PENGAJIAN AM STPM : NAM

Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa.
Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah NAM
NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul negara negara yang tidak memihak kepada mana mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan NAM, hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat China. Walaupun penubuhan NAM diharap dapat merapatkan negara anggota sebagai satu pakatan seperti NATO atau Pakatan Warsaw, ia tidak pernah bersatu dan negara anggota sering kali ditarik atau tertarik untuk menyertai kuasa besar seperti NATO dan Pakatan Warsaw.
Mesyuarat pertama NAM diadakan di Belgrade pada September 1961 dan menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme.
Mesyuarat berikutnya diadakan di Kaherah pada 1964. Perhimpunan ini disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baru datang dari negara negara Afrika yang baru merdeka. Mesyuarat ketika itu lebih banyak membincangkan konflik Arab-Israel dan Perang India-Pakistan.
Mesyuarat ketiga diadakan di Lusaka ialah antara perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM kerana pada tahun ini pergerakan ini menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik. Kenneth Kaunda, presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.
Pada 1973, mesyuarat diadakan di Algiers menyaksikan pergerakan ini berhadapan dengan realiti ekonomi terkini. Kejutan Minyak (Oil Shock) menyebabkan sesetengah ahli anggota lebih kaya daripada yang lain.
Sekretariat
Ketika jawatan sekretariat NAM dipegang oleh Malaysia, pembaharuan yang dilakukan oleh Malaysia ialah penubuhan Majlis Perniagaan NAM. Majlis ini ditubuhkan dengan tujuan mengukuhkan kerjasama selatan-selatan dan membantu perdagangan dan pelaburan antara negara anggota. Majlis diketuai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai penasihat dan Azman Hashim sebagai presiden.
Ketika ini (2006), jawatan sekretariat NAM dipegang oleh Cuba.
Penjawat sekretariat yang dahulu adalah seperti berikut:
• Yugoslavia (1961-1963)
• Mesir (1964-1967)
• Indonesia (
• Algeria (1973-1975)
• Sri Lanka (1976-1978)
• Brazil (1979-1982)
• India (1983-1985)
• Yugoslavia (1989-1992)
• Indonesia (1992-1995)
• Afrika Selatan (1998-2002)
• Malaysia (2003-2006)
• Cuba (2006-2009)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: