POLITIK KEBUDAKAN MAHFUZ OMAR

Apabila timbul isu berkaitan soal perletakan jawatan oleh Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar seperti biasa akan menyalahkan akhbar yang kononnya milik UMNO sengaja menreka-rekakan cerita. Apa pun isu yang timbul seperti isu “pembersihan ahli” juga beliau menyalahkan media UMNO. Ketepikan laporan akhbar Utusan dan Berita Harian. Jangan baca akhbar itu. Jadi sumber akhbar lain jadi pilihan yang lebih neutral, antaranya Sinar Harian.
Jadi, dalam isu Husam Musa, ulasan dibuat melalui pembacaan akhbar berkenaan.
Nampaknya PAS masih tidak dapat menerima kritikan dalam arus politik semasa dalam menghadapi krisis dalaman. Dalam keluarga, adik beradik ada yang berkelahi. Anak dan bapa ada yang berkelahi, kemudian berbaik. Kenapa nak salahkan jiran sebelah rumah bila keluarga kita bermasalah. Nampak sangat Mahfuz Omar tidak gentlemen dan penakut serta masih kebudak-budakan.

Advertisements

Tanduk badak sumbu atasi nilai emas

Tanduk badak sumbu atasi nilai emas

JOHANNESBURG – Nilai tanduk badak sumbu kini melebihi emas buat kali pertama dalam tempoh sedekad berikutan permintaan di Asia Selatan meningkat secara mendadak, lapor sebuah akhbar semalam.

Harga sekilogram tanduk badak sumbu kini mencecah £36,300 sekilogram (RM203,788) manakala harga emas tulen untuk berat yang sama hanya £24,600 (RM138,104).

Secara purata, berat sebatang tanduk badak sumbu ialah tujuh kilogram.

Pada 2007, sebanyak 13 badak sumbu dibunuh di Afrika Selatan namun tahun ini jumlah tersebut meningkat kepada 84 ekor.

Tanduk badak sumbu yang dijadikan serbuk mendapat permintaan tinggi setelah seorang menteri Vietnam mendakwa ia dapat membantu menyembuhkan penyakit kanser yang dialaminya. – Agensi

Nik Abdul Aziz tidak terima Husam letak jawatan

Nik Abdul Aziz tidak terima Husam letak jawatan
22/11/2009 5:02pm

KOTA BHARU 22 Nov. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak akan menerima peletakan jawatan Exco kanan kerajaan negeri itu, Datuk Husam Musa sekiranya benar beliau berhasrat meletakkan jawatan.

Mursyidul Am Pas itu berkata, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan merupakan seorang pemimpin yang pintar dan berpandangan jauh serta banyak membantu rakyat di negeri ini bahkan mampu mengubah lanskap politik nasional.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz menafikan dakwaan bahawa bekas Naib Presiden Pas itu pernah menyuarakan hasratnya untuk melepaskan jawatan dalam parti atau pun kerajaan negeri.

“Cerita mengenai Husam meletakkan jawatan tidak berlaku langsung dan saya pun tidak beri kalau dia hendak letak jawatan kerana Kelantan dapat banyak manfaat daripadanya.

“Husam ini Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan,’’ katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. – Utusan.

Kabel dasar laut hubungkan negara anggota EAGA

Kabel dasar laut hubungkan negara anggota EAGA
22/11/2009 7:14pm

KOTA KINABALU 22 Nov. — Satu projek kabel dasar laut yang menghubungkan Filipina dan negara anggota Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), serta negara lain di Asia, sedang dalam perhatian.

Ini berikutan mesyuarat Kumpulan Kerja Teknologi Komunikasi Maklumat BIMP-EAGA di Cagayan De Oro, Mindanao, baru-baru ini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Pembangunan Ekonomi Mindanao (MEDCo), di sini hari ini menyebut cadangan itu dikemukakan oleh EA Trilink, sebuah syarikat telekomunikasi Filipina, dalam mesyuarat yang diadakan pada 10 Nov. lepas. – Bernama

OIL GAS FIRE

OIL GAS FIRE28

Peserta bekerjasama dalam latihan praktikal sebelum amali sebenar. Berat rupanya hose bila ada air.

OIL GAS FIRE36

Latihan amali dengan memadam api yang menjulang setinggi pokok kelapa.

OIL GAS FIRE55

Inilah api yang menggunung tinggi

OIL GAS FIRE61

Peluang ini bukan senang dicari dan yang penting pengalaman ini tidak mungkin dapat dirasai oleh orang lain

PESERTA02

Inilah guru-guru kadet bomba Kelantan yang berhati waja

KELANTAN DILANDA BANJIR

Hujan lebat dan berangin secara berterusan selama dua hari sampai kata orang tua-tua kampung “hujan lebat tak leh celik mata” telah menyebabkan negeri yang tersohor dengan Pesta Bah sekali lagi dilanda banjir. Kepada sesetengah orang mungkin banjir ini satu rahmat, tetapi sebaliknya bagi sesetengah orang ianya merupakan satu bencana ujian Allah terhadap umatnya. Setiap kejadian yang Allah adakan pasti ada hikmahnya atau pro dan kontra. Kita sebagai manusia haruslah sentiasa mensyukuri Nikmatnya ini. Kepada calon-calon SPM dan STPM berhati-hatilah kerana sedih rasanya jika terjadinya kemalangan ke atas diri anda. Sayangilah nyawa dan diri anda.

KURSUS GURU KADET BOMBA

 

BREATHING APPARATUS08BREATHING APPARATUS20BREATHING APPARATUS_03