Setimpalkah Gaji dengan Mutu Kerja?

Siapa tak nak duit…. Yang paling seronok jika kita tak buat kerja tapi bulan-bulan dapat duit. Ada ke kerja macam tu… Menoreh getah, tanam padi, memandu lori semuanya perlu paksa diri baru poket berisi.

Di awal tahun ini kakitangan awam dan parti politik pembangkang gegak bercerita pasal SBPA. Cuepecs menjadi heronya… Entah pegawai mana yang punya angkara buat tak kena sampai PM Najib terpalit sama busuknya SBPA. Kata PM semak semula hingga April, tapi dalam suratkhabar dah bagi tarikh 13hb Mac penghurai segala cerita. Berapa naik tak boleh nak cerita. 

Mungkinkah dengan kenaikan ini akan mengurangkan rasuah kerja? Atau makin banyak gaji, makin tinggi Indeks Persepsi Rasuah….ya lah…gaji dah tingggi. Maka bolehlah suap sana suap sini. Dari pengalaman berurusan di jabatan kerajaan, masa makan melebihi masa kerja. Ada juga yang mengambil kesempatan membuka Little Chow Kit di atas meja kerja….dari kain tudung, kerongsang, kuih muih hinggalah kepada agen jual kereta…. Bila ditanya, kena kerja lain tambah pendapatan keluarga…..

Soalnya, lebih banyak masa difokuskan pada kerja atau duduk sesaja… Jika diukur dengan bayaran gaji, gaji di negara kita lebih mahal daripada negara lain. Patutlah pesan orang tua, belajar pandai-pandai, masuk U dapat kerja kerajaan. Kata mereka kerja pun rileks.. Betul juga ya….. Kakitangan kerajaan tak perlu susah…duit tetap ada. 25 hb cucuk saja….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: