PENGAJIAN AM STPM : PEMAHAMAN SOALAN KARANGAN

  1. Kebelakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan.                          (STPM 2008)

Langkah menjawab calon:

  1. Fahami Isu iaitu Isu Perumahan
  2. Kategorikan isu itu, sama ada isu umum atau isu khusus. Dalam soalan ini ianya isu umum. Kalau isu khusus isunya mungkin PERUMAHAN KOS RENDAH, PERUMAHAN DI BANDAR dan sebagainya. Jika isu itu, melibatkan isu khusus, dan calon STPM menjawabnya secara umum maka, jawapan calon tadi boleh dikategorikan sebagai terpesong dari kehendak soalan.
  3. Kenalpasti kehendak soalan. Kalau soalan BINCANGKAN. calon STPM perlu memahami maksud tersirat setiap ayat. Contohnya:

Ayat 1 :

Kebelakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak

Maksud tersirat soalan : Kesan negatif kepada pihak-pihak

Ayat 2:

Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut.

Maksud tersirat: Langkah mengatasi masalah perumahan

  1. Calon boleh merangka skema iaitu 2+2
  2. Rangkakan jawapan

A. Pihak-pihak terlibat

1. Pembeli

– terpaksa menanggung hutang bank

– terpaksa bayar kos guaman

– terpaksa tinggal di rumah sewa

2.Masyarakat

–    rumah terbengkalai mengundang masalah sosial

–    Bahayakan penduduk khususnya wanita dan kanak-kanak

B. Langkah Mengatasi

1. Peranan kerajaan

–   lasanakan konsep “bina dulu baru jual”

–  sediakan syarat ketat terhadap pemaju yang ingin membina projek

2. Pendidikan kepenggunaan

–       minta pembeli menyemak status kontraktor

–       minta pembeli buat aduan mengikut saluran yang betul

Advertisements

BERSAMA YB AHMAD BIN MASLAN : TIMB. MENTERI DI JPM

KERIS

Bersama YB Ahmad Bin Maslan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap

Ketua Penerangan UMNO Malaysia

PENGAJIAN AM STPM : UBAT TIRUAN

Oleh Hafizah Iszahanid

Berita Harian, 7 Ogos 2007: KINI, enam hingga 10 peratus pasaran farmaseutikal dunia di dominasi ubatan tiruan. Daripada jumlah itu, 30 hingga 50 peratus penjualannya bertumpu di negara membangun. Tidak dapat dinafikan ubat tiruan sudah menjadi fenomena dalam industri farmaseutikal. Dengan nilai mencecah RM129.5 bilion ketika ini saja, bayangkan nilainya 10 tahun akan datang jika anggaran peningkatan pasaran 13 peratus setiap tahun.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan, ubat-ubatan tiruan sebagai ubat disengajakan pemalsuan supaya menyerupai keluaran asal. Pemalsuan itu termasuk jenama atau produk generik, ramuan yang betul dengan jenama salah, ramuan salah dengan jenama betul, kandungan ubat tanpa bahan aktif, kandungan ubat tanpa bahan aktif yang lengkap atau pembungkusan palsu.

Seperti kata Prof Anthony Moffat dari Sekolah Farmasi Universiti London yang ditemui pada Persidangan Persatuan Farmasi Negara Komanwel ke sembilan baru-baru ini, ubat-ubatan tiruan sebenarnya cabaran sangat besar dalam kesihatan awam.

Dengan pembikinan tidak mencapai piawaian antarabangsa, ia bukan saja berisiko menjahanamkan kesihatan pengguna, malah lebih buruk boleh membawa maut jika kandungannya berunsur toksik.

Namakan apa saja bentuk, tablet, kapsul atau serbuk, ubat tiruan tidak terhenti di satu negara. Mungkin bahan mentahnya dihasilkan di negara A, ia kemudian dieksport ke negara B untuk diproses sebelum dipasarkan di negara C.

Justeru, sesiapa saja di dunia ini boleh terbeli ubat tiruan yang mungkin dibungkus menyerupai jenama asli. Atau mungkin dalam bentuk tablet sama dengan produk asli, tetapi tidak mengandungi ramuan yang betul.

Kewujudan ubat tiruan buat pertama kalinya disebut dalam persidangan WHO membabitkan pakar dalam industri di Nairobi, Kenya pada 1985. Awalnya, kebanyakan pengeluar ubat tiruan dikatakan datang dari negara membangun, China dan India, tetapi hari ini pengeluar dan pasaran ubat tiruan berada di seluruh dunia.

Menurut laporan WHO, antara Januari 1999 hingga Oktober 2000, 46 laporan mengenai ubat tiruan diterima dari 20 negara. Hampir 60 peratus laporan datang dari negara membangun, manakala selebihnya dari negara maju.

Anehnya, seperti kata wakil WHO, Dr Valerio Reggie, pengeluar ubat-ubatan tiruan tidak pula dikenakan hukuman bunuh seperti pengedar dadah, walaupun secara asasnya penggunaan ubat-ubatan tiruan dengan kerap boleh menyebabkan ketagihan, kerosakan organ utama dan kematian.

Di sesetengah negara miskin dan membangun, penjualan ubat-ubatan tiruan mencecah ke tahap sangat kronik kerana kekurangan bekalan ubat-ubatan asas. Jika ada, harga ubat-ubatan tulen ini sangat mahal.

Ia ditambah dengan faktor kawalan dan pelaksanaan undang-undang juga tidak cekap. Justeru, ubat tiruan adalah jawapan terbaik, walaupun sebenarnya pengguna juga langsung tidak sedar.

Di sebabkan semua faktor itu, ubat tiruan tidak terhad kepada makanan tambahan, malah merangkumi ubat antibarah, antibiotik, ubat untuk kolesterol, darah tinggi, hormon, steroid, malah ubat penahan sakit.

Di sesetengah negara membangun pula, isu paling mengganggu adalah kewujudan ubat tiruan bagi penyakit mengancam nyawa seperti malaria, batuk kering, malah HIV/Aids.

Di kalangan negara industri dan sesetengah negara miskin, pembelian ubat menerusi internet adalah sumber utama ubat tiruan. Sesetengah farmasi internet bukan saja menjual ubat tiruan, malah farmasi itu sendiri haram daripada sudut operasinya.

Ada kes membabitkan farmasi internet yang bukan saja tidak dapat dikesan lokasi operasinya, malah menjual produk yang turut tidak diketahui sumbernya.

Walaupun kebanyakan sasaran ubat tiruan adalah negara miskin dan membangun, pengalaman pengeluar farmasuetikal terkemuka, Pfizer membawa dimensi baru ubat tiruan. Jika sebelum 1995, mereka banyak menemui ubat tiruan di negara membangun, pada 1999 (empat tahun selepas penghasilan Viagra), viagra tiruan ditemui di Britain. Sejak itu viagra tiruan ditemui di 73 negara di seluruh dunia!

Di negara yang dikatakan memiliki perundangan dan pelaksanaan ketat seperti Australia, Jepun dan Kanada, ubat tiruan masih boleh menembusi pasaran farmasuetikalnya, walaupun hanya membabitkan satu peratus jualan.

Di negara Eropah, statistik penggunaan ubat-ubatan tiruan adalah lima kali ganda dari tahun lalu. Ia bukan datang dari India dan China saja, malah dari Amerika Syarikat. Di negara Afrika dan sesetengah negara Asia dan Amerika Latin, jualan ubat tiruan mencecah 30 peratus.

Kes membabitkan pembelian ubat tiruan di internet pula sebanyak 50 peratus. Reggie berkata, Pertubuhan Kastam Sedunia membuat 4,000 rampasan membabitkan ubat tiruan untuk 2004 saja.

Di mana Malaysia dalam lambakan ubat tiruan di pasaran negara membangun dan negara miskin? Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Ahmad Nozrin Taharin berkata, di negara kita semua ubat dibekalkan di semua hospital kerajaan datang daripada syarikat yang dikawal oleh kerajaan.

“Bagaimanapun itu tidak bermakna ubat tiruan tidak wujud di Malaysia. Berdasarkan kajian kementerian pada 1997, 5.28 peratus ubat-ubatan di pasaran adalah ubat tiruan,” katanya.

Tahun lalu, daripada hasil kajian dibuat Pfizer mendapati 4.8 peratus ubat di pasaran adalah ubat tiruan. Tahun lalu juga daripada 32,067 rampasan dibuat Biro Perkhidmatan Farmasi, 245 adalah tiruan.

Sehingga Januari 2007, 129 daripada 13,774 rampasan adalah ubat tiruan membabitkan jenama dan produk yang berulang.

Sesuatu yang menarik, di Malaysia kebanyakan ubat tiruan adalah ubat-ubatan herba. Lebih menarik, kebanyakan ubat itu adalah ‘ubat kuat’. Antaranya tongkat ali super power, maajun kuat, spanish fly, kapsul tongkat ali asli.

Kebanyakan ubat tiruan ini disahkan mengandungi racun berjadual oleh Biro Perkhidmatan Farmasi, manakala spanish fly disahkan mengandungi sildenafil.

Ahmad Nozrin berkata, pada Mei 2005, kementerian memperkenalkan logo hologram bagi menangani fenomena ubat tiruan. Sejak itu, jumlah ubat tiruan yang disita menurun setiap tahun. Begitupun ia tidak bermakna ia sudah berjaya ditangani sepenuhnya.

Apatah lagi, selain masalah ubat tiruan, di Malaysia wujud lambakan ubat-ubatan herba yang dihasilkan tanpa kajian dan ujian klinikal. Sama ada dalam bentuk tablet, kapsul dan pil ia turut dipromosikan sebagai makanan tambahan. Begitupun sejauh mana keberkesanannya pada pengguna turut dipertikaikan.

Dalam hal ini, kerajaan tidak boleh disalahkan kerana menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sejumlah dana sudah disediakan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Menerusi dana berkenaab golongan berkaitan boleh bekerjasama dengan universiti tempatan dalam menjalankan kajian dan ujian klinikal.

PENGAJIAN AM STPM :PELABURAN ASING

Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Tajuk : PEMBUKAAN KILANG MATSUSHITA COMPRESSOR & MOTOR SDN BHD Lokasi : SUNGAI WAY, SELANGOR DARUL EHSAN Tarikh : 03-06-1988

Yang Amat Berhormat Datuk Muhammad bin Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor; Yang Berbahagia Raja Tan Sri Zainal Raja Sulaiman, Pengerusi Matsushita Compressor & Motor Sdn Bhd; Yang Berhormat-Yang Berhormat; Dif-dif Kehormat; Tuan-tuan dan Puan-puan;

Saya mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan Matsushita Compressor & Motor Sdn. Bhd. kerana menjemput saya untuk berucap dan merasmikan kilang Matsushita ini. Perasmian hari ini menandakan satu lagi perkembangan dalam proses industrialisasi di Malaysia.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

2. Malaysia telah melaksanakan dasar industrialisasi lebih dari dua dekad. Di peringkat permulaannya industri-industri yang digalakkan adalah di peringkat pengeluaran barangan pengganti import atau import subs- titution. Selepas itu kita memberi penekanan kepada industri yang mengeluarkan barangan eksport. Kerajaan berbangga kerana eksport barangan perkilangan telah meningkat dengan pesat sehingga menjadi kira-kira 45% daripada jumlah eksport negara pada tahun 1987.

3. Langkah Kerajaan memberi penekanan kepada industrialisasi telah membawa manfaat yang sangat bermakna kepada ekonomi negara. Kalau dahulu sektor pertanian, perhutanan dan perikanan menjadi tulang belakang eksport dan Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK, sekarang ini sektor tersebut menduduki tempat kedua. Sektor perkilangan sekarang ini merupakan sektor yang terbesar dari segi jumlah nilai eksport dan juga KDNK negara. Sekiranya kita teragak-agak melaksanakan dasar industrialisasi, kemungkinan besar kita masih lagi bergantung sangat kepada naik-turun permintaan pasaran antarabangsa terhadap barangan utama dan barangan pertanian. Selain daripada itu masalah yang kita hadapi ialah pengangguran. Sektor pertanian tidak mungkin mewujudkan banyak peluang pekerjaan atau dapat membayar gaji yang tinggi. Perkilangan sebaliknya memerlukan banyak pekerja yang mahir dan tidak mahir. Kadang-kadang sebuah kilang yang terletak di atas 10 ekar tanah memerlukan 1,000 orang pekerja. Sebaliknya, ladang 1,000 ekar mungkin memerlukan hanya 500 orang pekerja sahaja. Justeru itu untuk mengatasi masalah pengangguran, industri perkilangan amatlah penting.

4. Menyentuh tentang industri perkilangan ini, Kerajaan menyedari bahawa asas industri ini adalah tidak luas.Setakat ini kira-kira 65% jumlah eksport barangan perkilangan terdiri daripada barangan industri elektrik dan elektronik serta barangan industri tekstil. Sebagai satu penekanan, Kerajaan akan terus menggalakkan berbagai industri lain yang belum wujud atau belum berkembang dalam negara kita. Di samping itu, penekanan juga akan diberi kepada industri pembekalan komponen untuk industri yang sedia ada. Dengan adanya komponen tempatan yang berpatutan harganya, pertumbuhan ndustri barangan siap akan menjadi lebih pesat. Komponen juga boleh diekspot dan menambahkan lagi pertukaran asing bagi negara kita asalkan kualiti baik berbanding dengan kos.

5. Ini tidaklah bermakna Malaysia tidak akan memberi galakan dan kemudahan bagi industri-industri perkilangan yang telah bertapak dengan kuatnya seperti elektrik dan elektronik serta industri tekstil. Galakan itu tetap akan diteruskan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

6. Turut hadir di majlis ini ialah para pelabur dan para pengusaha dari negara Jepun dan juga negara-negara asing. Dengan itu, izinkan saya berucap sedikit dalam Bahasa Inggeris.

Ladies and Gentlemen,

7. The investment of almost $200 million Ringgit by Matsushita will no doubt bring substantial benefit to us. The Government is pleased that this factory will provide employment for more than one thousand local workers; opportunities to learn the application of modern technology for the production of electrical goods and also provide an additional source of revenue to the Government. Malaysia hopes that more foreign investors will invest in these job creating industries.

8. The political and economic stability of this country is of paramount consideration to foreign investors. The Government is aware that adverse reports have been made by the foreign media against the people and the Government of this country. This is not the first time that this has happened. However, genuine investors will eventually find out the truth and will invest here. Foreign investors will come here not only with capital, but also with modern technological know-how. This is proven by Matsushita which has decided to invest in this country and to bring modern technology in the production of electrical components. Another proof of investor confidence is the total amount of foreign investment approved by MIDA last year which totalled $750 million Ringgit, compared to $524 million Ringgit the year before.

9. Despite reports to the contrary Malaysia is politically stable and secure. Additionally, this country is getting economically stronger as recent economic indicators have shown. If GNP is used as a yardstick, the growth of 4.7% last year reflected sound economic growth following upon the efforts of both the Government and private sectors to overcome depressed market conditions due to world economic recession two to three years back. Malaysia’s Balance of Payment last year further reflected the economic strength of the country: not only has the surplus in Merchandise Account increased, but there is also a surplus in Current Account as compared to deficits for the past few years. Bank Negara reserves have increased to more than $19 billion Ringgit last year, equivalent to retained imports of 7.4 months. These economic indicators should convince potential investors of the soundness of this nation’s management.

10. On the top of that, the Government has taken several measures not only to improve the investment climate, but also to ensure that this country is more attractive for investment compared with other countries in this region. Besides offering fiscal incentives, the Government has also improved its administrative system concerned with promoting the growth of industries. Directives have gone out for all decisions on incentives to be made within 2 months. The Government has also streamlined procedures related to manufacturing licences and technical agreements to ensure that they are processed within 6 weeks. State Governments and the Ministry of Trade and Industry have established one stop agencies for issuing all licences required by investors.

Tuan-tuan dan puan-puan,

11. Tindakan dan dasar Kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk menarik pelaburan asing. Rakyat, khususnya para pekerja serta kesatuan-kesatuan mereka juga, perlu memainkan peranan untuk mewujudkan iklim yang baik bagi pelaburan oleh para pelabur tempatan dan asing.

12. Kita harus menerima hakikat bahawa para pelabur di mana-mana juga mereka melabur, didorong oleh hasrat mencari keuntungan.Mereka tidak melabur kerana ingin berbakti kepada masyarakat negara asing, walaupun di zaman ini para pelabur lebih bertanggungjawab dan sedar akan peranan pihak lain dalam menjayakan pelaburan mereka. Justeru itu kita perlu berhati-hati mengimbangkan kepentingan kita dengan kepentingan mereka.

13. Kita juga harus ingat bahawa banyak negara yang mahukan pelaburan dan dengan itu persaingan antara negara-negara yang berminat dengan pelaburan asing adalah hebat. Jika tindakan-tindakan kita menidakkan atau mengurangkan kesan segala insentif Kerajaan, para pelabur akan melabur di negara-negara lain. Sementara kita tidak mahu menjual tenaga dan maruah kita dengan murah, kita tidak boleh terlalu sombong dan menuntut bayaran yang terlalu tinggi bagi tenaga kita. Sepertimana juga kita tidak suka dilayan dengan buruk oleh orang lain, janganlah kita pula memberi khidmat yang tidak baik kepada mereka yang memberi peluang pekerjaan kepada kita. Kesabaran dan kesederhanaan harus menjadi sebahagian daripada sifat kita terhadap para pelabur dan pelaburan asing.

14. Bagi beberapa tahun yang akan datang, kita memerlukan pelaburan asing untuk membangunkan ekonomi negara kita. Adalah menjadi harapan Kerajaan bahawa ahli-ahli teknikal dan para pengurus tempatan yang bekerja dalam kilang-kilang asing akan mempelajari teknologi dan seluk-beluk perusahaan dan perniagaan sehingga dapat mengadakan perusahaan sendiri. Lebih cepat kita belajar, lebih cepat lagi kita dapat mengurangkan pergantungan kita kepada pelaburan asing. Bukan menjadi hasrat Kerajaan untuk selama-lamanya bergantung kepada orang lain. Tetapi, selagi kita tidak terdaya mengadakan industri kita sendiri, selama itulah kita terpaksa bergantung kepada para pelabur dan para pengusaha asing. Demi maruah dan kedaulatan kita, kita harus mempercepatkan lagi proses penguasaan kecekapan-kecekapan yang diperlukan.

Tuan-tuan dan Puan-puan

15. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pengarah syarikat ini kerana telah menjemput saya merasmikan kilang yang moden ini. Adalah diharapkan kilang ini akan berjaya dan kejayaan itu akan menggalakkan pekilang-pekilang asing datang ke negara ini dengan modal dan teknologi yang diperlukan.

Dengan harapan ini, saya dengan sukacitanya membuka kilang Matsushita Compressor And Motor Sdn. Bhd. dengan rasminya.

Kepentingan Pelabur Asing Kpd Negara Kita.

Kepentingan.

1.  Menjana pertumbuhan negara ke tahap yang lebih tinggi§
2. Memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini§
3. Menjadikan sumber manusia negara lebih berdaya saing§
4. Menjadikan imej negara lebih baik§

Keburukan
1. Negara terlalu bergantung kepada modal luar§
2. Sektor ekonomi negara terpaksa dibuka kepada orang luar§
3. Kehadiran lebih banyak pekerja asing yang tidak terkawal akibat pertumbuhan pesat ekonomi

BERTULIS – Y.B. Tuan Razali Ibrahim (Muar)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : Y.B. TUAN RAZALI BIN HAJI IBRAHIM
KAWASAN : MUAR
NO.SOALAN : 94

Y.B. TUAN RAZALI BIN HAJI IBRAHIM minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

  1. Apakah hala tuju liberasasi perdagangan negara kita pada jangka masa terdekat memandangkan persaingan daripada negara-negara serantau; dan
  2. Pendekatan-pendekatan baru untuk menarik dan meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) supaya dapat terus menjana kemajuan ekonomi kita.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Dasar liberalisasi perdagangan yang dilaksanakan oleh negara mengambil kira perkembangan di peringkat global dan serantau. Dasar perdagangan negara juga mengambil kira kepentingan serta kesediaan pengeluar-pengeluar tempatan supaya tidak terjejas akibat daripada pembukaan pasaran dan dapat bersaing dengan barangan dan perkhidmatan dari luar. Oleh yang demikian dasar perdagangan negara dirumuskan berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut:

  • mendapatkan akses pasaran yang lebih baik melalui pengurangan tarif ke atas eksport barangan dan penghapusan halangan pasaran ke atas sektor perkhidmatan;
  • fleksibiliti yang bersesuaian seperti tempoh masa yang lebih panjang bagi pengurangan atau penghapusan tarif bagi industri tempatan; dan
  • mendapatkan pengecualian dari liberalisasi ke atas sektor perkhidmatan tertentu atau ke atas barangan sensitif.

Selaras dengan perkembangan serantau dan global, langkah-langkah khusus yang telah diambil oleh Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Dasar Perdagangan di peringkat ASEAN

    Inisiatif liberalisasi perdagangan dan pelaburan di peringkat ASEAN dilaksanakan secara berperingkat bagi membantu industri tempatan mendapat persediaan yang cukup untuk menghadapi persaingan daripada negara- negara serantau. Contohnya, pengurangan dan penghapusan tarif di bawah skim Tarif Keutamaan Sama Rata [ Common Effective Preferential Tariff (CEPT)] ASEAN di mana ianya dilaksanakan secara berperingkat untuk membolehkan sektor industri bersedia menghadapi persaingan.

    Eksport barangan pertanian dan pembuatan ke negara-negara ASEAN sekarang hanya tertakluk kepada duti di antara 0 hingga 5 peratus sahaja. Sebilangan kecil barangan sensitif dikenakan kadar tarif yang lebih tinggi dari 5 peratus.

    ASEAN juga akan merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN [ ASEAN Economic Community (AEC)] menjelang 2015, yang bertujuan mengintegrasi ekonomi serantau. Inisiatif ini akan menjadi tarikan kepada pelabur dan pengeluar asing dan tempatan memandangkan ia menjadikan ASEAN sebagai satu pusat pengeluaran dan pasaran. Di bawah inisiatif ini, aliran perdagangan barangan, perkhidmatan dan pelaburan serta pergerakan modal dan tenaga kerja di rantau ini akan menjadi lebih mudah.

  2. Liberalisasi di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas

    Malaysia juga mengambil pendekatan merunding perjanjian-perjanjian perdagangan bebas dengan negara-negara rakan perdagangan tertentu dengan mengambilkira kepentingan dan kesediaan industri tempatan untuk menghadapi liberalisasi. Strategi ini membolehkan Malaysia menangani persaingan daripada negara-negara pesaing di rantau ini, termasuk di ASEAN, yang telah atau sedang merundingkan Perjanjian Perdagangan Bebas yang memberikan akses layanan istimewa ( preferential access ) kepada eksport mereka, dan seterusnya menjejaskan daya saing pengeksport Malaysia.

    Strategi ini juga memberi manfaat kepada Malaysia dengan membolehkan akses layanan istimewa kepada barangan dan perkhidmatan negara di pasaran-pasaran eksport yang penting bagi Malaysia.

    Secara tidak langsung, strategi ini juga akan menggalakkan pelabur-pelabur asing untuk meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia dengan tujuan mendapat manfaat dari akses layanan istimewa di pasaran yang lebih besar.

  3. Liberalisasi Perdagangan Pelbagaihala di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)

    Di samping pendekatan liberalisasi serantau dan dua hala, Malaysia akan terus memberi penekanan ke atas liberalisasi perdagangan pelbagaihala bagi memastikan produk dan perkhidmatan Malaysia dapat terus bersaing di peringkat yang lebih luas.

    Sebagai sebuah negara perdagangan yang utama, Malaysia memerlukan pasaran yang lebih luas dan terbuka. Sehubungan ini, Malaysia akan terus memberi penekanan kepada aspek liberalisasi perdagangan dan pelaburan, melalui penglibatan yang aktif dalam fora rundingan perdagangan pelbagaihala di peringkat antarabangsa.

Tuan Yang Dipertua,

Mengenai pendekatan-pendekatan baru untuk menggalakkan pelaburan langsung asing, Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa berusaha mengambil langkah-langkah agresif bagi meningkatkan daya saing serta menarik pelaburan asing ke sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan ke Malaysia. MITI kini mengalakkan pelaburan asing dengan memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang berteknologi tinggi, berintensifkan modal, berasaskan sumber serta mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Antaranya seperti, dengan izin, “ advanced electronics ”, “ pharmaceuticals ”, mesin dan peralatan, petrokimia, bioteknologi, photonics dan nanoteknologi.

Selain daripada insentif-insentif yang sedia ada, pendekatan-pendekatan baru untuk menarik dan meningkatkan pelaburan langsung asing adalah:-

  1. Lima Koridor Pembangunan Ekonomi yang dilancarkan untuk menarik minat pelabur asing telah memperkenalkan pakej-pakej insentif tambahan, seperti pengecualian cukai korporat, kebenaran mendapatkan sumber modal asing dan kelonggaran syarat pengambilan pekerja mahir asing. Insentif yang diberikan adalah lebih khusus kepada sektor-sektor ekonomi yang strategik. Pada tahun 2007, negeri Johor dengan Koridor Pembangunan Iskandar telah mencatatkan kemasukan pelaburan asing tertinggi iaitu sebanyak RM6.75 bilion.
  2. Menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP) bagi menilai dan meluluskan permohonan pelaburan yang memberi impak tinggi kepada negara.
  3. Mengurangkan kos menjalankan perniagaan dengan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian Kerajaan. Pasukan Pemudahcara Perniagaan atau PEMUDAH yang diwakili sektor awam dan sektor swasta telah:
    • memendekkan jangka masa pemulangan cukai dan proses penilaian duti setem masing-masing daripada satu tahun kepada 14 hingga 30 hari, dan dari 26 hingga 86 hari kepada 10 hingga 16 hari masing-masing;
    • memendekkan masa yang diperlukan untuk meluluskan lesen perniagaan. Misalnya pendaftaran perniagaan baru kini cuma mengambil masa satu jam berbanding 3 hari sebelumnya; dan
    • pembangunan Business Licensing Electronic Support Services atau (BLESS) untuk membantu kelulusan lesen perniagaan secara dalam talian atau ‘online’.

Kerajaan juga melaksanakan langkah-langkah untuk mempertingkatkan sistem penyampaian bagi kelulusan Lesen Pengilang, galakan untuk industri kecil-kecilan dan         pengecualian cukai terhadap bahan dan komponen secara “ fast track ” juga telah diperkenalkan.

  1. Kerajaan juga telah meluluskan penganjuran “Forbes Global CEO Conference” pada tahun 2009. Acara ini dijangka menjana potensi pelaburan melalui penglibatan tokoh-tokoh dan ahli-ahli korporat antarabangsa yang berpengaruh, di samping membantu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai lokasi pelaburan yang baik.
  2. Pengiktirafan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (“ Certificate of Competion and Compliance ” – CCC) untuk menggantikan Sijil Kelayakan Menduduki (“ Certificate of Fitness for Occupation ”) dan dengan itu menyegerakan proses memulakan perniagaan.
  3. Menjemput para wartawan asing dari penerbitan ekonomi dan perniagaan untuk melawat Malaysia bagi tujuan untuk mendedahkan mereka kepada maklumat terkini mengenai Malaysia, suasana pelaburan dan peluang-peluang pelaburan yang terdapat di negara ini. Selain daripada itu, kerajaan juga meningkatkan “ PR activity ” mengenai Malaysia dengan mengeluarkan iklan dan “ advertorial ” mengenai pelaburan dan perdagangan di dalam penerbitan ekonomi dan perniagaan antarabangsa yang terpilih.

GAMBAR ANAK BERANAK

Picture 006Picture 010Picture 017Picture 011