PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF GARIS KOMPONEN

Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik pada peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi tempatan bagi tempoh 1975-1995, dan juga menunjukkan pengambilan pelajar bagi setiap jenis kursus dalam tempoh itu sebagai komponen jumlah pengambilan tersebut.

Selaras dengan keperluan untuk menambah bilangan profesional bagi menampung perkembangan kegiatan industri dan ekonomi serta keperluan untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan negara, maka bilangan pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik di institusi pengajian tinggi ditingkatkan dari tahun ke tahun, dan nisbah pengambilan pelajar antara aliran sastera dengan sains dan teknik telah dan akan diseimbangkan.
Pada tahun 1995, sebanyak 38 240 orang pelajar dijangka akan diambil untuk mengikuti pelbagai kursus dalam aliran sains dan teknik. Daripada jumlah ini, 3700 orang diambil untuk kursus perubatan dan pergigian, 3160 orang untuk kursus pertanian, 6700 orang untuk kursus sains tulen, 11 300 orang untuk kursus kejuruteraan, manakala yang selebihnya akan mengikuti kursus-kursus sains dan teknik yang lain.
Walaupun pengambilan pelajar bagi kursus perubatan dan pergigian semakin meningkat, iaitu 910 orang pada tahun 1975, 1410 orang pada tahun 1980, 2210 orang pada tahun 1985, dan 3100 orang pada tahun1990, namun peratusannya daripada jumlah pengambilan pelajar aliran sains dan teknik semakin berkurang. Begitu juga keadaannya dengan pengambilan pelajar bagi kursus pertanian. Pengambilan pelajar pada tahun 1975 ialah sebanyak 530 orang sahaja, dan bilangan ini bertambah 200 orang lagi pada tahun 1980. Pengambilan pelajar pada tahun 1985 ialah 1150 orang dan bertambah menjadi 1460 orang pada tahun 1990.
Pengambilan pelajar bagi kursus sains tulen tidak banyak bertambah dari segi peratusan dalam tempoh 1975-1995 berbanding dengan kursus-kursus yang lain. Pada tahun 1975, sebanyak 2010 orang mengikuti kursus sains tulen. Bilangan ini bertambah kepada 3690 orang pada tahun 1980, 3430 orang pada tahun 1985, dan 5180 orang pada tahun 1990.
Kursus kejuruteraan dan kursus-kursus sains dan teknik yang lain memperlihatkan pertambahan bilangan pengambilan pelajar yang paling besar bagi tempoh 1975-1995. Pada tahun 1975 dan 1980, pengambilan pelajar bagi kursus kejuruteraan tidak banyak, iaitu masing-masing 1150 orang dan 1670 orang, tetapi meningkat kepada 4050 orang pada tahun 1985 dan 7490 orang pada tahun 1990. Pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik yang lain pun menunjukkan peningkatan yang besar juga, iaitu dari 1510 orang pada tahun 1975 dan 2790 orang pada tahun 1980 kepada 6650 orang pada tahun 1985 dan 8140 orang pada tahun 1990. Kursus-kursus sains dan teknik yang lain ini meliputi sains komputer, seni bina, perancangan Bandar, pengurusan harta, farmasi, teknologi, dan pengajian alam sekitar.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kerajaan Malaysia:
Rancangan Malaysia Keempat, Kelima dan Keenam)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: