Guan Eng tak layak jadi Ketua Menteri: Wakil PKR

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Nibong Tebal mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng, mendakwa Lim Guan Eng sudah tidak layak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tan berkata, sudah tiba masanya untuk rakyat Pulau Pinang menentukan kedudukan Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang. “Ramai wakil rakyat PKR dan Ketua Bahagian PKR di Pulau Pinang kecewa dengan pentadbiran Guan Eng,” katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Advertisements

Kes liwat Anwar: Pendakwa akan buktikan kesan air mani kepunyaan tertuduh

Oleh Ahmad Johari Ali dan Norhashimah Mohd Radzali

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan disahkan oleh pihak Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan pembukaan pendakwaan yang dibacakan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, dalam perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi, pihak pendakwa akan membuktikan kesalahan tertuduh melampaui keraguan munasabah melalui keterangan langsung dari Mohd Saiful dan keterangan forensik dari doktor serta ahli kimia, selain keterangan mengikut keadaan serta keterangan dokumentari.

Mohd Yusof berkata, pihak pendakwaan akan membawa keterangan bahawa pada 26 Jun 2008, lebih kurang jam 10.30 pagi ketika di pejabat Anwar, tertuduh meminta Mohd Saiful, yang juga pembantu khas tertuduh ketika itu, untuk pergi ke Kondominium Desa Damansara (tempat kejadian) pada jam 2.30 petang pada hari sama.

“Pada jam 1.45 petang hari berkenaan, Mohd Saiful keluar dari pejabat tertuduh menuju ke Kondominium Desa Damansara dan tiba di situ pada kira-kira jam 3 petang.

“Di Kondominium Desa Damansara itu, Mohd Saiful kemudian ke unit 11-5-1 di Tingkat 5 dan apabila beliau masuk ke situ, beliau lihat tertuduh sedang duduk di meja makan seorang diri.

“Di unit ini, Mohd Saiful diliwat oleh tertuduh dan beliau meninggalkan unit berkenaan kira-kira jam 4 petang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, pihak pendakwaan seterusnya akan membawa keterangan pada 28 Jun 2008, Mohd Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Travers berhubung kejadian liwat yang berlaku pada 26 Jun 2008 (dua hari sebelum itu) di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara berkenaan.

“Pada hari sama, Mohd Saiful juga membuat pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur berhubung kejadian liwat itu. Sampel tisu termasuk dari bahagian luar dan dalam dubur Mohd Saiful diambil oleh doktor yang memeriksanya untuk ujian DNA.

“Pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful disahkan Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh,” katanya.

INIKAH NAMANYA KEJUJURAN DAN AMANAH?

ARKIB : 01/11/2000 : UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kerajaan Pas Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedudukan wang ihsan kerana wang yang disalurkan selama ini walaupun atas nama royalti minyak, bukanlah hak negeri itu.

Beliau yang menerajui syarikat minyak nasional itu semasa perjanjian dengan kerajaan Terengganu dimeterai pada 1975 berkata, semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar ‘wilayah’ mereka.

”Dulupun, wang ini diberi bukan atas dasar ia adalah hak negeri Terengganu kerana minyak tersebut diperoleh di luar kawasan kekuasaan negeri itu.

”Dari segi undang-undang pula, ikut pandangan kita pada masa itu iaitu semasa Petronas ditubuhkan, memang negeri-negeri di Semenajung tidak ada hak ke atas minyak ini,” kata bekas Menteri Kewangan itu kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau dilantik menyandang jawatan Pengerusi Petronas pada 5 September, 1974. Ini adalah kenyataan pertama beliau selepas tercetusnya kemarahan kerajaan Terengganu dan parti Pas mengenai isu pemberian wang ihsan menggantikan royalti.

Ketua Pembangkang, Datuk Fadzil Noor ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2001 semalam berkata, Kerajaan Pusat cuba menafikan hak kerajaan Pas Terengganu dalam isu itu.

Kata Fadzil, penggunaan istilah ”wang ihsan” adalah tidak tepat kerana semasa kerajaan negeri Terengganu di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) perkataan yang digunakan adalah royalti minyak.

Sehubungan itu, Tengku Razaleigh menegaskan, soal pembayaran wang kepada Terengganu sama ada atas nama wang ihsan atau royalti sepatutnya tidak menjadi isu.

Ini kerana wang tersebut tetap disalurkan kepada rakyat negeri itu.

”Saya rasa yang pentingnya bukan soal wang itu disalurkan menerusi negeri atau Pusat kerana yang pentingnya terjejas atau tidak rakyat Terengganu dalam hal ini.

”Kalau wang itu disalurkan menerusi apa-apa saluran pun dan rakyat tidak mendapat faedahnya serta menanggung kerugian, barulah perkara ini boleh dipersoalkan,” katanya.

Sehubungan itu Tengku Razaleigh berkata, rakyat harus memberi peluang kepada Kerajaan Pusat dan menilai sama ada cara penyaluran wang ihsan itu menguntungkan atau tidak.

”Tetapi saya percaya cara ini sudah tentu akan memberi faedah dan menguntungkan rakyat. Kalau menguntungkan rakyat, kenapa hendak persoalkan cara mana duit itu disalurkan,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga tidak menolak kemungkinan, Kerajaan Pusat mengambil alih peranan menyalurkan wang tersebut kerana kerajaan Pas Terengganu yang baru memerintah belum lagi mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan projek.

Oleh itu, Tengku Razaleigh menambah biarlah rakyat menentukan sama ada langkah Kerajaan Pusat itu menjejaskan mereka atau tidak.

Bagaimanapun, beliau yakin cara baru itu tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat Terengganu memandangkan Kerajaan Pusat adalah pihak yang mementingkan pembangunan rakyat.

”Takkan Kerajaan Pusat nak kurangkan wang itu atau melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat Terengganu. Tak mungkin ini berlaku.

”Kerajaan Pusat adalah berorientasikan pembangunan tentu dia akan bagi segala kemudahan dan projek yang dia boleh rancang dengan baik untuk dilaksanakan,” katanya.

Pada 5 September lepas, Kementerian Kewangan mengumumkan keputusan Kerajaan Pusat untuk menyalurkan wang itu dalam bentuk projek-projek pembangunan meliputi pendidikan untuk manfaat rakyat dan tidak kepada kerajaan negeri.

Ia akan dibayar melalui kaedah dikenali sebagai Program Pembiayaan Wang Ehsan yang akan dikendalikan oleh satu Jawatankuasa Peringkat Pusat (JPP) dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Oleh: AKMAR HISHAM MOKHLES

JADI SEBAGAI PEMBACA, NILAILAH SIAPA KU LI DAN APA AGENDA BELIAU.