TEKNOLOGI NANO

Revolusi teknologi nano

Oleh Hizral Tazzif Hisham
TEKNOLOGI nano mampu meningkatkan kuasa pengkomputeran pada masa depan berdasarkan keupayaannya untuk memanfaatkan secara maksimum tenaga elektron yang ada di dalam atom berbanding kaedah sekarang, menggunakan kemampuan separa konduktor seperti silikon.
Berdasarkan kemampuan separa konduktor sekarang yang berkemungkinan besar mencapai tahap maksimum untuk menghasilkan kuasa pengkomputeran lebih tinggi, teknologi nano boleh dilihat sebagai alternatifnya. Walaupun teknologi berkenaan dijangka hanya dapat memasuki pasaran komersil pada 2015, namun potensinya yang besar tidak boleh dibiarkan begitu saja.

Rand Corp (www.rand.org) pada kertas kerjanya ‘Revolusi Teknologi Global: Hala Tuju bio/nano/bahan dan hubungannya dengan teknologi maklumat pada 2015’ membayangkan teknologi nano akan memainkan peranan penting dalam aspek pengkomputeran, peranti molekul biologi, molekul elektronik dan fabrikasi cip nano.

Kertas kerja itu dihasilkan Rand Corp (Rand), badan pemikir yang amat berpengaruh kepada Jabatan Pertahanan (Pentagon) dan kerajaan Amerika Syarikat. Rand juga adalah badan pemikir yang menyumbang kepada idea penubuhan internet ketika Amerika Syarikat menghadapi Perang Dingin dengan Russia.

Teknologi nano adalah perkataan yang diperkenalkan pada 1974 bagi memperjelaskan keadaan pengeluaran pada peringkat atom yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan pelbagai produk. Teknologi yang kini dalam peringkat penyelidikan dan pembangunan dijangka dapat membantu aspek pengkomputeran masa depan membabitkan dua faktor utama, iaitu aplikasi baru yang memerlukan kuasa pengkomputeran tinggi dan teknologi yang dapat memenuhinya.

Ini bermakna kuasa pengkomputeran komputer dapat dipertingkatkan dengan penggunaan tenaga yang dihasilkan elektron di dalam atom yang mana kuasa ini amat besar berbanding tenaga yang dihasilkan menerusi silikon.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dilaporkan berkata, kerajaan sedia menimbang bagi mewujudkan Inisiatif Teknologi Nano Nasional (INN) yang membawa kepada penubuhan Pusat Nano Teknologi Malaysia.

Beliau dilaporkan berkata, teknologi nano berpotensi besar kerana boleh mencetuskan revolusi gaya hidup dan pengeluaran produk. Usaha perlu digandakan supaya Malaysia menjadi antara negara yang memiliki pengetahuan tinggi dalam bidang berkenaan.

“Teknologi nano mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan ini membuatkan kerajaan berminat untuk mempromosi teknologi itu sebagai bidang yang perlu diberi keutamaan dalam sains dan teknologi,” katanya.

Katanya, kerajaan komited kepada inovasi teknologi nano pada semua peringkat sama ada ekonomi atau komuniti.

Antara produk yang boleh dihasilkan ialah aplikasi pengesan, produk perubatan biologi termasuk diagnostik dan therapeutics, simpanan data serta aeroangkasa dan angkasa lepas.

FAKTA
Definisi teknologi nano

TEKNOLOGI nano adalah perkataan yang diperkenalkan pada 1974 bagi memperjelaskan keadaan pengeluaran pada peringkat atom yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan pelbagai produk.

Selain pengkomputeran, teknologi nano juga boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan peranti berasaskan teknologi molekul biologi dan juga molekul elektronik.

Cip (jantung) bagi komputer sudah mengalami dua perubahan besar dalam tempoh 50 tahun penciptaannya bermula daripada tiub vakum kepada teknologi kini, iaitu transistor yang menggunakan bahan separa konduktor.

NANO

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: