IKTIBAR DARI LAOS

Apabila menonton kaca televisyen semalam yang menyaksikan kemenangan pasukan negara Malaysia 3-1 ke atas pasukan negara Laos, kenangan mengimbas balik pertandingan akhir piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Di stadium Viantiane, Laos kelihatan puluhan ribu penyokong Laos yang berpakaian jersi biru negara mereka dan berapa kerat sangat yang memakai pakaian jersi negara Malaysia. Begitu juga semasa berlangsungnya pertandingan piala Malaysia, puluhan ribu memakai jersi merah Red Warriors penyokong pasukan Kelantan, bahkan hampir 100% rakyat Kelantan sendiri memenuhi bangku duduk stadium.

Penyokong Laos rata-ratanya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Walaupun kalah, mereka dapat menerima hakikat terhadap kekalahan pasukan mereka. Tidak seperti penyokong Kelantan, yang sedari awal kemasukan gol pertama telah membuat bermacam-macam kemusnahan, antaranya membaling botol minuman, mercun, membakar kerusi dan sebagainya. Penyokong Laos tidak begitu.

Kadang-kadang malu rasanya kita sebagai umat Islam melakukan kerosakan di muka bumi ini. Allah melarang umatnya melakukan kerosakan di muka bumi (harta benda awam). Laos sebuah negara Budha. Tak malukah kita pada agama lain? Kita sepatutnya menunjukkan contoh teladan yang baik, walaupun di bidang sukan.

Saya tidak hairan penyokong Kelantan akan melakukan kerosakan, bahkan mungkin suatu hari nanti akan lahir pengebom berani mati dari negeri kelahiran saya ini. Kenapa saya berkata demikian? Hujah ini kerana tiap-tiap hari rakyat dihasut membenci pemimpin, di dalam ceramah, kuliah di masjid dan di mimbar Jumaat juga rakyat dihasut membenci pemimpin. Kejayaan kecil kita sudah nampak di dalam pertandingan akhir piala Malaysia. 2 negeri bertarung, 1 negeri mewakili kerajaan Barisan Nasional dan 1 negeri lagi mewakili parti PAS. Penonton kaca tv pun boleh tengok bendera PAS dikibarkan di celah-celah penonton pasukan Kelantan. Bila PAS kalah, mereka melakukan huru-hara dan kemusnahan pada harta awam.

Malu dan sungguh memalukan. Apa yang melucukan, Tuan Guru PAS tidak pula menasihatkan penyokong negerinya agar berkelakuan baik. Bahkan meminta rakyatnya berdoa agar memusnahkan saudara Islam dan sebangsa. Punah dan makin punah. Inilah tanda kiamat, Islam memusnahkan sesama Islam sebagaimana janji Allah, “Umat Islam tidak akan musnah kerana wabak penyakit, tidak musnah kerana bencana alam tetapi akan musnah kerana peperangan sesama sendiri”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: