6 INISIATIF PEMBAHARUAN BAGI MENINGKATKAN DAYA SAING

Bahagian kesimpulan Model Ekonomi Baru (New Economic Model, atau NEM) telah mengetengahkan sejumlah 51 dasar polisi untuk membolehkan Malaysia untuk kekal berdaya saing dalam pasaran global. Pada tahun 2011, PEMANDU telah ditugaskan untuk membina program yang terperinci bagi melaksanakan langkah-langkah tersebut, yang dikelompokkan kepada enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (Strategic Reform Initiatives atau SRI).

Keenam-enam SRI telah dikelompokkan berdasarkan 37 dasar polisi dan sekarang merupakan komponen kedua yang kritikal bagi Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP). Ini melengkapkan fokus yang telah diberikan oleh 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas, atau NKEA) yang dijangka akan dapat meningkatkan daya saing negara dan membolehkan pertumbuhan yang berkekalan. Ianya adalah: • Kewangan Awam

• Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan

• Pembangunan Modal Insan

• Penyampaian Perkhidmatan Awam

• Standard Antarabangsa Dan Liberalisasi

• Merapatkan Jurang Ketaksamaan. Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Bumiputera

“Dengan adanya SRI yang terperinci iini, rangka transformasi ekonomi negara kini lengkap. Usaha mengejar pembangunan ekonomi diiringi perubahan-perubahan dasar akan membolehkan kita bersaing dengan mantap di persada antarabangsa.” -Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak .

Bagi 14 lagi langkah itu telah pun diserapkan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA).

1. Meningkatkan Pendapatan, Mengurangkan Kos

Bagi mencipta ruang kewangan sebanyak RM13 bagi negara, 20 daya usaha serta-merta dan serta jangka panjang telah dicadangkan oleh Makmal Kewangan Awam bagi meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos dan memperkasakan ekonomi negara. Ini akan membolehkan Kerajaan menangani sebarang kekurangan, melangsaikan hutangnya dan melabur bagi masa hadapan.

Cadangan-cadangan ini dikelompokkan ke dalam enam bidang utama, iaitu pelaksanaan cukai, memperhalusi galakan percukaian syarikat, pemerolehan yang telus, pengawalan perbelanjaan serat perakaunan berganda, termasuklah dan perkhidmatan (Goods and Services tax atau GST).

“Sejumlah enam daya usaha akan dilaksanakan bagi meningkatkan pungutan cukai. Ini termasuklah meluaskan bidang penyiasatan serta audit, meluaskan asas percukaian dan meningkatkan keupayaan audit dan penguatkuasaan Jabatan Kastam. Bagi meluaskan lagi asas pencukaian GST akan diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. “ kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif PEMANDU Senator Dato’ Sri Idris Jala.

Tindakan juga kaan diambil bagi mengawal perbelanjaan Kerajaan di dalam empat bidang, yakni perserasian subsidi, perolehan, perbelanjaan perjalanan dan bayaran kepada bahan-bahan berkanun.

2. Menghalusi Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan

Di makmal SRI yang membincangkan Perangan Kerajaan dalam Perniagaan, Kerajaan digesa berusaha untuk memastikan sempadan antara bidang perniagaan dan penguatkuasaan dipisahkan dengan jelas agar tidak berlaku sebarang percanggahan atau perselisihan kepentingan dan menggalakkan pasaran yang lebih adil sekali gus menarik pelaburan dari sektor swasta.

Dasar ini juga akan membolehkan Malaysia meraih manfaat dari segi penjimatan dan pasaran kewangan yang kukuh lagi berwibawa. Ini sekali gus akan meningkatkan kedudukan kewangan negara di samping membolehkan memacu pertumbuhan negara.

“Ini sejajar dengan NKEA di bawah ETP yang telah mengenal pasti bahawa 92% dari pelaburan di Malaysia mestilah datang dari sektor swasta” ujar Jala. Penglibatan kerajaan dalam sektor perniagaan hanya akan berterusan dalam empat bidang, iaitu:

• Apabila sektor swasta memerlukan pelaburan bergandingan dalam projek dijangka akan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebagai contoh koridor pembangunan serantau.

• Di mana sesuatu bidang perniagaan itu harus dimiliki oleh badan tempatan bagi melindungi kepentingan negara, seperti dalam perolehan teknologi pertahanan dan sebagainya.

• Apabila pelaburan yang diperlukan melibatkan pembangunan modal yang besar, pemangkin teknologi atau teknologi baru.

• Apabila ia melibatkan projek binaan negara seprti sistem pengangkutan awam, bioteknologi dan tenaga lestari.

Setiap pelaburan juga akan mempunyai strategi bagi kerajaan untuk meloloskan kehadirannya. Kerajaan akan memperhalusi setiap pelaburannya, bermula dengan 33 buah syarikat yang telah dikenal pasti bagi dilepaskan sama ada melalui penyenaraian di bursa saham, pengurangan pegangan mahupun jualan sekali gus.

Bagi perniagaan yang lain, Kerajaan Malaysia nekad untuk membina struktur bagi meningkatkan tahap pengendaliannya. Unit bagi memantau setiap syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked-Company atau GLC) akan ditubuhkan bagi memantau setia syarikat dan badan berkanun yang terbabit.

“Maklumat prestasi ini juga kan disebarkan kepada rakyat melalui lama webnya bagi memastikan ketelusan dan pihak yang berkenaan memikul tanggungjawab yang sepenuhnya”- Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif PEMANDU Senator Dato’ Sri Idris Jala

3. Membangunkan Modal Insan Bagi Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Malaysia juga nekad untuk membangunkan modal insan, bermula dengan usaha mengemaskini undang-undang buruhnya. Sejumlah empat Akta akan dikaji dan dipinda secara meluas bagi diserasikan dengan keperluan semasa pelbagai pihak yang terlibat.

Memandangkan Malaysia juga sedang bergerak menuju sistem penggajian yang berteraskan produktiviti, di mana pekerja dibayar pampasan mengikut jumlah kerja yang dilakukan, maka kementerian Sumber Manusia juga akan mengumumkan gaji minimum menjelang akhir tahun ini.

“Dengan lulusnya Rang undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011,maka Majlis ini akan di amanahkan untuk meneliti dan memberikan cadangan kepada Kerajaan mengenai setiap hal yang berkaitan dengan penggajian minimum, termasuk pecahan gaji minimum mengikut sektor, kawasan dan hal-hal lain yang berkaitan” kata Jala.

Peningkatan kemahiran tenaga pekerja adalah penting bagi membangun modal insan bagi ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan ini, Talent Corporation akan membantu membangunkan program yang terperinci bagi bidang-bidang yang khusus sejajar dengan NKEA dan Makmal Bandar dan Koridor akan datang.

Ini termasuk beberapa langkah bagi menjamin keselamatan tenaga pekerja untuk menggalakkan mereka lebih banyak bergerak dan berkecimpung dalam hal-hal perniagaan, seperti insurans pengangguran, dibantu oleh program latihan dan peningkatan kemahiran bagi pekerja dan perkhidmatan pengambilan pekerja yang ditingkatkan.

Institut Maklumat dan Analisa Pasaran Buruh (institute of Labour Market Information and analysis, atau (ILMIA) akan ditubuhkan untuk membekalkan analisa yang mendalam mengenai pasaran buruh bagi membantu sektor awam meneruskan dasar serta segala keputusan yang perlu. Ia juga akan dapat membantu sektor swasta dengan membekalkan jangkaan dan analisa terperinci mengenai permintaan dan pembekalan buruh oleh industri dan sektor kecil.

Jala juga menambah bahawa Kerajaan akan mula mengamalkan dasar yang direka khas untuk menggunakan bakat kaum wanita dengan sepenuhnya bagi meningkatkan produktiviti tenaga pekerja dengan sebaik mungkin, selain daya usaha bagi meningkatkan penglibatan kaum Hawa di dalam tenaga buruh Malaysia.

Bagi membantu PKS pula, serangkaian program akan dibangunkan bagi menambah Dana Pembangunan Sumber Manusia(Human Recourses Development Fund, atau HRDF). Ia seterusnya akan membolehkan PKS tempatan mempelajari seterusnya mengamalkan amalan-amalan perniagaan yang terkini dalam pengurusan sumber Manusia, sekali gus meningkatkan keupayaan mereka membina tenaga pekerja yang mahir dan tinggi produktivitinya.

4. Ke Arah Kerajaan Yang Cekap, Mantap Dan Berkebolehan

Hakikatnya, Malaysia sering ketinggalan apabila disebut mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kemudahan perniagaan. Walaupun keadaan telah semakin baik kebelakangan ini, kita masih perlu berusaha dengan lebih keras lagi bagi meningkatkan daya saing dan membangunkan ekonomi negara.

Kita perlu bergerak ke arah membina Kerajaan yang berteraskan kecekapan, kemantapan dan kebolehan membekalkan setiap keperluan sektor perniagaan mahupun orang ramai. Antara daya usaha yang amat penting dicadangkan oleh Makmal Penyampaian Perkhidmatan Awam termasuklah membasmi penduaan langkah-langkah dan fungsi yang diserasikan agar mempunyai struktur pentadbiran yang jelas bagi menjamin keutuhan dan mutu pengeluaran.

Jala berkata lagi, “Kerajaan juga sedang memperkenalkan sistem pemantauan prestasi segera, dibantu oleh sistem penilaian maklum balas segera.”

Ini juga akan melihatkan peningkatan pembabitan rakyat di dalam sebarang kajian bertahap tinggi melalui kumpulan kajian yang pertumpuan khusus, hari terbuka serta sidang pembincangan.

Perkhidmatan awam yang cekap ini juga akan dibina dengan mengamalkan amalan-amalan sumber manusia yang strategik, di mana struktur organisasi akan dileperkan menggunakan amalan sumber manusia yang terpilih. Selain itu, pengambilan tenaga pekerja terbuka di dalam perkhidmatan awam serta di antara sektor swasta bagi mengisi jawatan-jawatan tertentu, melalui pengambilan terbuka ini sekali gus membina persekitaran yang berdaya saing. Antara langkah-langkah bagi membolehkan dasar ini termasuklah memperkenalkan skim penggajian berkala dan peningkatan skim pencen sedia ada.

5. Meningkatkan Daya Saing Malaysia

Malaysia telah menunjukkan Iltizamnya bagi meningkatkan daya saing negara melalui SRI Standard Antarabangsa dan Liberalisasi (SAL) yang melibatkan tiga unsur iaitu pembebasan sektor perkhidmatan, piawaian serta undang-undang persaingan.

Pembebasan sektor perkhidmatan di peringkat tertinggi adalah berdasarkan sumbangan mereka kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK)bukan sahaja buat masa kini tetapi juga di masa hadapan.Ini amat penting dalam usaha mencapai sasaran ETP untuk meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada pendapatan negara kepada 65% menjelang 2020.

Makmal juga telah mengenal pasti beberapa titik permulaan yang penting, di mana Malaysia mempunyai kelebihan dari segi daya saing dan berupaya menjadi antara pengusaha terbesar dunia.Ia bermula dengan pembebasan sektor perubatan, pendidikan serta perkhidmatan perniagaan. Kesemua ini akan menyaksikan had-had terhadap hak milik dan tenaga pekerja asing di Malaysia dimansuhkan secara beransur-ansur.

Ini akan melengkapkan lagi peningkatan mutu barangan keluaran Malaysia di mana tumpuannya adalah terhad terhadap perkhidmatan dan keluaran di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing dan berkeupayaan menjadi pengeluar terbesar dunia. Tanggal Januari 2012,Akta persaingan akan mula berkuat kuasa sekali gus menggalakkan peningkatan persaingan, pelaburan asing serta merancakkan lagi pasaran semasa. Ia juga direka bagi melindungi para peniaga dari sebarang amalan tidak sihat dan salah guna kuasa.

6. Merangsang Keupayaan Membina

Melalui SRI ini, daya usaha untuk membangunkan PKS Bumiputera akan dimajukan, sekali gus meningkatkan tahap pendapatan dan merangsang isi-rumah Malaysia yang berpendapatan rendah bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Telah ada juga rancangan dibawah NKRA bagi isi-rumah Berpendapatan Rendah, Pendidikan dan infrastruktur Asas Luar Bandar, bagi meningkatkan isi rumah berpendapatan rendah.

TERAJU telah dicipta bagi menerajui, menyelaras serta memacu penglibatan ekonomi Bumiputera dan menguatkan agenda pembangunannya. Unit ini bertujuan membolehkan Kaum Bumiputera mengambil peluang serta kesempatan meraih keuntungan dari pembangunan ekonomi.

Program PKS Berprestasi Tinggi (High performing Bumiputera SME, atau HPBS) bagi memupuk generasi baru pengusaha Bumiputera bertaraf dunia di sepanjang 12 NKEA, akan dilancarkan oleh TERAJU tidak lama lagi.

PKS-PKS ini perlu membesar meningkatkan tahap pembangunan mereka serta bersaing di pasaran terbuka tanpa mengharapkan belas Ehsan Kerajaan yang keterlaluan. Program ini akan mempunyai skim “tenggelam timbul” yang lebih tegas bagi memacu prestasi dan sifat berdikari.

Sumber: PEMANDU

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: