Islamic Hijri Calendar

6 INISIATIF PEMBAHARUAN BAGI MENINGKATKAN DAYA SAING

Bahagian kesimpulan Model Ekonomi Baru (New Economic Model, atau NEM) telah mengetengahkan sejumlah 51 dasar polisi untuk membolehkan Malaysia untuk kekal berdaya saing dalam pasaran global. Pada tahun 2011, PEMANDU telah ditugaskan untuk membina program yang terperinci bagi melaksanakan langkah-langkah tersebut, yang dikelompokkan kepada enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (Strategic Reform Initiatives atau SRI).

Keenam-enam SRI telah dikelompokkan berdasarkan 37 dasar polisi dan sekarang merupakan komponen kedua yang kritikal bagi Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP). Ini melengkapkan fokus yang telah diberikan oleh 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas, atau NKEA) yang dijangka akan dapat meningkatkan daya saing negara dan membolehkan pertumbuhan yang berkekalan. Ianya adalah: • Kewangan Awam

• Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan

• Pembangunan Modal Insan

• Penyampaian Perkhidmatan Awam

• Standard Antarabangsa Dan Liberalisasi

• Merapatkan Jurang Ketaksamaan. Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Bumiputera

“Dengan adanya SRI yang terperinci iini, rangka transformasi ekonomi negara kini lengkap. Usaha mengejar pembangunan ekonomi diiringi perubahan-perubahan dasar akan membolehkan kita bersaing dengan mantap di persada antarabangsa.” -Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak .

Bagi 14 lagi langkah itu telah pun diserapkan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA).

1. Meningkatkan Pendapatan, Mengurangkan Kos

Bagi mencipta ruang kewangan sebanyak RM13 bagi negara, 20 daya usaha serta-merta dan serta jangka panjang telah dicadangkan oleh Makmal Kewangan Awam bagi meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos dan memperkasakan ekonomi negara. Ini akan membolehkan Kerajaan menangani sebarang kekurangan, melangsaikan hutangnya dan melabur bagi masa hadapan.

Cadangan-cadangan ini dikelompokkan ke dalam enam bidang utama, iaitu pelaksanaan cukai, memperhalusi galakan percukaian syarikat, pemerolehan yang telus, pengawalan perbelanjaan serat perakaunan berganda, termasuklah dan perkhidmatan (Goods and Services tax atau GST).

“Sejumlah enam daya usaha akan dilaksanakan bagi meningkatkan pungutan cukai. Ini termasuklah meluaskan bidang penyiasatan serta audit, meluaskan asas percukaian dan meningkatkan keupayaan audit dan penguatkuasaan Jabatan Kastam. Bagi meluaskan lagi asas pencukaian GST akan diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. “ kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif PEMANDU Senator Dato’ Sri Idris Jala.

Tindakan juga kaan diambil bagi mengawal perbelanjaan Kerajaan di dalam empat bidang, yakni perserasian subsidi, perolehan, perbelanjaan perjalanan dan bayaran kepada bahan-bahan berkanun.

2. Menghalusi Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan

Di makmal SRI yang membincangkan Perangan Kerajaan dalam Perniagaan, Kerajaan digesa berusaha untuk memastikan sempadan antara bidang perniagaan dan penguatkuasaan dipisahkan dengan jelas agar tidak berlaku sebarang percanggahan atau perselisihan kepentingan dan menggalakkan pasaran yang lebih adil sekali gus menarik pelaburan dari sektor swasta.

Dasar ini juga akan membolehkan Malaysia meraih manfaat dari segi penjimatan dan pasaran kewangan yang kukuh lagi berwibawa. Ini sekali gus akan meningkatkan kedudukan kewangan negara di samping membolehkan memacu pertumbuhan negara.

“Ini sejajar dengan NKEA di bawah ETP yang telah mengenal pasti bahawa 92% dari pelaburan di Malaysia mestilah datang dari sektor swasta” ujar Jala. Penglibatan kerajaan dalam sektor perniagaan hanya akan berterusan dalam empat bidang, iaitu:

• Apabila sektor swasta memerlukan pelaburan bergandingan dalam projek dijangka akan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebagai contoh koridor pembangunan serantau.

• Di mana sesuatu bidang perniagaan itu harus dimiliki oleh badan tempatan bagi melindungi kepentingan negara, seperti dalam perolehan teknologi pertahanan dan sebagainya.

• Apabila pelaburan yang diperlukan melibatkan pembangunan modal yang besar, pemangkin teknologi atau teknologi baru.

• Apabila ia melibatkan projek binaan negara seprti sistem pengangkutan awam, bioteknologi dan tenaga lestari.

Setiap pelaburan juga akan mempunyai strategi bagi kerajaan untuk meloloskan kehadirannya. Kerajaan akan memperhalusi setiap pelaburannya, bermula dengan 33 buah syarikat yang telah dikenal pasti bagi dilepaskan sama ada melalui penyenaraian di bursa saham, pengurangan pegangan mahupun jualan sekali gus.

Bagi perniagaan yang lain, Kerajaan Malaysia nekad untuk membina struktur bagi meningkatkan tahap pengendaliannya. Unit bagi memantau setiap syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked-Company atau GLC) akan ditubuhkan bagi memantau setia syarikat dan badan berkanun yang terbabit.

“Maklumat prestasi ini juga kan disebarkan kepada rakyat melalui lama webnya bagi memastikan ketelusan dan pihak yang berkenaan memikul tanggungjawab yang sepenuhnya”- Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif PEMANDU Senator Dato’ Sri Idris Jala

3. Membangunkan Modal Insan Bagi Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Malaysia juga nekad untuk membangunkan modal insan, bermula dengan usaha mengemaskini undang-undang buruhnya. Sejumlah empat Akta akan dikaji dan dipinda secara meluas bagi diserasikan dengan keperluan semasa pelbagai pihak yang terlibat.

Memandangkan Malaysia juga sedang bergerak menuju sistem penggajian yang berteraskan produktiviti, di mana pekerja dibayar pampasan mengikut jumlah kerja yang dilakukan, maka kementerian Sumber Manusia juga akan mengumumkan gaji minimum menjelang akhir tahun ini.

“Dengan lulusnya Rang undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011,maka Majlis ini akan di amanahkan untuk meneliti dan memberikan cadangan kepada Kerajaan mengenai setiap hal yang berkaitan dengan penggajian minimum, termasuk pecahan gaji minimum mengikut sektor, kawasan dan hal-hal lain yang berkaitan” kata Jala.

Peningkatan kemahiran tenaga pekerja adalah penting bagi membangun modal insan bagi ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan ini, Talent Corporation akan membantu membangunkan program yang terperinci bagi bidang-bidang yang khusus sejajar dengan NKEA dan Makmal Bandar dan Koridor akan datang.

Ini termasuk beberapa langkah bagi menjamin keselamatan tenaga pekerja untuk menggalakkan mereka lebih banyak bergerak dan berkecimpung dalam hal-hal perniagaan, seperti insurans pengangguran, dibantu oleh program latihan dan peningkatan kemahiran bagi pekerja dan perkhidmatan pengambilan pekerja yang ditingkatkan.

Institut Maklumat dan Analisa Pasaran Buruh (institute of Labour Market Information and analysis, atau (ILMIA) akan ditubuhkan untuk membekalkan analisa yang mendalam mengenai pasaran buruh bagi membantu sektor awam meneruskan dasar serta segala keputusan yang perlu. Ia juga akan dapat membantu sektor swasta dengan membekalkan jangkaan dan analisa terperinci mengenai permintaan dan pembekalan buruh oleh industri dan sektor kecil.

Jala juga menambah bahawa Kerajaan akan mula mengamalkan dasar yang direka khas untuk menggunakan bakat kaum wanita dengan sepenuhnya bagi meningkatkan produktiviti tenaga pekerja dengan sebaik mungkin, selain daya usaha bagi meningkatkan penglibatan kaum Hawa di dalam tenaga buruh Malaysia.

Bagi membantu PKS pula, serangkaian program akan dibangunkan bagi menambah Dana Pembangunan Sumber Manusia(Human Recourses Development Fund, atau HRDF). Ia seterusnya akan membolehkan PKS tempatan mempelajari seterusnya mengamalkan amalan-amalan perniagaan yang terkini dalam pengurusan sumber Manusia, sekali gus meningkatkan keupayaan mereka membina tenaga pekerja yang mahir dan tinggi produktivitinya.

4. Ke Arah Kerajaan Yang Cekap, Mantap Dan Berkebolehan

Hakikatnya, Malaysia sering ketinggalan apabila disebut mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kemudahan perniagaan. Walaupun keadaan telah semakin baik kebelakangan ini, kita masih perlu berusaha dengan lebih keras lagi bagi meningkatkan daya saing dan membangunkan ekonomi negara.

Kita perlu bergerak ke arah membina Kerajaan yang berteraskan kecekapan, kemantapan dan kebolehan membekalkan setiap keperluan sektor perniagaan mahupun orang ramai. Antara daya usaha yang amat penting dicadangkan oleh Makmal Penyampaian Perkhidmatan Awam termasuklah membasmi penduaan langkah-langkah dan fungsi yang diserasikan agar mempunyai struktur pentadbiran yang jelas bagi menjamin keutuhan dan mutu pengeluaran.

Jala berkata lagi, “Kerajaan juga sedang memperkenalkan sistem pemantauan prestasi segera, dibantu oleh sistem penilaian maklum balas segera.”

Ini juga akan melihatkan peningkatan pembabitan rakyat di dalam sebarang kajian bertahap tinggi melalui kumpulan kajian yang pertumpuan khusus, hari terbuka serta sidang pembincangan.

Perkhidmatan awam yang cekap ini juga akan dibina dengan mengamalkan amalan-amalan sumber manusia yang strategik, di mana struktur organisasi akan dileperkan menggunakan amalan sumber manusia yang terpilih. Selain itu, pengambilan tenaga pekerja terbuka di dalam perkhidmatan awam serta di antara sektor swasta bagi mengisi jawatan-jawatan tertentu, melalui pengambilan terbuka ini sekali gus membina persekitaran yang berdaya saing. Antara langkah-langkah bagi membolehkan dasar ini termasuklah memperkenalkan skim penggajian berkala dan peningkatan skim pencen sedia ada.

5. Meningkatkan Daya Saing Malaysia

Malaysia telah menunjukkan Iltizamnya bagi meningkatkan daya saing negara melalui SRI Standard Antarabangsa dan Liberalisasi (SAL) yang melibatkan tiga unsur iaitu pembebasan sektor perkhidmatan, piawaian serta undang-undang persaingan.

Pembebasan sektor perkhidmatan di peringkat tertinggi adalah berdasarkan sumbangan mereka kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK)bukan sahaja buat masa kini tetapi juga di masa hadapan.Ini amat penting dalam usaha mencapai sasaran ETP untuk meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada pendapatan negara kepada 65% menjelang 2020.

Makmal juga telah mengenal pasti beberapa titik permulaan yang penting, di mana Malaysia mempunyai kelebihan dari segi daya saing dan berupaya menjadi antara pengusaha terbesar dunia.Ia bermula dengan pembebasan sektor perubatan, pendidikan serta perkhidmatan perniagaan. Kesemua ini akan menyaksikan had-had terhadap hak milik dan tenaga pekerja asing di Malaysia dimansuhkan secara beransur-ansur.

Ini akan melengkapkan lagi peningkatan mutu barangan keluaran Malaysia di mana tumpuannya adalah terhad terhadap perkhidmatan dan keluaran di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing dan berkeupayaan menjadi pengeluar terbesar dunia. Tanggal Januari 2012,Akta persaingan akan mula berkuat kuasa sekali gus menggalakkan peningkatan persaingan, pelaburan asing serta merancakkan lagi pasaran semasa. Ia juga direka bagi melindungi para peniaga dari sebarang amalan tidak sihat dan salah guna kuasa.

6. Merangsang Keupayaan Membina

Melalui SRI ini, daya usaha untuk membangunkan PKS Bumiputera akan dimajukan, sekali gus meningkatkan tahap pendapatan dan merangsang isi-rumah Malaysia yang berpendapatan rendah bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Telah ada juga rancangan dibawah NKRA bagi isi-rumah Berpendapatan Rendah, Pendidikan dan infrastruktur Asas Luar Bandar, bagi meningkatkan isi rumah berpendapatan rendah.

