PENGAJIAN AM STPM : PENYELESAIAN MASALAH 1

1. Hotel X mahu memasang jubin lantai yang berukuran panjang 0.5 meter dan lebar 0.5 meter. Ruang lobi hotel berkenaan berukuran panjang 45 meter dan lebar 25 meter. Berapakah bilangan jubin yang diperlukan untuk menutupi seluruh ruang lobi hotel tersebut?
A. 563 keping
B. 1125 keping
C. 2250 keping
D. 4500 keping

Soalan 2 berpandukan jadual di bawah.
Jadual 1: Jualan Keseluruhan industry Automotif di Malaysia
Pada Tahun 2005 dan Tahun 2006

Kedudukan 2005 2006
Pengeluar Unit Pengeluar Unit
1.
2.
3.
4. Proton
Nissan
Inokom
Hyundai 166 812
26 724
13 947
12 784 Proton
Nissan
Inokom
Hyundai 115 706
22 578
6 776
5 413

2. Pengeluar kenderaan yang menunjukkan peratusan kejatuhan jualan yang paling besar pada tahun 2005 dan 2006 ialah
A. Proton
B. Nissan
C. Inokom
D. Hyundai

Soalan 3 berpandukan jadual di bawah.
Jadual 2: Bilangan Kes Jenayah Juvana Mengikut Kumpulan Umur
Di Malaysia pada Tahun 2004 dan Tahun 2005

Kumpulan Umur (Tahun) Bilangan kes jenayah juvana
2004 2005
7-12
13-15
16-18 161
1501
3899 161
1472
4363
Jumlah 5561 5996

3. Yang manakah penyataan yang benar tentang kes jenayah juvana pada tahun 2004 dan tahun 2005?
I. Jumlah keseluruhan kes jenayah juvana meningkat sebanyak 7.3% dalam tempoh dua tahun tersebut
II. Kes jenayah juvana dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 13-15 tahun menurun sebanyak 2.45%
III. Peratusan kes jenayah juvana yang dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun menurun
IV. Pada tahun 2005, daripada 10 kes jenayah juvana, 7 kes dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur 16-18 tahun
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

4.

Berapakah bayaran ansuran bulanan yang perlu dijelaskan bagi pembelian kereta di atas?
A. RM787.00
B. RM850.70
C. RM964.10
D. RM985.00

Soalan 5 berpandukan jadual di bawah.

Jadual 3: Bilangan Kebakaran Mengikut Punca di Malaysia
Dari Tahun 2002 hingga Tahun 2005

Punca Kebakaran
Bilangan kebakaran

2002 2003 2004 2005
Kuasa elektrik
Puntung rokok
Percikan api
Mercun/bunga api 2274
3037
959
60 2614
1677
576
61 3183
1989
625
78 3418
3349
773
139
Jumlah 6330 4928 5875 7679

5. Yang manakah penyataan yang benar tentang Jadual 3 di atas?
I. Jumlah kebakaran pada tahun 2005 menunjukkan peningkatan sebanyak 55.8% daripada tahun 2003
II. Jumlah kebakaran pada tahun 2003 merupakan yang paling kecil berbanding dengan tahun yang lain
III. Bilangan kebakaran yang berpunca daripada kuasa elektrik merupakan yang paling besar dari tahun 2002 hingga tahun 2005
IV. Bilangan kebakaran yang berpunca daripada punting rokok merekodkan lebih 50% daripada jumlah keseluruhan kebakaran pada tahun 2005
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
6.
Pakej Pinjaman Pembelian Kereta
Pakej Pinjaman Kadar Pinjaman Kadar faedah Tempoh bayaran
A
B 100%
100% 4.3% setahun
3.3% setahun 10 tahun
7 tahun

Puan Rahimah membeli sebuah kereta dengan harga RM43 530.00. Jika beliau memilih pakej pinjaman B, berapakah penjimatan yang diperolehnya berbanding dengan pakej pinjaman A?
A. RM1305.90
B. RM3029.10
C. RM5615.37
D. RM8662.47

7. Bapa Swee Chin memperuntukkan wang saku kepada Swee Chin, adik dan abangnya mengikut kadar 2:1:3. Swee Chin membelanjakan 60% daripada wang sakunya untuk membeli buku dan yang selebihnya digunakan untuk makanan. Sekiranya Swee Chin membelanjakan sebanyak RM200.00 untuk makanan, berapakah wang saku yang diterima oleh abangnya?
A. RM250.00
B. RM333.33
C. RM500.00
D. RM750.00

8. Encik Selvam dan Encik David adalah pekerja binaan. Encik Selvam boleh menyusun 150 biji bata dalam masa 60 minit dan Encik David pula mampu menyusun 20 biji bata dalam masa 10 minit. Jika mereka bekerjasama, berapa minitkah masa yang diperlukan oleh mereka untuk menyusun sebanyak 180 biji bata?
A. 20 minit
B. 35 minit
C. 40 minit
D. 45 minit

9. Puan Latifah dapat sampai ke destinasinya dalam masa tiga jam jika memandu dengan kelajuan 95 km/j. Jika dia memandu dengan kelajuan 75 km/j dan bertolak pada jam 8:25 pagi, pada jam berapakah dia akan sampai ke destinasi tersebut?
A. 11:25 pagi
B. 12:13 tengah hari
C. 1:25 petang
D. 6:03 petang

10. Kos bahan binaan untuk membina sebuah bangle setingkat adalah RM600.00 semeter persegi. Saiz bangunan yang akan dibina ialah 25 m panjang dan 65 m lebar. Kos upah buruh pula ialah RM150.00 semeter persegi. Jika Encik Rudy dikehendaki membayar 20% daripada harga rumah sebagai pendahuluan kepada pemaju, berapakah bayaran pendahuluan yang perlu dijelaskannya?
A. RM195 000.00
B. RM243 750.00
C. RM975 000.00
D. RM1 218 750.00

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: