PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF BAR KOMPAUN

Graf Bar Kompaun
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di pelbagai sektor di Malaysia.

Pada tahun 2001, semua sektor ekonomi dijangka mengalami pertumbuhan positif dengan sektor perkilangan terus mencatatkan pertumbuhan, iaitu pada kadar 12% berbanding dengan kadar pertumbuhan pada tahun 2000, iaitu sebanyak 17%. Meskipun terdapat kebimbangan bahawa pertumbuhan industri berorientasikan eksport mungkin berkurang berikutan ekonomi Amerika Syarikat yang mengalami kemelesetan dan penjualan komputer peribadi yang berkurangan, pengeluaran industri berorientasikan eksport Malaysia dijangka masih mampu berkembang pada kadar 12.3%. Di samping itu, sebahagian daripada pelaburan baru dan pengembangan kapasiti di sektor elektronik yang dijangka mula beroperasi pada tahun ini akan merangsang pengeluaran industri berorientasikan dalam negeri dengan peningkatan sebanyak 11.7%.
Sektor pembinaan dijangka berkembang dengan lebih kukuh pada kadar 5.5% berbanding dengan 3.1% pada tahun 2000. Perkembangan sektor ini adalah berdasarkan pelaburan sektor swasta dalam projek penswastaan dan peruntukan belanjawan untuk kemudahan social yang lebih tinggi. Pertumbuhan yang mapan dan pendapatan yang meningkat dijangka terus menggalakkan permintaan dan pertumbuhan aktiviti pembinaan. Sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar adalah besar, bagaimanapun dianggarkan kekal pada kadar 3.4%.
Satu lagi sektor ekonomi yang diramal berkembang dengan perlahan ialah sektor perlombongan yang dijangka mencatat pertumbuhan 1.7%. Pada tahun 2000, sektor ini berkembang pada kadar 0.6% sahaja. Permintaan terhadap gas asli yang meningkat menyebabkan pengeluaran gas asli bertambah kepada 4384 juta kaki padu standard sehari (jkps/h) berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2000, iaitu 3882 jkps/h. Pengeluaran minyak mentah dijangka berkurang berdasarkan sasaran pengeluaran yang ditetapkan. Begitu juga dengan pengeluran timah.
Sektor pertanian, penternakan, perhutanan, dan perikanan diramalkan berkembang sebanyak 1.8% pada tahun ini berbanding dengan kadar pertumbuhan pada tahun 2000, iaitu 0.5%. Pengeluaran sektor ini dijangka meningkat kepada RM18 493 juta berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2000 yang bernilai RM18 166 juta.
Memandangkan kegiatan ekonomi yang lebih tinggi, nilai ditambah sektor perkhidmatan yang diterajui oleh sektor kecil pengangkutan, penyimpanan, dan perhubungan serta sektor kecil kewangan, insurans, hartanah, dan perkhidmatan perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan mapan sebanyak 5.2% berbanding dengan tahun 2000, iaitu hanya 4.9%.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2000-2001)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: