BENARKAH FELDA BANKRAP?

Satu minggu ni di dada-dada akhbar heboh diperkatakan bahawa FELDA akan bankrap. Suara sumbang ini datangnya daripada parti pembangkang khususnya PKR, yang tidak habis-habis ingin merobohkan institusi kerajaan persekutuan yang ada. Dari pasukan polis ke institusi kehakiman, berpindah ke SPR kemudian ke BPR (SPRM) dan banyak lagi institusi kerajaan yang ingin dihancurkannya. Sekarang pula FELDA, dikatakan mengalami kerugian berbilion ringgit. Benarkah FELDA rugi sebegitu besar?

Dahulu FELDA hanya berfokuskan tanaman getah dan kelapa sawit serta aktiviti jual beli komoditi berkenaan sahaja. Ini merupakan Fasa Pertama Pembangunan FELDA. Setelah melalui semua fasa ini, maka FELDA telah memasuki Fasa ke-2, di mana aktiviti FELDA ini tidak boleh selamanya bergantung kepada aktiviti tanam dan jual sahaja berkaitan komoditi berkenaan sahaja. Maka FELDA telah mengorak langkah baru iaitu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pendidikan, perhotelan, pengangkutan dan sebagainya. Untuk itu, sudah semestinya pelaburan modal yang besar amat diperlukan.

Suara Keadilan dengan lantang mengatakan FELDA akan bankrap. Untuk pengetahuan pembaca, cuba kita bertanya dalam diri masing-masing, sudah berapa banyak tanah peneroka diambil balik oleh kerajaan pusat untuk membayar hutang? Ada, sudah tentu tiada. Jadi mana buktinya FELDA akan bankrap. Saya percaya, jika FELDA membuka tanah rancangannya satu lagi, bukan seribu bahkan berjuta yang ingin menjadi peneroka hatta pegawai kerajaan pun sanggup menjadi peneroka FELDA. Jadi, apa mungkin FELDA bankrap? Tujuan asal PKR membawa isu ini hanya bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat FELDA yang diketahuinya hampir 80% adalah penyokong kuat UMNO dan Barisan Nasional. Jika ada anasir jahat dan terkutuk sebegini maka kita sebagai orang Islam hendaklah bertindak melawan atau menjauhinya. Semoga Allah memberikan petunjuk kepada orang yang benar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: