PENGAJIAN AM STPM : SOALAN CARTA PAI BERBANDING

Carta Pai Perbandingan
Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang menunjukkan perbandingan kuantiti keluaran komoditi pertanian yang dipilih di Malaysia antara tahun 1990 dengan anggaran bagi tahun 2000.

“…Sungguhpun perkembangan sektor industri berkembang pesat di negara ini sejak kira-kira dua dekad yang lalu, namun sektor pertanian masih juga diberikan perhatian yang sewajarnya. Ada di antara jenis tanaman itu yang hasilnya mengalami penurunan dan ada yang meningkat. Umpamanya, keluaran getah tahunan dijangka akan merosot sebanyak 277 ribu tan menjelang tahun 2000 daripada 1291 ribu tan pada tahun 1990.
Daripada sejumlah 14 277.5 ribu tan keluaran bagi lapan komoditi pertanian yang dipilih bagi tahun 1990, sebanyak 42.69 peratus adalah minyak kelapa sawit mentah dan dianggarkan masih merupakan keluaran komoditi pertanian yang utama pada tahun 2000 kelak. Sementara isirung kelapa sawit pula ialah sebanyak 1844.7 ribu tan, dan dijangka pada tahun 2000 kelak, hasil isirung akan meningkat ke paras 2800 ribu tan atau 13.92 peratus daripada jumlah keluaran pertanian yang dipilih dewasa itu, iaitu sebanyak 20 119.6 ribu tan.
Keluaran padi dijangka merosot, iaitu daripada 2016.3 ribu tan pada tahun 1990 kepada 1940 ribu tan. Bagaimanapun keluaran buah-buahan dijangka meningkat, iaitu daripada 10.72 peratus daripada jumlah keluaran pertanian pada tahun 1990 ke paras 16.42 peratus pada tahun 2000. Begitu juga keluaran sektor perikanan, baik daripada laut ataupun ternakan ikan air tawar, dijangka meningkat, iaitu daripada 1043.4 ribu tan kepada 1556 ribu tan.
Kedua-dua hasil keluaran tanaman koko dan nanas dijangka akan mengalami kemerosotan, iaitu daripada 415.3 ribu tan kepada 347 ribu tan. Dalam pada itu, keluaran lada sulah dan tembakau dianggarkan akan mengalami kemerosotan sebanyak 12.6 ribu tan dengan hanya mencapai jumlah 28.6 ribu tan pada tahun 2000 kelak.
Beberapa hasil tanaman yang lain tidak diberikan perkiraan setaraf dalam kiraan ribu tan. Misalnya bunga-bungaan yang semakin popular sekarang dihitung keluarannya berdasarkan jumlah kuntumnya. Juga tidak dimasuk kira ialah kuantiti ternakan, misalnya daging lembu dan ternakan ayam dan itik serta keluaran telur dan susu. Keluaran susu dihitung dalam kiraan juta liter, sementara telur pula dikelaskan dalam tiga gred tertentu dan dihitung dari segi jutaan unitnya…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia
Ketujuh, 1996-2000, halaman 245)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: