PENGURUSAN STRESS REMAJA

CABARAN REMAJA

Perubahan-perubahan fizikal, emosi dan sosial semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental.

Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja

  • Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri
  • Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan
  • Merasa diri dilayan secara tidak adil
  • Kesunyian
  • Sukar memahami emosi
  • Susah membuat keputusan

Hubungan Dengan IbuBapa

Remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibubapa mereka sering menjalin perhubungan yang mesra dengan orang lain. Mereka juga kurang mengalami masalah kesihatan mental.

Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan IbuBapa

  • Menghormati dan sedia meneriam tunjuk-ajar dan teguran mereka
  • Membincangkan masalah anda dengan mereka
  • Meluahkan perasaan dan pendapat anda secata terus terang
  • Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan
  • Cuba memahami masalah dan beban ibubapa anda
  • Meraikan harijadi mereka
  • Ingatlah bahawa ibubapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda

MENANGANI EMOSI

Keupayaan memahami emosi adalah penting di dalam kehidupan harian

Apabila Anda Merasa Marah

  • Tarik nafas sedalam-dalamnya. Beredar dari suasana tegang (jika perlu)
  • Berfikir sebelum bertindak
  • Tanya diri sendiri
    • Kenapa saya marah ?
    • Apalah punca masalah ?
    • Apakah yang telah saya lakukan ?

PENYELESAIAN KONFLIK

  • Kenalpasti punca konflik
  • Dengan dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain
  • Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah
  • Janganlah menyalahkan orang lain
  • Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik
  • Bertenang semasa menerangkan pendapat anda
  • Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah
  • Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak

Remaja yang Positif

  • Bertimbang rasa
  • Yakin terhadap diri sendiri
  • Sedia menerima nasihat dan teguran
  • Sabar
  • Bertanggungjawab
  • Rajin dan suka menolong
  • Mahir berkomunikasi

REFLEKSI KELANTAN DI BAWAH PEMERINTAHAN NIK AZIZ

Selama 20 tahun Nik Aziz  menjadi Menteri Besar Kelantan terjadinya:-

1. Pembinaan 2 patung Budha terbesar di Malaysia bahkan lebih besar dari negara Budha di Thailand. Tinggi patung itu melebihi ketinggian kubah masjid

2. Penguasaan ekuiti kaum Melayu dalam syarikat pembinaan tidak menentu, kebanyakan dikuasai oleh kaum bukan Melayu

3. Persekitaran kotor

4. Bencana alam seperti banjir yang biasanya 2 minggu paling lama bertahan kini sampai sebulan (Daerah Tumpat). Kemarau berpanjangan. Nik Aziz kata sebab rakyat buat dosa kepada Allah. Memang betul. Soalnya siapa yang buat dosa besar? Tumpat banjir, ini kawasan Parlimen PAS sejak 1990 lagi. Siapa buat dosa kalau bukan PAS? Dosa fitnah itu kan dosa besar, jadi Allah murka. Masihkah Nik Aziz tidak sedar kemurkaan Allah kepada PAS?

5. Perlombongan pasir terbesar kini berlaku di Kelantan hingga menyebabkan sungai menjadi tercemar. Sebagai contoh di pusat beli belah Tesco dan Bandar Tanah Merah 2.

6. Dua pusat pengajian pondok terbakar. Apakah maksud dan mesej yang Allah berikan?

7. Pembinaan sarang burung layang-layang atau burung walit di tengah-tengah bandar di Kelantan. Bangunan diubahsuai atau bangunan baru didirikan di kawasan perumahan telah menimbulkan ketidakselesaan rakyat dengan bunyi bising perakam.

8. Kadar parking kereta antara yang termahal di Malaysia serta ketinggalan zaman apabila masih menggunakan duit syiling untuk dimasukkan ke dalam meter bacaan. Perlu ingat, duit syiling bukanlah suatu perkara mudah untuk dapatkannya. Apakah ini satu strategi kerajaan PAS mengutip hasil melalui saman parking

9. Masalah sosial meningkat, dengan pertambahan remaja mengambil pil kuda dan dadah yang semakin serius

10. Pernikahan kanak-kanak berusia 1o dan 11 tahun yang hanya berlaku pada awal abad 20 kini berlaku semula di Kelantan. Walaupun pernikahan itu sah, tetapi fikirkan untuk 20 tahun akan datang. Apa akan jadi kepada kanak-kanak itu? Semuanya di bawah Nik Aziz sebagai Menteri Besar.

DEMI KEPENTINGAN AGAMA, NEGARA DAN BANGSA, HANYA UMNO DAN BARISAN NASIONAL WAJIB DIBERI AMANAH MENERAJUI KELANTAN DAN MALAYSIA.

Aplikasi MyID Dalam Sektor Awam

Aplikasi MyID Dalam Sektor Awam

model4

Satu Nombor Semua Urusan

1. MyID merupakan inisiatif yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal untuk warganegara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensi kerajaan. MyID juga adalah  manifestasi sistem penyampaian yang berkesan dan memudahkan warganegara Malaysia berurusan dengan agensi kerajaan.
2. MyID sangat penting kerana dengan hanya menggunakan satu nombor membolehkan seseorang warganegara berurusan secara individu dengan pelbagai agensi kerajaan . Nombor MyKad adalah dokumen pengenalan diri bagi seseorang warganegara Malaysia. Hanya nombor MyKad digunakan apabila berurusan.
3. MyKad  mengandungi maklumat asas seperti nombor kad pengenalan, nama, alamat, lesen memandu dan kewarganegaraan.  Ia juga boleh digunakan sebagai prasaran kekunci awam, merekod maklumat kesihatan serta sebagai e-tunai.
4. Semua agensi kerajaan dikehendaki melaksanakan MyID sebagai nombor rujukan tunggal dalam sistem penyampaian perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, agensi kerajaan perlu mengambil tindakan segera melaksanakan inisiatif MyID bagi semua perkhidmatan.
5. Pelaksanaan MyID adalah khusus untuk individu warganegara Malaysia sahaja. Walau bagaimanapun jika membabitkan warga asing sebagai individu, maka agensi boleh menggunakan nombor pengenalan diri individu  terbabit sebagai nombor rujukan seperti nombor pasport.

6. Bagi  pelaksanaan MylD berjaya dilaksanakan, agensi-agensi Kerajaan perlu melaksanakan perkara-perkara berikut bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan warganegara sebagai individu :
a.  Memastikan kakitangan agensi meminta hanya nombor MyKad sebagai nombor rujukan apabila Warganegara Malaysia berurusan di kaunter atau melalui telefon;
b. Memastikan hanya nombor MyKad yang perlu diisi oleh Warganegara Malaysia dan bukan nombor rujukan lain dalam borang yang disediakan agensi;
c. Menjadikan nombor MyKad sebagai nombor rujukan apabila Warganegara Malaysia akses atau menjalankan carian dalam perkhidmatan online agensi;
d. Memastikan dokumen yang dikeluarkan untuk individu mempunyai nombor MyKad sebagai nombor rujukan; dan
e. Mengkaji dan memastikan proses kerja dan sistem ICT agensi secara menyeluruh menyokong pelaksanaan MylD.
7. Kerajaan perlu memastikan soal keselamatan data dan kerahsiaan peribadi yang terkandung di dalam cip elektronik itu benar-benar dilindungi kerana maklumat peribadi seseorang di kategorikan sulit.
8. Kerajaan perlu mewujudkan mekanisme semakan peringkat kedua bagi pengesahan  identiti pengguna sebelum sesuatu semakan/permohonan mengakses maklumat sulit dibenarkan. Dengan cara ini ia mampu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap sistem MyID. Sekiranya terdapat daripada maklumat terbabit mungkin memerlukan bentuk tapisan dan sebagainya, agensi berkenaan boleh mengenakan peraturan-peraturan tambahan.
9. Cip pada MyKad boleh membantu kerajaan mengenal pasti sama ada rakyat layak atau sebaliknya terutama dalam pemberian subsidi. Contohnya, apabila pengguna membeli minyak petrol, dengan hanya mengakses MyKad  di stesen minyak dan harga yang perlu dibayar akan dipamerkan termasuk jumlah subsidi yang diterima.
10. Pendedahan kepada front-liners perlu diberikan terutama yang bertugas di kaunter dan yang bertanggungjawab menjawab panggilan telefon dengan memberitahu kepada pemanggil/pelawat mengenai inisiatif MyID.
11. Kerajaan berharap inisiatif MyID ini merupakan satu transformasi peningkatan prestasi penyampaian perkhidmatan kerajaan secara menyeluruh.
12. Sekiranya terdapat perubahan atau penambahbaikan perkhidmatan yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan sila maklumkan perkara ini kepada MAMPU. Keterangan perkhidmatan perlu jelas dan mudah difahami oleh warganegara.
13. Pelaksanaan nombor MyKad sebagai MyID akan dipantau secara berterusan dan khidmat nasihat akan diberi oleh MAMPU kepada agensi kerajaan yang memerlukan.

Sumber: www.mampu.gov.my

Guan Eng tak layak jadi Ketua Menteri: Wakil PKR

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Nibong Tebal mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng, mendakwa Lim Guan Eng sudah tidak layak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tan berkata, sudah tiba masanya untuk rakyat Pulau Pinang menentukan kedudukan Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang. “Ramai wakil rakyat PKR dan Ketua Bahagian PKR di Pulau Pinang kecewa dengan pentadbiran Guan Eng,” katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Kes liwat Anwar: Pendakwa akan buktikan kesan air mani kepunyaan tertuduh

Oleh Ahmad Johari Ali dan Norhashimah Mohd Radzali

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan disahkan oleh pihak Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan pembukaan pendakwaan yang dibacakan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, dalam perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi, pihak pendakwa akan membuktikan kesalahan tertuduh melampaui keraguan munasabah melalui keterangan langsung dari Mohd Saiful dan keterangan forensik dari doktor serta ahli kimia, selain keterangan mengikut keadaan serta keterangan dokumentari.

Mohd Yusof berkata, pihak pendakwaan akan membawa keterangan bahawa pada 26 Jun 2008, lebih kurang jam 10.30 pagi ketika di pejabat Anwar, tertuduh meminta Mohd Saiful, yang juga pembantu khas tertuduh ketika itu, untuk pergi ke Kondominium Desa Damansara (tempat kejadian) pada jam 2.30 petang pada hari sama.

“Pada jam 1.45 petang hari berkenaan, Mohd Saiful keluar dari pejabat tertuduh menuju ke Kondominium Desa Damansara dan tiba di situ pada kira-kira jam 3 petang.

“Di Kondominium Desa Damansara itu, Mohd Saiful kemudian ke unit 11-5-1 di Tingkat 5 dan apabila beliau masuk ke situ, beliau lihat tertuduh sedang duduk di meja makan seorang diri.

“Di unit ini, Mohd Saiful diliwat oleh tertuduh dan beliau meninggalkan unit berkenaan kira-kira jam 4 petang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, pihak pendakwaan seterusnya akan membawa keterangan pada 28 Jun 2008, Mohd Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Travers berhubung kejadian liwat yang berlaku pada 26 Jun 2008 (dua hari sebelum itu) di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara berkenaan.

“Pada hari sama, Mohd Saiful juga membuat pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur berhubung kejadian liwat itu. Sampel tisu termasuk dari bahagian luar dan dalam dubur Mohd Saiful diambil oleh doktor yang memeriksanya untuk ujian DNA.

“Pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful disahkan Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh,” katanya.

INIKAH NAMANYA KEJUJURAN DAN AMANAH?

ARKIB : 01/11/2000 : UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kerajaan Pas Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedudukan wang ihsan kerana wang yang disalurkan selama ini walaupun atas nama royalti minyak, bukanlah hak negeri itu.

Beliau yang menerajui syarikat minyak nasional itu semasa perjanjian dengan kerajaan Terengganu dimeterai pada 1975 berkata, semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar ‘wilayah’ mereka.

”Dulupun, wang ini diberi bukan atas dasar ia adalah hak negeri Terengganu kerana minyak tersebut diperoleh di luar kawasan kekuasaan negeri itu.

”Dari segi undang-undang pula, ikut pandangan kita pada masa itu iaitu semasa Petronas ditubuhkan, memang negeri-negeri di Semenajung tidak ada hak ke atas minyak ini,” kata bekas Menteri Kewangan itu kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau dilantik menyandang jawatan Pengerusi Petronas pada 5 September, 1974. Ini adalah kenyataan pertama beliau selepas tercetusnya kemarahan kerajaan Terengganu dan parti Pas mengenai isu pemberian wang ihsan menggantikan royalti.

Ketua Pembangkang, Datuk Fadzil Noor ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2001 semalam berkata, Kerajaan Pusat cuba menafikan hak kerajaan Pas Terengganu dalam isu itu.

Kata Fadzil, penggunaan istilah ”wang ihsan” adalah tidak tepat kerana semasa kerajaan negeri Terengganu di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) perkataan yang digunakan adalah royalti minyak.

Sehubungan itu, Tengku Razaleigh menegaskan, soal pembayaran wang kepada Terengganu sama ada atas nama wang ihsan atau royalti sepatutnya tidak menjadi isu.

Ini kerana wang tersebut tetap disalurkan kepada rakyat negeri itu.

”Saya rasa yang pentingnya bukan soal wang itu disalurkan menerusi negeri atau Pusat kerana yang pentingnya terjejas atau tidak rakyat Terengganu dalam hal ini.

”Kalau wang itu disalurkan menerusi apa-apa saluran pun dan rakyat tidak mendapat faedahnya serta menanggung kerugian, barulah perkara ini boleh dipersoalkan,” katanya.

Sehubungan itu Tengku Razaleigh berkata, rakyat harus memberi peluang kepada Kerajaan Pusat dan menilai sama ada cara penyaluran wang ihsan itu menguntungkan atau tidak.

”Tetapi saya percaya cara ini sudah tentu akan memberi faedah dan menguntungkan rakyat. Kalau menguntungkan rakyat, kenapa hendak persoalkan cara mana duit itu disalurkan,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga tidak menolak kemungkinan, Kerajaan Pusat mengambil alih peranan menyalurkan wang tersebut kerana kerajaan Pas Terengganu yang baru memerintah belum lagi mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan projek.

Oleh itu, Tengku Razaleigh menambah biarlah rakyat menentukan sama ada langkah Kerajaan Pusat itu menjejaskan mereka atau tidak.

Bagaimanapun, beliau yakin cara baru itu tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat Terengganu memandangkan Kerajaan Pusat adalah pihak yang mementingkan pembangunan rakyat.

”Takkan Kerajaan Pusat nak kurangkan wang itu atau melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat Terengganu. Tak mungkin ini berlaku.

”Kerajaan Pusat adalah berorientasikan pembangunan tentu dia akan bagi segala kemudahan dan projek yang dia boleh rancang dengan baik untuk dilaksanakan,” katanya.

Pada 5 September lepas, Kementerian Kewangan mengumumkan keputusan Kerajaan Pusat untuk menyalurkan wang itu dalam bentuk projek-projek pembangunan meliputi pendidikan untuk manfaat rakyat dan tidak kepada kerajaan negeri.

Ia akan dibayar melalui kaedah dikenali sebagai Program Pembiayaan Wang Ehsan yang akan dikendalikan oleh satu Jawatankuasa Peringkat Pusat (JPP) dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Oleh: AKMAR HISHAM MOKHLES

JADI SEBAGAI PEMBACA, NILAILAH SIAPA KU LI DAN APA AGENDA BELIAU.

MODAL INSAN

PENGENALAN

Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020.

TERAS DASAR PMI
Kanak-Kanak : Aset Negara* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan releven dengan keperluan semasa;

* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara

* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;

* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran;

* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;

* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;

* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan

* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

Aspek Perkhidmatan

a) Menubuhkan Institut Integriti Nasional bertujuan membina upaya modal insan untuk membanteras rasuah

b) Menubuhkan Pasukan Petugas Pemudah Cara Kerajaan (Pemudah) bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian oleh jentera kerajaan.

c) Matlamat kerajaan untuk menyediakan satu perkhidmatan awam kelas pertama diantaranya menerusi Komitmen Perkhidmatan Awam Malaysia 2008

Aspek Pendidikan

(a) Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pelajaran, 2006-2010 yang telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia

(b) Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara menetapkan matlamat untuk meningkatkan kualiti pelajar, keupayaan pensyarah, infrastruktur IPT dan membina rangkaian dengan institusi-institusi pendidikan tinggi ternama dunia.

Aspek Ekonomi

a) Melancarkan Iskandar Malaysia (dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar), sebuah kawasan untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

b) Mewujudkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER, Northern Corridor Economic Region) yang juga  merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial

c) Melancarkan Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER, Eastern Corridor Economic Region) sebagai sebuah kawasan yang berupaya membentuk modal insan dan pertumbuhan ekonomi yang baik.

d) Melaksanakan Program Transformasi Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Program Transformasi Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) adalah untuk merancang dan melaksanakan dasar polisi kebangsaan dan garis panduan yang komprehensif bagi mengubah GLC kepada entiti berprestasi tinggi, serta mewujudkan rangka institusi untuk mengurus dan menyelia pelaksanaan dasar dan garis panduan ini.

Aspek Sains, Teknologi & Inovasi

a) Pembangunan Knowledge Workers Development Institute bagi memastikan bekalan tenaga berkemahiran tinggi menepati permintaan industri ICT.

b) Program Pembangunan Modal Insan (HCD, Human Capital Development) dalam bidang Sains, Teknologi & Inovasi bertujuan penambah bilangan dan meningkatkan kemahiran penyelidik

Aspek Politik

a) Melahirkan barisan pemimpin Melayu yang berketrampilan, dikagumi, dihormati dan dipercayai.

Aspek Kerohanian

a) Program Islam Hadhari bertujuan mengutamakan aspek ketamadunan umat seimbang atau apa yang dikatakan ummatan wasatan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.