PENGAJIAN AM STPM : PENYELESAIAN MASALAH II

Soalan 1 berdasarkan Jadual 1 di bawah

Jadual 1: Perbandingan Populasi Negara-negara ASEAN
Dari Tahun 2000 hingga Tahun 2004

Negara Populasi (‘000) / Tahun
2000 2001 2002 2003 2004
Malaysia
Indonesia
Filipina
Vietnam 23 495
206 265
76 499
77 635 24 013
209 373
77 926
78 685 24 527
211 063
79 504
79 727 25 048
213 722
81 081
80 902 25 581
216 415
82 664
82 018

1. Yang manakah Negara yang menunjukkan kadar pertambahan penduduk yang paling tinggi dari tahun 2000 hingga tahun 2004?
A. Filipina
B. Vietnam
C. Malaysia
D. Indonesia

2. Encik P bersama dengan tiga orang rakannya menyewa satu unit apartmen yang mengandungi empat bilik. Kadar sewa bilik rakan-rakan Encik P adalah sama, manakala sewa bulanan Encik P ialah RM250.00, iaitu 30% daripada sewa bulanan apartmen itu. Berapakah sewa bulanan yang perlu dibayar oleh setiap rakan Encik P?
A. RM194.44
B. RM208.33
C. RM333.33
D. RM583.33

3. Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah telah menganjurkan satu rombongan ke Pulau Pangkor selama dua hari satu malam. Semua 42 orang ahli persatuan dan dua orang guru pengiring mengikuti rombongan itu. Rombongan bertolak pada pukul 5:00 pagi dan balik pada pukul 9:00 malam. Butir-butir perbelanjaan rombongan adalah seperti yang berikut:
• Sewa bas RM800.00 sehari
• Belanja makan setiap hari ialah RM10.50 seorang
• Sewa satu unit apartmen yang boleh memuatkan 11 orang ialah RM500.00 untuk satu malam
• Dua orang guru pengiring hanya mengeluarkan perbelanjaan untuk sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam, dan kos lain ditanggung oleh ahli persatuan

Berapakah kos perbelanjaan bagi setiap ahli persatuan itu?
A. RM102.81
B. RM106.71
C. RM148.26
D. RM212.32

4.

Pada jam berapakah Cik M dan Encik Y perlu bertolak supaya mereka tiba di UIA tepat pada waktu pendaftaran?

Cik M Encik Y
A 11:06 pagi 12:27 tengah hari
B 11:16 pagi 12:57 tengah hari
C 10:55 pagi 12:57 tengah hari
D 10:56 pagi 12:27 tengah hari

5. Encik B telah membeli sebuah mesin pencetak gambar digital yang berharga RM400 000. Encik B membayar 70% daripada harga mesin tersebut dan bakinya dibayar secara ansuran. Syarikat berkenaan mengenakan kadar faedah sebanyak 5% daripada baki bayaran. Berapakah tempoh bayaran balik jika bayaran ansurannya sebanyak RM7000 sebulan?
A. 5 tahun
B. 2 tahun 6 bulan
C. 1 tahun 6 bulan
D. 1 tahun 4 bulan

Soalan 6 berdasarkan Jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Kes Demam Denggi di Tiga Daerah di Melaka
Pada Tahun 2004 dan Tahun 2005

Daerah Bilangan Kes / Tahun
2004 2005
Melaka Tengah
Alor Gajah
Jasin 323
225
84 447
376
76
Jumlah 632 899

6. Yang manakah penyataan yang benar tentang Jadual 2 di atas?
I. Daerah Alor Gajah mencatatkan 41.82% kes demam denggi di Melaka pada tahun 2004
II. Bilangan kes demam denggi di Melaka meningkat sebanyak 42.24% dari tahun 2004 hingga tahun 2005
III. Lebih daripada 50% kes demam denggi di Melaka berlaku di daerah Melaka Tengah pada tahun 2004 dan 2005
IV. Pada tahun 2005, hanya daerah Alor Gajah yang menunjukkan peratusan kenaikan kes demam denggi di Melaka
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

7.

Berapakah bilangan murid Cina di sekolah Y?
A. 175 orang
B. 262 orang
C. 350 orang
D. 524 orang

8. Puan T membancuh 1 liter air sirap dengan menggunakan 6 botol air dengan setiap botol mempunyai 750 ml. Selepas air sirap itu dibancuh, dia telah menghidangkan air itu di dalam gelas yang berisipadu 250 ml kepada empat orang tetamu. Jika baki air sirap itu hendak diisikan ke dalam botol yang berisipadu 1.5 liter, berapakah bilangan botol yang diperlukan?
A. 2
B. 3
C. 4
D. 5

A 200 km B 110 km C

9. Encik Z bertolak dengan kereta dari B dan tiba di C dalam masa 2 jam. Jika kelajuan keretanya ditambah sebanyak 20% semasa Encik Z berpatah balik dari C ke A, berapakah tempoh masa yang diambil oleh Encik Z untuk bergerak dari C ke A?
A. 4 jam 42 minit
B. 5 jam 10 minit
C. 5 jam 38 minit
D. 6 jam 46 minit

10. Seorang pemandu teksi perlu mengisi petrol sebanyak RM30.00 setiap hari untuk perjalanan sejauh 125 km. Berapakah lebihan kos petrol yang perlu ditanggungnya jika harga seliter petrol meningkat sebanyak RM0.30 daripada RM1.62?
A. RM5.56
B. RM9.00
C. RM35.56
D. RM37.50

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: