PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO

PINDAAN 1: MENINGKATKAN BILANGAN PERWAKILAN

Pindaan pertama diluluskan ialah meningkatkan bilangan perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan tertinggi parti dan di peringkat bahagian daripada 2,500 perwakilan sekarang kepada 146,500 perwakilan.

Ini mengambil kira purata 500 perwakilan bagi setiap 191 bahagian iaitu 95,500 ditambah dengan 51,000 perwakilan, meliputi tiga ketua sayap di 17,000 cawangan di seluruh negara, kata Hishammuddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Umno.

“Langkah ini akan memberi pengiktirafan kepada suara dan peranan ketua pergerakan sayapsayap cawangan dan perwakilan di peringkat bahagian untuk terlibat dalam pemilihan pemimpin tertinggi,” kata Naib Presiden Umno itu.

PINDAAN 2 : PENGHAPUSAN SISTEM KUOTA DALAM PEMILIHAN AJK DAN MAJLIS TERTINGGI

Pindaan kedua melibatkan penghapusan sistem kuota bagi menjadikan Umno lebih demokratik dan membuka ruang seluas luasnya kepada ahli bertanding, kata Hishammuddin.

Syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan MT ialah perlu mendaftarkan diri dan pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi atau AJK Bahagian selama satu penggal.

Bagi anggota Umno yang ingin bertanding untuk AJK bahagian perlu menjadi ahli selama tiga tahun.

PINDAAN 3 : PENAMBAHAN WAKIL WANITA DALAM MAJLIS TERTINGGI, BAHAGIAN DAN CAWANGAN

Pindaan ketiga mengenai pelantikan tambahan seorang lagi wakil Wanita dalam Majlis Tetinggi, Bahagian dan Cawangan bagi menambah suara wanita di dalam parti itu.

Jumlah keseluruhan bilangan AJK di peringkat MT pula ditambah daripada 12 kepada 13 orang, tujuh kepada lapan orang di peringkat bahagian dan lima kepada enam orang di peringkat cawangan.

PINDAAN 4 : PENUBUHAN JAWATANKUASA PEMILIHAN

Pindaan keempat adalah bagi penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU) untuk menyelaraskan soal logistik bagi pemilihan yang akan diadakan serentak.

PINDAAN 5 : PENGHAPUSAN YURAN TAHUNAN DAN DIGANTI YURAN SEUMUR HIDUP

Pindaan kelima menghapuskan yuran tahunan dan diganti dengan yuran seumur hidup sebanyak RM2.

PINDAAN 6 : KETUA SAYAP DIBENAR TERIMA AHLI BARU

Pindaan keenam membenarkan ketua-ketua sayap untuk menerima keahlian baru bagi mempercepatkan proses keahlian Umno terutama di kalangan golongan muda.

PINDAAN 7 : SETIAUSAHA BAHAGIAN DIBERI TARAF PERWAKILAN SECARA AUTOMATIK

Pindaan terakhir ialah memberikan taraf perwakilan secara automatik kepada Setiausaha Bahagian bagi menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan dengan tujuan mengiktiraf sumbangan golongan itu yang menjadi tonggak pentadbiran parti di peringkat bahagian.

BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: