PENGAJIAN AM STPM : SOALAN CARTA PAI BERBANDING

Carta Pai Perbandingan
Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta pai yang menunjukkan perbandingan peruntukkan pembangunan kerajaan Persekutuan mengikut sektor bagi tempoh tahun 1991 hingga tahun 2000.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh, sektor ekonomi akan diberikan peruntukan yang terbesar, iaitu sebanyak RM33.7 bilion daripada jumlah peruntukan sebanyak RM67.5 bilion. Sektor ekonomi juga merupakan sektor yang mendapat peruntukan yang terbesar dalam Rancangan Malaysia Keenam. Sektor ini menerima peruntukan sebanyak RM29.8 bilion daripada jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Keenam, iaitu RM58.4 bilion. Peruntukan lebih besar untuk sektor ekonomi menunjukkan iltizam kerajaan bagi mengekalkan pertumbuhan eoknomi selaras dengan objektif untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kemiskinan.
Dalam sektor ekonomi, sektor kecil pengangkutan dan komunikasi diperuntukkan sebanyak RM15.8 bilion atau 23.4 peratus daripada peruntukan pembangunan. Sektor kecil pembangunan pertanian pula diperuntukkan RM5.5 bilion. Sektor kecil perdagangan dan perindustrian mendapat peruntukan sebanyak RM5.9 bilion; sektor kecil utuliti diperuntukkan sejumlah RM5.1 bilion atau 7.6 peratus daripada peruntukan pembangunan dengan memperuntukkan 6.0 peratus daripadanya kepada projek sumber air dan selebihnya kepada projek tenaga.
Dalam sektor sosial, Rancangan Malaysia Ketujuh memperuntukkan RM19.8 bilion. Ini merupakan bahagian tertinggi pernah diperuntukkan berbanding dengan beberapa rancangan yang lalu. Dalam Rancangan Malaysia Keenam, sektor ini diperuntukkan sebanyak RM14.8 bilion. Sektor kecil pendidikan dipentingkan. Namun demikian, sektor kecil kesihatan tidak diabaikan dan sektor kecil ini mendapat peruntukan sebanyak RM2.7 bilion. Sebahagian besar peruntukan adalah untuk program pencegahan dan pemulihan.
Sektor keselamatan diperuntukkan sebanyak RM9.2 bilion daripada jumlah peruntukan. Dalam Rancangan Malaysia Keenam, sektor ini menerima peruntukan sebanyak RM11.1 bilion. Peruntukan untuk sektor ini berkurang sebanyak RM1.9 bilion. Sebahagian besar daripada peruntukan itu adalah untuk pembelian kelengkapan ketenteraan. Hanya RM2.2 bilion diagihkan untuk sektor kecil keselamatan dalam negeri dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion untuk Polis Diraja Malaysia.
Sektor pentadbiran am diperuntukkan sebanyak RM4.8 bilion, iaitu pertambahan sebanyak 77.8 peratus daripada peruntukan Rancangan Malaysia Keenam. Dalam Rancangan Malaysia Keenam, sektor pentadbiran am diperuntukkan sebanyak RM2.7 bilion. Pertambahan ini mencerminkan usaha kerajaan dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti sektor awam.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: