HOTEL AWANA KIJAL MEMANG YANG TERBAIK

Hari ini, dalam perjalanan balik dari UKM sempena Konvokesyen ke 39 saya berkesempatan untuk singgah buat kali ke 5 di Hotel Awana Kijal Kemamam Terengganu. Apa yang mendorong saya untuk menginap di sini lagi? Tentunya disebabkan bilik yang menarik, harga yang berpatutan bagi kakitangan kerajaan (RM208 saja untuk satu malam), suasana persekitaran menarik, kolam???..fuh punya luas. Dan yang paling penting sarapan pagi yang banyak serta ada bermacam pilihan. Jadi saya amat-amat mengesyorkan kepada kawan-kawan dan rakan di alam maya ini jika inginkan ke Pantai Timur, jangan lupa untuk merasai apa yang saya katakan ini. Kata orang berbaloi-baloi duduk di hotel ini.

Advertisements

CAJ MELAMPAU HOTEL EQUORIAL BANGI

Tak pernah lagi dalam hidup ini menginap di hotel yang bertaraf lima bintang tetapi sarapan pagi pun tak ada. Harga bilik RM307 semalaman. Tetapi sarapan pagi pun tak ada. Bila ditanya, kalau inginkan sarapan pagi kena tambah RM40+++ ke atas untuk seorang. Fuh… melampau betul hotel ini. Lain kali saya tak akan menginap lagi di hotel ini, lagi pun kemudahan di dalam bilik biasa-biasa saja. Saya ingin memberikan nasihat jika ke Bangi, tak perlulah menginap di sana. Cadangan saya menginaplah di Hotel Residence, Uniten lagi baik. Lebih murah, sekitar RM240, sarapan pagi untuk 2 orang dengan pilihan yang banyak.