PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF GARIS KOMPAUN/SEGARIS

Graf Garis Kompaun/Segaris
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang menunjukkan keadaan turun naik petunjuk-petunjuk penting di Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur bagi tempoh tahun 1990 hingga tahun 1995.

“… Keadaan pasang surut pasaran di Bursa Saham Kuala Lumpur digambarkan pada beberapa indeks harga atau petunjuk utamanya, dan bagi tempoh tahun 1990 hingga tahun 1995 yang lalu, gambaran prestasi itu adalah sebagaimana yang diperihalkan di bawah ini.
Petunjuk yang paling popular dikenali sebagai Indeks Komposit. Secara purata, Indeks Komposit berada di paras 506 mata pada tahun 1990, meningkat sebanyak 50 mata pada tahun berikutnya; 644 mata pada tahun 1992, dan meningkat kira-kira sekali ganda, iaitu kepada 1275 mata pada tahun 1993, tetapi merosot sebanyak 304 mata pada tahun berikutnya, dan meningkat semula sebanyak 24 mata pada tahun 1995.
Indeks Emas menunjukkan pertambahan yang sederhana, iaitu daripada paras purata 131 mata pada tahun 1990 ke paras 141 mata pada tahun 1991, dan bertambah sebanyak 21 mata lagi pada tahun berikutnya. Indeks Emas pada tahun 1993 pula bertambah sebanyak 222 mata berbanding tahun sebelumnya, tetapi jatuh sebanyak 100 mata pada tahun berikutnya. Indeks Emas pada tahun 1995 adalah hampir sama dengan tahun 1994, iaitu pada paras 279 mata.
Indeks Perindustrian pada tahun 1991 telah meningkat sebanyak 46 mata daripada 1016 mata yang dicatatkan pada tahun 1990, dan bertambah sebanyak 26 mata pada tahun berikutnya. Peningkatan hampir sekali ganda dicatatkan pada tahun 1993, iaitu ke paras 2030 mata tetapi telah merosot sebanyak 315 mata pada tahun 1994, dan hanya bertambah sebanyak 108 mata pada tahun 1995. Sementara Indeks Kewangan pula bertambah sebanyak 60 mata pada tahun 1991 daripada paras 2127 pada tahun 1990; dan telah meningkat ke paras 2703 mata pada tahun 1992. Pada tahun 1993, Indeks Kewangan bertambah secara luar biasa sebanyak 6057 mata, kemudian merosot pada tahun berikutnya ke paras 6806 mata, dan kembali meningkat sebanyak 856 mata pada tahun 1995.
Rekod pada Indeks Harta juga telah mencapai puncaknya setakat ini pada tahun 1993, iaitu di paras 3370 mata sungguhpun dalam tiga tahun sebelumnya, masing-masing di paras 1158, 1238, dan 1140 mata. Pada tahun 1994, Indeks Harta berada di paras 2560 mata tetapi merosot sebanyak 456 mata pada tahun 1995.
Sementara itu, Indeks Perladangan mencatatkan nilai purata di paras 3573 pada tahun 1993 sungguhpun pada tahun-tahun sebelumnya adalah lebih rendah, iaitu masing-masing di paras 1073, 1061, dan 1118 mata. Pada tahun 1994 pula, nilai Indeks Perladangan ialah di paras 2758 mata dan kemudian merosot sebanyak 311 mata pada tahun 1995. Demikian juga, Indeks Perlombongan, telah mencatatkan paras tertingginya pada tahun 1993, iaitu sebanyak 858 mata berbanding dengan 176 mata pada tahun 1990, 204 mata pada tahun 1991, dan 179 mata pada tahun 1992. Indeks ini merosot sebanyak 302 mata pada tahun 1994, dan terus merosot ke paras 386 mata pada tahun 1995 …”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: