Sasaran 38,000 unit rumah PPR di bawah RMK-10 : Bukti Janji Pilihanraya Dilaksanakan

ALOR SETAR 25 Jan. – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyasar untuk membina kira-kira 38,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Menterinya Datuk Chor Chee Heung.

Beliau berkata, rumah tersebut kebanyakannya sedang dibina di Sabah, Selangor, Pahang dan Kelantan.

“Kita juga menerima permohonan di Kedah tetapi kita tidak dapat jalankan pembinaan di sini kerana tidak mempunyai tanah.

“Jika kerajaan negeri menymbangkan tanah kepada kita (kementerian), kita akan bina rumah-rumah itu di negeri ini.

“Jadi saya harap kerajaan negeri Kedah dapat menumbangkan tanah bagi membolehkan kita membina rumah PPR di negeri ini, sekaligus dapat memberi kesenangan kepada rakyat yang berpendapatan rendah memiliki rumah,” katanya pada majlis pemberian baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini hari ini.

 

Chee Heung berkata, rumah yang sudah siap dibina akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri bagi menguruskan soal pembelian dan penyewaan.

Nilai sebenar sebuah rumah PPR ialah antara RM100,000 dan RM130,000.

“Tetapi jika penduduk mahu membeli rumah ini, harga jualannya ialah RM35,000 dan untuk sewa, mereka hanya perlu membayar serendah RM124 sebulan,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: