Dunia boleh terbalik jika percaya cakap DAP

KUCHING 21 Mei – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud

meminta rakyat negeri itu supaya tidak mengambil serius tuduhan DAP kononnya Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang mengamalkan rasuah kerana apa yang dikatakan oleh parti pembangkang itu adalah pembohongan semata-mata.

“You percaya cakap DAP, dunia boleh tungkup (terbalik),” katanya kepada

pemberita di sini hari ini.

Taib berkata, di bawah kepimpinan BN, demokrasi akan terus berjalan dengan baik di negara ini.

Katanya, beliau mahu melihat rakyat terus kekal bersatu sekali gus menjadikan Sarawak sebagai negeri contoh kepada kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini. – Bernama

Advertisements

PAS DULU-DULU VS PAS SEKARANG

“Membangun Bersama Islam” hanyalah sebuah retorik kosong. Hakikatnya selama 20 tahun Pas memerintah Kelantan hanya 1 sahaja masjid didirikan iaitu di Rantau Panjang berbanding berpuluh-puluh bangunan markas parti mereka yang tersergam indah.

  1. PAS dulu-dulu tidak mengiktiraf Perlembagaan Negara serta undang-undang yang bersumberkannya. Kata PAS Perlembagaan Malaysia tinggalan orang kafir, jadi sesiapa yang menggunapakai juga kafir. Hari ini PAS kata Perlembagaan Negara yang ada masa kini akan dipakai jika mereka mendapat kuasa. Apa ertinya PAS bercakap berputar-putar sebegitu? Jawapannya mudah, PAS nak kuasa nak jawatan tertinggi negara. Prinsip boleh tolak ke tepi.
  2. PAS dulu-dulu memburukkan UMNO kerana menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam melalui pakatan Barisan Nasional. Tetapi PAS kini, lebih teruk dengan memberi laluan kepada DAP yang suatu ketika dulu menghina Islam.
  3. PAS menuduh UMNO mengamalkan kronisme, tetapi PAS sendiri pun mengamalkan kronisme dan memperkayakan anak beranak.
  4. Di Kelantan, PAS pernah mengharamkan permainan snooker. Tahun 2009 PAS setuju mengeluarkan lesen snooker kepada rakyatnya. Kenapa PAS berubah. Jawapannya, DEMI KUASA , soal prinsip tolak tepi.

Kepada para pelajar Tingkatan 6, sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih? Jika belum, berbuatlah segera. Undi anda penentu masa depan negara.

PENAGIHAN PIL KUDA DI KELANTAN SUDAH TERUK

Rosak…  budaya rempit. Dulu budak- budak bandar terlibat, tetapi sekarang budak kampung yang ramai. Seusia umur 14 tahun sudah terlibat dalam gejala tidak bermoral ini.

PENDAFTARAN PELAJAR 6 RENDAH

Hari ini di Kelantan adalah hari yang bertuah buat pelajar lepasan SPM 2009 yang lalu. Hari ini merupakan hari pendaftaran kemasukan pelajar ke Tingkatan 6. Kepada mereka yang berjaya menjejaki kaki ke tingkatan PRA U, tahniah diucapkan. Inilah jasa besar kerajaan Barisan Nasional dan UMNO ke arah melahirkan modal insan yang berguna dan mempunyai daya intelek yang cukup tinggi. Mungkin selama ini kita alpa atau sengaja tidak tahu bahawa UMNO sentiasa menekankan rakyat agar terus mengejar ilmu selaras dengan tuntutan agama Islam. Jadi kepada para pelajar gunakan kesempatan ini untuk belajar bersungguh-sungguh.