PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF BAR PIRAMID KOMPONEN

Graf Bar Piramid Komponen
Dengan berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut pekerjaan dan kumpulan etnik pada tahun 1990 dan tahun 1995.

Guna tenaga mahir di Malaysia dapat dipecahkan kepada beberapa sektor, antaranya termasuklah perkhidmatan, pertanian, pengeluaran, dan beberapa sektor lagi. Jumlah guna tenaga di negara ini pada tahun 1995 ialah sebanyak 8 162 000 orang, iaitu meningkat sebanyak 1 282 090 orang berbanding dengan jumlah guna tenaga pada tahun 1990.
Pada tahun 1990, terdapat 839 900 guna tenaga professional dan teknik, termasuklah guru dan jururawat. Daripada jumlah ini, 510 900 orang adalah golongan bumiputera, 256 100 orang adalah kaum Cina, dan kaum-kaum lain yang kecil hanya berjumlah 9000 orang, sementara bilangan yang selebihnya terdiri daripada kaum India. Pada tahun yang sama, kaum bumiputera mendahului kaum-kaum lain dalam bidang pengurusan, pentadbiran, dan perkeranian, iaitu sebanyak 408 800 orang berbanding dengan kaum Cina yang berjumlah 333 400 orang dan kaum India yang berjumlah 59 000 orang, manakala kaum-kaum lain menduduki tangga terbawah.
Dalam bidang perkhidmatan dan penjualan, kaum bumiputera menduduki tempat pertama dengan jumlah 748 100 orang. Ini diikuti oleh kaum Cina dengan jumlah 637 100 orang, iaitu 41.6 peratus daripada jumlah guna tenaga yang tercatat. Kaum India mencatatkan sebanyak 131 500 orang dan yang selebihnya terdiri daripada kaum-kaum lain. Bagi bidang pertanian dan pengeluaran, daripada 3 700 300 guna tenaga, iaitu guna tenaga yang terbesar pada tahun 1990, sebanyak 2 318 100 orang adalah kaum bumiputera dan 1 032 700 orang kaum Cina, manakala kaum India dan kaum-kaum lain masing-masing berjumlah 327 300 dan 22 200 orang.
Pada tahun 1995, terdapat sejumlah 8 162 000 guna tenaga yang kebanyakannya terlibat dalam bidang pertanian dan pengeluaran. Dalam bidang ini, guna tenaga kaum bumiputera telah meningkat sebanyak 215 900 orang, diikuti oleh kaum Cina yang berjumlah 1 178 300 orang. Seperti pada tahun 1990, kaum India masih di tempat ketiga dengan jumlah 385 000 orang, manakala kaum-kaum lain berjumlah 24 600 orang.
Pada tahun 1995, jumlah guna tenaga bumiputera ialah sebanyak 4 464 900 orang, dan 667 800 orang daripadanya adalah dalam bidang professional dan teknik. Sebanyak 501 500 orang bumiputera terlibat dalam bidang pentadbiran, pengurusan, dan perkeranian dan selebihnya terlibat dalam bidang perkhidmatan dan penjualan. Bagi kaum Cina, kebanyakan mereka, iaitu 756 700 orang, terlibat dalam bidang perkhidmatan dan penjualan. Dalam bidang ini, jumlah guna tenaga kaum India ialah 162 500 orang, manakala kaum-kaum lain berjumlah 14 900 orang.
Bagi bidang pengurusan, pentadbiran, dan perkeranian, penglibatan kaum Cina pada tahun 1995 telah meningkat sebanyak 362 100 orang berbanding dengan tahun 1990. Dalam bidang ini, penglibatan kaum India adalah sebanyak 70 000 orang dan kaum-kaum lain sebanyak 8600 orang. Dalam bidang profesional dan teknik pula, jumlah tenaga kerja kaum Cina ialah 313 400 orang, manakala jumlah tenaga kerja kaum India dan kaum-kaum lain masing-masing ialah 78 800 orang dan 8800 orang.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Rancangan Malaysia Keenam, 1991-1995)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: