HUKUMAN ROTAN KE ATAS PELAJAR MEMANG WAJAR

Cadangan untuk menghukum pelajar yang terlibat dengan salah laku disiplin dan buli dengan cara merotan sememangnya telah lama ditunggu oleh para pendidik tanah air. Selama ini golongan guru sangat takut untuk bertindak, bimbang mereka disaman oleh ibu bapa berkenaan. Jadi golongan guru ini hanya mampu menasihati pelajar terbabit secara berulangan. Kadang kala ada yang hendak berubah dan adakalanya tidak. Tengok jenis latar belakang pelajar dan keluarga. Cadangan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi sememangnya sangat ideal bagi membendung salah laku pelajar. Bahkan dalam Islam sendiri menyarankan hukuman rotan dikenakan kepada anak-anak agar mereka mempunyai akhlak yang baik. Pada masa ini hanya Pengetua yang mempunyai kuasa merotan. Jadi masalah disiplin di sekolah semakin hari semakin meningkat kerana tak ramai Pengetua yang garang dan tegas. Kita perlu sedar, masalah disiplin di kalangan remaja semakin kompleks, dari ponteng sekolah membawa kepada pengambilan pil kuda, bersekedudukan, menyimpan foto lucah di dalam telefon bimbit dan sebagainya perlu suatu bentuk hukuman yang keras bagi memulihkan mereka. Ketamadunan yang kita bina ini mungkin akan musnah dalam sekelip mata ekoran keruntuhan akhlak rakyatnya terutama golongan remaja ini.

HENDAKLAH SALING MENGASIHI

Dari Abu Musa r.a. katanya Rasulullah saw bersabda: ” Orang mukmim sesama orang mukmim bagaikan sebuah rumah. Satu sama lain hendaklah saling menguatkan.”

PELIHARALAH LIDAH

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda: “Seorang hamba (manusia) yang berbicara dengan pembicaraan yang belum jelas baginya (hakikat dan akibat), maka dia akan terlempar ke neraka sejauh antara timur dan barat.”

KEGIATAN SYAITAN MENGGODA MANUSIA

Dari Jabir r.a. katanya dia mendengar Rasullullah saw bersabda: “Sesungguhnya setan telah putus asa mengharapkan orang-orang yang solat akan menyembah kepadanya do Jazirah Arab. Kerana itu dia berusaha mengadu-domba sesama mereka agar selalu bermusuhan.”

Renungkan situasi politik di Malaysia. Permusuhan hanya terjadi di kalangan orang Melayu Islam sahaja. Cina dan India walaupun mereka MCA, MIC, DAP dan Gerakan tidak pula berpecah ukhwah mereka sebab syaitan sudah tidak goda mereka kerana mereka sahabat karib