Syawal Bulan Perpaduan

Di negara kita semua orang tahu, terdiri daripada pelbagai kaum. Majoriti semestinya Melayu Islam, Cina sudah tentu majoritinya Budha, India sudah pasti Hindu, Etnik Bumiputera Sabah dan Sarawak ada pelbagai agama tetapi majoritinya adalah Kristian. Kepelbagaian ini seumpama Nasi Kerabu yang sedap di makan tanpa mengira bulan. Ibaratnya Nasi itu adalah Kaum Melayu, Kelapa itu Kaum Cina, Ulam-ulaman itu kaum India dan Warna Biru itu adalah Bumiputra Sabah dan Sarawak. Apabila digaul uli, wah nampak cantik dan berselera untuk dimakan. Hakikatnya itu negara kita Malaysia. Setiap kaum ada memainkan tanggungjawab memakmurkan negara.

Sempena kedatangan Bulan Syawal ini, marilah kita bersama-sama menjahit kembali kain sarung yang kita koyakkan agar perpaduan sesama kita kembali rapat semula. Akhir kata, Selamat Hari Raya.

Advertisements