PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF GARIS KOMPAUN/SEGARIS

Graf Garis Kompaun/Segaris
Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan satu graf garis yang menunjukkan bilangan kematian mengikut kumpulan umur dan etnik di Semenanjung Malaysia bagi tahun 1990.

Pada tahun 1990, jumlah kematian di Semenanjung Malaysia ialah seramai 70 779 orang. Bilangan kematian etnik Melayu adalah yang paling ramai, iaitu 39 294 orang berbanding etnik Cina seramai 22 787 orang dan etnik India seramai 8698 orang. Data ini secara kasar menggambarkan komposisi penduduk mengikut kumpulan etnik utama di Semenanjung Malaysia pada tahun tersebut.
Kumpulan umur yang paling ramai kematian ialah kumpulan umur 70-79 tahun, iaitu seramai 8288 orang etnik Melayu, 5918 etnik Cina, dan 1854 etnik India. Hakikat ini selaras dengan purata jangka hayat penduduk, iaitu kira-kira 72 tahun. Kumpulan umur yang paling kecil bilangan kematian ialah kumpulan umur 10-19 tahun, iaitu seramai 1234 orang etnik Melayu, 553 orang etnik Cina, dan 306 orang etnik India.
Perbezaan bilangan kematian antara kumpulan umur termuda, iaitu 9 tahun ke bawah dengan kumpulan umur tertua, iaitu 80 tahun ke atas ialah seramai 4919 kematian. Bilangan kematian bagi kumpulan umur termuda yang berjumlah 7426 orang adalah terdiri daripada 5743 orang etnik Melayu, 1018 etnik Cina dan selebihnya etnik India. Kumpulan umur tertua bagi etnik Melayu dan Cina mencatatkan bilangan kematian yang hampir sama, iaitu masing-masing 5701 orang dan 5742 orang.
Dengan peningkatan taraf kesihatan umum penduduk, bilangan kematian bagi kumpulan-kumpulan umur 20-29 tahun, 30-39 tahun, dan 40-49 tahun adalah kira-kira setengah daripada bilangan kematian bagi kumpulan-kumpulan umur 50-59 tahun dan 60-69 tahun. Bagi etnik Melayu, bilangan kematian bagi kumpulan umur 50-59 tahun ialah 4562 orang dan bagi kumpulan umur 60-69 tahun ialah 7649 orang, manakala bilangan kematian etnik Cina bagi kumpulan umur itu masing-masing ialah 2619 orang dan 3643 orang, dan bilangan kematian etnik India pula masing-masing ialah 1362 orang dan 1702 orang.
Bilangan kematian etnik Melayu bagi kumpulan umur 20-29 tahun adalah hampir sama dengan kempulan umur 30-39 tahun, iaitu 1808 orang dan 1835 orang, tetapi bilangan kematian etnik Cina dan etnik India antara dua kumpulan umur ini adalah berbeza. Bilangan kematian etnik Cina bagi dua kumpulan umur ini masing-masing ialah 782 orang dan 962 orang, manakala bilangan kematian etnik India pula masing-masing ialah 499 orang dan 620 orang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 1990,
Jabatan Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur, Oktober 1992)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: