PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF GARIS KOMPAUN/SEGARIS

Graf Garis Kompaun/Segaris
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan permodalan pasaran syarikat-syarikat yang dipilih dalam Pasaran Saham Kuala Lumpur.

“… Salah satu faedah yang diperoleh oleh sesebuah syarikat yang telah menjalani proses penswastaan ialah pertumbuhan dan pembesaran nilai modal pasarannya. Sungguhpun demikian, masih ada pasang-surutnya. Misalnya, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berkembang daripada modal saham bernilai RM2450 juta pada tahun 1991 telah meningkat sebanyak RM1260 juta untuk tahun berikutnya, dan mencapai paras RM5460 juta setahun kemudiannya tetapi merosot sebanyak RM105 juta pada tahun berikutnya sebelum meningkat semula sebanyak RM420 juta pada tahun laporan terakhir, iaitu tahun 1995.
Dalam tempoh 1991-95 itu, badan korporat yang mengalami penurunan yang ketara modal pasarannya ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB). Nilai modal saham asal TNB yang mula dicatatkan pada tahun 1992 ialah sebanyak RM29 850 juta. Nilai tersebut meningkat ke paras RM58 195 juta pada tahun berikutnya tetapi dalam tahun ketiga telah merosot sebanyak RM27 494 juta dan hanya kembali bertambah sekadar RM49 juta pada tahun berikutnya.
Syarikat Telekom Malaysia Berhad juga mengalami nasib yang serupa. Nilai modal saham pada tahun 1991 ialah sebanyak RM19 212 juta dan meningkat dalam dua tahun berturut-turut sebanyak RM9489 juta dan RM15 184 juta. Tetapi modalnya merosot pada tahun keempat sebanyak RM9469 juta dan kembali naik ke paras RM39 440 juta pada tahun kelima perkiraan akaunnya.
Kedudukan kewangan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC) juga mengalami kemerosotan nilai saham modalnya sebanyak RM322 juta pada tahun 1992 daripada sejumlah RM5366 juta pada tahun 1991. Walau bagaimanapun, nilai berkenaan meningkat sebanyak RM551 juta pada tahun ketiga dan seterusnya mencapai paras RM6705 juta pada tahun 1994 tetapi merosot sebanyak RM125 juta pada tahun berikutnya.
Edaran Otomobil Nasional (EON) mencapai nilai pasaran tertingginya pada tahun 1994, iaitu RM4302 juta berbanding dengan nilai asalnya sebanyak RM1223 juta pada tahun 1991. Nilai berkenaan hanya bertambah sebanyak RM617 juta pada tahun berikutnya, sementara pada tahun ketiga operasinya telah meningkat sebanyak RM1893 juta tetapi merosot semula sebanyak RM3 juta untuk tahun perkiraan yang terakhir.
Selain itu, dua buah syarikat lain, iaitu Syarikat PERNAS Hotel dan Hartanah dan Syarikat Simen Malaysia mencapai nilai modal tertinggi pada tahun 1993, iaitu masing-masing di paras RM1019 juta dan RM1319 juta. Nilai asal modal Syarikat Pernas Hotel dan Hartanah pada tahun 1991 ialah sebanyak RM491 juta dan meningkat setahun kemudian sebanyak RM103 juta. Nilai tersebut merosot dalam dua tahun berikutnya, iaitu masing-masing sebanyak RM55 juta dan RM229 juta.
Nilai modal pasaran Syarikat Simen Malaysia pula ialah sebanyak RM583 juta pada tahun 1991 tetapi merosot pada tahun berikutnya sebanyak RM31 juta. Pada tahun 1994, nilainya merosot sebanyak RM270 juta daripada paras nilai tertingginya dan hanya meningkat sebanyak RM53 juta untuk tahun terakhir perkiraan nilai syarikat berkenaan…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: