AWAS, HOTEL BAJET SEKSYEN 9 BANDAR BARU BANGI ADA MAYAT REPUT

Satu pengalaman yang paling mengerikan telah saya lalui pada 22 Disember 2009 yang lalu. Berita ini saya tengok di kaca televisyen tidak dihebahkan dan di dada akhbar tidak dicetak.

Sebaik sampai ke BBB, saya berpusing mencari hotel yang agak murah dan saya menemuinya iaitu satu malam RM70, jadi saya menempahnya untuk 3 malam terus. Saya bersama anak dan isteri terus memunggah beg memasuki bilik hotel. Apabila dibuka saya begitu rasa teruja kerana walaupun harganya RM70, tetapi biliknya selesa dengan kelengkapan serba baru. Lantai ditutupi permaidani, tandas bersih, disediakan tuala dan tv. Bagi saya selesa sangatlah.

Sebaik selesai solat jama’ dan qasar, saya buka tingkap dan memandang ke bawah ada sekumpulan polis berkumpul sambil memegang-megang motosikal. Pada telahan saya, ada kes kecurian motosikal. Saya pun turun ke bawah menuju ke restoran bersebelahan hotel berkenaan. Saya bertanya kepada polis berpakaian biasa “ada kes kecurian motor ke”. Polis itu diam. Pada masa yang sama, saya tengok pemilik restoran, tukang masak dan pekerja kedai menjenguk-jenguk memerhatikan polis di luar. Saya pun menuju ke restoran itu untuk memesan nasi goreng untuk anak. Saya tanya mereka “apa yang berlaku”. Kata pemilik kedai “ada orang mati di hotel sebelah”. Selesai buat tempahan nasi, saya menuju kepada seorang polis dan bertanya berkaitan kejadian. Polis itu memberitahu ada mayat di bilik 109 yang mendaftar masuk hotel pada 4 Disember lalu. Maknanya telah mati pada 18 hari lalu. Polis itu kata mayatnya telah hitam warnanya.

Sebaik ambil nasi, saya terus masuk ke bilik. Nasib saya baik kerana saya menginap di tingkat 2. Sebaik memasuki bilik, saya memberitahu berkaitan kes itu kepada isteri dan dia tidak kisah. Namun hati saya tidak sedap, bimbang kepada anak-anak.

Selepas solat maghrib, saya bersama keluarga turun untuk menikmati makan malam bersama keluarga. Kebetulan ipar duai yang tinggal di Pandan Indah pun sampai pada waktu itu. Sebaik melangkah menuruni anak tangga, tercium bau yang susah nak gambarkan. Bila sampai di lobi baunya makin busuk. bila buka pintu lobi, berjalan mengikut arah restoran, baunya makin kuat. Saya lihat ramai orang makan di kedai itu, mungkin mereka tidak tahu. Selera saja saya tengok mereka makan. Atau mungkin mereka tidak rasa bau mayat itu.

Kepada pembaca, hati-hatilah pilih hotel jika berkunjung ke BBB. Betul kata orang tua, jauh perjalanan luas pandangan. Banyak pengalaman.

Advertisements

IKTIBAR DARI LAOS

Apabila menonton kaca televisyen semalam yang menyaksikan kemenangan pasukan negara Malaysia 3-1 ke atas pasukan negara Laos, kenangan mengimbas balik pertandingan akhir piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Di stadium Viantiane, Laos kelihatan puluhan ribu penyokong Laos yang berpakaian jersi biru negara mereka dan berapa kerat sangat yang memakai pakaian jersi negara Malaysia. Begitu juga semasa berlangsungnya pertandingan piala Malaysia, puluhan ribu memakai jersi merah Red Warriors penyokong pasukan Kelantan, bahkan hampir 100% rakyat Kelantan sendiri memenuhi bangku duduk stadium.

Penyokong Laos rata-ratanya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Walaupun kalah, mereka dapat menerima hakikat terhadap kekalahan pasukan mereka. Tidak seperti penyokong Kelantan, yang sedari awal kemasukan gol pertama telah membuat bermacam-macam kemusnahan, antaranya membaling botol minuman, mercun, membakar kerusi dan sebagainya. Penyokong Laos tidak begitu.

Kadang-kadang malu rasanya kita sebagai umat Islam melakukan kerosakan di muka bumi ini. Allah melarang umatnya melakukan kerosakan di muka bumi (harta benda awam). Laos sebuah negara Budha. Tak malukah kita pada agama lain? Kita sepatutnya menunjukkan contoh teladan yang baik, walaupun di bidang sukan.

Saya tidak hairan penyokong Kelantan akan melakukan kerosakan, bahkan mungkin suatu hari nanti akan lahir pengebom berani mati dari negeri kelahiran saya ini. Kenapa saya berkata demikian? Hujah ini kerana tiap-tiap hari rakyat dihasut membenci pemimpin, di dalam ceramah, kuliah di masjid dan di mimbar Jumaat juga rakyat dihasut membenci pemimpin. Kejayaan kecil kita sudah nampak di dalam pertandingan akhir piala Malaysia. 2 negeri bertarung, 1 negeri mewakili kerajaan Barisan Nasional dan 1 negeri lagi mewakili parti PAS. Penonton kaca tv pun boleh tengok bendera PAS dikibarkan di celah-celah penonton pasukan Kelantan. Bila PAS kalah, mereka melakukan huru-hara dan kemusnahan pada harta awam.

Malu dan sungguh memalukan. Apa yang melucukan, Tuan Guru PAS tidak pula menasihatkan penyokong negerinya agar berkelakuan baik. Bahkan meminta rakyatnya berdoa agar memusnahkan saudara Islam dan sebangsa. Punah dan makin punah. Inilah tanda kiamat, Islam memusnahkan sesama Islam sebagaimana janji Allah, “Umat Islam tidak akan musnah kerana wabak penyakit, tidak musnah kerana bencana alam tetapi akan musnah kerana peperangan sesama sendiri”

TIPS MENJAWAB PENGAJIAN AM KERTAS 1 STPM

1. Calon perlu mengulangkaji soalan-soalan tahun lepas. Kebarangkalian terdapat beberapa soalan mungkin diulang semula untuk tahun ini.

2. Jika soalan yang mempunyai pilihan jawapan  – I, II, III dan IV. Langkah memilih jawapan ialah:

a. Pilih jawapan yang 100% di yakini betul dan potong pilihan jawapan A, B, C dan D yang tidak mempunyai pilihan jawapan tadi. ATAU

b. Pilih jawapan yang diyakini 100% salah dan potong pilihan jawapan A, B, C dan D yang tidak mempunyai pilihan jawapan tadi.

3. Fokus kepada tajuk Dasar Luar Negara, Dasar Dalam Negara, Pentadbiran Kerajaan (Pusat dan Negeri) dan Perundangan (Bidang Kuasa Kerajaan)

4. Istilah kehakiman setiap tahun keluar 1 soalan. Jadi perlu dihafal

5. Soalan pengiraan biasanya berkisar berkaitan tajuk Peratus dan Peratus Perubahan.

6. Calon jangan takut dengan soalan pengiraan berbentuk Jadual. Ingat bukan semua maklumat dalam Jadual yang ditanya hanya beberapa perkara sahaja. Highlightkan dengan pen perkara yang ditanya itu.

SELAMAT MENJAWAB EXAM ESOK. GOOD LUCK

Melayu dipijak di Tanah Melayu

Suatu ketika di zaman persekolahan, ada di kalangan kawan-kawan saya yang bergaduh akibat mempertahankan maruah bapa mereka walaupun ianya merupakan gambaran segumpal kertas. Bila ada yang bergaduh, ada pihak yang meletak sengumpal kertas dan mengatakan gumpalan itu kepala bapa si A dan gumpalan satu lagi kepala bapa si B. Kata Dajjal itu lagi, siapa berani pijaklah. Maka apabila ada yang pijak kepala bapa mana-mana pihak, bergaduh dan bertumbuklah hingga berdarah.

Hari ini peristiwa yang sama berlaku. Kali ini dilakukan oleh orang dewasa dan berpengaruh. Kurang ajar dan sangat biadap. DAP yang mengetuainya, diikuti PAS dan PKR yang menyokongnya. Sekarang ini bangsa lain sudah berani memijak kepala orang Melayu. Memang inilah budaya kurang ajar, yang tidak diajar pun di dalam agama Islam.