPM : DASAR PENSWASTAAN

Objektif
• Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan
• Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran
• Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
• Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi
• Membantu mencapai matlamat Dasar Ekonomi Negara
Mekanisme/Bentuk-Bentuk penswastaan
• Penjualan aset atau ekuiti
• Pajakan
• Kontrak pengurusan
• Bina-kendali-pindah atau build-operate-transfer dan bina-kendali atau build-operate