TERAJU telah dicipta bagi menerajui, menyelaras serta memacu penglibatan ekonomi Bumiputera dan menguatkan agenda pembangunannya. Unit ini bertujuan membolehkan Kaum Bumiputera mengambil peluang serta kesempatan meraih keuntungan dari pembangunan ekonomi.

Program PKS Berprestasi Tinggi (High performing Bumiputera SME, atau HPBS) bagi memupuk generasi baru pengusaha Bumiputera bertaraf dunia di sepanjang 12 NKEA, akan dilancarkan oleh TERAJU tidak lama lagi.

PKS-PKS ini perlu membesar meningkatkan tahap pembangunan mereka serta bersaing di pasaran terbuka tanpa mengharapkan belas Ehsan Kerajaan yang keterlaluan. Program ini akan mempunyai skim “tenggelam timbul” yang lebih tegas bagi memacu prestasi dan sifat berdikari.

Sumber: PEMANDU

LIBERALISASI SEKTOR KEWANGAN

Sektor perkhidmatan kewangan merupakan komponen penting dalam ekonomi dan sumbangannya telah meningkat daripada 9.2% pada tahun 2000 kepada 11% pada tahun 2008. Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, sektor kewangan dan insurans telah berkembang sebanyak 8.8% setahun, mengatasi pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar sebanyak 6%. Terdapat lebih daripada 140,000 pekerja dalam sektor perbankan dan insurans di Malaysia.

Melangkah ke hadapan, sektor kewangan dijangka menjadi pendorong dan pemangkin pertumbuhan ekonomi yang lebih penting dalam peralihan Malaysia ke arah mencapai status ekonomi maju pada tahun 2020. Sektor kewangan dijangka memenuhi tuntutan ekonomi yang semakin bertambah dan memacu perubahan ekonomi ke fasa pembangunan seterusnya; menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan bertaraf dunia, yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi pada harga yang kompetitif; dan mempercepat pertumbuhan sektor ekonomi baharu termasuk aktiviti-aktiviti lain dalam sektor perkhidmatan.

Tujuan liberalisasi

· Meningkatkan lagi hubungan Malaysia dengan ekonomi antarabangsa dan menggalakkan peningkatan integrasi ekonomi serantau;
· Menyediakan akses kepada lebih banyak produk dan perkhidmatan kewangan bertaraf dunia untuk para peniaga dan pengguna;
·  Memperkukuh daya saing Malaysia dalam bidang kewangan Islam untuk menjadi hab kewangan Islam antarabangsa; dan
· Mempromosikan Malaysia sebagai peneraju pusat perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar (shared services and outsourcing, SSO) global.

Langkah-langkah liberalisasi ini, yang akan dilaksanakan dari tahun 2009 hingga tahun 2012, adalah sejajar dengan inisiatif Kerajaan untuk menggalakkan perubahan struktur dalam ekonomi dan mempelbagaikan sumber pertumbuhan untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi negara.

liberalisasi

Perdana Menteri mengumumkan langkah liberalisasi bagi sektor kewangan pada 27 April 2009

Pakej liberalisasi bagi sektor kewangan merangkumi:

1) Pengeluaran lesen baharu kepada peserta industri kewangan yang kukuh dan bertaraf dunia dalam kategori seperti berikut:-

– Dalam tahun 2009, sehingga dua lesen perbankan Islam baharu kepada peserta asing untuk menubuhan bank-bank Islam baharu dengan modal berbayar sekurang-kurangnya USD1 bilion;
– Dalam tahun 2009, dua lesen perbankan perdagangan baharu akan ditawarkan kepada peserta asing yang akan membawa kepakaran khusus;
– Dalam tahun 2011, sehingga tiga lesen perbankan perdagangan baharu akan ditawarkan kepada bank-bank bertaraf dunia yang dapat memberikan manfaat besar kepada Malaysia;
– Dalam tahun 2009, dua lesen takaful keluarga baharu akan diberikan.

2) Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang mempunyai keupayaan untuk menyumbang dalam bidang-bidang yang memerlukan peningkatan, dan bidang pertumbuhan baharu dalam sistem kewangan negara. Ini juga akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa;

3) Kelonggaran akan diberikan bagi meningkatkan had ekuiti asing bank pelaburan, bank Islam, syarikat insurans dan pengendali takaful daripada 49% kepada 70%. Hubungan ini akan memperkukuh potensi perniagaan dan meningkatkan prospek pertumbuhan institusi kewangan melalui kepakaran antarabangsa dan rangkaian hubungan global pemilik asing. Had pegangan ekuiti asing bagi bank perdagangan domestik tetap kekal pada tahap 30%;

4) Memberi lebih fleksibiliti kepada institusi kewangan asing yang beroperasi di Malaysia untuk memperluas jangkauan produk dan perkhidmatan kewangan, terutamanya melalui pembukaan cawangan baharu. Ini adalah bagi mencapai akses yang lebih meluas dalam memberikan perkhidmatan kewangan (financial inclusion) dan meningkatkan penembusan insurans di dalam negeri.        Bank–bank perdagangan asing yang diperbadankan di Malaysia akan dibenarkan untuk membuka empat cawangan baharu dalam tahun 2010 dan sepuluh cawangan pembiayaan mikro pada tahun ini.

5) Lebih fleksibiliti akan diberikan kepada peserta luar pesisir Labuan. Berkuat kuasa pada 1 Jun 2009, Syarikat Induk Labuan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat Luar Pesisir 1990 akan diberikan fleksibiliti untuk menubuhkan pejabat operasi dan pengurusan di Kuala Lumpur bagi meningkatkan kecekapan operasi dan perniagaan mereka. Inisiatif ini akan membolehkan Syarikat Induk Labuan menjalankan perniagaan mereka dengan lebih berkesan dan cekap;

6) Bagi menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih fleksibel dari segi pengendalian, institusi perbankan luar pesisir yang dilesenkan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan akan diberikan fleksibiliti untuk beroperasi di dalam negeri (onshore) mulai tahun 2010. Syarikat insurans luar pesisir yang dilesenkan oleh LOFSA dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan juga akan diberikan fleksibiliti untuk beroperasi di dalam negeri (onshore) mulai tahun 2011. Fleksibiliti ini akan disokong oleh pengukuhan rangka kerja pengawalan dan penyeliaan yang mengawal selia peserta-peserta ini; dan

7) Lebih fleksibiliti juga akan diberikan untuk mengambil pekerja ekspatriat dalam bidang-bidang kepakaran yang akan menyumbang kepada pembangunan sektor kewangan.

Liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan bertujuan memastikan negara kita Malaysia akan mendapat manfaat yang maksimum. Pengukuhan hubungan antarabangsa dan peningkatan prestasi sektor kewangan kepada tahap yang lebih tinggi akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara keseluruhannya.

 

 

 

Sumber: www.pmo.gov.my

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

1. Bilakan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan 6 National Key Result Area (NKRA)?

• Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

2. Siapakah Menteri-menteri  yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA berkenaan?

• Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai ‘lead minister’ atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik ialah:

I. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)

II. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)

III. Bagi NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

IV. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

V. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

VI. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

3. Bagaimanakah NKRA dilaksanakan?

• Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut

• KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Berpandukan dengan KPI ini, segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan

• Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap ‘lead minister’ ini bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, PM akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan.

• Bukan itu sahaja, anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan.

• Sebagai bukti tahap kebersungguhan untuk menjayakan rencana ini, 3 bengkel khusus telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri. Bengkel-bengkel tersebut adalah bagi merangka, memperincikan dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit. Sesungguhnya, kita komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI. Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisa akhir rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya.

4. Latar belakang merevolusikan pengurusan

Perkhidmatan Kerajaan : Pencapaian Diutamakan

• Pada hari pertama dilantik menjadi Perdana Menteri, PM telah menyatakan dengan jelas bahawa kepimpinan negara di bawah panji pentadbiran kini akan membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru dan bakal menjelmakan pula sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan kepentingan rakyat.

• Pada 28hb April, PM telah mengutarakan Key Performance Indicator atau Petunjuk Prestasi Utama ringkasnya KPI, yang akan menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. KPI merupakan satu amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti kementerian atau agensi kerajaan secara objektif. KPI telah diguna pakai oleh banyak syarikat korporat dan didapati sebagai radas timbangan kerja yang sangat berkesan. Malah, mekanisme ini juga diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan di negara-negara maju seperti Britain, Australia dan Kanada.

• Ini kerana Kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian. Hatta, kemuncak kepada penilaian rakyat berkait kepimpinan sektor awam mahupun politik adalah pencapaian. Metodologi ini juga akan membolehkan perkhidmatan awam bahkan anggota pentadbiran dinilai secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif.

• Pada hari ke seratus pentadbiran PM baru-baru ini, PM telah mengumumkan 6 bidang keberhasilan utama nasional atau National Key Results Area, singkatannya NKRA. Ia menjadi bidang-bidang yang diberi keutamaan di peringkat kebangsaan.

5. Apakah tujuan pelaksanaan NKRA?

• Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.

• Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-raba dan samar, akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan.

• PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini di maklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan.

• PM turut  meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI-nya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur. Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.

6. Apakah perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?

1) NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah

• Sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam keadaan aman dan damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau bagaimanapun di mana-mana negara di dunia pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa kejadian-kejadian yang sukar untuk dielakkan daripada ianya berlaku.

• Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:

i) Jenayah jalanan

Jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Statistik menunjukkan jenayah kategori ini bukanlah enteng-entengan kerana ia merupakan 17% daripada keseluruhan indeks jenayah 2008. Manakala hot spots kepada jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010.

ii) Keselamatan awam

Penumpuan akan diberikan dalam hal penambahbaikan persepsi rakyat terhadap keselamatan awam di mana pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan secukupnya secara lebih teratur. Ini  termasuklah penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan bersama PDRM khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang berkaitan akan dinaiktarafkan serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu, langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan CCTV.

iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan

Untuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah khas bagi jenayah jalanan.

2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah

• Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.

•  Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking  Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.

• Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.

3) NKRA yang ketiga  – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

• Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya.  Justeru, kerajaan  akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.

• Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.

• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.

•  Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.  Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.

• Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.

• Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh,  akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi  pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.

4) NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah

• PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala pengesahan status lebih 14,000 KIR di Sabah dan Sarawak sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka selesai pada penghujung tahun 2010.

• Sehubungan ini juga, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan sentiasa mendengar rintihan serta merasai denyut nadi rakyat dan tidak sekali-kali memandang mudah soal kebajikan rakyat. Kerajaan mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat. Oleh itu, bermula Januari 2010  semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan.

•  Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan. Malah, kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti. Justeru, kerajaan dengan ini menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan di kalangan wanita ini kepada seramai 4,000 orang  menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

5) NKRA yang kelima : Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman

• Bersesuaian dengan semangat dan konteks ajaran al Quran Surah Al-Hashr ayat 7 bahawa, janganlah hendaknya harta dan kekayaan itu beredar di kalangan orang-orang berada sahaja bahkan sepatutnya ia melimpah ke seluruh negara. Maka, atas prinsip maslahah umum juga, tiada yang sepatutnya tercicir dari merasai mahsul kemakmuran.

• Lantaran itu, pentadbiran kerajaan akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan pedalaman. Menjelang tamatnya tahun 2010 dirancang sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah dan Sarawak. Jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500km atau dua kali ganda daripada perancangan awal. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4 bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat tahun 2012.

• Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (paved), jalan kerikil (gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta faedah kepada hampir 2 juta penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak.

•  Manakala di Semenanjung Malaysia pula, bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan bermakna jumlah peruntukan yang diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion.

• Pada masa ini, liputan bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak masih belum memuaskan iaitu masing-masing di sekitar 62%. Justeru, Kerajaan telah menetapkan pada akhir RMK9 liputan bekalan air bagi kedua-dua negeri berkenaan akan dipertingkatkan kepada 70%. Kerajaan begitu serius untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada semua rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jadinya, tindakan segera akan diambil untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Untuk tujuan ini sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan akan membawa kemudahan kepada 60,000 buah rumah.

• Selanjutnya, memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak juga masih rendah iaitu masing-masing sekitar 80% berbanding 99% di Semenanjung, Kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri tersebut kepada 95% pada akhir tahun 2012. Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.

• Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan tersebut sehingga penghujung 2012 di seluruh Malaysia.

6) NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana

• Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini.

• Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Namun, harus disedari, untuk meningkatkan peratus ini, ia melibatkan pelbagai pelaburan yang besar, mapan dan berjangka panjang. Walau apa pun, buat langkah permulaannya, PM mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set “4-car-train” akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya. 

Kesimpulan

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata.

Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem pengukuran prestasi yang boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, “ rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.”

image.jpg

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Terasa pendek pula cuti persekolahan. Pejam celik sudah sampai 52 hari kita bercuti. Ada yang tak sabar nak bersekolah. Perasaan gembira bukan main, pakai kasut sekolah buat tidur malam pun ada. Itu budak-budaklah. Pelajar dewasa lain pula ceritanya. Ada sesetengahnya masih berperangai takuk lama, TAK NAK SEKOLAH. 

Biarkanlah…. Sudah memang lumrah manusia. Ada yang baik, ada yang jahat. Ada pandai, ada tak pandai. Pelajar yang mempunyai visi dan cita-cita tinggi sudah pasti sungguh bersemangat untuk kembali ke sekolah. Segala peralatan sudah tersedia. Pakaian, alatulis, buku dan kenderaan disiapkan terlebih awal. Hanya menanti detik 1hb atau 2hb.

Tahun ini juga merupakan lembaran baru kepada pelajar Tingkatan 6 yang merupakan perintis membuat tugasan PBS. Tema telahpun diberi iaitu Pegangkutan dan Perniagaan. Tugasan ini amat penting dan perlu dibuat secara ilmiah. Diharap pelajar dapat mengatur jadual rutin harian dengan betul, kerana selain membuat kerja penyelidikan lapangan, pelajar juga perlu membuat membuat persediaan bagi peperiksaan bertulis Semester 2. Mungkin pelajar kata…AHHHH LAMBAT LAGI…. Ingat masa tidak menunggu kita, kita yang perlu mengejar masa. 

Akhir kata pembuka bicara untuk Tahun 2013, SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Tips Persediaan Akhir Peperiksaan

1. Ulangkaji soalan-soalan sebenar tahun-tahun lepas (5 atau 6 tahun terkini)

2. Buat soalan sama berulang kali mahir

3. Semasa membuat ulangkaji menjawab soalan, set kan masa bagi setiap soalan.

4. Latih diri bangun pagi antara jam 2 hingga 4 pagi untuk membaca dan menghafal subjek

5. Sentiasa buat solat hajat dan meminta petunjuk Allah s.w.t

6. Sebelum melangkah ke sekolah, minta restu ibu dan bapa. Minta juga mereka doakan kejayaan anda.

7. Buat persediaan awal, pastikan semua keperluan peperiksaan yang diperlukan tersedia pada malam peperiksaan itu lagi.

Nikmatnya hidup di bumi Malaysia

Salam Ramadhan kepada semua. 

Bulan ini merupakan bulan yang amat penting bagi umat Islam di dalam menguji keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Pelbagai dugaan dan cabaran tersedia di depan mata sama ada dari segi lahiriah dan juga batiniah. 

Ramadhan juga bagi sesetengah orang merupakan bulan pesta makanan. Semua orang turut menikmati kelazatan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan setakat orang Islam, tetapi Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya turut memeriahkan pasar Ramadhan setiap petang. Sesak jalan dibuatnya. Orang kata jualan di pasar Ramadhan harganya mahal. Tetapi, jalan raya sesak juga. Mahal? Orang tetap beli juga. Kata orang “pembeli adalah raja”, mungkin ya, atau mungkin tidak ketika berada di pasar Ramadhan. Pernah satu ketika saya ke sebuah gerai di pasar Ramadhan Pasir Mas, bila saya meminta penjual membungkus gulai siput RM2, tetapi ditolak oleh penjual berkenaan. Katanya, gerai dia harga bermula RM3. Amboi mahalnya. Sesampai di rumah, RM 3 itu hanya untuk kulitnya saja. Bulan puasa pun ada yang nak menipu.

Di bumi Malaysia, mahal macam mana pun orang tetap membeli. Pasaraya penuh, Gerai penuh, Restoran penuh. Suatu ketika dulu, orang kampung lebih suka memasak makanan sendiri, tetapi kini fikiran beralih arah. Lebih baik beli makanan yang telah siap, setiap hari berbelanja RM30-RM50. Maknanya sebulan bajet puasa RM1500. Kita masih mampu. 

Jelasnya, kerajaan Barisan Nasional berjaya membawa kenikmatan hidup yang tidak terkata kepada seluruh rakyat Malaysia. Kenikmatan ini perlu dikekalkan dan dipertahankan. Kemakmuran inilah yang dicari oleh kebanyakan negara lain di dunia ini dan kita telah mendapatnya. 

 

 

 

PRU-13 dijangka bulan Februari 2013

Sana sini kedai kopi, pasaraya, pentas ceramah dan pelbagai program sangat galak dijalankan. Semuanya adalah menjurus kepada pengiklanan PRU-13. Bila wei…. Lambat ke lagi. Dekat dah… Itu antara jawapan dan pertanyaan bagi rakyat yang prihatin kepada politik semasa negara. Bagi saya? PRU-13 akan berlangsung tahun depan. Kalau dengar kepada Buletin Utama TV3 bahawa kerajaan akan membentangkan Bajet 2013 pada September ini, maknanya sehingga bulan September tahun ini tak akan adanya pilihanraya.   Jadi, PRU-13 nanti nak kata bulan Oktober orang tengah buat haji. Bulan 11, budak-budak exam, bulan Disember, banjir pulak. Jadi Januari atau Februari dah sedap untuk bubar Parlimen. 

Panduan menghurai isi karangan

Ada pelajar bertanya bagaimana untuk memperkembangkan idea yang ada. Kadang-kadang mereka buntu, atau ‘hang’, termenung sana, termenung sini. Jadi di sini diturunkan sedikit petua kaedah menghuraikan idea karangan.

Ayat 1 : Nyatakan idea dengan jelas

Contoh : kepentingan pengangkutan awam ialah dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.

Ayat 2 : tanya dalam diri – APA? 

Kesesakan jalan raya biasanya berlaku pada waktu puncak iaitu antara jam 7 hingga 8 pagi atau 5 hingga 7 malam.

Ayat 3 : tanya dalam diri – BAGAIMANA?

Kesesakan berlaku apabila berlakunya pertambahan persendirian di atas jalanraya, dan penggunaan pengangkutan awam secara meluas 

Ayat 4: boleh nyatakan contoh

Penggunaan bas misalnya, mampu menampung bilangan seramai 40 orang  dalam satu perjalanan

Ayat 5  : pengangkutan awam amat penting keranA memidahlan urusan manusia

PRU 13 soal hidup mati karier politik Anwar

PRU 13 tak lama lagi akan berlangsung. Buktinya; kekerapan Perdana Menteri turun padang ke seluruh negara berjumpa rakyat dan pemimpin masyarakat. Begitu juga PAS, DAP dan PKR begitu sibuk berceramah di merata tempat untuk memikat pengundi.

Bila bercakap pasal PRU, Anwar bukan berjuang untuk rakyat, tetapi beliau amat berharap agar BN ditumbangkan supaya segala masalah peribadi buruk dan kelakuan songsangnya dapat dihapuskan. Jika beliau menjadi PM, maka lebih mudah untuk beliau mengarahkan mana-mana mahkamah membuang kesnya dan beliau menjadi bersih dan alim semula. Sejarah mungkin berulang…semasa beliau menjawat jawatan TPM, bukankah beliau pernah didapati bersalah kerana menggunakan kedudukannya selaku TPM mengarahkan pasukan polis dalam kes liwatnya. PRU 13 adalah soal mati hidup Anwar….menang PRU, kes tutup. Kalah PRU, kes berjalan lagi….