PAS HILANG PRINSIP PERJUANGAN

Sebagaimana yang selalu yang diuar-uarkan PAS mendakwa partinya adalah parti yang memperjuangkan Islam tulen. Pemimpin-pemimpin PAS semuanya ulama (biarpun ada di kalangan mereka bukan berkelulusan bidang agama). Bahkan ada juga pemimpin PAS yang berkelulusan bidang ekonomi turut mengeluarkan fatwa-fatwa mereka sendiri. Hari ini (3/8/2009), Allah menguji ketegasan PAS terhadap kebenaran perjuangan mereka terhadap isu penjualan arak secara terbuka kepada orang Melayu (orang Islam). Datuk Dr. Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) mengecam keras ADUN DAP Ronnie Liu kerana beliau dikatakan menggalakkan penjualan arak ini. Dr. Hassan mendakwa Ronnie mengarahkan pihak berkuasa mengembalikan semula arak yang dirampas semasa operasi pemutihan. Dr. Hassan seterusnya meminta Datuk Seri Khalid Ibrahim memecat Ronnie Liu. Walau bagaimanapun, Datuk Khalid dalam sidang medianya mengarahkan semua Exco (termasuk Dr. Hassan) supaya menutup mulut. Ini bermakna PAS juga yang lantang berprinsip Islam juga kena tutup mulut. Datuk Seri Haji Hadi tutup mulut, Tok Guru Nik Aziz juga tutup mulut. Tak berani nak tegur takut wakil-wakil rakyat PAS ditendang keluar dari barisan kepimpinan negeri. PAS demi kuasa sanggup mengenepikan soal Islam, sedangkan Islam mengarahkan umatnya menjauhi arak dan zina. Kalau betul Islam tulen PAS, maka prinsip perjuangan hendaklah selamanya ditegakkan. Hitam kata hitam, putih kata putih. Soal Islam jangan ada dolak dalik ikut situasi. Islam ada hukum hakamnya. Dahulu UMNO buat PAS kritik, tetapi apabila diberi kuasa kenapa tidak laksanakan. Haramkanlah penjualan arak di Selangor, pusat karaoke, kelab-kelab malam dan lain-lain jika benar ingin menegakkan Islam.

Sedih dan kecewa bila PAS ketepikan prinsip perjuagan Islam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: