PENGAJIAN AM STPM : SOALAN LARAS SAINS DAN SASTERA

BAHAGIAN A

SOALAN 13

Agenda melahirkan modal insan yang cemerlang merupakan suatu tuntutan bagi sesebuah negara. Walau bagaimanapun ke arah merealisasikan hasrat ini banyak halangan yang terpaksa dihadapi. Bincangkan pernyataan di atas?

SKEMA
2A + 2B

A. Kepentingan modal insan cemerlang

1. Aset tenaga kerja
2. Ketahanan jati diri
3. Mutu / gaya kepimpinan unggul
4. Usahawan kreatif

B. Halangan

1. Kepakaran
2. Prasarana
3. Sikap

Soalan 14

Masalah kemiskinan masih tidak dapat diatasi walaupun negara kita telah merdeka selama 52 tahun. Pendekatan yang lebih berkesan wajar dilakukan agar keadaan tidak terus menghimpit rakyat. Bincangkan.

SKEMA

2A + 2B

A. Punca kemiskinan masih berlaku

1. Pendidikan terhad
2. Sikap
3. Orang tengah
4. Kenaikan harga atau kos sara hidup

B. Langkah

1. Pendidikan
2. Pertumbuhan ekonomi
3. Subsidi

Soalan 15

Malaysia merupakan sebuah negara yang berpotensi sebagai pengeluar makanan halal. Bincangkan

SKEMA

4A

Potensi pengeluar makanan halal

1. Usahawan Islam yang ramai
2. Saiz pasaran yang luas
3. Kemahiran teknologi
4. Galakan kerajaan
5. Agensi kawalan sijil halal
6. Pengaruh Pengerusi OIC

BAHAGIAN B

Soalan 16

Pelancongan Kesihatan di Malaysia berpotensi tinggi untuk menjadi penjana ekonomi negara, Jelaskan pernyataan ini.

SKEMA

4A

1. Kepakaran tenaga buruh
2. Rangkaian komunikasi global
3. P & P
4. Kepelbagaian sumber perubatan
5. Kepelbagaian perkhidmatan perubatan

Soalan 17

Perkembangan industri maya menambahkan keberkesanan sistem pemasaran sesuatu produk pada era kini. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan perkembangan industri maya kini telah membawa implikasi buruk kepada masyarakat. Jelaskan.

SKEMA

2A + 2B

A. Kebaikan/Keberkesanan

1. Pengurusan perniagaan yang sistematik
2. Pengiklanan
3. Operasi 24 jam

B. Implikasi kepada masyarakat

1. Kesihatan
2. Jenayah maya
3. Kebergantungan kepada teknologi

Soalan 18

Pembedahan plastik semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat terutama golongan selebriti. Walaupun keghairahan boleh mendatangkan kesan negaatif dalam jangkamasa panjang. Bincangkan.

SKEMA

2A + 2B

A. Dapat sambutan

1. Nilai tambah kecantikan
2. Awet muda
3. Rawatan kecacatan
4. Kesan Psikologi

B. Kesan Negatif

1. Kesihatan
2. Kesan sampingan
3. Rawatan susulan

BAHAGIAN C

“Akibat pembangunan yang tidak seimbang akan muncul sikap materialistik secara keterlaluan. Materialistik mementingkan kebendaan berbanding dengan pembangunan sosial dan ruhani. Manusia menjadi terlalu taksub dengan keduniaan sehingga hubungan sosial dieksploitasi sebagai alat untuk mendapat kebendaan dan bukan bermatlamat untuk mencpai kehidupan harmoni. Roh Rukun Negara seharusnya dibangkitkan semula dan dijadikan teras utama pembangunan dan pembentukan Bangsa Melaysia,”

( Dipetik dan dubahsuai daripada rencana “Menghayati Roh Rukun Negara oleh Lee Yok Fee dalam Dewan Masyarakat Jun 2009 )

i) Apakah yang dimaksudkan dengan sikap materialistik?

ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kesan sikap materialistik kepada anggota masyarakat?

SKEMA.

i. Sikap materialistik bermaksud sikap mengutamakan kepentingan diri sendiri dalam mengejar kekayaan dunia sehingga melupakan interaksi sesama manusia.

ii. a) Meningkat gejala sosial.
b) Kepincangan nilai murni dalam masyarakat.
c) Wujud pecah amanah
d) Kecelaruan emosi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: