JANGAN BIARKAN YAHUDI MENGUASAI NEGARA KITA

Anwar dan Yahudi memang sinonim, sahabat sejati sehidup semati. Di luar negara Anwar Ibrahim dianggap superhero dan diangkat martabatnya oleh Yahudi dan Amerika.

Di dalam negara Anwar sangat lantang mengutuk Israel, tetapi selepas itu dalam senyap-senyap terbang ke Amerika berjumpa Yahudi-Yahudi yang power mohon maaf. Apakah pemergiannya itu telah dimaklumi terlebih dahulu kepada rakan seperjuangan PAS dan DAP? Kalau ikut senario PAS semacam tak tahu Anwar ke Amerika. Kalau betul tak tahu, maka Anwar telah memperbodohkan PAS saja. PAS hanya alat dan kuda tunggangan untuk merebut kuasa. Matlamat menghalalkan cara. Siapa bijak dia jadi raja.

Menurut Izzah, bapanya pergi ke Amerika bagi menjelaskan bahawa Yahudi perlu berhenti menduduki Gaza. Tetapi, Anwar pula berkata beliau tak sepatutnya menggunakan ayat “pencerobohan Zionis” kerana nampak keras. Ada baiknya bagi Anwar guna sahaja ayat “pengambilan semula hak Yahudi”. Ayat itu yang selayaknya diucapkan. Jelas, Anwar secara tak langsung pergi ke Amerika untuk memohon maaf secara tersiratnya kepada Yahudi.

Ramai orang jadi keliru, menyebabkan ada yang bertindak tidak mahu lagi ambil tahu pasal politik. Agenda Yahudi telah berjaya di mana rakyat dipromote agar benci pada politik. Kepada PAS, DAP dan PKR sendiri, tindakan Anwar adalah betul kerana PAS, DAP dan PKR sangat teringin untuk membentuk kerajaan dan merampas kuasa dari kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Ada yang berkata, ini hanya sandiwara mainan politik yang semata-mata dibuat-buat oleh UMNO. Sedarkah anda, jika UMNO tidak mendedahkan ancaman yang dibuat oleh Anwar Ibrahim maka sudah lama negara kita ini ditakluk dan dijajah oleh kuasa barat seperti Iraq. Ingat lagi berkaitan krisis kewangan negara pada tahun 1998? Di waktu itu, Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangannya. Beliau selaku menteri hampir menandatangani perjanjian pinjaman wang daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Jika pada waktu itu, mantan Perdana Menteri tidak menyekatnya, maka negara kita sudah pasti dikuasai oleh Yahudi laknatullah. Sedarlah, negara kita dalam keadaan aman dan stabil pada hari ini adalah kerana kebijaksanaan UMNO dulu dan kini yang memerintah. Kuasa dan hak Melayu tetap utuh dipertahankan, kesucian dan perkembangan syiar Islam terus subur dan meluas di negara ini. Apa yang dikesalkan ada pihak yang cuba meruntuhkan keamanan dan kestabilannya sebagaimana yang yang dilakukan oleh parti PAS, DAP dan PKR.

Jika PKR dan sekutunya menang PRU-13, secara tak langsung akan ada pengaruh Yahudi yang lebih besar di negara ini. Jangan biarkan ini terjadi kepada negara kita. Bersediakah kita bersahabat dengan Yahudi?

Advertisements

BENARKAH FELDA BANKRAP?

Satu minggu ni di dada-dada akhbar heboh diperkatakan bahawa FELDA akan bankrap. Suara sumbang ini datangnya daripada parti pembangkang khususnya PKR, yang tidak habis-habis ingin merobohkan institusi kerajaan persekutuan yang ada. Dari pasukan polis ke institusi kehakiman, berpindah ke SPR kemudian ke BPR (SPRM) dan banyak lagi institusi kerajaan yang ingin dihancurkannya. Sekarang pula FELDA, dikatakan mengalami kerugian berbilion ringgit. Benarkah FELDA rugi sebegitu besar?

Dahulu FELDA hanya berfokuskan tanaman getah dan kelapa sawit serta aktiviti jual beli komoditi berkenaan sahaja. Ini merupakan Fasa Pertama Pembangunan FELDA. Setelah melalui semua fasa ini, maka FELDA telah memasuki Fasa ke-2, di mana aktiviti FELDA ini tidak boleh selamanya bergantung kepada aktiviti tanam dan jual sahaja berkaitan komoditi berkenaan sahaja. Maka FELDA telah mengorak langkah baru iaitu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pendidikan, perhotelan, pengangkutan dan sebagainya. Untuk itu, sudah semestinya pelaburan modal yang besar amat diperlukan.

Suara Keadilan dengan lantang mengatakan FELDA akan bankrap. Untuk pengetahuan pembaca, cuba kita bertanya dalam diri masing-masing, sudah berapa banyak tanah peneroka diambil balik oleh kerajaan pusat untuk membayar hutang? Ada, sudah tentu tiada. Jadi mana buktinya FELDA akan bankrap. Saya percaya, jika FELDA membuka tanah rancangannya satu lagi, bukan seribu bahkan berjuta yang ingin menjadi peneroka hatta pegawai kerajaan pun sanggup menjadi peneroka FELDA. Jadi, apa mungkin FELDA bankrap? Tujuan asal PKR membawa isu ini hanya bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat FELDA yang diketahuinya hampir 80% adalah penyokong kuat UMNO dan Barisan Nasional. Jika ada anasir jahat dan terkutuk sebegini maka kita sebagai orang Islam hendaklah bertindak melawan atau menjauhinya. Semoga Allah memberikan petunjuk kepada orang yang benar.