PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF BAR MEMESONG

5 Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan pengeluaran pelbagai kegiatan pertanian di Malaysia antara tahun 1989 dengan tahun 1990.

Setelah mencatatkan kejatuhan yang ketara sebanyak 14.5 peratus pada tahun 1989, pengeluaran getah terus merosot daripada 1.42 juta tan metrik pada tahun 1989 kepada 1.29 juta tan metrik pada tahun 1990. Kemerosotan ini disebabkan oleh kejatuhan harga getah asli, kekurangan kawasan tanaman getah yang boleh ditoreh, kawasan tanaman getah kepada tanaman lain dan kekurangan tenaga buruh.
Selaras dengan usaha kerajaan untuk terus memelihara sumber perhutanan, pengeluaran kayu balak Malaysia tidak banyak berubah, iaitu daripada 39.7 juta meter padu pada tahun 1989 kepada 40.1 juta meter padu pada tahun 1990, manakala pada masa yang sama pengeluaran kayu gergaji bertambah daripada 8.4 juta meter padu kepada 8.7 juta meter padu.
Pada tahun 1990, pengeluaran minyak kelapa sawit pula mengalami perubahan yang sangat sedikit, iaitu daripada 6.06 juta tan metrik pada tahun 1989 kepada 6.09 juta tan metrik pada tahun 1990. Namun begitu, Malaysia masih mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar utama minyak kelapa sawit dunia dengan menyumbangkan sebanyak kira-kira 60 peratus daripada keperluan dunia.
Walaupun terdapat pertambahan kawasan tanaman koko seluas 16 400 ha, tetapi pengeluaran koko pada tahun 1990 hanyalah 247 000 tan metrik berbanding dengan 250 000 tan metrik pada tahun 1989. Sebaliknya, kadar pertambahan pengeluaran lada hitam melebihi kadar pertambahan kawasan tanamannya bagi tahun 1990, iaitu sebanyak 27 500 tan metrik di kawasan seluas 10 700 ha pada tahun 1989 berbanding dengan 30 000 tan metrik di kawasan seluas 11 240 ha.
Pengeluaran padi sebanyak 1.69 juta tan metrik pada tahun 1989 dan 1.84 juta tan metrik pada tahun 1990 telah melebihi matlamat untuk mengeluarkan 65 peratus daripada keperluan beras negara. Kekurangan bekalan beras ini diisi dengan mengimport beras dari Thailand, Pakistan, India dan Vietnam sebanyak 323 000 tan metrik pada tahun 1989 dan 343 800 tan metrik pada tahun 1990.
Pengeluaran nanas dari sektor ladang dan kebun kecil pada tahun 1990 telah merosot berbanding dengan tahun sebelumnya, iaitu daripada 179 600 tan metrik kepada 168 200 tan metrik. Begitu juga halnya dengan pengeluaran daun tembakau hijau yang berkurang daripada 124 500 tan metrik kepada 109 500 tan metrik. Di samping itu, pengeluaran buah-buahan meningkat daripada 600 980 tan metrik pada tahun 1989 kepada 701 600 tan metrik pada tahun 1990.
Dalam bidang penternakan, nilai pengeluaran ternakan selepas ladang meningkat daripada RM2571 juta pada tahun 1989 kepada RM2797 juta pada tahun 1990. Penggunaan baka kacukan yang bermutu, sistem penjagaan haiwan secara moden, sera peningkatan permintaan luar negeri untuk daging khinzir dan ayam telah menyumbang kepada pertumbuhan ini. Dalam bidang perikanan pula, pengurusan sumber perikanan yang baik dan penerokaan perikanan laut dalam yang aktif telah menambah jumlah tangkapan daripada 886 000 tan metrik pada tahun 1989 kepada 951 300 tan metrik pada tahun 1990.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian Kewangan Malaysia:
Laporan Ekonomi 1989/90, 1990/91 dan 1991/92)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: