PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF GARIS KOMPAUN/SEGARIS

Graf Garis Kompaun(Segaris)
Dengan berpandukan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan graf garis untuk membandingkan kadar pertumbuhan ekonomi dunia, Malaysia, dan beberapa buah negara yang dipilih bagi tempoh antara 1970 hingga tahun 1990.

Sepanjang tempoh 1971-1990, ekonomi Malaysia telah banyak dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi dunia disebabkan ekonomi negara ini bersifat terbuka dan bergantung pada pasaran eksport. Kemelesetan telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi dunia secara keseluruhan bergerak lebih perlahan pada tahun 1980-an berbanding dengan tahun 1970-an.
Kemelesetan ekonomi dunia ini turut menjejaskan prestasi ekonomi Malaysia. Pada tahun 1975 dan 1985, kemelestan ekonomi dunia telah menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia merosot masing-masing kepada 0.8 peratus dan – 1.0 peratus. Pada tahun 1970 tidak terdapat data yang direkodkan. Sungguhpun telah berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1975, pertumbuhan ekonomi pada kadar 5 hingga 7 peratus setahun telah membolehkan Malaysia mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 7.4 peratus pada tahun 1980, sebelum mengalami kemerosotan sekali lagi. Hasilnya, berbagai-bagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk memulihkan ekonomi, dan sekali lagi prestasi ekonomi negara meningkat dan mengalami kadar pertumbuhan sebanyak 9.4 peratus pada tahun 1990.
Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia agak lebih menggalakkan jika dibandingkan dengan kadar pertumbuhan ekonomi dunia. Pada tahun 1970 tidak terdapat data kadar pertumbuhan ekonomi dunia, namun antara tahun 1971-1973 kadar pertumbuhannya semakin meningkat, tetapi jatuh pada tahun 1974 dan terus jatuh kepada 0.8 peratus pada tahun 1975. Ekonomi dunia mula meningkat secara perlahan antara tahun 1976-1979, tetapi jatuh sekali lagi pada tahun 1980 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 2.1 peratus. Pada tahun 1985 kadar pertumbuhan ekonomi dunia meningkat sebanyak 1.0 peratus menjadi 3.1 peratus, tetapi jatuh semula pada tahun 1990 sebanyak 1.6 peratus.
Kadar pertumbuhan ekonomi negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EC) juga menggambarkan kesan kemelesetan ekonomi antara tahun 1975-1985. Pada tahun 1975, kadar pertumbuhan ekonomi EC telah jatuh kepada – 1.0 peratus daripada 4.8 peratus pada tahun 1970. Sungguhpun terdapat peningkatan kadar pertumbuhan selepas tahun 1975, peningkatan itu agak lembap, iaitu 1.2 peratus pada tahun 1980, 2.4 peratus pada tahun 1985, dan 3.2 peratus pada tahun 1990.
Ekonomi Jepun pula menunjukkan kadar pertumbuhan yang menggalakkan. Sungguhpun dunia mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1980-an, prestasinya tidaklah seperti yang dialami oleh Amerika Syarikat. Pada tahun 1970, 1975, dan 1980 Amerika Syarikat telah mengalami kadar pertumbuhan yang negatif, iaitu masing-masing – 0.3 peratus, – 1.0 peratus, dan – 0.2 peratus. Sebaliknya, dalam tempoh yang sama Jepun mengalami kadar pertumbuhan sebanyak 9.4 peratus, 2.6 peratus, dan 4.4 peratus. Pada tahun 1985 kadar pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat telah meningkat kepada 3.3 peratus, tetapi menurun semula sebanyak 2.2 peratus pada tahun 1990. Kadar pertumbuhan ekonomi Jepun terus meningkat kepada 4.7 peratus pada tahun 1985 dan 5.1 peratus pada tahun 1990.
Singapura menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dibandingkan dengan kadar pertumbuhan ekonomi dunia, kecuali pada tahun 1985 apabila kadar pertumbuhannya telah jatuh kepada – 1.6 peratus daripada 10.3 peratus pada tahun 1980. Secara keseluruhannya, Singapura mengalami kadar pertumbuhan yang turun naik. Pada tahun 1970, kadar pertumbuhannya ialah 13.7 peratus, turun kepada 4.1 peratus pada tahun 1975, naik semula pada tahun 1980, dan turun sekali lagi pada tahun 1985. Ekonomi Singapura mengalami kenaikan sekali lagi pada tahun 1990 dengan kadar pertumbuhannya mencapai 7.9 peratus.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Majlis
Perundingan Ekonomi Negara, 1991, Kuala Lumpur)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: