PENGAJIAN AM STPM : KAD KREDIT

Kad Kredit Menggalakkan Budaya Berhutang

Kad kredit atau kad caj, jika tidak diurus atau dirancang penggunaan dengan rapi akan menjadi perangkap yang akan menjerumus pemiliknya ke dalam krisis kewangan.
Kira-kira 15 tahun yang lalu kad kredit atau kad caj dipandang sebagai lambang status. Hanya mereka yang berpendapatan tinggi sahaja yang akan dipertimbangkan untuk mendapat kad kredit atau kad caj. Walau bagaimanapun senario itu sudah berbeza. Kad kredit bukan lagi sesuatu yang ekslusif atau simbol kemewahan tetapi ia sudah menjadi perkhidmatan perlu bagi sesiapa sahaja. Namun begitu, kad caj masih mengekalkan statusnya sebagai simbol kekuatan kredit dan kewangan penggunanya.
Masalah yang timbul sekarang adalah berkaitan dengan budaya kad kredit atau wang plastik yang merosakkan cara hidup penggunanya. Kini, kerani, guru, pegawai kerajaan, eksekutif, para profesional, usahawan, malah pemandu teksi dan peniaga pasar malam juga memiliki kad kredit.
Untuk mendapat kad kredit pada masa sekarang adalah begitu mudah dan syaratnya tidak serumit 15 tahun yang lalu. Pada ketika itu syarikat pengeluar kad kredit dan kad caj mensyaratkan pemohon mesti mempunyai sekurang-kurangnya RM24,000 setahun atau RM200o sebulan serta mempunyai rekod kredit yang baik.
Kad Kredit Dan Budaya Hutang Bentuk Baru

Setipa pemegang kad kredit seharusnya panadi mengimbangi antara perbelanjaan dengan pendapatannya supaya ia tidak menjadi satu bebanan pada masa akan datang.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rais Yatim, kes-kes muflis yang melibatkan golongan muda termasuk pegawai kerajaan kini berada pada tahap yang mencemaskan akibat daripada penggunaan kad kredit secara tidak terkawal. Laporan Tahunan Keseluruhan Kebankrapan Jabatan Pemeganag Harta cawangan Pulau Pinang menunjukkan sehingga bulan Jun ini, 30% daripada 4,598 kes muflis adalah membabitkan pemegang kad kredit. Pendedahan itu menjadi testimoni penting betapa kad kredit telah membentuk suatu cara hidup yang boleh menjurus kepada pemborosan, dan pembaziran serta menjadikan si pemiliknya papa kedana.
Kelonggaran dan galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan serta institusi perbankan telah membolehkan semakin ramai rakyat negara ini memilik kad kredit. Mengikut peraturan yang dikuatkuasakan pada 28 Julai 1999, seseorang yang berpendapatan RM1,500 sebulan layak untuk memiliki kad kredit. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pertubuhan sektor kredit yang terjejas teruk ekoran daripada kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997. Di samping itu, Bank Negara juga telah menurunkan kadar caj minimum kad kredit daripada 2% kepada 1.5% sebulan menjadikannya tidaklebih 18% setahun. Caj bayaran lewat pula ditetapkan tidak lebih daripada 1% dikira atas jumlah yang tertunggak.
Peraturan yang diperkenalkan itu telah menyebabkan pengeluaran kad kredit meningkat secara mendadak. Sehingga suku pertama tahun 2000, jumlah pemilikan kad kredit di Malaysia telah meningkat 500% berbanding tahun 1998. Dengan kad kredit yang dimiliki, seseorang boleh berbelanja tanpa mengeluarkan wang daripada sakunya. Para pemeganag kad kredit hanya perlu menurunkan tandatangan di atas slip barangan ataupun perkhidmatan yang dibeli. Pihak bank ataupun syarikat kewangan akan membayar bagi pihak pemilik kad kredit. Apabila tiba penghujung bulan, pemegang kad kredit perlu menjelaskan segala bayaran kepada pihak-pihak yang berkenaan. Sekiranya pemilik kad kredit gagal berbuat demikian maka hutang yang tertunggak itu akan dikenakan kadar faedah.
Jadi, para pemegang kad kredit tidak sepatutnya merasa bangga dengan “wang” plastik yang dimiliki. Terdapat kecenderungan di kalangan orang ramai untuk memiliki kad kredit sebagai tanda status sosial dan bukannya untuk keperluan perniagaan ataupun kemudahan mudah tunai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kad kredit mempunyai banyak kebaikan tapi perlu diingatkan bahawa keterlanjuran menggunakan kad tersebut boleh menjebak si pemilik ke dalam kancah hutang yang berpanjangan dan tidak berkesudahan.
Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara, jumlah hutang tertunggak kad kredit pada sukau pertama tahun 1998 ialah RM696 juta. Tetapi pada suku pertama tahun 2000, hutang tertunggak kad kredit di negara kita telah meningkat kepada RM5 bilion. Peningkatan itu juga dapat dilihat pada jumlah belian menggunakan kad kredit ialah daripada RM 1710 juta kepada RM2.8 bilion dalam tempoh yang sama.
Berdasarkan kepada statistik, perbelanjaan menggunakan kad kredit didapati telah meningkat dengan begitu ketara. Sekali gus membuktikan bahawa langkah kerajaan untuk menggalakkan orang ramai berbelanja menggunakan kad kredit bagi merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara telah berjaya. Namun begitu daripada segi yang lain, ia telah mewujudkan bentuk budaya hidup yang kurang sihat di kalangan rakyat iaitu sindrom suka berhutang. Walaupun kadar perbelanjaan menggunakan kad kredit mempunyai had tertentu tetapi penggunaan kad kredit secara berleluasa sering mendorong seseorang berbelanja secara berlebihan tidak setimpal dengan gaji dan pendapatannya. Berbelanja menggunakan kad kredit sememangnya menyeronokkan sehingga kadang kala membuat seseorang terlupa kemampuan kewangannya.
Kalau sebelum ini, kad kredit hanya digunakan oleh mereka yang kaya dan berada tetapi kini sesiapapun boleh memilikinya hatta pekerja kilang sekalipun. Malahan ada sesetengah orang mempunyai beberapa keping kad kredit pada satu-satu masa. Sebenarnya tidak menjadi kesalahan kepada sesiapapun untuk memiliki ataupun berbelanja menggunakan kad kredit.
Sebaliknya dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin berkembang, kad kredit dijangka akan menggantikan penggunaan wang tunai pada sedikit masa lagi. Kemudahan yang terdapat pada kad kredit bukan sahaja memudahkan sesuatu urusan tetapi juga mampu memberikan perlindungan keselamatan kepada si pemegangnya. Dengan adanya kad kredit, seseorang tidak perlu membawa wang tunai yang banyak yang boleh menyebabkannya terdedah kepada bahaya rompakan dan risiko yang lain.
Tetapi penggunaan kad kredit juga boleh menyebabkan seseorang berbelanja mengikut kehendak nafsunya. Jadi, setiap pemegang kad kredit seharusnya pandai mengimbangi antara perbelanjaan dengan pendapatannya supaya ia tidak menjadi suatu bebanan pada masa yang akan datang. Mereka sepatutnya menggunakan kad kredit hanya pada waktu kecemasan sahaja. Jika boleh, berbelanjalah mengikut cara yang konvensional iaitu menggunakan wang tunai yang ada di dalam tangan supaya perbelanjaan itu dapat dikawal dan diawasi selalu. Kad kredit bukan digunakan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi bagi perbelanjaan yang tidak perlu. Asas penggunaan dan kad kredit ini perlu difahami. Kegagalan untuk memahami akan menyebabkan seseorang menyalahgunakan kad kredit sehingga menimbulkan kesengsaraan kepada diri serta ahli keluarganya.
Oleh itu, langkah-langkah segera perlu diambil untuk memastikan supaya penyelewengan terhadap kad kredit tidak berlaku dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Antaranya ialah memperketatkan pengeluaran dan pemilikan kad kredit dengan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja dan mempunyai pendapatan yang tinggi boleh memilikinya.
Had minimum kelayakan perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM3500 ke atas. Kelayakan yang ditetapkan sekarang ini terlalu rendah dan tidak sejajar dengan peningkatan kos hidup rakyat negara ini. Membenarkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana memilik kad kredit hanya akan mendedahkan mereka kepada beban hutang yang melampau. Kegagalan mereka membayar balik hutang tertunggak akan mengakibatkan mereka diisytiharkan muflis dan ini sudah tentu akan menjejaskan kedudukan dana institusi kewangan yang memberikan “pinjaman” itu melalui kad kredit. Di samping itu usaha juga perlu diambil untuk mengelakkan para pemegang kad kredit daripada berbelanja secara keterlaluan.
Kerajaan boleh menggalakkan orang ramai berbelanja tetapi bukan dengan cara berhutang menggunakan kad kredit. Hal ini dapat dilakukan dengan menaikkan caj bayaran balik dan kadar faedah hutang tertunggak. Langkah ini mungkin akan mendapat tentangan daripada para pemegang kad kredit dan juga pihak institusi kewangan.
Bagi para pemilik kad kredit, langkah itu akan disifatkan sebagai tidak adil. Pihak bank pula akan melihat langakah ini akan menyebabkan keuntungan dan pulangan yang bekal diperolehnya mungkin berkurang. Tetapi seyogia diingatkan bahawa langkah ini akan memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak kerana ia mengurangkan tanggungan pemilik kad kredit dan menurunkan risiko kerugian di pihak bank.
Pihak bank mempunyai tanggungan untuk mengawal-selia perbelanjaan para pemegang kad kredit yang menjadi pelanggannya. Mereka tidak sepatutnya menyembunyikan realiti dan keburukan mengenai kad kredit sekiranya si pemiliknya tidak berhati-hati menggunakannya. Meskipun pihak kerajaan dan bank boleh membuat serta mengenakan berbagai-bagai peraturan tetapi penggunalah yang akan menentukan nasib, kedudukan, dan masa depan kewangan mereka. Mereka perlu bijak menggunakan kad kredit. Jika tidak, mereka pula yang akan dikuasai oleh kad kredit dan sejumlah hutang yang perlu dilangsaikan dalam kehidupan sepanjang hayat mereka.
Dewan Masyarakat Dis 2001, ms 19-20

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: