PENGAJIAN AM STPM : SOALAN CARTA PAI BERBANDING

Carta Pai Perbandingan
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan peruntukan perbelanjaan sektor ekonomi Kerajaan Persekutuan antara Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malaysia Ketujuh.

“… 42.68% peruntukan bagi sektor ekonomi untuk tempoh tahun 1991 hingga tahun 1995 adalah ditumpukan kepada aktiviti pengangkutan, dan nilai peruntukan sebenar bagi bidang ini telah meningkat sebanyak RM3013 juta dalam peruntukan yang dibuat bagi tempoh tahun 1996 hingga tahun 2000. Peruntukan berkenaan adalah antara lainnya bagi tujuan pembinaan beberapa buah lebuh raya, dan juga untuk memperbaiki jalan persekutuan, dan pembesaran pelabuhan serta beberapa buah lapangan terbang.
Daripada sejumlah RM29 875 juta belanjawan yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Keenam, sebanyak RM6685 juta adalah bagi tujuan pertanian, iaitu meliputi aktiviti penanaman padi, subsidi baja dan harga padi, penanaman sayur-sayuran serta kegiatan penternakan haiwan dan ikan air tawar. Peruntukan ini bagaimanapun berkurangan sebanyak 18.33%bagi tempoh perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketujuh itu.
Sementara itu, sektor perdagangan dan perindustrian disediakan sebanyak 16.85% daripada keseluruhan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Keenam, dan angka berkenaan bertambah sebanyak 16.5% bagi tempoh rancangan pembangunan berikutnya.
Peruntukan yang keempat penting dalam kedua-dua tempoh rancangan pembangunan itu ialah bagi tujuan sumber air, iaitu masing-masing 12.19% daripada jumlah peruntukan perbelanjaan Rancangan Malaysia Keenam, dan 11.96% daripada jumlah peruntukan perbelanjaan sebanyak RM33 706 juta bagi Rancangan Malaysia Ketujuh. Walau bagaimanapun, peruntukan bagi pembangunan sumber mineral dalam Rancangan Malaysia Ketujuh nampaknya mengalami kemerosotan sebanyak 14.55%daripada RM55 juta yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Keenam. Demikian juga, bidang komunikasi diperuntukkan sebanyak RM58 juta bagi tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh. Peruntukan ini berkurangan sebanyak 31.03% daripada yang diperuntukkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam.
Sektor yang semakin mendapat perhatian dan disediakan peruntukan yang lebih banyak ialah kajian kemungkinan, iaitu meningkat sebanyak 71.54%daripada peruntukan dalam Rancangan Malaysia Keenam yang bernilai RM130 juta. Sektor Penyelidikan dan Pembangunan diperuntukkan sejumlah RM2261 juta bagi tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh. Ini memperlihatkan pertambahan sebanyak 66.56% daripada peruntukan bagi sektor penyelidikan pembangunan dalam rancangan sebelumnya…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: