DASAR 1MURID 1SUKAN

Beberapa langkah perkukuh pembangunan sukan di sekolah

17/03/2010 2:20pm

KUALA LUMPUR 17 Mac – Kementerian Pelajaran hari ini memutuskan pelaksanaan beberapa langkah untuk memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu diambil bagi mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah.

Beliau berkata, antara yang diputuskan ialah menjadikan aktiviti sukan di sekolah sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan-timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang.

Selain itu, katanya, bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum akan dipisahkan.

“Kerajaan juga memutuskan bahawa pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pembangunan sukan di sekolah di bangunan Parlimen di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan.

Selain itu, beliau berkata, turut diputuskan ialah penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

Muhyiddin berkata, peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah, berbanding peruntukan RM2.40 bagi setiap pelajar sebelum ini. – Bernama

Advertisements

SITUASI TERKINI DEMAM DENGGI

Jumlah kematian kerana demam denggi naik kepada 38

17/03/2010 6:54pm

KUALA LUMPUR 17 Mac – Empat lagi mati akibat denggi dalam tempoh seminggu dari 7 hingga 13 Mac, walaupun jumlah kes menurun tiga peratus kepada 1,039 berbanding minggu sebelum itu.

Tiga kematian dilaporkan di Selangor dan satu di Kelantan, menjadikan jumlah 38 yang maut setakat tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Dr. Mohd. Ismail berkata, empat kes kematian itu disebabkan komplikasi demam denggi iaitu ”sindrom kejutan denggi”.

Beliau berkata, masyarakat setempat masih lagi tidak menunjukkan keprihatinan terhadap masalah denggi di kawasan masing-masing kerana masalah tempat pembiakan aedes masih berterusan di ”kawasan panas”.

“Tiga negeri menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, Sarawak dan Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan masalah demam denggi tidak akan dapat dikawal tanpa kerjasama daripada orang ramai.

Beliau juga berkata, mereka yang mengalami gejala demam denggi hendaklah segera mendapatkan rawatan dan para pengamal perubatan yang mengendalikan kes juga diminta segera melaporkan kes-kes denggi yang disyaki supaya tindakan segera boleh diambil. –

1 MALAYSIA MENJUNJUNG TINGGI PERLEMBAGAAN NEGARA

iddle Malaysia tidak ikhlas bantu rakyat – PM

Najib Tun Razak berbual dengan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar sambil diperhatikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui (kanan) pada Sidang Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Mac – Gagasan 1Malaysia adalah konsep yang berpaksikan Perlembagaan berbeza daripada Middle Malaysia yang diperkenalkan oleh DAP iaitu penjenamaan semula Malaysian Malaysia yang ditolak oleh rakyat.

Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis berkata, gagasan DAP itu tidak ikhlas untuk membantu rakyat tetapi sebaliknya ia muncul secara tiba-tiba setelah 1Malaysia semakin popular dan diterima rakyat.

“Middle Malaysia adalah penjenamaan semula Malaysian Malaysia tetapi apa yang pasti kedua-duanya tidak pernah berpaksi kepada Perlembagaan dan sejarah negara.

WARGA EMAS : ASET ATAU BEBAN?

WARGA EMAS : ASET ATAU BEBAN?

Negara bakal berhadapan dengan ledakan warga emas apabila jumlah rakyat negara ini melebihi 60 tahun dijangka meningkat kepada 3.4 juta orang menjelang tahun 2020.

Saban tahun jumlah warga emas meningkat dengan pantas iaitu dari 1.03 juta orang pada tahun 1991 kepada 2.1 juta orang pada masa kini.

Perangkaan juga menunjukkan 65 peratus warga emas tersebut adalah wanita yang tinggal di kawasan luar bandar.

Aliran penuaan yang melanda negara ini adalah kesan daripada pengurangan kesuburan, ekonomi meningkat serta penjagaan kesihatan berpanjangan.

Faktor lain pula termasuk penurunan kadar kelahiran dan kematian serta perpindahan generasi muda ke negara lain atas alasan pekerjaan.

Fenomena semakin ramai yang memilih untuk hidup membujang juga turut menyumbang kepada aliran penuaan di negara ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, banci yang dibuat pada tahun 2000 menunjukkan bilangan warga emas di negara ini meningkat hamper dua kali ganda untuk tempoh 20 tahun.

Sebagai contoh, pada tahun 1970 warga emas hanya berjumlah 546,000 di seluruh negara. Bagaimanapun pada tahun 1991 jumlah warga emas meningkat menjadi 1.03 juta orang.

Bilangan warga emas terus meningkat sebanyak 35 peratus lagi untuk 10 tahun yang iaitu 1.4 juta orang atau 6.3 peratus daripada penduduk negara ini pada tahun 2000.

Jumlah warga emas terus bertambah pada tahun 2010 iaitu sejumlah 2.1 juta orang yang mewakili 7.3 peratus rakyat negara ini.

Pada 2020, bilangan warga emas dijangka terus meningkat kepada 3.4 juta orang.

Perangkaan juga menunjukkan Perak dan Perlis mencatatkan peratusan warga emas tertinggi iaitu 9.4 peratus dan 9.2 peratus.

Sementara Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mencatatkan penambahan warga emas kira-kira 7 peratus.

Sementara itu, Selangor mencatatkan penurunan kecil jumlah warga emas iaitu daripada 4.7 peratus kepada 4.5 peratus.

Ini adalah kesan penghijrahan go;ongan muda dari negeri-negeri lain ke Selangor.

Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatatkan jumlah warga emas paling rendah iaitu kira-kira 3.9 peratus.

Keadaan ini disebabkan penghijrahan masuk warga asing dari Indonesia dan Filipina yang menambahkan golongan muda di kedua negeri itu.

Penuaan penduduk merupakan satu fenomena yang berlaku di Negara-negara membangun dan perindustrian sejak beberapa dekad lalu dan ia merupakan kesan awalan dalam usaha mengurangkan tahap kesuburan dan lanjutan usia penduduk.

Persoalannya, adakah Negara kita sudah bersedia dengan perancangan dan persediaan untuk menangani isu penuaan penduduk mencakupi pelbagai aspek kehidupan.

Penuaan penduduk akan menyebabkan implikasi sosial antaranya lebih ramai warga emas wanita hidup bersendirian, penyediaan kediaman yang sesuai dengan kemampuan mental serta fizikal mereka.

Selain itu, penuaan juga berkait rapat kesannya pada ekonomi dan implikasi kesihatan.

Justeru, institusi-institusi sosial dan polisi kerajaan juga perlu selaras dengan perubahan struktur umur bagi menangani peningkatan keperluan warga emas.

(Dipetik daripada Utusan Malaysia 25 Mei 2009)