Kepentingan Sains dan Teknologi Kepada Industri Pertanian

Sains dan teknologi banyak membantu memajukan negara terutamanya dalam sektor pertanian.Pelbagai ciptaan sains diselidik,direka dan digunapakai dalam sektor pertanian.Sains dan teknologi banyak memudahkan para petani untuk menghasilkan kualiti hasil tanaman lebih bagus dan meningkatkan kuantiti hasil pertanian.

Penemuan ciptaan baja organik pada suatu masa dahulu telah membantu sektor pertanian dalam negara kita kerana dapat menghasilkan hasil tanaman yang lebih bermutu.Tambahan pula baja organik ini telah diuji sebelum ini dan terbukti bahawa penggunaan baja organik dapat menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti.Contoh penggunaan baja organik telah meningkatkan kualiti hasil tanaman ialah hasil tanaman buah-buahan yang tidak mengandungi biji.Kemudahan bagi kita untuk makan dengan senang dan keselamatan bagi kanak-kanak untuk memakan buah-buahan tersebut.

jentera

Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil dengan cepat dan mudah

Kaedah yang digunakan kini iaitu menggunakan jentera mesin untuk menghasilkan hasil tanaman juga merupakan kemudahan yang kita dapat dari kemajuan sains dan teknologi.Dengan kemudahan jentera mesin,para petani dapat menghasilkan hasil tanaman dengan banyak di samping menjimatkan tenaga dan masa.Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti dengan cepat dan mudah.Contohnya jentera memproses padi.Masalah kekurangan beras dapat dielakkan dengan penggunaan jentera memproses padi memandangkan jumlah pendudk di negara kita semakin bertambah.Jentera memproses padi dapat memungut hasil tuaian dengan cepat dan berkuantiti banyak.

Kaedah cara kawal perosak juga telah memberi peningkatan dari segi kualiti hasil pertanian iaitu hasil pertanian lebih baik dan sempurna.Jika dahulu,tanpa penggunaan kaedah dari sains dan teknologi,ramai petani menggunakan orang-orang untuk menghindari hasil tanaman diganggu burung.Tetapi tanaman masih diganggu oleh ulat yang menyebabkan kerosakan pada tanaman.Kaedah tanaman realistik maju dengan cara kawal perosak dapat menjimatkan kos,masa dan tenaga di samping menambah baik kualiti tanaman.

Apa yang kita lihat kini ialah faktor tanah,iklim dan saliran air juga dimanipulasi oleh sains dan teknolgi.Kebanyakan petani menggunakan kemudahan sains dan tenologi dalam pertanian untuk mengusahakan hasil pertanian mereka.Dengan cara begini, hasil pertanian lebih berkualiti dan kerkuantiti banyak dapat menambah pendapatan mereka sekaligus memajukan sektor pertanian dalam negara kita.

Tanpa sains dan teknologi.mungkin cara bertani an sektor pertanian masih di takuk yang lama dan tidak dapat dimajukan.Tanpa sains dan teknologi juga mengakibatkan negara kita boleh kekurangan bahan makanan melalui pertanian memandangkan rakyat Malaysia semakin banyak dari tahun ke tahun.Kesimpulannya,sains dan teknologi banyak membantu kita dalam bidang pertanian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: