PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF GARIS KOMPAUN/SEGARIS

Graf Garis Kompaun/Segaris
Dengan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan di bawah ini, sediakan satu graf garis yang menunjukkan nilai eksport setiap barang pembuatan bagi tempoh tahun 1990 hingga tahun 1993.

Salah satu sumber pendapatan negara Malaysia yang penting ialah eksport barang pembuatan kilangnya yang kebanyakannya berasaskan bahan-bahan tempatan. Pada tahun 1990 misalnya, daripada keseluruhan nilai eksport barang tersebut yang berjumlah RM8286 juta, RM1966 juta adalah nilai eksport makanan, RM1285 juta barang petroleum, RM1468 juta barang kimia, RM1354 juta barang getah, RM1347 juta barang kayu, RM771 juta barang galian bukan logam, dan yang selebihnya adalah minuman dan tembakau.
Sementara itu, eksport barang berasaskan getah masih menunjukkan jumlah yang sentiasa meningkat, iaitu menjadi RM1803 juta pada tahun 1991, meningkat sebanyak RM296 juta pada tahun berikutnya, dan meningkat sebanyak RM1284 juta pada tahun 1993. Barang kayu juga meningkat mengikut pola yang sama, iaitu meningkat sebanyak RM440 juta pada tahun 1991, mencapai paras RM2273 juta pada tahun 1992, dan meningkat lagi sebanyak RM1249 juta pada tahun 1993.
Pertambahan nilai eksport barang makanan lebih mendatar, iaitu sebanyak RM2173 juta pada tahun 1991, RM2241 juta pada tahun 1992, dan RM2684 juta pada tahun berikutnya. Demikian juga, nilai eksport barang kimia mencapai paras RM1880 juta pada tahun 1991, meningkat sebanyak RM425 juta pada tahun 1992, dan mencapai paras RM2470 juta pada tahun 1993. Nilai eksport barang petroleum adalah sederhana, iaitu sungguhpun berkurang sebanyak RM91 juta pada tahun 1991 berbanding dengan tahun sebelumnya, nilai eksport barang ini meningkat sebanyak RM357 juta pada tahun 1992 dan meningkat sebanyak RM100 juta pula pada tahun berikutnya. Eksport minuman dan tembakau juga tidak stabil, iaitu sungguhpun meningkat sebanyak RM70 juta pada tahun 1991 dan RM38 juta pada tahun 1992, tetapi disebabkan masalah cuaca, eksport barang-barang ini merosot sebanyak RM7 juta pada tahun 1993. Demikian juga, eksport barang galian bukan logam meningkat sebanyak RM152 juta pada tahun 1991, tetapi merosot ke paras RM893 juta pada tahun 1992, dan meningkat pula sebanyak RM127 juta pada tahun berikutnya.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keenam, 1991-1995)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: