PENGAJIAN AM STPM : JENAYAH JUVANA (KANAK-KANAK)

04 April, 2009 15:14 PM
Masyarakat Perlu Bantu Kurangkan Kes Juvana – Lee
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Peningkatan kes jenayah juvana di kalangan pelajar bukanlah isu yang boleh dipandang remeh memandangkan saban tahun bilangan jenayah juvana semakin meningkat dan perkembangan itu amat membimbangkan.

Sebagai usaha awal pencegahan, masyarakat perlu membantu sekolah dan polis mengurangkan masalah jenayah juvana di kalangan pelajar sekolah.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata buat permulaan masyarakat boleh bantu memantau kafe siber dan pusat karaoke di tempat mereka.

“Kedua-dua tempat itu adalah tempat permulaan kebanyakan kes jenayah dengan pelajar terdedah kepada perjudian siber, gambar lucah dan kadang kala tempat-tempat itu menjadi tempat mengedar dadah.

“Justeru itu, pusat-pusat yang mampu mendatangkan kesan yang negatif kepada pelajar ini perlu diwartakan jauh dari kawasan sekolah,” kata Lee kepada pemberita di sini hari ini.

Statistik Polis menunjukkan dari Januari-Febuari 2008, seramai 233 pelajar yang berumur antara 13 dan 18 tahun terlibat dengan jenayah.

Kes kecurian motosikal merupakan jenayah paling ‘popular’, iaitu 91 orang pelajar terlibat dan ini diikuti dengan kes mencuri (65 orang), pecah rumah (40 orang) dan rogol (37 orang).

“Saya rasa kes kecurian motosikal paling banyak dilakukan kerana mereka mahu guna wang hasil jualan motosikal curi untuk berseronok, pergi ke kafe siber, pusat karaoke dan membeli rokok,” katanya

Wujudnya 3,764 Kelab Cegah Jenayah di sekolah-sekolah di seluruh negara sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan jenayah di kalangan pelajar sekolah, kata Lee.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: